You are on page 1of 8

Koleksi Soalan KBAT Novel Jendela Menghadap Jalan (Tingkatan 4) SPM 2016/2017

Teknik Menjawab Soalan KBAT Novel (Tingkatan 4) SPM 2016/2017

- Soalan 7m = 4 Isi 3 Bahasa [jawab 1 novel (ting.4/5) sahaja]

- Soalan 8m = 6 Isi 2 Bahasa [jawab dua buah novel yg telah pelajari ting.4 dan 5]

1. Perwatakan watak utama

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak utama
dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini. Perwatakan
pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan
masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab. Contohnya,
Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, perwatakan ketiga watak utama ialah Lili seorang yang berani. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

2. Persoalan

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak persoalan dalam novel ini. Persoalan yang pertama ialah persoalan kecekalan menghadapi
cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.

Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan bertanggungjawab menyelesaikan masalah.
Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, persoalan yang ketiga ialah persoalan keberanian seorang gadis. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

3. Latar masyarakat
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak latar masyarakat dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang cekal
menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di
Kampung Sentosa.

Selain itu, latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili
menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang berani. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

4. Latar tempat

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak latar tempat dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah ialah di Kampung Sentosa. Di
sinilah Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku.

Selain itu, latar tempat yang kedua ialah di rumah Che Jah. Di sinilah Lili menyatakan kesediaannya
menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, latar tempat yang ketiga ialah di puncak bukit. Di sinilah Lili bersama-sama dengan
Geetha melihat kejadian matahari terbenam pada suatu lewat petang.

5. Nilai kemanusiaan

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kecekalan.
Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan
kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Lili berani mendaki
puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari
terbenam.

6. Pengajaran
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah cekal
menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di
Kampung Sentosa.

Selain itu, pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bertanggungjawab. Contohnya, Lili
menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah berani. Contohnya, Lili berani mendaki
puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari
terbenam.

7. Peristiwa yang memberikan teladan. – (pengajaran)

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang
memberikan teladan dalam novel ini ialah kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan.
Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang
memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu
berat untuk berbuat demikian.

Selain itu, peristiwa kedua yang memberikan teladan ialah kita perlulah sanggup memberikan
bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Lili bersimpati dengan Che Jah dan
menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memberikan teladan ialah kita hendaklah cekal menghadapi
cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.

8. Nilai kasih sayang

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Nilai kasih
sayang yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya.
Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang
memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu
berat untuk berbuat demikian.

Selain itu, nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucunya.
Contohnya, nenek melarang Lili ke pekan atau merayau ke sana-sini. Selepas Lili diculik oleh anak Che
Jah , nenek dan datuk melayan Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk
dan neneknya.
Akhir sekali, nilai kasih sayang yang ketiga ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu Lili amat menyayangi anaknya dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan
kesihatan anaknya.

9. Satu watak yang dianggap sebagai watak hitam, Tiga alasan memilih watak tersebut sebagai watak
hitam

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak hitam
yang terdapat dalam novel ini ialah Rafiq. Antara alasannya memilih Rafiq sebagai watak hitam adalah
kerana Rafiq merupakan seorang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya, Rafiq
telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta mengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok
buruk.

Selain itu, Rafiq merupakan seorang yang ketagihan dadah jenis syabu. Contohnya, Rafiq
mengugut ibunya, iaitu Che Jah supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah.

Akhir sekali, Rafiq merupakan seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya Rafiq
sering ponteng sekolah hingga menyebabkan dibuang sekolah.

10. Tiga sebab novel tersebut hebat dan menarik

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Sebab-sebab
novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan seorang gadis dalam
mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili cekap
menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh
seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili memiliki ketinggian ilmu dalam bidang
agama dan perubatan tradisional.

Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan dalam kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan Danel bersahabat baik walaupun mereka
berlainan agama, bangsa dan adat resam.

11. Unsur konflik merupakan elemen penting- Kemukakan bukti yang tepat

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Dalam novel ini,
terdapat konflik antara Rafiq dengan penduduk kampung. Contohnya, Rafiq selalu mencuri harta benda
orang kampung dan harta benda milik keluarganya untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli
syabu.

Selain itu, penduduk kampung juga cuba menghukum Rafiq dan Haziq yang telah dituduh mencuri
kubah surau baharu yang telah hilang. Rafiq dan Haziq berjaya diselamatkan oleh Tuan Haji Abdul
Rahman dan penduduk kampung yang prihatin akan nasib mereka.

Akhir sekali, dengan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penduduk kampung, Rafiq
telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah yang menyebabkan dia mula insaf dan belajar untuk berubah
sedikit demi sedikit.

12. Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan peristiwa

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Kepentingan
teknik dialog dalam mengembangkan sesuatu peristiwa yang terdapat dalam novel ini ialah dialog
menyebabkan pembaca merasakan bahawa watak-watak dalam novel ini benar-benar hidup.

Selain itu, teknik dialog dapat menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian. Seterusnya, teknik
dialog dapat mempelbagaikan mood pembaca bagi mengelakkan perasaan bosan ketika membaca novel
ini. Akhir sekali, teknik dialog dapat menggambarkan perwatakan watak dengan lebih jelas.

13. Peristiwa suka atau duka

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa duka
yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan Rafiq secara tiba-tiba.
Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang meninggalkan kesan
trauma kepada Lili.

Selain itu, peristiwa duka yang kedua ialah peristiwa Che Jah yang menjadi mangsa pukul suaminya
dan mangsa peras ugut anak-anaknya. Perbuatan tersebut merupakan suatu kes keganasan rumah
tangga yang meninggalkan kesan trauma dari segi emosi kepada Che Jah.

14. Tema dan contoh peristiwa yang menggambarkan tema tersebut

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Tema yang
terdapat dalam novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua dugaan dan cabaran.

Contoh peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di
sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk bersegera pulang ke
Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq sekali
gus cuba membantunya.
Selain itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara bersendirian
dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari yang mula dipupuk oleh Lili.

15. Peristiwa dalam bahagian peleraian cerita, Bersetuju atau tidak

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
peleraian cerita dalam novel ini ialah Lili berasa lega apabila berjaya menghabiskan cuti sekolahnya
selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa sebarang rungutan. Selain itu, nasib Che Jah dan dua
anaknya, iaitu Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Seterusnya, suami Che Jah telah dihadapkan ke muka pengadilan.

Jadi, saya bersetuju dengan peristiwa peleraian cerita novel ini. Saya bersetuju kerana orang yang
bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka pengadilan bagi
menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.

Akhir sekali, isu pertikaian pemasangan kubah di bumbung surau yang usang selesai kerana kubah
itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.

16. Anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita novel – Jelaskan pengakhiran cerita sekiranya anda
menjadi pengarang

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Saya kurang
bersetuju dengan kesudahan novel ini. Hal ini demikian kerana pengarang menamatkan watak
antagonis. Seman dengan cara yang begitu mudah. Sepatutnya, bagi meninggalkan kesan kepada
pembaca, watak Seman perlu dikembangkan sehingga perbuatan kejamnya terhadap isterinya, Che Jah
dan anak-anaknya, Rafiq dan Haziq selama ini betul-betul diberikan pengajaran yang setimpal.

Selain itu, pengarang telah menjadikan tajuk novel “ Jendela Menghadap Jalan ” seribu satu
persoalan atau tanda tanya dalam kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana Lili sebagai watak utama
dan pembaca masih mencari-cari jawapan yang sebenar tentang kerasionalan reka bentuk jendela yang
dibina menghadap jalan secara lebih mendalam. Sepatutnya, pengarang menjelaskan hubung kait cerita
yang dipaparkan dengan sejarah jendela yang dibina menghadap jalan itu bagi merungkaikan segala
persoalan pembaca.

17. Peristiwa yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
pertama yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat ialah peristiwa Rafiq yang
menahan Lili sebagai orang tahanan. Peristiwa ini mengkritik sifat individu yang sanggup melakukan apa-
apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri daripada segala masalah.

Selain itu, peristiwa kedua yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat
ialah peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah. Peristiwa ini mengkritik sifat
individu yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam
nyawa.

18. Peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang
menerapkan nilai tolong-menolong dalam novel ini ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha untuk
mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah.

Selain itu, peristiwa kedua yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa Kak Mimah dan
Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah daripada belenggu keganasan
suaminya.

19. Peristiwa yang menunjukan nilai tanggungjawab

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang
menunjukkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah peristiwa tanggungjawab seorang nenek
terhadap cucunya. Contohnya, nenek Lili iaitu Hajah Aishah tidak membenarkan Lili ke rumah Che Jah
kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya itu.

Selain itu, peristiwa kedua yang menunjukkan nilai tangungjawab ialah peristiwa tanggungjawab
sesama sahabat. Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi orang tahanan Rafiq
dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang berlaku itu.

20. Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang
memaparkan nilai kerjasama dalam novel ini ialah peristiwa Geetha bekerjasama dengan Lili mendaki
puncak bukit bagi menyaksikan kejadian matahari terbenam.

Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Lili memberikan
kerjasama dengan akur sahaja akan arahan ibunya yang ingin menghantarnya balik bercuti di kampung
kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Che Jah telah
memberikan kerjasamanya dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila dia dipanggil untuk
menjadi saksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga oleh suaminya itu.

21. Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang
memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan dalam novel ini ialah peristiwa hubungan
kekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek sentiasa mengawasi dan menjaga
keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya.

Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan ialah peristiwa
hubungan kekeluarga antara bapa saudara dengan anak saudara. Contohnya, Rashid mencuba
menggembirakan hati Lili dengan menunaikan hajat Lili pergi bertandang ke rumah Che Jah secara
sembunyi kerana nenek Lili telah melarang Lili pergi ke sana.

You might also like