You are on page 1of 2

19) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan dua nilai murni yang boleh

dijadikan sebagai pedoman ( ) hidup bermasyarakat dalam setiap novel. ( 8 m )

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina, karya Nirwa Parman dan novel
Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Dalam kedua-dua novel ini, penulis telah
menyelitkan pelbagai nilai murni dalam novel mereka agar dapat menjadi pedoman
kepada para pembaca terutamanya dari segi hidupan bermasyarakat.

Antara nilai murni yang dapat dijadikan pedoman kepada hidupan


bermasyarakat dalam novel Silir Daksina ialah nilai saling membantu dan
bekerjasama. Sebagai contohnya, peduduk Kampung Seri Purnama telah
bekerjasama agar menjayakan persembahan tarian zapin dalam Program Malam
Sekampung Berpuisi sempena Sambutan Kemerdekaan. Dengan nilai saling
membantu dan berkerjasama, masyarakat kita pasti akan bersatu-padu dan tolong-
menolong.

Seterusnya, novel Silir Daksina juga menpunyai nilai amanah. Dalam novel
Silir Daksina, Tauke Ong adalah bersikap amanah dalam menguruskan harta Cikgu
Abdullah Bin Kayan. Dia telah memulangkan wang simpanan dan harta Cikgu
Abdullah bin Kayan kepada Haiqal. See Hwa juga memulangkan manuskrip kepada
Haiqal seperti yang diamanahkan. Dalam kehidupan seharian, kita seharusnya
amanah dalam menjalankan tugasan yang diberikan untuk melahirkan masyarakat
yang harmoni dan mengelakan perselisihan dan pertelingkahan faham.

Di samping itu, nilai murni yang dapat dijadikan pedoman dalam hidupan
bermasyarakat dalm novel Di Sebalik Dinara ialah nilai toleransi.dan tolong-
menolong. Misalnya, Farisha dan Rosman membahagi-bahagikan tugas mereka di
syarikat Shell Secured. Farisha telah menguruskan projek di Nusa Jaya dan Soft
Lab manakala Rosman telah menguruskan projek di Senawang.

Selain itu, nilai kemasyarakatan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah nillai
saling membantu dan berjasama. Tamsilnya, Shida dan Farisha sering membantu
antara satu sama lain. Farisha telah membantu mengingkatkan Shida supaya mandi
pagi dan menjaga penampilan sendiri manakala Shida telah membantu menghantar
Farisha ke destinasi-destinasi tertentu.

Richard Lau

20) Berdasarkan dua buah novel yang and baca, huraikan nilai kasih sayang yang
terdapat dalam novel tersebut. ( 7 m )

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina, karya Nirwa Parman dan novel
Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Dalam kedua-dua novel ini, penulis telah
menekankan nilai kasih sayang yang amat penting kepada manusia.
Dalam novel Silir Daksina, nilai kasih sayang seorang anak terhadap bapa
dan nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anak telah ditekankan. Dalam novel
Silir Daksina, Haiqal telah balik ke kampung arwah bapanya untuk mengetahui lebih
lanjut mengenai kehidupan arwah bapanya. Dia juga membantu bapanya
menghidupkan semula tarian zapin. Bapanya juga menyayanginya dengan
meninggalkan rumah dan juga lading kelapa sawit kepadanya.

Manakala dalam novel Di Sebalik Dinara, nilai kasih sayang seorang abang
terhadap adik angkat.telah ditunjukkan. Sebagai contohnya, Azraai adalah
menyayangi Farisha dengan memasang retina scanner pada pintu rumah Farisha
untuk menjamin keselamatannya. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak juga
ditekankan dalam novel ini. Tamsilnya, Medina telah berusaha untuk mencari
Farisha agar berjumpa dengannya.

Richard Lau

21) Kebiasaannya, pengarang cuba menerapkan pelbagai jenis nilai dalam dalam
novelnya sebagai langkah membentuk masyarakat yang berhemah. Bandingkan
nilai kemanusiaan yang terkandung dalam dua buah novel pilihan anda? ( 8m )

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina, karya Nirwa Parman dan novel
Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Dalam kedua-dua novel ini, penulis telah
menyelitkan pelbagai nilai kemanusiaan dalam novel mereka agar.membentuk
masyarakat yang berhemah.

Kedua-dua buah novel ini menpunyai persamaan dari segi nilai kasih sayang.
Dalam novel Silir Daksina, Haiqal telah balik ke kampung arwah bapanya untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan arwah bapanya. Dia juga membantu
bapanya menghidupkan semula tarian zapin. Bapanya juga menyayanginya dengan
meninggalkan rumah dan juga lading kelapa sawit kepadanya. Dalam novel Di
Sebalik Dinara, Azraai adalah menyayangi Farisha dengan memasang retina
scanner pada pintu rumah Farisha untuk menjamin keselamatannya. Ibu kandung
Farisha, iaitu Medina telah berusaha untuk mencari Farisha agar berjumpa
dengannya.

Kedua-dua buah novel ini juga menunjukkan berberapa nilai yang berbeza.
Antara novel yang ditekankan dalam novel Silir Daksina tetapi tidak wujud di dalam
novel Di Sebalik Dinara ialah nilai keserdehanaan. Misalnya, dalam novel Silir
Daksina, Tauke Ong yang hidup sederhana telah menggunakan kereta wagonnya
sepanjang 10 tahun sebagai peraih hasil kebun penduduk kampung. Manakala
dalam novel Di Sebalik Novel, nilai kerajinan pula ditekankan. Tamsilnya, Karl dan
Farisha telah berusaha untuk menyelamatkan sistem dinara.

Richard Lau

You might also like