You are on page 1of 22

NOVEL TINGKATAN

LIMA
BIMASAKTI MENARI

NAMA: SITI NURFATIHA BINTI HAEILMIZAN


KELAS: 4 AL-AZHAR
NO. MAKTAB: 151117
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


SINOPSIS
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini
mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar
dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana
langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang
dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani
telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut
berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di
situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau
sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki
kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar
populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia
mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat
pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim
mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas
peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan
abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk
berjumpa di stesen minyak Petronas.Nurul Hafsa dibebaskan tetapi
Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk
setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis
membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya
menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
TEMA DAN PERSOALAN

Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.


Contohnya, Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu
hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba
memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di
Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah
berusaha dengan mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara.
Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan
projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra
alam.

PERSOALAN

1) Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah


Contohnya, Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata
kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.

2) Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak


Contohnya, Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya, Muhammad Taufik
walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

3) Persoalan cinta akan alam sekitar


Contohnya, Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap
pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat
pembangunan yang tidak terancang.
4) Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu
bapa dengan anak
Contohnya, Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah
bermusuh tentang penjagaan anak mereka Muhamad Taufik, malah
sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah
bercerai.

5) Persoalan ketaatan kepada ajaran agama


Contohnya, Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang
dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan
Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama: Nurul Hafsa

 Seorang yang tabah


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran
dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit
Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga
habitat kelip-kelip

 Seorang yang penyayang


– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji
membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-
peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak

 Seorang yang berani


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

 Seorang yang sanggup berkorban


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa
dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan
Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi
memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

 Seorang yang setia kawan


– Atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan Budiman bergegas
ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi
membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
Watak Sampingan:

1. Muhammad Taufik

 Seorang yang tabah


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran
dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit
Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga
habitat kelip-kelip

 Seorang yang taat


– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri
Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago
New Zealand walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama
kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

 Seorang yang berani


– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas
mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

 Seorang yang sanggup berkorban


– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa
dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh
penculik
– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa sanggup berkorban masa dan
tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara
habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

 Seorang yang setia kawan


– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup
berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik

2. Tan Sri Muhaimin

 Seorang yang tabah


– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri
selepas bercerai dengan Pn. Wickham.

 Seorang yang bersyukur


– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri
kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya,
Pn.Wickham

 Seorang yang bertanggungjawab


– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana
beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik,
seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham

 Seorang yang penyayang


– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak
tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang
dikehendaki oleh anak meraka itu
3. Haji Yassir

 Seorang yang bersyukur


– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis
kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas
diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

4. Budiman

 Seorang yang bertanggungjawab


– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa
untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan
adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka
untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

 Seorang yang taat


– Budiman dan Muhammad Taufik taat pada perintah agama
kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

 Seorang yang setia kawan


– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas
ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi
membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

5. Maryam Wickham

 Seorang yang penyayang


– Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin amat sayang akan anak
tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang
dikehendaki oleh anak meraka itu.
BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT

PERKEMBANGAN
NURUL HAFSA MEMBUAT LAPORAN BERKAITAN PENCEMARAN
CAHAYA YANG MENGHALANG AKTIVITI MENCERAP BINTANG DAN
MELIHAT KELIP-KELIP DI PEJABAT DAERAH. KETUA NURUL
HAFSA IAITU PUAN FOZIAH TELAH MENASIHATI NURUL HAFSA
AGAR TIDAK MENGHARAPKAN SEBARANG TINDAKAN KERANA
PEMBANGUNAN DI KUALA SELANGOR TIDAK MELANGGAR
UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR. KEMUDIAN ABANG NURUL
HAFSA IAITU BUDIMAN TELAH MEMPERTEMUKAN NURUL HAFSA
DENGAN MUHAMMAD TAUFIK YANG MENCINTAI ALAM SEKITAR
JUGA. SETELAH BERBINCANG MEREKA BERDUA BERSETUJU
UNTUK BEKERJASAMA UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK
KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP DI KUALA SELANGOR BAGI
MEMBOLEHKAN AKTIVITI PENCERAPAN BINTANG DAN MENJAGA
POPULASI KELIP-KELIP DI KAMPUNG KUANTAN DENGAN
BANTUAN DAN PENGARUH TAN SRI MUHAIMIN MEREKA BERJAYA
MEMBUAT PEMBENTANGAN KEPADA PEGAWAI DAERAH KUALA
SELANGOR. KEMUDIAN MENTERI BESAR TELAH MENGADAKAN
MAJLIS TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI UNTUK MENDENGAR
PEMBENTANGAN TENTANG PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT
GELAP TERSEBUT.

PERUMITAN
PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP MENDAPAT
TENTANGAN DARIPADA DATO JOHANN ARLINGTON-MAJID. DATO
ARLINGTON- MAJID CUBA MEMBATALKAN PROJEK TERSEBUT
DENGAN MENGEMUKAKAN PELBAGAI SOALAN KEPADA NURUL
HAFSA TETAPI SEMUA SOALANNYA DAPAT DIJAWAB DENGAN
JELAS OLEH NURUL HAFSA.DATO JOHANN ARLINGTON-MAJID
JUGA TIDAK BERSETUJU KERANA SYARIKAT BELIAU TIDAK
DAPAT MEMBEKALKAN LAMPU-LAMPU FULL CUT OFF YANG
DIPERLUKAN UNTUK TUJUAN PROJEK TERSEBUT. LANTARAN
DATO JOHANN ARLINGTON-MAJID YANG SEMEMANGNYA TELAH
LAMA BERDENDAM DENGAN TAN SRI MUHAIMIN KERANA
MARYAM WICKHAM MEMILIH TAN SRI MUHAIMIN BERBANDING
DIRINYA. DATO ARLINGTON-MAJID TELAH MERANCANG UNTUK
MENGGAGALKAN PROJEK TERSEBUT DENGAN MENGUPAH
PENJAHAT UNTUK MENIMBULKAN MASALAH DAN KETAKUTAN
KEPADA MASYARAKAT APABILA SUASANA MENJADI GELAP PADA
WAKTU MALAM. CERITA BERTAMBAH RUMIT APABILA
MUHAMMAD TAUFIK TELAH DISERANG KETIKA DIA BALIK DARI
MASJID SELEPAS MENUNAIKAN SOLAT ISYAK. BERITA
SERANGAN TERHADAP MUHAMMAD TAUFIK TELAH SAMPAI KE
PENGETAHUAN MENTERI BESAR. SETELAH MENDAPAT
PENJELASAN DARIPADA TAN SRI MUHAIMIN TENTANG
PERISTIWA SERANGAN ITU, MENTERI BESAR BERSETUJU UNTUK
MENERUSKAN PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP DI
KUALA SELANGOR.

PUNCAK ATAU KLIMAKS


RENTETAN PENCULIKAN NURUL HAFSA, MUHAMMAD TAUFIK
TELAH MEMBATALKAN NIATNYA UNTUK MENGIKUT IBUNYA BALIK
KE OTAGO, NEW ZEALAND. DIA TELAH MENEMUI KUMPULAN
PENCULIK ITU DI STESEN MINYAK PETRONAS DI HADAPAN
HOSPITAL. KEMUDIAN MUHAMMAD TAUFIK TELAH DICULIK DAN
DIBAWA KE KAWASAN PERLADANGAN KELAPA SAWIT. SELEPAS
PENJAHAT DAPAT MENCULIK MUHAMMAD TAUFIK, MEREKA
MEMBEBASKAN NURUL HAFSA. NURUL HAFSA TELAH MEMBUAT
LAPORAN POLIS. BERDASARKAN LAPORAN DARI BALAI POLIS
BESTARI JAYA, KETUA INSPEKTOR LIM TELAH MENUBUHKAN
PASUKAN GERAK KHAS. AKHIRNYA KUMPULAN JENAYAH ITU
BERJAYA DIBERKAS DAN MUHAMMAD TAUFIK DAPAT
DISELAMATKAN.

PELERAIAN
HUBUNGAN ANTARA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK
BERTAMBAH INTIM. MEREKA BERDUA SELALU BERBUAL-BUAL
TENTANG PERISTIWA YANG MENAKUTKAN MEREKA ITU.
PERISTIWA YANG BERLAKU KEPADA MUHAMMAD TAUFIK DAN
NURUL HAFSA JUGA TELAH MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA
PUAN WICKHAM DAN TAN SRI MUHAIMIN. MEREKA MENGAMBIL
KEPUTUSAN UNTUK BERNIKAH SEMULA. SELEPAS KENDURI
KESYUKURAN UNTUK MERAIKAN PERNIKAHAN KALI KEDUA TAN
SRI MUHAIMIN DENGAN MARYAM WICKHAM, MUHAMMAD TAUFIK
TELAH MELAMAR NURUL HAFSA DAN NURUL HAFSA MENERIMA
LAMARAN TERSEBUT. NURUL HAFSA TERSENYUM APABILA
MEMBACA MESEJ TEKS DARIPADA MUHAMMAD TAUFIK YANG
BERBUNYI, *KITA IALAH DUA EKOR KELIP-KELIP TERAKHIR DI
DUNIA.
TEKNIK PLOT

a) Imbas kembali
 Merupakan satu Teknik pengarang mengenang semula peristiwa
yang pernah dialaminya.
 Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang
atau khayalan,dialog,monolog,atau monolog dalaman.
b) Imbas muka
 Merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau
ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan aksi-
aksi watak dalam cerita berkenaan.
 Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan
pembaca terhadap sesuatu yang berlaku.
c) Saspens
 Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang
menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di
kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku dan
selanjutnya.
d) Konflik
 Merupakan pertentangan antar dua pihak atau dua kekuatan
dalam satu urutan plot.
 Boleh berlaku secara dalaman,iaitu konflik dalam diri watak dan
secara luaran,iaitu antara watak dengan watak yang lain atau
antara watak dengan alam sekitar
 Juga digambarkan melalui pertentangan pendapat,idea,sikap,atau
pemikiran.
e) Kejutan
 Ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-
tiba tanpa diduga oleh pembaca.
 Lazimnya,kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama yang
diduga oleh pembaca.
f) Dialog
 Merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua
watak.
 Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar
pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
LATAR TEMPAT, MASA DAN MASYARAKAT

Latar Masyarakat:

1. Masyarakat yang tabah


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran
dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit
Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga
habitat kelip-kelip
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri
selepas bercerai dengan Pn. Wickham

2. Masyarakat yang bersyukur

– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis


kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas
diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan
kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas
isterinya, Pn.Wickham

3. Masyarakat yang bertanggungjawab


– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa
untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan
adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka
untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap
– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana
beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik,
seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham

4. Masyarakat yang taat


– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri
Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago
New Zealand walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama
kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

5. Masyarakat yang penyayang


– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji
membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-
peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan
anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala
yang dikehendaki oleh anak meraka itu

6. Masyarakat yang berani


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat
pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas
mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

7. Masyarakat yang sanggup berkorban


– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi
berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh
penculik
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa
dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan
Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi
memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

8. Masyarakat yang setia kawan


– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa
bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad
Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa
dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.

LATAR TEMPAT
BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN.
 TEMPAT NURUL HAFSA BEKERJA SELEPAS PULANG DARI
LUAR NEGARA.
KAMPUNG KUANTAN.
 TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK MEMBERITAHU NURUL HAFSA
BAHAWA POPULASI KELIP-KELIP TELAH BERKURANG
STESEN MINYAK PETRONAS DI HADAPAN HOSPITAL.
 TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK DICULIK
KAWASAN PERLADANGAN BESTARI JAYA.
 TEMPAT PASUKAN GERAK KHAS DIGERAKKAN UNTUK
MENYELAMATKAN MUHAMMAD TAUFIK DICULIK
HOSPITAL BESAR TANJUMG KARANG.
 TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK TELAH DIBAWA UNTUK
MENDAPATKAN RAWATAN SETELAH DISERANG OLEH
SEKUMPULAN PENJENAYAH
TAMAN RIMBA TEMPLER.
 TEMPAT BUDIMAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN
BERSAMA-SAMA DENGAN BUDAK PENGAKAP.
SEKOLAH MENENGAH TANJUNG KARANG.
 TEMPAT BUDIMAN MENGAJAR
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR.
 TAN SRI TELAH MEMANDU KERETANYA MANAKALA
PEMANDUNYA, SOBIRIN MELAYANNYA BERSEMBANG
HOTEL DE PALMA.
 TEMPAT PUAN MARYAM MENGINAP SELEPAS
MENGUNJUNGI BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN
RUMAH PROTOTAIP IKHTIAR TEKNOALAM.
 TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK MENERIMA KUNJUNGAN
IBUNYA, PUAN MARYAM YANG MENINGGALKAN
ROMBONGANNYA UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN
ANAKNYA
OTAGO, NEW ZEALAND.
 TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK MENGIKUTI IBUNYA SELEPAS
IBUNYA BERCERAI DENGAN AYAHNYA

LATAR MASA

HARI PERTAMA BEKERJA DI BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN.


 CONTOHNYA, PERISTIWA NURUL HAFSA BERASA TIDAK
KERUAN KETIKA MENGIRINGI KUMPULAN PENGUNJUNG
YANG DIANGGOTAI!" ORANG MURID DAN & ORANG
PENGIRING
WAKTU MALAM.
 CONTOHNYA, PERISTIWA NURUL HAFSA DIHANTAR OLEH
AYAHNYA, HAJI YASSIR PERGI KE KAMPUNG KUANTAN
UNTUK MELIHAT KELIP-KELIP
SEBELUM SOLAT ZUHUR.
 CONTOHNYA, PERISTIWA HAJI YASSIR MAKAN TENGAH
HARI BERSAMA-SAMA NURUL HAFSA DAN BUDIMAN.
WAKTU SEMINGGU BERLALU.
 CONTOHNYA, SEMINGGU TELAH BERLALU SELEPAS
PERISTIWA NURUL HAFSA MENGHANTAR LAPORAN
TENTANG TAHAP KECERAHAN LANGIT KUALA SELANGOR
KE PEJABAT DAERAH KUALA SELANGOR
GAYA BAHASA

DIKSI (PINJAMAN BAHASA INGGERIS)


PLATFORM
AMATUR
PROFESIONAL
HIBRID
DESKRIPSI
BERANDA

DIKSI (PINJAMAN BAHASA ARAB)


FALAK
WAFAT
SOLAT
INSYA-ALLAH
KALAM SUCI AL-QURAN
SYUKUR ALHAMDULILLAH

HIPERBOLA
*JIKA KITA BERJUMPA LEBIH KERAP, PASTINYA RUPA PARAS
TAUFIK AKAN LEBIH MELEKAT PADA MATA IBU.
SEORANG PENGEMBARA DUNIA YANG INGIN AKAN KEBEBASAN.
MASAKAN NURUL HAFSA SEORANG DIRI DAPAT MEMBAWA
KEMBALI BINTANG-BINTANG KE KUALA SELANGOR1.
NURUL HAFSA DAN SAHABATNYA MUHAMMAD TAUFIK IALAH DUA
KESATRIA YANG PUNYAI MISI PENTING.
TAMAN INI MELAMBANGKAN EMPAT SUNGAI DI DALAM SYURGA
FIRDAUS.
SINKOPE
DIA CEDERA RINGAN SAJA.
*SABARLAH, TAUFIK.TAK TERUK SANGAT NI.
*TAUFIK, KAU TAK APA-APA.
*SAYA PERGI DULU, KATA NURUL HAFSA,

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI CINTA AKAN ALAM SEKITAR.


 CONTOHNYA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK
BERUSAHA UNTUK MEMBAWA KEMBALI KEGELAPAN DI
KUALA SELANGOR UNTUK MEMASTIKAN HABITAT KELIP-
KELIP TERJAGA DAN KUALA SELANGOR KEKAL SEBAGAI
LOKASI PENCERAPAN BINTANG
NILAI SETIA KAWAN.
 CONTOHNYA MUHAMMAD TAUFIK SANGGUP BERJUMPA
DENGAN PENJAHAT DI STESEN MINYAK PETRONAS DI
HADAPAN HOSPITAL SEMATA -MATA UNTUK
MENYELAMATKAN NURUL HAFSA
NILAI TANGGUNGJAWAB.
 CONTOHNYA TAN SRI MUHAIMIN TELAH MEMBESARKAN
ANAK TUNGGALNYA DENGAN MEMENUHI SEGALA
KEMAHUANNYA
NILAI KETABAHAN.
 CONTOHNYA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK
TABAH MENGHADAPI ANCAMAN DAN CABARAN DALAM
USAHA MEREKA UNTUK MENGEMBALIKAN KEGELAPAN DI
KUALA SELANGOR UNTUK PENCERAPAN BINTANG DAN
MENJAGA HABITAT KELIP-KELIP
NILAI KASIH SAYANG.
 CONTOHNYA MARYAM WICKHAM SAYANG AKAN ANAKNYA
DENGAN MENGUNJUNGI RUMAH ANAKNYA DAN MEMASAK
MAKANAN UNTUK ANAKNYA.
NILAI BERILMU BERPENGETAHUAN.

 CONTOHNYA NURUL HAFSA KE JORDAN SELAMA TAHUN


UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG FALAK
DAN FIZIK

PENGAJRAN
KITA MESTILAH BERBUDI BAHASA AGAR KITA DIHORMATI ORANG
LAIN.
 CONTOHNYA MUHAMMAD TAUFIK BERBUDI BAHASA TINGGI
AKHIRNYA TELAH MENJADI RAKAN KARIB NURUL HAFSA
IBU BAPA MESTILAH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-
ANAK SUPAYA KEHIDUPAN ANAK-ANAK AKAN TERBELA.
 CONTOHNYA HAJI YASSIR SANGGUP MENGHANTAR
ANAKNYA NURUL HAFSA KE KAMPUNG KUANTAN UNTUK
MENCERAP KELIP-KELIP SUPAYA ANAKNYA TIDAK
MENGALAMI MASALAH UNTUK KE TEMPAT TERSEBUT
KITA MESTILAH SALING MENGHORMATI SUPAYA KEHIDUPAN
TETAMUNYA SUPAYA KEHIDUPAN KITA MENJADI HARMONI.
 CONTOHNYA MUHAMMAD TAUFIK MENGHORMATI
TETAMUNYA IAITU BUDIMAN DAN NURUL HAFSA YANG
BERKUNJUNG KE RUMAHNYA. AKHIRNYA NURUL HAFSA
YANG SALAH SANGKA DAN MARAH KEPADA MUHAMMAD
TAUFIK TELAH SEDAR DAN MENJADI SAHABAT BAIK
KEPADA MUHAMMAD TAUFIK
KITA HENDAKLAH MENCINTAI ALAM SEKITAR SUPAYA
KEHIDUPAN KITA DAN MAKHLUK LAIN TIDAK TERANCAM.
 CONTOHNYA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK
BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN KUALA SELANGOR
SEBAGAI KAWASAN GELAP BAGI MEMASTIKAN KHAZANAH
ALAM SEPERTI KELIP-KELIP DAN PENCERAPAN BINTANG
DAPAT DINIKMATI

You might also like