You are on page 1of 5

SOALAN 8 NOVEL

Set soalan dan jawapan 1


(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Silir Daksina, karya Nizar Parman
Membaca Jambatan Ilmu. Begitulah kepentingan aktiviti membaca dalam kehidupan setiap manusia
dan salah satu bahan bacaan yang popular setiap dalam kalangan masyarakat ialah novel. Jelaskan
kebaikan membaca novel dalam kalangan masyarakat.
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
kebaikan apabila masyarakat membaca novel ini.
Kebaikan yang pertama ialah masayrakat dapat mengutip pelbagai pengajaran yang
boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Abdullah bin Kayan misalnya begitu tabah menanggung
kesakitannya seorang diri ditambah pula dengan kerinduan yang teramat sangat kepada anaknya.
Abdullah bin Kayan kerap berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Namun, pada masa
yang sama dia tetap meluangkan masa ke balai raya untuk berlatih kompangdan zapin. Pengajaran
sebegini boleh memotivasikan masyarakat agar tabah berhadapan dengan pelbagai ujian hidup supaya
dalam keredaan Tuhan.
Kebaikan yang kedua ialah pembaca dapat memotifasikan diri agar mencintai ilmu. See
Hwa sangat mencintai ilmu apabila dia gemar membaca buku kisah paea nabi dan rasul serta tokoh-
tokoh Islam terutama tentang Nabi Muhammad. See Hwa juga tidak mahu masuk ke perpustakaan
sewaktu Ustazah Munirah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Sikap See Hwa ini dapat
dijadikan penduan oleh masyarakat agar turut mencintai ilmu pengetahuan supaya tidak menjadi
seperti katak di bawah tempurung.
Set soalan dan jawapan 2.
(ii) Jawab soalan berdasarkan novel Silir Daksina, karya Nizar Parman.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab sesebuah peristiwa itu boleh
memberikan kesedaran kepada pembaca.
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
sesebuah peristiwa itu dapat memberikan kesedaran kepada pembaca.
Sebab yang pertama ialah sebuah peristiwa dapat memberikan kesedaran kepada
pembaca agar sentiasa membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Peristiwa Tauke
Ong dengan Ai Ling membantu Haiqal ketika dia berada di Johor merupakan peristiwa yang dapat
memberikan kesedaran kedapa pembaca. Malah, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah mereka.
Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling. Ai Ling mengakui
bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi dia tidak layak unyuk
menggantikan tempat Haiqal Haqimi anak kandung. Haiqal Haqimi mengucapkan telima kasih
kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayah nya hingga ke akhir hayat.
Sebab yang kedua ialah sesebuah pristiwa dapat memberikan kesedaran kedapa pembaca
bahawa setiap orang mempunyai potensi yang boleh diketengahkan. Abdullah bin Kayan bijak
mengenal pasti potensi yang ada dalam diri See Hwa. Abdullah Bin Kayan telah mengajar See Hwa
cara mendeklamasikan puisi dengan betul. Akhirnya, See Hwa telah memenangi pertandingan
mendeklamasikan puisi di sekolahnya.
Set saoaln dan jawapan 3.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Silir Daksina, karya Nizar Parman
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan sebab-sebab sesebuah peristiwa itu tidak wajar
dicontohi oleh pembaca.
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksana karya Nizar Parman. Terdapat beberapa sebab
sebuah peristiwa tidak wajir dicontohi oleh pembaca dalam novel ini.
Sebab yang pertama ialah sikap seorang ibu yang terlaru mengawal anak menyebabkan
jiwa anak tertekan. Sebagai buktinya, peristiwa Rafiqah yang menghalang Haiqal ke kampung
halaman ayahnya menyebabkan jiwa Haiqal tertekan. Malahan semasa ayahnya meninggal dunia.
Haiqal juga tidak dapat mengikuti keluarganya ke Batu Pahat kerana sedang menduduki UPSR.
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi oleh pembaca kerana setiap ibu bapa perlu memahami masalah
anak-anakagar jiwa dan fikiran mereka tidak tertekan.
Sebab yang kedua ialah sikap memandang rendah akan kebolehan orang lain perlu
dihapuskan dalam diri. Peristiwa Rafiqah yang memandang rendah minat suaminya yang mendalam
dalam bidang sastera dan budaya. Hal ini menyebabkan Rafiqah tidak menyenangi pilihan Haiqal
yang mengikuyi kelas aliran sastera di Tingkatan Enam. Peristiwa ini tidak wajir dicontohi oleh
pembaca kerana ibu bapa seharusnya memberikan dorongan dan motivasi terhadap minat anak-anak
mengikut kemahuan mereka.
Set soalan dan jawapan 4.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Silir Daksina, karya Nizar Parman
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua kepentingan sesebuah peristiwa sehingga
dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Novel Silir Daksina, karya Nizar Parman. Terdapat
banyak kepentingan sesebuah peristiwa sehingga dapat memberikan teladan kedapa pembaca.
Kepentingan yang pertama ialah sebuah peristiwa dapat dijadikan teladan kedapa
pembaca agar kita menjaga dan menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.
Peristiwa Abang Saleh dan Abang Bidin menjaga kebun sawit arwah ayah Haiqal dengan penuh
tanggungjawab sepatutnya dijadikan teladan. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun
pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas.
Kepentingan kedua ialah sebuah peristiwa ini dapat dijadikan teladan agar setiap
manusia membantu orang lain dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama.
Peristiwa Datuk Haiqal yang telah memberikan pertolongan kepada Tauke Lim ketika di berada dalam
kesusahan wajar diteladani. Tauke Lim dan keluarga yang baharu berpindah ke Kampung Seri
Purnama telah mengambil upah menoreh getah di kebun datuk Haiqal demi menyara kehidupan
mereka sekeluarga.
Set soalan dan jawapan 5.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Silir Daksina, karya Nizar Parman
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan sebab-sebab sesebuah novel itu dapat meanrik
minat anda untuk meneruskan pembacaan.
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat bebrapa sebab
sesebuah peristiwa itu dapat menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan.
Sebab yang pertaman ialah saya kagum dengan kegigihan Abdullah bin Kayan melatig
See Hwa sehingga See Hwa menguasai kemahiran mendeklamasi puisi. Abdullah bin Kayan telah
meminta See Hwa dan kakaknyadatang ke rumahnya untuk belajar cara mendeklamasikan puisi. Atas
bimbingan Abdullah bin Kayan ini maka See Hwa telah memenangi pertandingan mendeklamasikan
puisi di sekolahnya.
Sebab yang kedua ialah saya tersentuh dengan semangat kemasyarakatan yang
ditunjukkan oleh watak walaupun berlainan kaum. Peristiwa datuk Haiqal yang membantu Tauke
Lim ketika dia mula-mula sampai ke Kampung Seri Purnama. Tauke Lim diberi layanan baik oleh
penduduk kampung disebabkan sikapnya yang pandai menyesuaikan diri, pemurah dan suka bergurau.

You might also like