You are on page 1of 8

SOALAN 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

[6 Markah]
i) guru kanan mata pelajaran vi) taman tema air
ii) guru penolong kanan vii) badan air
iii) guru cemerlang viii) udara segar
iv) luncur angin
v) sukan air

SOALAN 2: SINTAKSIS
Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan ayat yang bergaris sama ada ayat
permintaan, ayat suruhan, ayat silaan, atau ayat larangan.

[6 Markah]
i) Ayat silaan
ii) Ayat suruhan
iii) Ayat larangan
iv) Ayat larangan
v) Ayat permintaan
vi) Ayat suruhan
1
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
Petikan di bawah ini mengandungi sebelas kesalahan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda
tidak perlu menyalin petikan tersebut.

[11 Markah]
1. merayakan – meraikan
2. Anti rasuah – Antirasuah
3. di mana – di manakah
4. intipan – kajian
5. melonjakkan – melonjak
6. Mesti kita membantu – Kita mesti membantu
7. memberi – memberikan
8. mengsyaki – mengesyaki
9. lalu – dan
10. perihatin – prihatin
11. seliaan - kawalan

2
SOALAN 4: PERIBAHASA

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

[6 Markah]
i) Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
ii) Bagai mencurah air ke daun keladi
iii) Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

SOALAN 5: PETIKAN UMUM


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

3
Bahan 2

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menyemarakkan api perkauman. [2 Markah]


Maksud menyemarakkan api perkauman ialah:
i. menyemai/membangkitkan benih kesukuan (2m)
ii. menyemarakkan benih kesukuan (1m)
iii. menyemai api perkauman (1m)
iv. meningkatkan benih kesukuan (1m)

ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan usaha mengekalkan keharmonian negara?
[3 Markah]
Persamaan-persamaan usaha mengekalkan keharmonian negara ialah

Bahan 1

P1- Menjunjung Perlembagaan Persekutuan (1m)

P2- Semua pihak perlu memahami asal usul, menghormati serta menerima budaya, bahasa,
agama dan cara hidup setiap bangsa. (1m)

Bahan 2

P3- Mahasiswa perlu menjadi penggerak dalam memperkasakan semangat integrasi nasional
dalam mengukuhkan semangat perpaduan dan penyatuan erat masyarakat berbilang kaum di
negara ini. (1m)

4
P4- Mahasiswa perlu rasional dengan membuat penilaian bijak agar persengketaan yang
berlaku tidak berlarutan lama. (1m)

P5- mahasiswa tidak seharusnya terlalu taasub dalam sesuatu perkara terutamanya apabila
timbul persengketaan yang melibatkan perbezaan fahaman serta pendapat. (1m)

iii) Dewasa ini, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat sangat dititikberatkan dan dipelihara
oleh pelbagai pihak agar keadaan negara dalam keadaan harmonis.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu?
[3 Markah]

Langkah-langkah yang dilaksanakan pelbagai pihak;


P1 - Peranan masyarakat – amalan rumah terbuka setiap kaum, gotong royong di kawasan
kejiranan. Penubuhan Rukun Tetangga. (1m)
P2- Peranan sekolah – aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan dan gotong royong (1m)
P3- Peranan pihak kerajaan – Penubuhan Sekolah Wawasan, Program Kenegaraan (1m)

iv) Keluarga anda akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya AidilFitri.
Majlis tersebut akan diadakan di kawasan perumahan tempat tinggal keluarga anda yang terdiri
daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.
Cadangkan kriteria-kriteria yang perlu ada pada anda dan keluarga anda lakukan ketika majlis
rumah terbuka diadakan supaya majlis tersebut berjalan lancar.
[4 Markah]
Kriteria- kriteria ketika majlis rumah terbuka ialah;

P1- menyediakan makanan yang bersih, sesuai dan halal untuk para tetamu (1m)

P2- memahami budaya kaum-kaum lain dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif (1m)

P3- berkomunikasi dengan para tetamu dengan bersopan santun (1m)

P4- memberi layanan mesra tanpa membezakan kaum (1m)

P5- kawasan tempat letak kereta yang luas dan sesuai (1m)

P6- berpakaian sopan dan tidak mencolok mata (1m)

5
SOALAN 6: RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 : Petikan

Kematian akibat lemas boleh dikatakan satu isu yang serius kerana laporan
menunjukkan kematian disebabkan lemas berlaku hampir setiap minggu di negara ini.
Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan seramai 336
orang mangsa lemas berlaku di seluruh negara pada tahun lalu. Angka ini terus
meningkat pada tahun ini dan secara purata hampir setiap hari berlaku kematian akibat
lemas yang majoritinya ialah pelajar sekolah. Kejadian lemas semasa mandi di pantai,
kolam renang atau aktiviti perkhemahan sekolah sering berlaku terutama pada musim
cuti persekolahan. Kanak-kanak dan remaja ialah mangsa paling ramai iaitu hampir 50
peratus daripada jumlah kematian sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, Universiti
Putra Malaysia (UPM) dengan usaha sama Open Learning Global (M) Sdn Bhd
mengambil inisiatif mewujudkan kursus Keselamatan Air secara dalam talian dan
aplikasi mudah alih di https://keselamatanair.com.my.

Kematian akibat lemas boleh berlaku jika langkah keselamatan yang


secukupnya tidak diambil serta masyarakat kurang cakna akan keselamatan masing-
masing. Angka kematian boleh dibendung jika pelajar, guru, ibu bapa atau masyarakat
didedahkan dengan ilmu keselamatan air yang merangkumi cara menyelamatkan diri
dan kawan apabila berada di tempat yang berair. Selain itu, pengetahuan tentang jenis
air, peralatan yang boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa dan pelbagai lagi
ilmu kefahaman keselamatan diri juga akan didedahkan. Peserta kursus bukan sahaja
perlu mengetahui teknik berenang, malah perlu didedahkan dengan kefahaman
keselamatan diri apabila berada di tempat yang berair. Menurut Dr Tengku Fadilah, satu
daripada modul yang menarik perlu diketahui adalah ketika berada di tempat aktiviti
sukan air. Katanya ramai dalam kalangan kita kurang kesedaran tentang keselamatan
diri, kesedaran tentang hak sebagai pengguna, keperluan memakai jaket pelampung air,
teknik mendarat di tepi pantai dan perkara lain yang patut diketahui dalam kursus
berkenaan. “Jangan kita terlalu gembira tanpa mengambil kira keselamatan diri. Malang
tidak berbau dan kejadian boleh berlaku tanpa dijangka.

Dipetik dan diubah suai daripada Ilmu Keselamatan di Air oleh


Fazurawati Che Lah, hmetro.com.my, 12 Jun 2017

6
Bahan 2: Grafik

Sumber: Internet
[30 Markah]
BAHAGIAN C : RUMUSAN [ 30 MARKAH ]

SOALAN 9 : RUMUSAN

Pendahuluan : Rumusan membincangkan usaha menjaga keselamatan di kawasan air dan


punca kemalangan. [2m]

Bahan 1

Fokus 1 : usaha menjaga keselamatan di kawasan air

Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan usaha sama Open Learning Global (M) Sdn Bhd
mengambil inisiatif mewujudkan kursus Keselamatan Air secara dalam talian.

Fokus 2: Punca kemalangan

P1. Langkah keselamatan yang secukupnya tidak diambil (2m)


P2. masyarakat kurang cakna akan keselamatan masing-masing (2m)

P3. kita kurang kesedaran tentang keselamatan diri (2m)

P4. kurang kesedaran tentang hak sebagai pengguna (2m)

P5. keperluan memakai jaket pelampung air, dan mengetahui teknik mendarat di tepi pantai
(2m)

Bahan 2

Fokus 1: usaha menjaga keselamatan di kawasan air

U1. memastikan cuaca bersesuaian sebelum melakukan rekreasi air (2m)

U2. membaca dan memahami setiap amaran dan panduan keselamatan yang tertera di papan
tanda keselamatan air (2m)

U3. mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika berada di air (2m)

U4. Menjalankan aktiviti air di kawasan tumpuan kawasan air (2m)

U5. Memastikan terdapat penyelamat keselamatan berhampiran. (2m)

(pilih 8 isi sahaja yang menyentuh SEMUA BAHAN dan SEMUA FOKUS)

Kesimpulan :

Kesimpulannya, semua pihak perlu mengutamakan keselamatan di kawasan air agar tidak
berlaku kejadian yang tidak diingini. [2m]

Kesimpulannya, keselamatan di kawasan air hendaklah diberi perhatian supaya kehilangan


nyawa dapat dielakkan [2m]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like