You are on page 1of 10

SYAIR BURUNG NURI

OLEH: FIRZANA AMNI


HAZIQ FARIS
Apa itu syair?

 Syair merupakan sejenis puisi berlagu


 Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama
dengan kedatangan Islam
 Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika
itu
 Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu
lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar
Ciri-ciri syair

 terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga


dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap)
 syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun)
 setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris
terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah
 bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12
suku kata dalam satu baris
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna. Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Gerangan sungguh amatlah leta, Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Perinya akal gelap-gelita, Santap nan tidak minum pun kari.
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
Bangun terjunun badan suatu,
Beribu ampun kiranya tuan, Gundahlah fikir tiada tertentu,
Atasnya hulu fakir nistawan, Laksana cermin jatuh ke batu,
Daripada masyghul gundah merawan, Remuk dan redam hancur di situ.
Terperilah madah patik nin tuan.
Remuk dan redam rasanya hati,
Dituliskan sahifah supaya nyata, Lenyaplah fikir budi pekerti,
Barang yang ghairah di dalam cinta, Jikalau kiranya hamba turuti,
Terfikir-fikir bukan menderita, Daripada hidup sebaiknya mati.
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Tema

 Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi


Persoalan

 kebijaksanaan menyusun perancangan bagi memiliki orang yang kita cintai


 sikap merendah diri dalam kehidupan.
 keburukan sikap menurut perasaan
 ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup
 keperitan hidup orang yang serba kekurangan
Nilai

 Kebijaksanaan
 Merendah diri
 Rasional
 Ketabahan
 Kegigihan
Pengajaran

 Kita hendaklah bijak menyusun perancangan demi memikat orang yang kita cintai
 Kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri supaya orang lain tidak membenci
diri kita
 Kita hendaklah rasional dalam membuat sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada
kemudian hari.
 Kita hendaklah tabah dalam menghadapi sikap dugaan dalam kehidupan
Gaya bahasa

 Inversi (ayat songsang)


 Contoh: Dituliskan sahifah supaya nyata,
 Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata.

 Anafora (perulangan perkataan di awal baris)


 Remuk dan redam hancur di situ.
 Remuk dan redam rasanya hati,

 Epifora (perulangan perkataan di akhir baris)


 negeri
 Simile
 Laksana cermin jatuh ke batu,

 Sinkope
 Sajak dan nazam banyak tak kena

 Kata ganda
 Perinya akal gelap-gelita

 Diksi penggunaan Bahasa Arab


 Masygul

You might also like