You are on page 1of 6

KEGUNAAN ALKANA DALAM KEHIDUPAN HARIAN

 Pereputan anaerobic tumbuhan akan menghasilkan gas metana.


Pembentukan gas metana di tapak pelupusan dan di paya gambut
boleh menyebabkan kebakaran kerana gas metana mudah
terbakar.

 Gas metana memberi kesan yang lebih buruk sebagai gas rumah
hijau berbanding dengan gas karbon dioksida. Gas hijau
memerangkap tenaga haba daripada cahaya matahari dan
meningkatkan suhu bumi.

 Etana digunakan untuk untuk menghasilkan etena yang merupakan


bahan bagi penghasilan plastic, bahan anti pembekuan dan
detergen

 Propana ialah bahan mentah yang penting dalam industry


petrokimia. Propana dimasukkan di dalam silinder gas bertekanan
tinggi bagi menghasilkan gas petroleum cair (LPG) LPG digunakan
di makmal dan kediaman untuk tujuan pemanasan dan pembakaran
serta sebagai bahan penyejuk dalam industry.

 Heksena digunakan dalam pengekstrasan minyak dan lemak juga


sebagai pelarut dan medium tindak balas dalam penghasilan plastic
dan getah sintetik (pempolimeran)
KEGUNAAN ALKENA DALAN KEHIDUPAN HARIAN

 Alkena ialah bahan mentah untuk penghasilan produk


seperti alcohol,plastic, minuman keras, detergen dan
bahan api. Etena dan propena adalah dua bahan organic
asas yang penting dalam industry kimia.

 Hormon tumbuhan iaitu etena mengawal pertumbuhan,


percambahan biji benih dan pembesaran buah. Etena
digunakan sebagai bahan buatan untuk mempercepatkan
buah menjadi masak dan bunga menjadi matang.

 Pelbagai bentuk vitamin A (termasuk beta-karotena)


adalah alkena, contohnya likopena ialah bahan antioksidan
yang terdapat di dalam buah tomato.

 Banyak produk farmasi dihasilkan daripada alkena melalui


tindak balas penambahan seperti penghalogenan,
penghidratan dan pendehidratan.
KEGUNAAN ALKOHOL DALAM KEHIDUPAN HARIAN

 Alkohol adalah bahan api yang baik kerana pembakaran


alcohol menghasilkan banyak haba. Metanol, etanol dan
propanol boleh digunakan sebagai bahan api kenderaan
bermotor. Contohnya, campuran petrol dan etanol
menghasilkan bahan api yang dipanggil gasohol. Campuran
methanol dan etanol menghasilkan alcohol metilasi yang
digunakan dalam lampu alcohol dan pembakar alcohol
(untuk memasak)

 Alkohol ialah cecair kovalen. Maka,alcohol merupakan


pelarut yang baik untuk kebanyakan sebatian organic.
Contohnya, etanol digunakan sebagai pelarut untuk
varnish, cat dan syelek. Etanol juga digunakan dalam
minyak wangi kerana sifatnya yang mudah meruap dan
tersejat.

 Metanol digunakan sebagai pelarut industri untuk


membantu membuat dakwat, resin, pelekat, dan pewarna.
Metanol juga digunakan sebagai pelarut dalam pembuatan
bahan dan produk farmaseutikal penting seperti
kolesterol, streptomisin, vitamin dan hormone.
KEGUNAAN ASID KARBOKSILIK DALAM
KEHIDUPAN HARIAN

 Cuka ialah larutan yang mengandungi 4-5% asid etanoik.


Cuka sesuai digunakan sebagai bahan pengawet dan perasa
di dalam masakan. Asid etanoik juga digunakan dengan
bahan kimia lain untuk membuat gentian sintetik, varnis,
aspirin dan ester.

 Asid metanoik digunakan dalam industry getah untuk


menggumpalkan lateks.

 Asid butanoik dan asid pentanoik memberi rasa yang kuat


kepada marjerin, mentega dan keju.

 Asid karboksilik yang mempunyai rantai panjang


(asid lemak) digunakan untuk membuat sabun.
KEGUNAAN ESTER DALAM KEHIDUPAN HARIAN

You might also like