You are on page 1of 2

SKEMA JAWAPAN NOVEL SILIR DAKSINA

m/s 8-9
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari , jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan
persoalan kasih sayang.

Novel yang saya pelajari ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Peristiwa pertama yang dapat
dikaitkan dengan persoalan kasih sayang ialah peristiwa Haiqal Haqimi berasa sedih ketika membaca
manuskrip ayahnya. Haiqal berasa amat sedih dan terharu setelah mengetahui hasrat ayahnya yang tercatat
dalam manuskrip tersebut yang inginkan Haiqal pulang ke kampung menemuinya kerana dia amat rindu
dan sayang akan anaknya.

Peristiwa kedua yang dapat dikaitkan dengan persoalan kasih sayang ialah peristiwa Rafiqah iaitu
umi Haiqal tidak mahu kehilangan anaknya, Haiqal. Dia berusaha supaya Haiqal tidak mengenali
ayahnya kerana dia tidak mahu kasih sayang anaknya itu berbahagi dua. Walaupun tindakannya itu tidak
rasional tetapi itulah lambang kasih sayangnya terhadap Haiqal.

m/s 57
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik bagi novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Peristiwa menarik yang terdapat
dalam novel tersebut ialah peristiwa Tauke Lim menoreh getah dan mengutip hasil kampung setiap hari.
Peristiwa ini menarik kerana memperlihatkan kegigihan Tauke Lim melakukan pelbagai pekerjaan untuk
menambah pendapatan keluarga sehingga berjaya memiliki sebidang tanah yang dijadikan tapak rumahnya.

Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa ketibaan Rafiqah, walid dan Asiyah yang melihat
persembahan tarian zapin oleh Haiqal dan See Hwa. Peristiwa ini menarik kerana sebelum ini, umi sangat
menentang cita-cita seni Haiqal. Peristiwa ini membuktikan bahawa umi sangat menyayangi anaknya
sehingga sanggup mengorbankan egonya dan menerima minat Haiqal terhadap seni dan budaya.
m/s 80
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua persoalan kegigihan yang terdapat dalam
novel tersebut

Novel yang saya pelajari ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Peristiwa kegigihan yang terdapat
dalam novel tersebut ialah peristiwa kegigihan mencari kesenangan hidup. Tauke Lim gigih bekerja setiap
hari menoreh getah dan memungut hasil tanaman seperti buah pisang, buah pinang dan sebagainya untuk
dijual di pekan untuk menambah pendapatan keluarga sehingga berjaya memiliki sebidang tanah yang
dijadikan tapak rumahnya.

Peristiwa kegigihan yang seterusnya ialah peristiwa kegigihan menghasilkan karya-karya sastera.
Abdullah bin Kayan dianugerahi pelbagai sijil dan pengiktirafan kerana gigih menghasilkan karya-karya
sastera sebagaimana diketahui oleh Haiqal yang melihat gambar-gambar beliau menerima anugerah
daripada seorang sasterawan tersohor tanah air.

m/s 125-126
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel
tersebut

Novel yang saya pelajari ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Latar masyarakat yang terdapat
dalam novel ini ialah masyarakat yang gigih berusaha. Tauke Lim gigih bekerja setiap hari menoreh getah
dan memungut hasil tanaman seperti buah pisang, buah pinang dan sebagainya untuk dijual di pekan untuk
menambah pendapatan keluarga sehingga berjaya memiliki sebidang tanah yang dijadikan tapak rumahnya.

Latar Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Peristiwa ketibaan Rafiqah, walid dan
Asiyah yang melihat persembahan tarian zapin oleh Haiqal dan See Hwa di Kampung Seri Purnama.
Sebelum ini Umi sangat menentang cita-cita seni Haiqal. Peristiwa ini membuktikan bahawa umi sangat
menyayangi anaknya sehingga sanggup mengorbankan egonya dan menerima minat Haiqal terhadap seni
dan budaya.

You might also like