You are on page 1of 20

DRAMA

BUKAN GILA

SINOPSIS
ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang
dimasukkan ke wad kerana dikatakan
kurang siuman. Semasa di dalam wad,
fikirannya bercelaru dan dengan
membayangkan kehadiran Ani, bapa dan
Pak Haji serta berdialog dengan mereka.
Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan
perbezaan prinsip yang menjadi pegangan
Azmir.

SINOPSIS
ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor
telah mengizinkan Azmir untuk keluar
bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun
begitu, doktor berpesan supaya Azmir
tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad
sahaja.

SINOPSIS
ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan
oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip
hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah
dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang
penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat.
Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka
berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti.
Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat
yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada
masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya.
Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar
sakit atau hanya lakonan.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke
wad setelah tiga hari telah hilang.

SINOPSIS
ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga
Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup
Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal
dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh
apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan
pengajian di universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski
dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula
mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan
Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan
sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat
Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula
berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada
tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan
penghinaan.

SINOPSIS
ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau
hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga
bermonolong tentang suka duka
kehidupannya.Manusia sering tertipu
dengan keindahan dunia tanpa
pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia
memilih untuk hidup bersendiri dan menilai
cinta dalam kehidupan. Manusia ialah
pemburu dalam kehidupan

SINOPSIS
ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam
akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya
amat mengejutkan dan dikaitkan
berpunca daripad penyakit barah otak
dilamainya. Ani menyesal kerana
meninggalkan Azmir

TEMA
Setiap

orang mempunyai prinsip hidup


dan ideologi yang berbeza yang boleh
mempengaruhi tindakan/cara hidup.

PERSOALAN
PERSOALAN

CONTOH PERISTIWA

Perbezaan pemikiran dan


tindakan menyebabkan
seseorang itu
dianggapjanggal oleh
masyarakat sekeliling.

Azmir dianggap gila kerana


mempunyaipandangan yang
berbeza tentang hidup (cinta,
sifat kemanusiaan, prinsip
hidup)berbanding orang lain.

Kepentingan cinta dan kasih


sayang

Cinta dan kasih sayang amat


penting bagi menjamin
kebahagiaan

Rencah kehidupan

Hidup ini ibarat roda yang


berputar, ada suka dan
dukanya.

PERSOALAN
PERSOALAN

CONTOH PERISTIWA

Dunia ini ibarat pentas


lakonan.

Dalam kehidupan di dunia


ini, manusia ialah
pelakonnya
yangmembawa pelbagai
watak

Kesakitan boleh membawa


penderitaan

Azmir yang menanggung


kesakitan kerana
menghidap barah otak.

Sokongan daripada ahli


keluarga terdekat boleh
memberi kekuatan dalam
menghadapi cabaran
hidup.

Azmir menanggung
cabaran hidup tanpa
sokongan ibu bapa
dankekasih hati.

PERSOALAN
PERSOALAN

CONTOH PERISTIWA

Keprihatinan perlu ada


dalam diri setiap manusia.

Tindakan para pelakon


yang mengunjungi rumah
Azmir untuk mengetahui
latar belakang hidup Amir

Setiap orang perlu


mempunyai sikap bantumembantu.

Para pelakon yang


membantu mengurangkan
kesakitan dengan memicitmicit kepalanya.

WATAK DAN PERWATAKAN


AZMIR
1.
2.
3.
4.
5.

Azmir merupakan watak utama drama.


Dia seorang anak muda .
Azmir menghidap penyakit barah otak.
Dia dikatakan telah mengalami sakit
jiwa.
Azmir menerima rawatan sakit jiwa di
Hospital Besar.

WATAK DAN PERWATAKAN


ARIF
1.
2.
3.

4.

Dia merupakan pengarah drama Sasau.


Arif prihatin terhadap keadaan Azmir.
Arif telah menasihati ibu Azmir berkaitan
dengan kasih sayang ibu terhadap
anaknya.
Dia seorang yang berjiwa besar,iaitu
sanggup belajar daripada Azmir untuk
membantunnya membikin drama Sasau.

WATAK DAN PERWATAKAN


DOKTOR
1.
2.
3.

RAZI

Beliau merawat Azmir yang dikatakan


menghidap sakit jiwa.
Doktor Razi tidak memahami penyakit
yang dialami oleh Azmir.
Doktor Razi bersikap baik terhadap
Azmir kerana telah membenarkan Azmir
bersiar-siar.

LATAR
(LATAR TEMPAT)
Wad

pesakit jiwa, Hospital Besar

Azmir dirawat di situ kerana dikatakan


sedang menghadapi sakit jiwa.

Pentas

Arif dan rakan-rakannya berlatih drama


berjudul Sasau di pentas tersebut.

LATAR
(LATAR MASA)

Waktu siang

Waktu latihan

Arif dan rakan-rakannya berlatih drama berjudul Sasau


pada waktu tersebut.

Waktu tingkatan enam

Doktor memberikan kebenaran kepada Azmir untuk


bersiar-siar di kawasan wad sakit jiwa pada waktu siang.

Ibu Azmir mula mengesan sikap gila-gila anaknya pada


waktu itu.

Waktu belajar di universiti

Sikap pelik Azmir semakin menjadi-jadi semasa di


universiti

NILAI
Keprihatinan

Contohnya, Arif prihatin akan kesakitan dan


penderitaan yang ditanggung oleh Azmir.
Arif juga memahami bahawa Azmir tidak
gila.

Nilai

kesetiaan.

Contohnya, Azmir setia dengan cintanya


terhadap Ani sehingga dia terbayangbayang Ani datang kepadanya walaupun
hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.

NILAI
Nilai

Contohnya, doktor bertanggungjawab dalam


menjalankan tugasnya dengan mencari dan
membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula.

Nilai

menghargai.

Contohnya, Azmir menghargai petani, nelayan dan


buruh yang telah menyumbang demi
kesejahteraan hidup orang lain.

Nilai

baik hati.

kasih sayang.

Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir yang


dirawat di wad pesakit jiwa.

PENGAJARAN
Kita

hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain


supaya kita dapat membantu mereka.

Contohnya, Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah


menasihati ibu Azmir agar segera melawat Azmir di wad
pesakit jiwa sebelum terlambat.

Kita

hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak


melakukan perbuatan khianat.

Contohnya, Azmir setia terhadap Ani yang telah


meninggalkannya setelah Ani beranggapan bahawa Azmir
gila.

Kita

mestilah bersikap baik hati kepada orang lain.

Contohnya, doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan


membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan hospital.

PENGAJARAN

Kita hendaklah menghargai jasa orang lain


supaya orang tersebut tidak berasa
dipinggirkan.

Contohnya, Azmir menghargai jasa-jasa


petani, nelayan, dan buruh yang
menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

Kita haruslah memberikan kasih sayang


yang sepenuhnya terhadap anak-anak.

Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir


walaupun anaknya itu dikatakan gila.

You might also like