You are on page 1of 4

Program Pecutan Akhir BM SPM 2021

Soalan Novel
1.Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang
*menimbulkan keinsafan/teladan/dijadikan iktibar/dijadikan contoh/ pedoman hidup/pengajaran kepada
pembaca.Berikan alasan anda. (6 markah)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala di Tingkatan 5
ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada
pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa
Azraai memasang retinal Scanner pada pintu rumah adik angkatnya Farisha untuk melindungi keselamatan Farisha.
Peristiwa ini boleh menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah sentiasa melindungi keselamatan orang yang kita
sayangi,
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa Abdullah
bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal yang terpisah daripadanya sejak kecil sebagai bukti kerinduan
dan kasih saying kepada anaknya itu. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita mestilah
menyayangi ahli keluarga dalam apa-apa jua keadaan.
*tukar kata kunci/tugasan soalan

Berdasarkan sebuah buah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang *menimbulkan
keinsafan/teladan/dijadikan iktibar/dijadikan contoh/ pedoman hidup/pengajaran kepada pembaca.Berikan
alasan anda. (6 markah)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa
Azraai memasang retinel Scanner pada pintu rumah adik angkatnya Farisha untuk melindungi keselamatan Farisha.
Peristiwa ini boleh menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah sentiasa melindungi keselamatan orang yang kita
sayangi,
Selain itu, Peristiwa Farisha berbincang dengan abangnya dahulu sebelum mengambil keputusan untuk
menerima tawaran daripada Aqram mengenai projek di Soft Lab sebanyak 1.5 juta. Peristiwa ini menimbulkan
keinsafan kerana kita hendaklah berfikir dan mendapatkan nasihat sebelum mengambil sesuatu tindakan.

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati
/sedih/menyayat hati kepada pembaca dalam novel tersebut. (6 markah)
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di
Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan perasaan
simpati kepada pembaca dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Farisha bertemu dengan ayah kandungnya,Karl yang semakin tenat dan menghembuskan nafas terakhir
tepat pada pukul 7:00 malam .Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana pertemuan Farisha
dengan bapa kandungnya juga merupakan pertemuan yang pertama dan yang terakhir.
Manakala peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca melalui novel Silir Daksina ialah
peristiwa Haiqal tidak dibenarkan ibunya,untuk melihat jenazah arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama buat kali
terakhir .Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan bapa
kandungnya itu,sehinggalah bapanya meninggal dunia.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati
/sedih/menyayat hati kepada pembaca dalam novel tersebut. (6 markah)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa
peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca dalam novel tersebut.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
Peristiwa Farisha bertemu dengan ayah kandungnya,Karl yang semakin tenat dan menghembuskan nafas terakhir
tepat pada pukul 7:00 malam .Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana pertemuan Farisha
dengan bapa kandungnya juga merupakan pertemuan yang pertama dan yang terakhir.
``
Selain itu, peristiwa Farisha yang ditanam dengan implan dan dimassukkan pelbagai ubat semasa bayi tanpa
dibius oleh ayah kandungnya Karl semata-mata untuk menjadikan farisha genius. Peristiwa ini menimbulkan persaan
simpati kepada pembaca kerana ibu bapa sepatutnya melindungi anak-anak dan bukannya menganiayai anak
kandung mereka sendiri.

3. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum/bangga/gembira
dalam diri pembaca.(6 markah)
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di
Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan perasaan
kagum dalam diri pembaca dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca melalui novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Azraai, abang Farisha yang memasang retinal scanner pada pintu apartmen Farisha ekoran keadaan
keselamatan Farisha yang membimbangkan.Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana jelas
menggambarkan sikap Azrai yang sangat menyayangi adiknya dan prihatin terhadap keselamatan Farisha.
Peristiwa Haiqal bertekad menjejaki kehidupan lampau ayahnya di kampong seri purnama walaupun
ditentang oleh ibunya.Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana jelas menggambarkan watak Haikal yang
sangat menyayangi ayah kandungnya yang telah meninggal dunia dengan mengambil risiko pergi ke Johor Baharu
seorang diri.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang menimbulkan perasaan
kagum/bangga/gembira dalam diri pembaca.(6 markah)
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.Terdapat beberapa
peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca dalam novel tersebut.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca melalui novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Azraai, abang Farisha yang memasang retinal scanner pada pintu apartmen Farisha ekoran keadaan
keselamatan Farisha yang membimbangkan.Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana jelas
menggambarkan sikap Azrai yang sangat menyayangi adiknya dan prihatin terhadap keselamatan Farisha.
Peristiwa Farisha menerima tawaran daripada syarikat Soft Lab sebanyak 1.5 juta bagi menggodam Sistem
Dinara. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kepada pembaca kerana Farisha sangat bertuah dan rezekinya
sangat murah kerana mendapat tawaran yang sangat lumayan dalam masa yang singkat.

4. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh remaja.(6 markah)
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di
Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi
oleh remaja dalam novel yang saya kaji.

Antara peristiwa yang yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca melalui novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Karl yang terlalu taasub dengan sains dan teknologi sehingga sanggup menanam implan semasa Farisha
masih bayi untuk menjadikan Farisha seorang yang genius. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan ini
tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan agama.
Peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca melalui novel Silir Daksina ialah peristiwa Haiqal
bertengkar dengan uminya apabila uminya tidak membenarkan dia ke kampung arwah ayahnya. Peristiwa ini tidak
wajar dicontohi kerana tindakan ini menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh remaja.(6 markah)
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa
peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh remaja dalam novel yang saya kaji.
Antara peristiwa yang yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca melalui novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Karl yang terlalu taasub dengan sains dan teknologi sehingga sanggup menanam implan semasa Farisha
masih bayi untuk menjadikan Farisha seorang yang genius. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan ini
tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan agama.
Selain itu , peristiwa Karl yang tidak mengaku dan mempercayai kewujudan Tuhan sehingga sanggup
menukarkan isterinya Rusmina menjadi cyborg bernama Alia kerana Rusmina tidak mahu meninggalkan agama yang
``
dianutinya. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana sikap masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan
ini bertentangan dengan agama.

5. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel wajar dibaca oleh golongan remaja.
(6 markah)
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di
Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi
oleh remaja dalam novel yang saya kaji.
Antara sebab novel wajar dibaca oleh remaja melalui novel Di Sebalik Dinara kerana memaparkan peristiwa
yang mampu memupuk perasaan kasih saying antara ahli keluarga. Sebagai contoh, Azraai begitu menyayangi adik
angkatnya Farisha sehingga sanggup mmasang retinal Scanner pada pintu rumah Farisha untuk melindungi
keselamatnnya.
Selain itu, sebab-sebab novel wajar dibaca oleh remaja melalui novel Silir Daksina kerana peristiwa yang
berlaku dalam novel ini dapat memupuk perasaan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai contoh, Abdullah bin
Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal yang terpisah daripadanya sejak kecil sebagai bukti kerinduan dan
kasih sayang kepada anaknya itu.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel wajar dibaca oleh golongan remaja
(6 markah)
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di
Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi
oleh remaja dalam novel yang saya kaji.
Antara sebab novel wajar dibaca oleh remaja melalui novel Di Sebalik Dinara kerana memaparkan peristiwa
yang mampu memupuk perasaan kasih saying antara ahli keluarga. Sebagai contoh, Azraai begitu menyayangi adik
angkatnya Farisha sehingga sanggup mmasang retinal Scanner pada pintu rumah Farisha untuk melindungi
keselamatnnya.
Selain itu, remaja wajar membaca novel ini kerana watak dalam novel ini dapat dijadikan contoh/idola dalam
kehidupan seharian melalui kebijaksaannya yang tidak terburu-buru mengambil keputusan. Sebagai contoh, Farisha
berbincang terlebuh dahulu dengan abangnya sebelum mengambil keputusan untuk menerima tawaran daripada
Aqram mengenai projek di Soft Lab sebanyak 1.5 juta.

Semoga bermanfaat
💕Cikgu Sue

``
-----

``

You might also like