You are on page 1of 2

Soalan 1:Bincangkan peristiwa menarik yang terdapat dalam novel yang kaji.

Berikan alasan
anda.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.Dalam novel ini
terdapat beberapa peristiwa menarik.

Antara peristiwa menarik ialah peristiwa Rafiqah,Walid dan Siti Aisyah datang menonton
persembahan kesenian di kampung Sri Purnama.Peristiwa ini menarik kerana ibu Haiqal yang
sebelum ini menentang keras cita-cita Haiqal dalam bidang seni sudah mula menyokong cita-cita
Haiqal dalam bidang seni dan hubungan mereka semakin akrab.

Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Haiqal datang ke Kampung Sri
Purnama untuk menjejak warisan Abdullah Kayan.Peristiwa ini menarik kerana Haiqal dapat
meneruskan cita-cita Abdullah Kayan dalam bidang seni di Kampung Sri Purnama.Sebagai
contoh Haiqal telah mengadakan persembahan tarian zapin di Kampung Sri
Purnama.Persembahan itu turut disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi.

Peristiwa Tauke Ong membantu dari segi kewangan untuk menjayakan persembahan
tarian zapin di Kampung Sri Purnama juga merupakan peristiwa yang menarik.Peristiwa ini
menarik kerana Tauke Ong yang berlainan bangsa dan agama dengan penduduk kampung Sri
Purnama mempunyai hubungan yang rapat dengan penduduk Kampung Sri Purnama.Dia
beramah mesra dan sanggup membantu penduduk kampung.Contohnya,dia selalu menaja
makanan sekiranya penduduk kampung mengadakan sesuatu majlis.

Peristiwa Haiqal melanjutkan pelajaran dalam bidang seni di universiti.Peristiwa ini


menarik kerana Haiqal berusaha untuk meneruskan cita-cita ayahnya iaitu Abdullah Kayan.

Peristiwa Ong See Hwa yang membersihkan rumah Abdullah Kayan dan balai raya di
Kampung Sri Purnama walaupun Abdullah Kayan sudah lama meninggal dunia.Peristiwa ini
dapat menunjukkan See Hwa seorang yang amanah dalam melakukan tugas yang diberi oleh
Abdullah Kayan.

Soalan 2:Huraikan cabaran yang dihadapi watak utama dan cara mengatasi cabaran tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.Watak utama dalam
novel ini ialah Haiqal Haqimi.Dalam novel ini banyak cabaran yang dihadapi oleh watak utama.

Antaranya ialah cabaran Haiqal untuk pergi ke kampung arwah ayahnya.Ibunya Rafiqah
tidak membenarkan Haiqal pergi ke Kampung Sri Purnama.Cara mengatasinya ialah Haiqal
berdegil dengan pergi juga ke kampung arwah ayahnya.

Cabaran lain ialah cabaran untuk meneruskan kesenian zapin di Kampung Sri
Purnama.Haiqal tidak pandai menarik tarian zapin,namun dia telah mempelajari tarian tersebut
daripada penduduk Kampung Sri Purnama.Kawannya Lazim dan Ong See Hwa turut mengajar
Haiqal menari.Untuk mengadakan persembahan tarian zapin di Kampung Sri Purnama,Haiqal
telah berbincang dengan penduduk kampung dan meminta persetujuan daripada Penghulu Haji
Jamil.Akhirnya,Haiqal Berjaya memgadakan persembahan tarian zapin yang tutut disaksikan
oleh YB Syaiful Azizi.YB dan penduduk kampung sangat berbangga dengan semangat yang ada
pada Haiqal dalam mengembangkan kesenian tersebut.
Cabaran seterusnya ialah cabaran untuk merapatkan hubungan antara Haiqal dengan
ibunya setelah berlakunya perselisihan faham antara mereka.Cara mengatasinya ialah Haiqal
menghubungi walidnya dan memberitahu bahawa dia akan mengadakan persembahan tarian
zapin di Kampung Sri Purnama.Ibunya telah datang bersama-sama dengan walid dan adiknya
Nurul Asiyah untuk menyaksikan persembahan tarian zapin daripada Haiqal.Kedatangan ini
menyebabkan Haiqal dan ibunya berbaik semula.

Soalan 3: Jelaskan konflik dalaman yang dihadapi oleh watak utama berdasarkan satu novel
yang anda telah pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.Dalam novel
ini,pengarang menggambarkan watak utamanya iaitu Haiqal Haqimi menghadapi konflik
dalaman,antaranya ialah Haiqal terpaksa membaca secara sembunyi dan menyembunyikan
manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa agar tidak diketahui oleh emaknya.

Konflik dalaman juga dihadapi oleh Haiqal setelah membaca manuskrip yang dihantar
oleh Ong See Hwa.Haiqal merasa amat rindu kepada arwah ayahnya.Dia dapat merasakan
betapa ayahnya hidup dalam kesunyian dan kesedihan kerana terpaksa terpisah dengan orang
yang disayanginya.

Konflik dalaman seterusnya ialah hati Haiqal meronta-ronta ingin mengetahui


mengenai ayahnya tetapi dia tidak bertanya uminya bimbang akan mengguriskan hati
uminya.Haiqal akhirnya memberitahu juga keinginannya untuk menjejaki kampung arwah
ayahnya untuk mengetahui sejarah dan latar belakang ayahnya.

Haiqal menghadapi konflik apabila dia memberitahu ibunya bahawa dia ingin pergi ke
Johor.Hal ini kerana ibunya tidak membenarkan dia ke Johor.Haiqal terpaksa bergaduh dengan
ibunya kerana masing-masing tidak mahu bertolak ansur mengenai keinginan Haiqal untuk ke
kampung ayahnya.

You might also like