You are on page 1of 21

1

PANDUAN JAWAPAN
SOALAN PERCUBAAN 2020
KAJIAN NOVEL ZON UTARA

DISEDIAKAN OLEH:
-CIKGU ROOSE-

roosezah@yahoo.com 1
2

SET 1 – PERAK 2020 - SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN

(a) Pengarang banyak menerapkan nilai kemanusiaan dalam karyanya bagi


menggerakkan cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai kemanusiaan
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap
novel yang berkaitan dengan kebijaksanaan watak dalam novel.
[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Pengarang banyak menerapkan nilai kemanusiaan dalam karyanya bagi
menggerakkan cerita.

Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai baik hati. Nilai ini dapat dilihat pada
watak datuk Lili yang membantu orang lain dengan cara memberikan herba dan akar-akar
kayu sebagai bahan rawatan untuk mereka sebagai usaha alternatif untuk menyembuhkan
penyakit selain perubatan moden.

Nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat pada
watak nenek dan datuk Lili melayan Lili dengan baik walaupun pada suatu masa dulu, ibu Lili
tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.

Nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keprihatinan. Nilai ini dapat dilihat pada
watak Lili yang prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan
rumah tangga Che Jah. Walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk
mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah
mereka.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Pengarang banyak menerapkan nilai kemanusiaan dalam karyanya bagi
menggerakkan cerita.

Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kebijaksanaan. Nilai ini dapat dilihat
pada watak Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga
adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan.

Nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai kegigihan. Nilai ini dapat dilihat pada
watak Dahlia yang gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat
pemindahan banjir yang tidak selesa.

Nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Nilai ini dapat dilihat pada
watak Dahlia yang berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk
menyelamatkan Said yang lemas.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan kebijaksanaan watak
dalam kedua-dua buah novel.

roosezah@yahoo.com 2
3

Peristiwa tentang kebijaksanaan watak dalam novel Jendela Menghadap Jalan dapat
dilihat dalam peristiwa kebijaksanaan Danel menyelesaikan masalah penduduk
kampung. Buktinya, Danel telah mencadangkan supaya membuat pengumuman di surau
untuk meminta pendapat penduduk kampung sama ada ingin meletakkan kubah di surau
ataupun membina masjid baharu. Majoriti penduduk menginginkan pembinaan masjid baharu
kerana surau sudah uzur. Danel dan Lili tidak jadi memasang poster kerana kurang berkesan.

Peristiwa tentang kebijaksanaan watak dalam novel Songket Berbenang Emas dapat
dilihat dalam peristiwa kebijaksanaan Dahlia menguruskan masa dengan membuat
ulang kaji di pusat pemindahan banjir. Buktinya, ketika rumahnya dilanda banjir, Dahlia
mencuri peluang untuk belajar dan tidak peduli jika ada orang yang mengatakan bahawa dia
ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim, bekas guru Dahlia ketika di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail.

SET 2 – KEDAH 2020 - SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM

(a) Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk
meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua sebab bahagian
permulaan novel itu menarik minat anda.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu nilai kegigihan
yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan
pembacaan. Terdapat beberapa sebab bahagian permulaan novel ini menarik minat saya.

Sebab yang pertama bahagian permulaannya menarik minat saya ialah peristiwa ibu
Lili menyuruh Lili menghabiskan cutinya di kampung. Perisitiwa ini menarik kerana
membuatkan saya ingin mengetahui sama ada Lili mematuhi perintah ibunya atau tidak.

Sebab yang kedua ialah peristiwa Lili membantu Geetha yang dalam keadaan kelam-
kabut semasa di dalam bas. Peristiwa ini menarik kerana membuatkan saya ingin mengetahui
hubungan mereka berterusan atau tidak.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan
pembacaan. Terdapat beberapa sebab bahagian permulaan novel ini menarik minat saya.

Sebab yang pertama bahagian permulaannya menarik minat saya ialah peristiwa
Dahlia berlatih bola jaring. Peristiwa ini menarik kerana memberikan semangat kepada
pembaca untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan walaupun sibuk belajar.
Sebab yang kedua ialah peristiwa perisitwa Azhari menyuarakan hasratnya untuk
meminang Dahlia. Peristiwa ini menarik minat saya kerana memberikan pengajaran kepada
saya supaya mengutamakan pelajaran dan keluarga.

roosezah@yahoo.com 3
4

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua buah
novel tersebut.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat nilai kegigihan menyelesaikan


konflik kekeluargaan. Sebagai contoh, Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya
daripada terus menjadi mangsa keganasan Seman.

Dalam novel Songket Berbenang Emas, terdapat nilai kegigihan menguruskan


keluarga. Sebagai contoh, Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya
terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital.

SET 3 – KELANTAN 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
Rujuk Jawapan Set 1(a)

(b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan iktibar oleh


pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
dapat dijadikan iktibar bagi setiap novel.
[8 markah]

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan iktibar
oleh pembaca.

Peristiwa yang dapat dijadikan iktibar oleh pembaca dalam novel Jendela Menghadap
Jalan ialah peristiwa datuk Lili mempertahankan tanah daripada dijual. Datuk merungut
sambil memarahi abang kandung Danel, Sugi Oogway yang menghantar kawannya daripada
sebuah syarikat untuk memujuk orang kampung supaya menjual tanah mereka untuk dijadikan
deretan rumah sewa. Peristiwa ini dapat dijadikan iktibar oleh pembaca agar mempertahankan
hak atau tanah daripada jatuh kepada orang lain.

Peristiwa yang dapat dijadikan iktibar oleh pembaca dalam novel Songket Berbenang
Emas ialah peristiwa Embong memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang
baik. Walaupun Embong hidup dalam kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran
anak-anaknya. Embong marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu
membantu keluarga sedangkan dia masih mampu mencari rezeki untuk anak-anaknya.
Peristiwa ini dapat dijadikan iktibar oleh pembaca agar mementingkan pendidikan anak-anak
agar masa depan mereka terjamin.

roosezah@yahoo.com 4
5

SET 4 – SELANGOR / WP PUTRAJAYA 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sinopsis yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, nyatakan satu peristiwa bagi setiap
novel yang dapat menjelaskan pengajaran kegigihan kepada pembaca.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Berikut dihuraikan sinopsis novel tersebut.

Permulaan novel ini adalah apabila pengarang menceritakan berkenaan Lili iaitu
seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala
Lumpur. Semasa cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Pada bahagian perkembangan, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang


menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di Kampung Sentosa. Datuk Lili
merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang
pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan
kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa
oleh anak-anak mereka yang masih muda. Lili turut menyaksikan pertentangan pendapat
antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada
perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel
yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka
mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang
lebih tua di situ.

Pada bahagian klimaks, Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan
kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan
mereka tersasar. Che Jah sangat bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana
kubah yang dilarikan itu berpunca daripada perbuatan jahat Seman namun suaminya
menghalakan segala perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar untuk
menjadi baik.

Pada bahagian peleraian, dengan pertolongan Kak Mimah yang kebetulan datang
untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan
dibantu sehingga pulih. Datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke
situ dan membuka rahsia tentang jendela yang menghadap jalan kepada Lili.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Berikut dihuraikan sinopsis novel tersebut.

Bahagian permulaan bermula dengan pengarang mengisahkan kehidupan Dahlia,


seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu
Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya.

roosezah@yahoo.com 5
6

Pada bahagian perkembangan, ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai,


Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan
ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar
tidak mendengar kata setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing
peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda
keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang
didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak
cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil
keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke
Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.

Pada bahagian klimaks, Abu Bakar telah menjumpai kain merah yang sudah reput.
Abu Bakar menjumpai kain merah yang membungkus dua biji telur ayam berwarna hitam
yang berbau busuk dan mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku di
bawah rumahnya. Abu Bakar mengandaikan telur itu digunakan oleh seseorang yang berniat
untuk memporak-perandakan keluarga mereka. Dahlia menyuruh Abu bakar membuang telur-
telur busuk itu ke dalam sungai.

Pada bahagian peleraian, Dahlia telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun
dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu,
Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula
2 Januari. Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari
pertunangannya. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak
RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak
RM300.00. Azhari telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau
di mana-mana dia berada.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup
dalam kedua-dua buah novel.

Pengajaran kegigihan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita haruslah
berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Danel berusaha dengan
gigih untuk menjadi seorang penulis rencana yang terkenal dan memiliki kolumnya sendiri
dalam akhbar arus perdana. Danel telah menulis artikel tentang Remaja Jadi Pekebun Pisang
Berjaya di Tenom dan Perihal Pisang dalam buku yang berjudul Segalanya Tentang Pisang.
Kegigihan Danel ini dapat dijadikan panduan hidup kerana setiap cita-cita akan tercapai jika
terdapat kesungguhan dalam diri.

Pengajaran kegigihan dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah kita haruslah
gigih dalam menuntut ilmu untuk berjaya dalam kehidupan. Dahlia gigih menuntut ilmu
walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang
sakit dan ayahnya yang dipatuk ular. Kegigihan Dahlia ini dapat dijadikan panduan hidup
kerana sesungguhnya hanya dengan ilmu dapat mengubah kehidupan seseorang kepada yang
lebih baik.

roosezah@yahoo.com 6
7

SET 5 - TERENGGANU 3 (2020)

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai kasih sayang
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, wajarkah pengarang mengakhiri
cerita seperti yang terdapat dalam setiap novel. Berikan alasan anda.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Pengarang telah memaparkan nilai kasih sayang dalam novel ini.

Nilai kasih sayang yang pertama ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.
Contohnya, Lili menyayangi ibunya apabila dia tetap menurut kemahuan ibunya yang
meminta dia bercuti di kampung halaman ibunya di kampong Sentosa walaupun pada awalnya
Lili agak keberatan kerana telah mempunyai perancangan untuk menghabiskan waktu cuti
dengan kawan-kawannya.

Nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang nenek terhadap cucu. Contohnya,
nenek menasihati Lili agar tidak mencampuri urusan rumah tangga Che Jah demi keselamatan
Lili kerana Nenek mengganggap Lili masih belum matang .

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan nilai kasih sayang dalam novel ini.

Nilai kasih sayang yang pertama ialah kasih sayang suami terhadap isteri.
Contohnya, Embong amat menyayangi isterinya Saleha. beliau tetap menyayangi isterinya
walaupun Saleha menghidapi tekanan mental.

Nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang bapa terhadap anak-anak.
Contohnya, Embong amat sayang akan anak-anaknya. Dia berusaha untuk menguruskan anak-
anaknya semasa isterinya dimasukkan ke hospital. Semasa dia dipatuk ular, dia berpesan
kepada Dahlia untuk menjaga adik-adiknya dengan baik dan memberitahu tentang wang yang
disimpannya di rumah bagi mengelakkan anak-anaknya terbiar semasa ketiadaannya

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Kedua-dua buah novel diakhiri dengan peristiwa yang dapat kita jadikan
panduan hidup.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, pengarang mengakhiri cerita pada


bahagian peleraian dengan peristiwa Kak Mimah mencadangkan Che Jah membuat
laporan polis. Che Jah bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang telah
dilakukan oleh suaminya Seman terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya
ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Pada pendapat saya,
wajar sekali cerita ini diakhiri sedemikian kerana atas bantuan Kak Mimah penderitaan yang
dihadapi oleh Che Jah sekeluarga dapat diselesaikan.

roosezah@yahoo.com 7
8

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, pengarang mengakhiri cerita pada


bahagian peleraian dengan peristiwa penduduk kampung bekerjasama antara satu sama
lain mengumpulkan wang untuk Dahlia mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam
bulan di Universiti Malaya. Haji Sulaiman telah menyerahkan sampul derma daripada orang
kampung yang berjumlah RM500 kepada Dahlia. Pada pendapat saya, wajar sekali cerita ini
diakhiri sedemikian kerana hal ini membuktikan wujudnya kerjasama penduduk kampung
untuk mengurangkan beban kewangan keluarga Dahlia demi merealisasikan impiannya untuk
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

SET 6 – PERLIS 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua keistimewaan watak
utama.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan nilai keprihatinan bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat beberapa keistimewaan
watak utama yang digambarkan oleh pengarang.

Keistimewaan watak utama yang pertama ialah seorang yang bijaksana


menyelesaikan masalah. Contohnya, Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang
dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara menceritakan
masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Keistimewaan watak utama yang kedua ialah seorang yang sedia memaafkan
kesalahan orang lain terhadapnya. Contohnya, Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq
yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka itu tidak baik.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat beberapa keistimewaan
watak utama yang digambarkan oleh pengarang.

Keistimewaan watak utama yang pertama ialah seorang yang bertanggungjawab


terhadap ahli keluarganya. Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum
abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.

Keistimewaan watak utama yang kedua ialah seorang yang tabah mengharungi
dugaan hidup. Contohnya, Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya
menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah dipatuk ular.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan nilai keprihatinan dalam
setiap novel tersebut.

Peristiwa yang menunjukkan nilai keprihatinan dalam novel Jendela Menghadap Jalan
ialah peristiwa keprihatinan terhadap masalah orang lain. Lili, datuk dan nenek prihatin

roosezah@yahoo.com 8
9

akan nasib Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Mereka banyak menolong
keluarga Che Jah. Lili misalnya menceritakan masalah Che Jah kepada Puan Hamimah. Datuk
dan nenek pula menjaga dan merawat Rafik dan Haziq. Datuk telah membawa Rafik dan
Haziq balik ke rumah untuk mendapatkan rawatan tradisional setelah mengalami kecederaan
dan lebam-lebam.

Peristiwa yang menunjukkan nilai keprihatinan dalam novel Songket Berbenang Emas
ialah peristiwa keprihatinan untuk membantu orang yang susah tanpa mengira bangsa
dan agama. Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah
kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga
menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

SET 7 – PPD LIMBANG, SARAWAK 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik penceritaan yang
terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]

(b) Konflik yang diketengahkan oleh penulis dalam novel merupakan elemen penting
untuk menarik pembaca menghayati sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu konflik yang
dialami oleh watak utama dan cara watak itu menyelesaikan konflik tersebut.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Pengarang menggunakan pelbagai teknik penceritaan dalam novel.

Teknik penceritaan yang pertama ialah teknik pemerian yang ditunjukkan apabila
pengarang memerihalkan keadaan Haziq kerana dipukul oleh Seman. Darah mengalir dari
bibir Haziq yang pecah. Matanya tidak bermaya ketika dia berkalih ke kiri untuk mengelakkan
sepakan Seman yang benar-benar seperti orang hilang akal. Dari dalam rumah Che Jah pula
sedang meraung meminta cerai dan riuh suara wanita yang sedang menyabarkannya.

Teknik penceritaan yang kedua ialah teknik saspens yang digunakan oleh pengarang
ketika Lili diculik oleh Rafik dan Haziq. Danel bijak bertindak apabila menyelamatkan Lili
seorang diri pada waktu malam kerana dia tahu tempat Lili disembunyikan oleh Haziq dan
Rafik. Danel tidak menggalakkan orang kampung mencari Lili pada waktu siang untuk
mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Danel yakin bahawa Lili tidak akan diapa-apakan
oleh Rafik dan Haziq kerana sikap pengecut kedua-duanya. Pembaca berasa saspens atau
tertanya-tanya akan nasib Rafik dan Haziq setelah Lili berjaya dibebaskan.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Pengarang menggunakan pelbagai teknik penceritaan dalam novel.

Teknik penceritaan yang pertama ialah teknik pemerian yang ditunjukkan apabila
pengarang memerihalkan peristiwa Embong dibelit oleh ular sawa. Ular yang sudang
tergantung pada pokok lain menjuntaikan kepalanya ke arah Embong. Embong terjatuh. Ular
itu membelit kakinya kemudian ke badan. Embong meronta-ronta. Embong mengumpul
tenaga lalu berjaya mencekak leher ular dan berlaku pergelutan.

roosezah@yahoo.com 9
10

Teknik penceritaan yang kedua ialah teknik saspens yang digunakan oleh pengarang
apabila Nek Kiah sanggup menjual tapak rumah yang diduduki oleh keluarga menantunya,
Embong setelah terpedaya dengan hasutan Seman. Nek Kiah sanggup memberikan amaran
kepada Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada ke tanah lain kerana tanah rumah
Dahlia akan dijual. Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang menimpa keluarga Dahlis
seandainya Nek Kiah berjaya menjual tanah tersebut.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak konflik yang dialami oleh watak utama dalam kedua-dua
buah novel. Watak utama berhadapan dengan konflik dan mencari jalan penyelesaiannya.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, watak utamanya, Lili menghadapi


konflik yang dengan ibunya yang meminta Lili pulang ke kampung dan menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung sedangkan Lili ingin menghabiskan cutinya bersama-sama
dengan rakan-rakan untuk meraikan majlis persaraan pengetuanya.

Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya
bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana
ketaatan seoarnag anak terhadap ibu.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, watak utamanya Dahlia menghadapi


konflik dengan Nek Kiah apabila Nek Kiah tidak menyukai keluarga Dahlia dan tidak
mengakui mereka sebagai darah daging. Malah Nek Kiah dan Seman berpakat untuk menjual
tanah tapak rumah keluarga Dahlia.

Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Dahlia tetap memberikan layanan yang baik
terhadap Nek Kiah dan menjaganya ketika sakit.

SET 8 – PULAU PINANG 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai yang
menggambarkan sikap bertanggungjawab daripada setiap novel tersebut.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Pengarang menggambarkan pelbagai peristiwa dalam novel ini. Antaranya ialah
peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili gigih menyelesaikan kes keganasan rumah
tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anaknya Rafik dan
Haziq. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana sebagai seorang remaja yang
masih muda, Lili dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Che
Jah.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili diculik oleh Haziq dan Rafik tetapi Lili tetap
membantu mereka dan sanggup memaafkan mereka. Peristiwa ini menimbulkan perasaan

roosezah@yahoo.com 10
11

kagum kerana jelas menggambarkan sikap Lili yang baik hati dan tidak berdendam terhadap
perkara yang telah berlaku kepadanya.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Pengarang menggambarkan pelbagai peristiwa dalam novel ini. Antaranya
ialah peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said walaupun dia tidak pandai berenang. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum
kerana sikap berani yang ditunjukkan oleh Dahlia untuk menyelamatkan anak jirannya, Said
yang lemas.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan
pelajaran di Jepun walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian hidup. Peristiwa ini
menimbulkan perasaan kagum kerana walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah,
Dahlia tetap berjaya dalam pelajarannya serta memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan nilai yang menggambarkan sikap
bertanggungjawab dalam kedua-dua buah novel.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, nilai yang menggambarkan sikap


bertanggungjawab ialah bertanggungjawab membantu orang yang ditimpa kesusahan
atau masalah. Contohnya, Lili rasa bertanggungjawab membantu keluarga Che Jah yang
menghadapi masalah rumah tangga.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, nilai yang menggambarkan sikap


bertanggungjawab ialah bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya, Dahlia
bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan sanggup keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya yang masih kecil apabila ibunya dimasukkan ke hospital.

SET 9 – SBP 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan dalam
novel tersebut.
[7 markah]
Rujuk Jawapan Set 1(a)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, nyatakan satu peristiwa
menarik kepada pembaca pada bahagian permulaan.

Huraikan sebab anda berpendapat sedemikian.


[8 markah]

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa menarik pada bahagian permulaan novel.

roosezah@yahoo.com 11
12

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa menarik pada bahagian


permulaan novel ialah peristiwa Lili yang tidak begitu gembira dengan percutiannya di
kampung secara bersendirian, namun sebagai anak yang taat, dia akur akan kehendak ibunya.

Peristiwa ini menarik kerana memaparkan seorang anak yang taat akan perintah
ibunya walaupun dia terpaksa mengetepikan perasaannya sendiri kerana dia percaya
perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, peristiwa menarik pada bahagian


permulaan novel ialah peristiwa Azhari bertanya kepada Dahlia tentang hajatnya untuk
membawa keluarganya ke rumah Dahlia bagi membincangkan hubungan mereka secara serius.

Peristiwa ini menarik kerana memaparkan seorang gadis yang mengutamakan


kepentingan pelajaran lebih daripada perkara lain kerana hanya dengan pelajaran dia dapat
membantu kehidupan keluarganya pada masa depan.

SET 10 – NEGERI SEMBILAN 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak
utama dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda
pelajari.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu contoh yang dapat
membuktikan pernyataan tersebut.
[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Pengarang menggambarkan
perwatakan watak utama yang dapat dicontohi.

Perwatakan watak utama yang pertama ialah seorang yang penyayang terhadap
ibunya. Contohnya, Lili memenuhi permintaan ibunya agar menghabiskan cuti persekolahan
di kampung neneknya untuk membuktikan dia menyayangi ibunya.

Perwatakan watak utama yang kedua ialah seorang yang gigih menuntut ilmu.
Contohnya, Lili gigih mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut
dengan baik.

Perwatakan watak utama yang ketiga ialah seorang yang bijaksana menyelesaikan
masalah. Contohnya, Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh
Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara menceritakan masalah tersebut
kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Pengarang menggambarkan perwatakan watak
utama yang dapat dicontohi.

roosezah@yahoo.com 12
13

Perwatakan watak utama yang pertama ialah seorang yang bertanggungjawab


terhadap ahli keluarganya. Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum
abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital

Perwatakan watak utama yang kedua ialah seorang yang tabah mengharungi
dugaan hidup. Contohnya, Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya
menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah dipatuk ular.

Perwatakan watak utama yang ketiga ialah seorang yang menghormati tetamu yang
bertandang ke rumahnya. Contohnya, Dahlia melayan neneknya dengan baik dan
menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dahlia juga
menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang ke rumahnya.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan persoalan kegigihan dalam kedua-dua buah
novel.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat persoalan kegigihan


mempertahankan perubatan tradisional. Buktinya, datuk Lili, Haji Abdul Rahman gigih
mempertahankan perubatan tradisional yang diamalkannya walaupun pesakitnya semakin
berkurangan dari sehari ke sehari disebabkan mereka mula beralih kepada kaedah rawatan
moden.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, terdapat persoalan kegigihan dalam


mencari nafkah untuk menyara keluarga. Buktinya, Embong gigih mencari rezeki untuk
menyara dirinya sekeluarga dengan melakukan pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah,
mengambil upah membersihkan kebun orang dan memetik buah kelapa sawit.

SET 11 – PAHANG 2020

(a) Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ialah teknik saspens.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua unsur saspens yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan tema dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah unsur saspens.

Unsur saspens yang pertama ialah peristiwa kehilangan kubah surau. Peristiwa ini
dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk
kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah
tersebut.

Unsur saspens yang kedua ialah peristiwa penculikan Lili. Peristiwa ini dikatakan
saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq
dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili.

roosezah@yahoo.com 13
14

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah unsur saspens.

Unsur saspens yang pertama ialah peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang
mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di
bawah rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang yang
meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.

Unsur saspens yang kedua ialah peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa
balik ke rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang
tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya.
Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular
tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Kedua-dua buah novel menggambarkan tema yang menarik.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, pengarang memaparkan


tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Satu peristiwa yang menggambarkan tema tersebut ialah kecekalan Lili berusaha
untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran
datuknya. Lili cekal berusaha membantu menyelesaikan masalah Che Jah yang selalu dipukul
dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Lili telah meminta bantuan Kak Mimah yang merupakan
seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan
didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, pengarang memaparkan tema kegigihan


seorang gadis dalam menempuhi berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.

Satu peristiwa yang menggambarkan tema ialah kegigihan Lili menghadapi masalah
kesihatan ibunya. Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya, Saleha yang bersikap
kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan Hospital Permai di Johor
Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian dan sesekali ketawa di
kebun getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan
ibunya ini menyebabkan Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.

SET 12 – MUAR. JOHOR 2020

(a) Kegigihan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya mencapai kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat
membuktikan pernyataan di atas.
[7 markah]

(b) Keberkesanan perkembangan cerita dalam sesebuah karya banyak dipengaruhi oleh
kebijaksanaan penulis untuk memilih peristiwa yang menarik.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa
menarik dalam bahagian perkembangan cerita dan sebab anda menganggap
peristiwa itu menarik bagi setiap buah novel tersebut.
[8 markah]

roosezah@yahoo.com 14
15

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Kegigihan watak utama dalam sesebuah membolehkannya mencapai
kejayaan. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat beberapa peristiwa tentang
kegigihan watak utama dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kegigihan seorang remaja untuk


membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga dalam keluarga. Lili telah
melaporkan masalah keluarga Che Jah kepada Puan Hamimah iaitu Pegawai Kebajikan
Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya daripada terus dipukul oleh
suami Che Jah iaitu Seman. Seman sering mabuk dan mengabaikan tanggungjawab terhadap
keluarga. Lili juga mencadangkan kepada Puan Hamimah agar Seman dihantar ke pusat
pemulihan akidah.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kegigihan seorang remaja mencari


penyelesaian yang dapat merungkai suatu rahsia. Lili gigih mencari rahsia jendela
menghadap jalan agar dapat mengetahui kebenaran. Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang
sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela
menghadap jalan sehinggalah nenek sendiri menceritakan rahsia bahawa jendela tersebut
direka sedemikian supaya senang penduduk kampung mengintai pergerakan Bintang Tiga
yang menyusup ke kampung-kampung. Kegigihan Lili ini boleh dijadikan panduan hidup agar
kita sentiasa berusaha merungkai peristiwa sebenar di sebalik sesuatu kejadian.

4(b) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Kegigihan watak utama dalam sesebuah membolehkannya mencapai
kejayaan. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat beberapa peristiwa tentang
kegigihan watak utama dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kegigihan seorang anak menghadapi


masalah kesihatan ibunya. Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya, Saleha yang
bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan Hospital Permai di
Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian dan sesekali
ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila menjelang senja. Masalah
kesihatan ibunya ini menyebabkan Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-
adiknya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kegigihan seorang remaja meneruskan


pembelajarannya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Dahlia meneruskan
pembelajarannya untuk peperiksaan STPM walaupun terpaksa ponteng sekolah dan keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya semasa ibunya dirawat di Hospital Permai akibat penyakit
kemurungan. Dahlia juga cekal dan gigih mengulang kaji pelajaran menjelang STPM di pusat
pemindahan banjir walaupun kemudahan yang serba kekurangan di situ.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Kedua-dua buah novel menggambarkan peristiwa yang menarik dalam
bahagian perkembangan.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang menarik pada bahagian
perkembangan ialah peristiwa kegigihan datuk Lili ke hutan untuk mencari akar-akar
kayu sebagai ramuan perubatan tradisional. Datuk turut ke paya bakau untuk mencari
tumbuhan eksotik dan suka merayau-rayau ke tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan
penyembuh tubuh manusia yang sakit. Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi,

roosezah@yahoo.com 15
16

ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba. Selain itu,
datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-
tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.

Saya menganggap peristiwa itu menarik kerana peristiwa itu menggambarkan


semangat pengamal perubatan tradisional yang masih kuat walaupun bersaing dengan
perubatan moden dan menyedarkan pembaca agar menghargai tumbuh-tumbuhan herba
kerana banyak khasiat kepada manusia.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang menarik pada bahagian
perkembangan ialah peristiwa malang yang menimpa keluarga Dahlia. Ibu Dahlia, iaitu
Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan
sementara ayahnya, Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya
dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata setelah tersilap memilih
rakan dan tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana
dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM.

Saya menganggap peristiwa itu menarik kerana peristiwa itu menggambarkan


ketabahan diri dalam menghadapi masalah keluarga yang bertimpa-timpa tidak harus
dijadikan halangan kepada seseorang untuk berjaya dalam pelajaran. Hal ini menyedarkan
pembaca agar sentiasa bersikap positif apabila dilanda masalah.

SET 13 – SMK SRI RAHMAT, JOHOR 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema dalam novel
tersebut.
[7 markah]
Rujuk Jawapan Set 11(b)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan nilai kasih sayang antara ahli keluarga yang terdapat dalam setiap
novel tersebut.
[8 markah]
Novel yang
Matdarin. sayanovel
Tema kaji ini
di adalah
Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
tentang
4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam
kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Jendela Menghadap
Jalan ialah peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili menyayangi ibunya apabila
dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya
di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili
terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya
sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali
ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati
ibunya.

Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah
peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap adik-adiknya. Dahlia sanggup keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah semata-
mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna

roosezah@yahoo.com 16
17

sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya
yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang

SET 14 – YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) 2020

(a) Sikap cekal dan gigih yang terdapat pada watak-watak dalam sesebuah novel perlu
dijadikan contoh untuk menjalani kehidupan dalam kalangan pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh sikap cekal dan
gigih yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu contoh nilai amanah
dalam tugas bagi setiap novel. yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Sikap cekal dan gigih yang terdapat pada watak-watak dalam sesebuah
novel perlu dijadikan contoh untuk menjalani kehidupan dalam kalangan pembaca.
Pengarang telah memaparkan beberapa contoh sikap cekal dan gigih yang terdapat dalam
novel ini.

Sikap cekal dan gigih seorang gadis untuk menyelesaikan konflik rumah tangga
sebuah keluarga. Contohnya, Lili cekal dan gigih membantu menyelesaikna masalah
keluarga Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa penderaan Seman yang
panas baran dan kaki botol.

Sikap cekal dan gigih seorang lelaki tua untuk mempertahankan perubatan
tradisional. Contohnyanya, datuk Lili, Haji Abdul Rahman cekal dan gigih mempertahankan
perubatan tradisional yang diamalkannya walaupun pesakitnya semakin berkurangan dari
sehari ke sehari disebabkan mereka mula beralih kepada kaedah rawatan moden.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Sikap cekal dan gigih yang terdapat pada watak-watak dalam sesebuah
novel perlu dijadikan contoh untuk menjalani kehidupan dalam kalangan pembaca.
Pengarang telah memaparkan beberapa contoh sikap cekal dan gigih yang terdapat dalam
novel ini.

Sikap cekal dan gigih seorang ketua keluarga mencari nafkah untuk menyara
keluarga. Contohnya, Embong cekal dan gigih mencari rezeki untuk menyara dirinya
sekeluarga dengan melakukan pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah, mengambil
upah membersihkan kebun orang dan memetik buah kelapa sawit.

Sikap cekal dan gigih seorang gadis remaja dalam meneruskan pelajarannya.
Contohnya, Dahlia cekal dan gigih meneruskan pembelajarannya untuk peperiksaan STPM
walaupun terpaksa ponteng sekolah dan keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya
semasa ibunya dirawat di Hospital Permai akibat penyakit kemurungan. Dahlia juga cekal dan
gigih mengulang kaji pelajaran menjelang STPM di pusat pemindahan banjir walaupun
kemudahan yang serba kekurangan di situ.

roosezah@yahoo.com 17
18

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Pengarang menggambarkan beberapa nilai murni dalam kedua-dua buah
novel, antaranya ialah nilai amanah dalam tugas.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat nilai amanah dalam


merawat pesakit. Contohnya, datuk Lili menjalankan amanah sebagai seorang pengamal
perubatan tradisional dengan membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat
dengannya. Datuk menggunakan perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan
daun-daun herba.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, terdapat nilai amanah dalam


menjalankan tanggungjawab, Contohnya, Doktor Ridhuan begitu amanah menjalankan
tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal pasti punca dan
kaedah penyelesaian bagi mengubati penyakit Saleha.

SET 15 - MRSM 2020

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, berikan dua peristiwa sebagai bukti
yang menyokong tema tersebut.

JMJ Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.


SBE Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
dalam hidupnya.

[7 markah]
Rujuk Jawapan Set 11(b)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan tindakan watak yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca.
Berikan alasan anda.
[8 markah]

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa watak yang menunjukkan tindakan yang tidak wajar
dicontohi oleh pembaca dalam kedua-dua buah novel.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, tindakan watak yang tidak wajar
dicontohi oleh pembaca ialah sikap seorang suami yang panas baran. Seman iaitu suami
Che Jah bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga kaki mabuk dan kaki judi. Seman
telah memukul Haziq sehingga cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena rasuk.
Sikap Seman ini menyebabkan Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri.
Mereka telah menculik Lili kerana terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar
mereka.

Saya berpendapat tindakan watak ini tidak wajar dicontohi kerana sikap panas
baran dapat menimbulkan pelbagai masalah dalam rumah tangga seterusnya membawa kepada
keruntuhan institusi kekeluargaan.

roosezah@yahoo.com 18
19

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, tindakan watak yang tidak wajar
dicontohi oleh pembaca ialah sikap prejudis seorang ibu mentua terhadap menantu
sendiri. Nek Kiah bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga dan meluahkan perasaan
tidak puas hatinya terhadap Embong kerana membawa nasib malang kepada Saleha sejak
mereka berkahwin sehingga mempunyai enam orang anak. Nek Kiah yang percaya akan fitnah
Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut untuk menjual tanah pusaka seluas
seekar yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga RM15,000.00.

Saya berpendapat tindakan watak ini tidak wajar dicontohi kerana sikap prejudis
terhadap ahli keluarga sendiri dapat memutuskan hubungan persaudaraan dan membawa
kepada perpecahan dalam keluarga.

SOALAN ULANG KAJI TAMBAHAN

1. Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu persoalan kasih sayang
yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah
novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat persoalan kasih sayang antara
anak dengan ibu. Lili menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu
yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun
Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan
perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan
Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan
kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

Persoalan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah persoalan
kasih sayang kakak terhadap adik-adik. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata
untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna sepanjang
ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya yang lain
iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang.

2. Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam
novel ini.
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat nilai kebijaksanaan
menyelesaikan masalah penduduk kampung. Buktinya, dalam peristiwa Danel
menyelesaikan masalah penduduk kampung. Danel telah mencadangkan supaya membuat
pengumuman di surau untuk meminta pendapat penduduk kampung sama ada ingin
meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid baharu. Majoriti penduduk
menginginkan pembinaan masjid baharu kerana surau sudah uzur. Danel dan Lili tidak jadi

roosezah@yahoo.com 19
20

memasang poster kerana kurang berkesan.


Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, terdapat nilai kebijaksanaan
menguruskan masa dengan berfaedah. Buktinya, dalam peristiwa Dahlia menguruskan
masa dengan membuat ulang kaji di pusat pemindahan banjir. Rumah Dahlia telah musnah
akibat banjir. Dahlia bersyukur kerana nota-nota pelajarannya dapat diselamatkan. Dalam
keadaan sesak di pusat pemindahan banjir tersebut, Dahlia mencuri peluang untuk belajar.
Dia tidak peduli jika ada orang yang mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap
Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim, bekas guru Dahlia ketika di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tun Ismail.

3. Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang membawa kepada
klimaks dalam novel tersebut.
[7 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam kedua-
dua buah novel.
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang membawa kepada
klimaks ialah peristiwa isu kubah surau yang telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua
kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Berlaku pertentangan pendapat antara
golongan muda dengan golongan tua berkaitan isu kubah sama ada perlu diletakkan di atas
surau ataupun membina masjid yang baharu. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang
supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat
diperlukan.
Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang membawa kepada
klimaks ialah peristiwa Nek Kiah yang datang lagi ke rumah Dahlia untuk
mengingatkannya tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila
melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah
memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk
mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Tauke Lim datang ke rumah
Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual
oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke
Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama

4. Kebijaksanaan pengarang mempersembahkan plot cerita dalam sesebuah novel dapat


menimbulkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan
teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel tersebut.
[8 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak teknik imbas kembali dalam
kedua-dua buah novel.
Teknik imbas kembali dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah teringat kembali
kisah sewaktu kecil. Datuk teringat kembali tentang kisahnya semasa kecil yang terpaksa
mengikut orang tuanya meredah belantara dan belayar dengan kapal kemudian terdampar di
satu tempat sehingga datuk bertemu dan berkahwin dengan nenek.

roosezah@yahoo.com 20
21

Teknik imbas kembali dalam novel Songket Berbenang Emas ialah teringat kembali
kata-kata orang kampung. Dahlia teringat kembali pertanyaan orang kampung tentang
kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said daripada lemas. Dahlia juga
teringat akan kata-kata kesat Aton yang memaki hamun dan menuduhnya sebagai orang yang
membunuh anaknya. Tuduhan Aton ini menyebabkan Dahlia begitu sedih kerana gagal
menyelamatkan Said walaupun dia telah berusaha bersungguh-sungguh.

5. Dalam setiap novel, terdapat watak hitam atau antagonis yang dicipta oleh pengarang
untuk menjadikan sesebuah novel menarik.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu watak hitam atau antagonis
dan berikan alasan mengapa anda beranggapan demikian.
[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan watak antagonis
dalam kedua-dua buah novel.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, watak antagonis ialah watak Rafik.
Alasannya ialah dia seorang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Contohnya, dia telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta mengurung dan
mengikat Lili di sebuah pondok buruk. Selain itu, dia seorang yang tidak mementingkan
pendidikan. Contohnya, dia sering ponteng sekolah hingga menyebabkannya dibuang
sekolah.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, watak antagonis ialah watak Aton.
Alasannya ialah dia seorang yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa. Contohnya,
apabila melihat kepulangan Dahlia dihantar oleh Azhari, kemudian Azhari datang ke rumah
Dahlia serta diikuti oleh Najib, dia menyampaikan berita tersebut kepada Hajah Maimon,
isteri Haji Sulaiman. Selain itu, dia seorang pendendam. Contohnya, dia mendendami Dahlia
atas kematian anaknya, Said yang lemas di sungai. Dia menuduh Dahlia sebagai punca
anaknya mati lemas kerana Dahlia lambat menyelamatkan anaknya itu.

-SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON SPM 2020-

DISEDIAKAN OLEH;
CIKGU ROOSEZAH BINTI SABRI,
SMK SUNGAI MANIK,
36000 TELUK INTAN, PERAK.

roosezah@yahoo.com 21

You might also like