You are on page 1of 2

AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

Penghutang merupakan ASET : (Dt : Pertambahan, Kt: Pengurangan)

DEBIT – semua urusniaga yang MENAMBAHKAN jumlah HUTANG PENGHUTANG.

Contoh :
a. Jualan secara kredit
b. Bank (bagi cek tak layan)
c. Diskaun diBeri (dibatalkan)
d. Faedah dikenakan keatas penghutang

KREDIT – semua urusniaga yang MENGURANGKAN jumlah HUTANG PENGHUTANG.

Contoh :
a. Bank – Bayaran oleh penghutang.
b. Pulangan Jualan
c. Diskaun diBeri
d. Hutang lapuk
e. Kontra – Pindahan dari / ke Lejar Belian

PERHATIAN : – Ada urusniaga yang tidak perlu dimasukkan dalam Akaun Kawalan Penghutang atau
Akaun Kawalan Pemiutang. Iaitu :

a. Jualan secara tunai


b. Belian secara tunai
c. Peruntukan Hutang Ragu
d. Hutang Lapuk Terpulih

AKAUN KAWALAN PEMIUTANG

Pemiutang merupakan LIABILITI SEMASA : (Dt : Pengurangan, Kt: Pertambahan)

DEBIT – semua urusniaga yang MENGURANGKAN jumlah HUTANG DENGAN PEMIUTANG.

Contoh :
a. Pulangan Belian
b. Bank (pembayaran kepada pemiutang)
c. Diskaun di terima
d. Kontra (Pindahan dari / ke Lejar Jualan)

KREDIT – semua urusniaga yang MENAMBAHKAN jumlah HUTANG DENGAN PEMIUTANG.

Contoh :
a. Belian (belian secara kredit)
b. Faedah dikenakan oleh pemiutang
c. Angkutan dikenakan oleh pemiutang
d. Bank (jika terlebih bayar)
KESILAPAN UMUM PELAJAR

Antara kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah :

1. Terlupa menolak jualan tunai daripada jumlah jualan untuk mencari jualan kredit.

2. Terlupa menolak belian tunai daripada jumlah belian untuk mencari belian kredit.

3. Hutang Lapuk Pulih tidak ditolak daripada jumlah bayaran yang dibuat oleh penghutang untuk
menunjukkan jumlah yang sebenar diterima daripada penghutang.

4. Pelajar memasukkan butiran urusniaga yang tidak sepatutnya ada dalam Akaun Kawalan Penghutang
atau Akaun kawalan Pemiutang iaitu : JUALAN TUNAI, BELIAN TUNAI, HUTANG LAPUK
TERPULIH dan PERUNTUKAN HUTANG RAGU.

You might also like