You are on page 1of 9

NOTA EKSKLUSIF NOTA EKSKLUSIF NOVEL PANTAI KASIH &

BIMASAKTI
Soalan 4 (Novel) analisis percubaan  SPM negeri-negeri 2019

BIL TAJUK NEGERI/DAERAH/SEKOLAH


1 Latar Masyarakat
2 Persoalan Pahang, Sarawak
3 Watak Utama Perlis
4 Pengakhiran peristiwa (Peleraian) Kelantan, Melaka, MRSM
5 Permulaan Novel
6 Pengajaran Kelantan, Perlis, Terengganu 3
7 Peristiwa klimaks Sabah
8 Nilai Johor, Sabah, SBP
9 Latar tempat Melaka, MRSM, N.9, Pulau Pinang, Selangor 1, YIK
10 Kepincangan masyarakat Pulau Pinang
11 Peristiwa teladan/keinsafan/kesedaran Negeri Sembilan, Pahang, SBP
12 Watak utama YIK
13 Teknik pemerian Selangor 1
14 Saspens Sarawak, Terengganu 3
15 Latar Masa
16 Tema Johor

Soalan 4 A  :  TEMA NOVEL PANTAI KASIH


Novel yang saya kaji  ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Tema novel ini
adalah tentang ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
dalam hidupnya.
Bukti yang pertama ialah peristiwa ketabahan seorang ibu dalam
menghadapikekurangan fizikal anaknya. Raiha tabah menghadapi kekurangan fizikal
anak perempuan tunggalnya yang merupakan seorang anak istimewa. Sejak
mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan
itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat
tentangan daripada suaminya. Doktor Sadiz turut meminta agar Ayu dihantar ke asrama
yang mengasuh anak istimewa, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya
berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan
diri bersama-sama Rohayu.

Bukti yang kedua ialah peristiwa ketabahan seorang isteri dalam menghadapi


kegagalan rumah tangga. Raiha tabah menghadapi kegagalan rumah tangga dengan
Doktor Sadiz. Doktor Sadiz marah kerana Raiha lebih memberi perhatian terhadap
anaknya apabila sudah dilahirkan. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api
kereta mewah yang sedang marak merupakan kemuncak kemarahan suaminya. Doktor
Sadiz menang dalam kes kematian Ayu kerana saksi utama tidak muncul dalam
perbicaraan di mahkamah keluarga. Doktor Sadiz melafazkan bahawa dia tidak akan
melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya gantung tiada bertali sepanjang
hayatnya.

Soalan 4 B : TEMA NOVEL BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Tema
novel ini adalah tentang kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Bukti yang pertama ialah kegigihan anak muda memulihkan populasi kelip- kelip.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang. Misalnya, Muhammad Taufik memagar anak sungai supaya kelip-kelip
mempunyai tempat untuk bersembunyi. Nurul Hafsa pula menjalankan projek
menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Langit Gelap untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip dan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang
terkenal.

Bukti yang kedua ialah kegigihan anak muda untuk mendapatkan sokongan pihak
kerajaan terhadap projek mereka. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman gigih
mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap
yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan Rancangan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Hasil kegigihan mereka,
Menteri Besar menyokong projek tersebut dan berharap agar kontraktor yang dipilih
mampu menyediakan lampu seperti yang dikehendaki.

 SOALAN 4 B  :  PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin , ialah peristiwa kasih sayang
bapa terhadap anak, Raiha. Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha supaya tidak
memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan seorang yang angkuh dan telah berumur.
Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya telah menerima lamaran Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding
Pembedahan yang merupakan seorang duda beranak dua yang usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha. Ayah
Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.
manakala
Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Bimasakti Menari  karya Sri Rahayu ialah peristiwa kasih sayang
Maryam Wickham terhadap anak, Muhammad Taufik. Maryam Wickham Abdullah begitu menyayangi anaknya,
Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan sayang dan rindunya kepada Muhammad Taufik semasa
dia datang ke rumah Muhammad Taufik. Maryam Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam
yang diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra alam untuk tujuan
komersial yang sedang diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam
Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang sama.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Huraikan nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti
menari
 
NILAI KERJASAMA
Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara nilai
kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah kerjasama antara doktor bedah dan
jururawat mengendalikan proses pembedahan di bilik bedah  Pusat Rawatan Pantai
Kasih.  Nilai kerjasama  seterusnya  ialah Doktor Uwang dan doktor-doktor lain
bekerjasama menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor.
Penceroboh itu berjaya diperdaya oleh Raiha dengan kerjasama  Ibu Unong Siron yang
secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas
penuntut bidang perubatan .Kesimpulannya jelas terdapat nilai kerjasama dalam novel
ini

manakala

Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd
Yusop. Antara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman telah bekerjasama bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka sama-sama cuba memulihkan populasi kelip-kelip
dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang.   Nilai kerjasama seterusnya ialah  Puan Wickham tetap memberi kerjasama
mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya
Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu. Nilai
kerjasama selanjutnya  ialah Budiman dan adiknya sama-sama prihatin bekerjasama
mencari penyelesaian terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor
dan mereka  berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran
akibat pembangunan yang tidak terancang. Kesimpulannya memang terdapat nilai
kerjasama dalam novel ini

 
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel Pantai kasih
dan Bimasakti menari

Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak
cabaran dilalui oleh watak utama. Antara cabaran  yang dihadapi oleh watak
utama  dalam novel ini ialah Raiha yang bersedia menempuh cabaran belajar sehingga
menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak
direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas
kesediaannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar
bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.  Cabaran
selanjutnya ialah Raiha dan pihak hospital menghadapi cabaran diceroboh
oleh  penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku
sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu berjaya diperdaya oleh Raiha
dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia
dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan. Kesimpulannya
banyak cabaran dilalui oleh watak utama dalam novel ini
manakala
Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd
Yusop. Terdapat banyak cabaran dilalui oleh watak utama.Antara cabaran  Nurul
Hafsa ialah beliau melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri
daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari  Jepun hadir ke balai cerap tersebut
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi cabaran di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut  yang sepatutnya telah benar-benar
gelap tetap cerah. Nurul Hafsa akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. . Cabaran watak utama selanjutnya ialah beliau
cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala
Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Nurul Hafsa meredah
cabaran  untuk  mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha merealisasikan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Kesimpulannya
banyak cabaran dilalui oleh watak utama dalam novel ini

soalan percubaan BM 2 Negeri Terengganu

Terdapat pelbagai peristiwa menarik  dipaparkan dalam sesebuah novel.


Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa paling
menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab
anda berpendapat demikian. l8 ml  
Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Peristiwa menarik dan
sebab dikatakan menarik dalam Novel Pantai Kasih, ialah Peristiwa Doktor Raiha
mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi selepas  setiap kali
pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga Doktor Uwang yang melakukan
pembedahan tersebut berasa tercabar. Peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang
murid berani mempertikaikan kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca
Unong Siron mengalami komplikasi yang sama walaupun telah menjalani pembedahan
di tempat yang sama sebanyak lima kali olen Doktor Uwang, seorang pakar bedah
terkenal.  Peristiwa menarik seterusnya ialah, Peristiwa  ketika Doktor Raiha
melarikan anaknya Rahayu sehari sebelum anak itu ingin dihantar ke pusat rawatan
pemulihan untuk anak-anak sindrom down oleh suaminya. Peristiwa ini dianggap
menarik kerana memperlihatkan perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Doktor Raiha tetap ingin menjaga anaknya itu walaupun anaknya  cacat kerana
menghidap sindrom down. Kesimpulannya, peristiwa ini memang menarik bagi saya
Manakala
Novel  yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd
Yusop. Peristiwa menarik dan sebab dikatakan menarik dalam Novel Bimasakti Menari
ialah peristiwa Nurul Hafsa berjanji akan memulihkan kembali Kuala
Selangor sebagai tempat pencerap bintang, amatur dan profesional walaupun Puan
Wickharn rnengatakan janji  tersebut amat  sukar  dikotakan. Peristiwa ini menarik
kerana  memperlihatkan keazaman dan keyakinan seorang pekerja terhadap tugasnya-.
Pembaca jadi  ingin tahu cara Nurul Hafsa berusaha memulihkan kembali  Kuala
Selangor sebagai  pusat pencerapan bintang amatur dan profesional.  Peristiwa
menarik yang seterusnya ialah  Peristiwa Muhammad Taufik bersetuju  mengikut
arahan penculik supaya pergi ke stesen PETRONAS pada pukul 8.30 pagi, hari
Jumaat.  Peristiwa ini  saya anggap menarik kerana memperlihatkan sikap
bertanggungjawab dan prihatin seorang rakan terhadap rakannya yang dalam
kesusahan. Sebagai seorang rakan, Muhammad Taufik rela berkorban nyawa demi
menyelamatkan rakannya, Nurul Hafsa yang sedang dijadikan tebusan oleh penculik.
Pembaca juga ingin tahu nasib yang akan menimpa Muhammad Taufik dan Nurul
Hafsa kesan daripada peristiwa itu. Kesimpulannya, peristiwa ini memang menarik
bagi saya
 

Soalan 4: Novel - Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel  yang


berikut
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin  
{ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan
yang terdapat dalam novel tersebut. (7 m]

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Nilai kemasyarakatan
yang terdapat dalam  Novel Pantai Kasih  ialah  nilai tanggungiawab,
contohnya  Doktor Raiha berusaha untuk  memastikan setiap operasi pembedahan
yang dilakukannya akan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.  Doktor Raiha jua
memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap
kesihatan gadis itu memuaskan. Nilai kemasyarakatan yang seterusnya ialah nilai
keprihatinan contohnya,Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong
Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi
doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-
calang. Contoh selanjutnya Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia
masih belum memiliki kenderaan sendiri. Kesimpulannya memang terdapat banyak nilai
kemasyarakatan dalam novel ini
Manakala
Novel  yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd
Yusop nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah  nilai
tanggungjawab , contohnya Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul
Hafsa mengatasi pencemaran cahaya di Kuala Selangor dan sentiasa menemani Nurul
Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama Muhammad Taufik di Kampung
Kuantan. Nilai kemasyarakatan yang seterusnya ialah nilai kasih-sayang  atau
penyayang contohnya, Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan
sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Muhammad Taufik sayang akan Nurul
Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai isteri. Kesimpulannya memang terdapat
banyak nilai kemasyarakatan dalam novel ini.

 
Soalan Novel BM kertas 2 percubaan SPM negeri Terengganu 
4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat
penyayang yang terdapat dalam novel tersebut. [ 7 markah ]

(a) Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Latar masyarakat
penyayang yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang sayang akan anak /
ahli keluarga ( Masyarakat yang menyayangi anak / ahli keluarga ) contohnya, Doktor
Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama
anaknya, Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan
dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down.contohnya lagi, Ibu
Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat rawatan yang terbaik
dan sentiasa berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ. Contoh
seterusnya Ayah Doktor Raiha menasihatinya agar tidak berkahwin dengan Doktor
Sadiz yang sombong dan lebih tua daripadanya kerana yakin perkahwinan tersebut
tidak akan membawa kebahagiaan.Seterusnya terdapat Masyarakat yang sayang
akan rakan contohnya Doktor Raiha sering menegur dan memberi nasihat kepada
Felicia Landosi menghadapi masalah peribadi dan kemurungan. Doktor Raiha juga
memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat secara tidak langsung dalam tragedi yang
menjadi punca kematian Ayu apabila Felicia telah sedar daninsaf akan kesilapan yang
dilakukannya. contoh selanjutnya,  Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi
ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan sedia memaafkan kesalahan
Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.. Kesimpulannya terdapat  banyak
latar masyarakat penyayang dalam novel ini

Novel Bimasakti Menari


Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Latar
masyarakat penyayang yang terdapat dalam novel tersebut ialah Masyarakat yang
sayang akan ibu bapa ( Masyarakat yang menyayangi ibu bapa )  contohnya
Muhammad Taufik mempelawa ibunya, Maryam Wickham Abdulah tidur di rumahnya
ketika ibunya datang ke Malaysia kerana sudah lama mereka tidak bersua. Muhammad
Taufik juga berusaha menyatukan ibu bapanya semula.  Seterusnya, Nurul Hafsa akan
membina stor untuk ayahnya apabila mendapat gaji pertama supaya peralatan
berkebun ayahnya tidak dicuri orang.Di samping itu terdapat  Masyarakat yang
sayang akan  rakan Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin
menyuntingnya sebagai isteri. · contohnya, Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan
Muhammad Taufik yang dipukul dan diculik oleh penjenayah upahan Dato’ Johann
Arlington-Majid dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Seterusnya
terdapat  Masyarakat yang sayang akan adik-beradik / ahli keluarga Budiman juga
menemani Nurul Hafsa mengambil data populasi kelip-kelip sehingga pukul 10.00 di
kawasan jeti milik Muhammad Taufik. Budiman mengambil tindakan tersebut kerana
sayang akan adiknya, Nurul Hafsa.· contohnya Budiman sentiasa menemani adiknya,
Nurul Hafsa ketika adiknya mengadakan perbincangan dengan Muhammad Taufik
tentang projek Kawasan Simpanan Langit Gelap Kuala Selangor di Bilik Tutorial
Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin,.

Selanjutnya terdapat . Masyarakat yang sayang akan anak-anak contohnya Puan


Wickham memberitahu Muhammad Taufik bahawa dia amat menyayangi dan merindui
anaknya itu ketika mereka berjumpa di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau
menerima pelawaan Muhammad Taufik agar bermalam di rumahnya dan sempat
memasak makanan tengah hari untuk anaknya itu Contohnya lagi,Tan Sri Muhaimin
sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan anak tunggalnya, Muhammad Taufik.
Beliau menyokong usaha Muhammad Taufik mengekalkan populasi kelip-kelip dan
membina rumah prototaip mesra alam, iaitu Ikhtiar Teknoalam. Contoh
seterusnya ialah, Haji Yassir memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang meminta
menemaninya pergi ke jeti bagi menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip
di Kampung Kuantan.Kesimpulannya terdapat  banyak latar masyarakat penyayang
dalam novel ini
 
4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang
mencetuskan saspens kepada anda dalam setiap novel tersebut dan nyatakan
alasan anda. [ 8 markah ]

Novel  yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya  Azmah Nordin. Terdapat banyak


peristiwa saspens dalam novel ini, Antara peristiwa yang mencetuskan saspens dalam
novel  ini ialah peristiwa  Saya tertanya-tanya tentang punca kematian sebenar anak
Doktor Raiha, iaitu Rohayu binti Sadiz. Saya ingin tahu orang yang menjadi punca
utama dalam kejadian yang mengorbankan anak kesayangan Doktor Raiha.·Doktor
Raiha sering mendengar bisikan dan suara-suara aneh yang menghantuinya siang dan
malam selepas kejadian tragis kematian Rohayu, anak tunggal kesayangannya.
Peristiwa saspens seterusnya ialah apabila    Saya tertanya-tanya perbuatan yang
telah Doktor Sadiz lakukan terhadap Doktor Raiha apabila Doktor Raiha akhirnya
mengerti sebab bapanya menghalang perkahwinannya dengan Doktor Sadiz
dahulu.·Ayah Doktor Raiha bersungguh-sungguh membantah hasrat Doktor Raiha ingin
menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Peristiwa saspens yang lain ialah   Saya berasa saspens tentang nasib Felicia
memandangkan pada masa itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum
ubat batuk berlebihan. ·ketika Felicia ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai
doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih sehingga mencetuskan rasa panik dalam
kalangan kakitangan pusat rawatan tersebut. Kesimpulannya memang terdapat
peristiwa saspens dalam novel ini

Manakala 

Novel yang saya kaji ialah,  Bimasakti MenariTerdapat banyak peristiwa saspens


dalam novel ini,  Antara peristiwa yang mencetuskan saspens dalam novel  ini
ialah peristiwa  ·pengemudi bot sukar memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang gagal
melihat kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi agar mereka menyusur cabang sungai
dan mendekati mulut anak sungai yang gelap milik individu serta menjadi kawasan
larangan.   Saya tertanya-tanya tentang rahsia di sebalik mulut anak sungai yang gelap
dan penuh misteri itu.
Peristiwa saspens selanjutnya ialah   Saya tertanya-tanya perkara yang dibincangkan
oleh mereka sehingga mereka bercakap perlahan.·ketika Nurul Hafsa melihat ayahnya
bercakap perlahan dengan Tan Sri Muhaimin di satu sudut seperti membincangkan
perkara yang amat sulit.
Di samping itu terdapat peristiwa yang menyebabkan saya tertanya-tanya perkara
yang mungkin akan terjadi kepada mereka. iaitu · peristiwa saspens, Budiman dipukul
hingga tergelimpang ke tanah dan Nurul Hafsa dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan
kepalanya disarung kain gelap ketika mereka membuat pencerapan kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan.Kesimpulannya memang terdapat peristiwa saspens dalam novel
ini

ANALISIS MENGIKUT FOKUS SOALAN   (JUN & NOV)  Untuk penilaian semua
guru BM & semua calon BM SPM 

Jun 2016
(a) Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Berdasarkan
dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan sebab peristiwa-
peristiwa itu menyentuh perasaan anda. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam watak sampingan bagi setiap novel. (8m)
Nov. 2016
(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai
tanggungjawab. Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab
dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masabagi setiap
novel tersebut. (8m)
Jun 2017
(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari (7m)
(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua cabaran yang dihadapi
oleh watak yang telah ditetapkan (watak utama). (8m)
Nov. 2017
(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang
pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati pennbaca.(8m)
Jun 2018
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa persoalan yang menunjukkan nilai ketabahan  yang terdapat
dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang


pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.(8m)                                                                   
                   

You might also like