You are on page 1of 37

SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 1
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tema dalam novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Tema novel
ini adalah tentang ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat
kemanusiaan. Bukti yang pertama ialah pakar penggodam sistem perkomputeran menjadi
mangsa kepada ayah kandungnya sendiri. Karl yang taasub untuk mencipta sesuatu yang
baharu telah mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai sehingga
sanggup menjadikan Farisha, anaknya sendiri bahan uji kaji dengan memasukkan mikrocip
dalam badan Farisha sejak dia kecil lagi agar dia mewarisi kebijaksanaan karl. Bukti yang
kedua ialah sikap seseorang yang sanggup melenyapkan pesaingnya. Karl yang taasub dengan
teknologi telah hilang sifat kemanusiaan apabila dia sanggup melenyapkan Marilyn/Medina
yang merupakan pesaingnya. Pada awalnya, Marilyn ialah pembantu penyelidik Karl. Namun,
apabila Karl merasakan bahawa Marilyn lebih hebat daripadanya, maka Karl telah merancang
untuk menghapuskan Marilyn. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi
gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, namun Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya
menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl, iaitu
Dinara.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Novel ini
membawa tema kekeluargaan. Bukti yang pertama ialah konflik keluarga yang berpunca
daripada perceraian ibu bapanya. Penceraian antara Cikgu Zam dengan isterinya Rafiqah
menyebabkan Haiqal dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah
Kayan. Namun setelah dewasa dan menerima manuskrip yang dikirimkan oleh Swee Hwa,
Haiqal bertekad untuk mengetahui asal usul ayah kandungnya seperti yang terdapat dalam
manuskrip walaupun hasratnya ditentang keras oleh ibunya. Bukti yang kedua ialah kehadiran
ibu menonton persembahan anak. Rafiqah yang tidak merestui keputusan Haiqal untuk ke
Johor akhirnya melihat persembahan D’Purnama yang disertai oleh Haiqal. Kehadiran Rafiqah
ini seolah-olah merestui impian dan cita-cita Haiqal dalam bidang kebudayaan dan sastera.
Rafiqah, ayah tiri dan adik tirinya berdiri sambil tersenyum di bahagian belakang balai tempat
duduk penonton. Haiqal terkejut dan amat terharu apabila adik tirinya menunjukkan isyarat
bagus dengan kedua-dua ibu jarinya kepada Haiqal.

Page 1 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa
kasih sayang seorang Azraai terhadap adiknya, Farisha. Azraai menyayangi adiknya, Farisha
apabila dia memasang alat keselamatan retina scanner di rumah Farisha dan sistem intercom
di pintu masuk rumah Farisha kerana bimbang akan keselamatan adiknya berikutan peristiwa
pembunuhan yang baru berlaku berdekatan tempat tinggal atau apartmen Farisha. Peristiwa
yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Silir Daksina pula ialah peristiwa kasih
sayang Haiqal sahabat, Ratna. Sebagai sahabat, Haiqal telah menaikkan semangat Ratna yang
kecewa dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang dengan memberikan kata-kata
semangat serta berhujah tentang insan-insan tersohor yang pernah mengalami kegagalan
sebelum berjaya dan dihormati di dunia misalnya,Thomas Alva Edison dan Abraham Lincoln.

SET 2
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang
melibatkan watak utama dalam novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak latar
tempat yang melibatkan Farisha dalam novel ini. Latar tempat yang pertama adalah di Soft
Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara
Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh Shida) telah merungkai peristiwa lama berkaitan
hubungan mereka berdua dan punca Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di
sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui
bahawa dialah yang menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai. Latar tempat yang kedua
adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat pertemuan pertama Farisha dengan
Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa
paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula, Farisha dan Aqram duduk
bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati Farisha. Dia telah mengambil
cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.

Page 2 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam novel
ini ialah Haiqal. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini. Latar
tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi pusara
ayahnya yang terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak
dapat membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya. Di
pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak. Latar tempat yang kedua
adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada
Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta maaf apabila
melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis pasir pantai di hujung kasutnya.

(b) Pengarang mengemukakan beberapa peristiwa keberanian dalam setiap novel.


Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang
keberanian yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
beberapa pengajaran tentang keberanian dalam novel ini. Dalam novel Di Sebalik Dinara
pengajaran tentang keberanian yang ditonjolkan oleh pengarang ialah kita haruslah berani
membuat keputusan agar memperoleh kejayaan. Azraai menasihati Farisha agar berani
menerima tawaran daripada Soft Lab. Bagi Azraai, peluang sebegini bukan datang selalu.
Farisha perlu mengambil peluang ini kerana dalam dunia perniagaan terdapat orang yang
berani melabur dengan banyak dan ada juga orang yang berani melabur sedikit. Atas nasihat
Azraai, akhirnya Farisha berani menerima tawaran Dr.Maxi dan Aqram.
Pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel Silir Daksina pula ialah kita
perlulah berani menegakkan kebenaran agar dapat mengetahui rahsia sebenar. Haiqal berani
mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal
menyatakan bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak
berganjak daripada keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi
membenarkan tetapi dia tidak akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal
memaklumkan kepada ayah tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati
ibunya, sebaliknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami
perasaan Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan
sepanjang dia berada di Johor.

Page 3 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 3
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang
menarik minat pembaca.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha
dengan Karl ketika Karl sedang nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di
rumah agam Karl. Ketika bertemu, Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan
cengkung. Farisha berjanji kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu.
Farisha menangis mengucapkan selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata
mengalir di pipi lelaki itu. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana dapat sikap Farisha
yang masih ingin bertemu dan menziarahi ayahnya walaupun Karl telah melakukan pelbagai
keburukan kepada dirinya ketika masih kecil.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa terbongkarnya rahsia
tentang hubungan Karl dan Marilyn. Marilyn ialah seorang saintis yang membantu Karl
membina Sistem Dinara. Kegilaan dan persaingan antara Marilyn dan Karl menyebabkan anak
luar nikah mereka iaitu Farisha menjadi mangsa. Karl telah menanam berbagai-bagai implan
dalam tubuh Farisha untuk menjadikannya kanak-kanak genius. Peristiwa ini menarik minat
pembaca kerana ketaasuban terhadap sains dan teknologi menyebabkan Karl dan Medina telah
bersaing antara satu sama lain dan menyebabkan Farisha membesar tanpa kasih sayang ibu
bapa setelah dia diserahkan kepada keluarga angkat.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa terlerainya dendam
Rafiqah terhadap arwah suaminya, Abdullah bin Kayan. Rafiqah sedar bahawa darah yang
mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Haiqal Haqimi pula akan
mewujudkan Aksara setelah dia menjadi sehebat bapanya. Peristiwa ini menarik minat
pembaca kerana akhirnya Rafiqah merestui minat dan kebolehan anaknya dalam bidang seni
dan sastera.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa penduduk kampung yang
membuat persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin. Haikal dan kumpulan D'Purnama
membuat latihan tarian zapin manakala penduduk kampung membantu membuat persiapan
majlis. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana penduduk kampung bekerjasama bagi
menjayakan majlis yang sungguh bermakna bagi Haikal demi merealisasikan impian ayahnya.

Page 4 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang
hormat-menghormati bagi setiap novel.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
pengajaran tentang hormat-menghormati dalam keduadua buah novel tersebut.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita
mestilah menghormati perintah ketua agar kerja menjadi mudah. Aqram menghormati perintah
ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl dengan menjejaki Farisha. Aqram telah mengambil cawan
yang digunakan oleh Farisha untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha ialah orang
yang benar-benar dicari oleh Karl untuk menyelamatkan Dinara.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Silir Daksina ialah kita perlulah
menghormati orang yang lebih berpengalaman agar dapat belajar daripada mereka. Haiqal
menghormati Pak Cik Bakar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam tarian zapin.
Pak Cik Bakar yang telah mengajar Haiqal tarian zapin sama ada secara teori atau amali.

SET 4
(a) Berdasarkan yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama
dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam
novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke
Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah merungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.

Page 5 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam
novel ini ialah Haiqal. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi
pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana
tidak dapat membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya.
Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah
tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya
lalu dia meminta maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis
pasir pantai di hujung kasutnya.

(b) Setiap novel mempunyai plot yang pastinya mampu menarik perhatian para pembaca.
Huraikan peleraian dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Peleraian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa menyesali dengan perbuatan
diri. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Medina menyesal
apabila melihat keadaan Karl yang sedang nazak di rumah agamnya. Setiap orang dibenarkan
menemui Karl secara perseorangan termasuklah Farisha. Medina menangis teresak-esak Alia
pula meraung.
Peleraian dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa terlerainya dendam terhadap bekas
suami. Rafiqah sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah
bin Kayan. Sebelum ini, Rafiqah tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya
kerana dendam. Rafiqah turut menghalang Haiqal daripada menemui ayahnya semasa
Abdullah Kayan masih hidup.

Page 6 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 5
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada bahagian
peleraian novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Medina menyesal
dengan perbuatannya. Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat
terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl
secara perseorangan. Medina menangis teresak-esak Alia pula meraung. Sementara yang lain
reda dengan situasi tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa terbongkarnya rahsia
tentang hubungan Karl dan Marilyn. Marilyn ialah seorang saintis yang membantu Karl
membina Sistem Dinara. Kegilaan dan persaingan antara Marilyn dan Karl menyebabkan anak
luar nikah mereka iaitu Farisha menjadi mangsa. Karl telah menanam berbagai-bagai implan
dalam tubuh Farisha untuk menjadikannya kanak-kanak genius.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa
peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel ini.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa terlerainya dendam
Rafiqah terhadap arwah suaminya, Abdullah bin Kayan. Rafiqah sedar bahawa darah yang
mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Haiqal Haqimi pula akan
mewujudkan Aksara setelah dia menjadi sehebat bapanya.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa penduduk kampung yang
membuat persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin. Haikal dan kumpulan D'Purnama
membuat latihan tarian zapin manakala penduduk kampung membantu membuat persiapan
majlis.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa daripada latar
tempat yang ditetapkan seperti yang berikut:
Novel Tempat
Leftenan Adnan Wira Bangsa Bukit Candu
Di Sebalik Dinara Rumah Agam Karl
Jendela Menghadap Jalan Pondok using
Pantai Kasih Pusat Rawatan Pantai Kasih
Songket Berbenang Emas - Sungai Tirani Chalet Tajau Emas
Bimasakti Menari Balai Cerap Sultan Salahuddin
Silir Daksina Rumah Umi dan Walid
Leftenan Adnan Wira Bangsa Bukit Candu

Page 7 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di rumah
agam Karl. Peristiwa yang berlaku di rumah agam Karl ialah peristiwa perbincangan tentang
projek mini Soft Lab. Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Doktor Maxi
bagi membincangkan projek mini Soft Lab di rumah agam Karl. Perbincangan berlaku
melibatkan bidang tugas dan kos projek tersebut. Farisha terkejut dengan kos projek mini yang
agak tinggi, iaitu RM1.5 juta.
Dalam novel Silir Daksina, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di banglo umi dan
walid. Peristiwa yang berlaku di banglo umi dan walid ialah peristiwa Haiqal dan umi
bertengkar. Haiqal menyatakan hasratnya untuk menjejaki arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor.
Umi menentang keras hasrat Haiqal dan menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan wang
perbelanjaan kepada Haiqal.

SET 6
(a) Latar memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke
Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah merungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.

Page 8 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini. Latar tempat
yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang
terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat
membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya. Di pusara
ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah
tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya
lalu dia meminta maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis
pasir pantai di hujung kasutnya.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap
novel yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca. Berikan alasan anda.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik
Dinara ialah peristiwa Farisha ditanam dengan implan dan dimasukkan pelbagai jenis ubat
semasa dia masih bayi tanpa bius oleh ayah kandungnya, Karl. Karl sanggup berbuat demikian
untuk menjadikan Farisha genius. Marilyn pula sanggup membunuh anaknya kerana tidak
mahu anaknya menderita oleh kegilaan Karl untuk menjadi saintis yang paling hebat. Peristiwa
ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana ibu bapa sepatutnya melindungi anak-anak
dan bukannya menganiayai anak kandung mereka sendiri.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Silir Daksina
ialah peristiwa Abdullah Kayan yang sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa
dan menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal.
Abdullah Kayan menumpangkan See Hwa ke sekolah. Aapabila melihat See Hwa, dia
terbayang-bayang akan anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan tidak
dapat menemui anaknya itu sehingga dia meninggal dunia. Peristiwa ini menimbulkan
keinsafan kepada pembaca tentang perasaan sebenar seorang ayah yang berjauhan dengan
anak-anaknya.

Page 9 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 7
(a) Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang dapat memberi teladan kepada
pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat
memberikan teladan kepada pembaca.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pekerja Soft Lab menunaikan wasiat Karl. Karl
meninggalkan wasiat supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Karl
meninggal dunia di rumah agamnya. Medina dan Farisha sempat bertemu dengan Karl ketika
Karl sedang nazak. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar menjalankan
amanah yang telah ditetapkan oleh majikan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keluarga Azraai menerima dan mendidik Farisha
menjadi seorang muslim. Seorang bayi luar nikah (anak Karl dan Medina/Marilyn) telah
diserahkan kepada keluarga Azraai oleh Doktor Maxi dan Akram untuk dibesarkan dengan
selamat. Walaupun anak angkat, namun keluarga Azraai membesarkannya dengan penuh kasih
sayang sebagaimana mereka membesarkan Azraai. Peristiwa ini dapat memberikan teladan
kepada pembaca agar bersikap adil dalam melayani anak-anak walaupun anak itu ialah anak
angkat.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Abang Saleh dan Abang Bidin menjaga kebun
kelapa sawit arwah ayah Haiqal dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun
dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas. Peristiwa ini
dapat dijadikan teladan kerana kita perlu menjaga dan menjalankan amanah yang telah
diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Datuk Haiqal telah memberikan pertolongan
kepada Tauke Lim yang berada dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya baharu berpindah
ke Kampung Seri Purnama. Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun getah datuk
Haiqal. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana setiap manusia perlu membantu orang lain
yang dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama.

Page 10 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan keberanian bagi
setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
persoalan keberanian dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah persoalan
keberanian untuk mengetahui perkara sebenar. Shida berani masuk ke ruangan peribadi Farisha
apabila dia masuk ke bilik Farisha. Shida terpaksa berbuat sedemikian untuk mengetahui sebab
Farisha pengsan di Soft Lab. Shida telah membuka almari baju Farisha dan ternampak sebuah
fail plastik yang berada di dalam almari tersebut. Shida telah membuka fail tersebut yang diikat
dengan tali berwarna coklat. Shida telah menyelak satu persatu helaian di dalam fail dan
berjaya mendapat maklumat tentang diri Farisha.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Silir Daksina ialah persoalan
keberanian untuk belajar deklamasi puisi. Ai Ling berani meminta Cikgu Zam mengajarnya
cara mendeklamasikan puisi yang betul. Hal ini dikatakan demikian kerana Ai Ling amat suka
membaca buku puisi tetapi dia tidak pandai untuk bersyair. Ai Ling mahu mengembangkan
bakatnya dengan menyertai pertandingan deklamasi puisi untuk murid tahap satu. Ai Ling
berasa bimbang kerana pertama kali menyertai pertandingan. Ai Ling juga bimbang rakan-
rakan akan mentertawakannya. Cikgu Zam bersetuju untuk mengajar Ai Ling dan meminta Ai
Ling datang ke rumahnya bersamasama kakaknya pada waktu petang.

SET 8
(a) Latar tempat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan cerita dalam sesebuah
karya. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama
dalam novel ini ialah Farisha.
Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam novel ini. Latar tempat
yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft Lab selepas
menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh Shida) telah
merungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha terpaksa
diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl ialah
bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha kepada
keluarga Azraai.

Page 11 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam
novel ini ialah Haiqal. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi
pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana
tidak dapat membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya.
Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah
tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya
lalu dia meminta maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis
pasir pantai di hujung kasutnya.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel
yang menggambarkan nilai keberanian.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa keberanian Marilyn bertemu dengan Farisha. Marilyn berani mengarahkan Farid dan
Amin menculik Farisha kerana terlalu rindu akan Farisha. Marilyn dan Farisha terpisah apabila
Dr.Maxi menyerahkan Farisha kepada keluarga angkat. Selama 26 tahun Marilyn cuba mencari
Farisha. Apabila Farisha sakit dan dirawat di Hospital Putrajaya, barulah Marilyn dapat
berhubung dengan Farisha. Farisha berasa terdengar suara wanita memanggil namanya ketika
dia sedang tidur. Marilyn pula begitu gembira kerana dapat berhubung dengan Farisha tanpa
perlu menggunakan wayar atau gentian untuk menguasai Farisha.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Silir Daksina pula ialah
peristiwa keberanian Tauke Ong meminta bantuan daripada datuk Haiqal. Tauke Ong berani
meminta bantuan datuk untuk menoreh getah di kebunnya ketika dia baru tiba di Kampung
Seri Purnama. Dia terpaksa berbuat demikian kerana kesusahan hidup dan kesempitan wang
selepas abangnya yang gemar berjudi menggadaikan tanah mendiang bapanya dan tapak rumah
kediaman mereka.

Page 12 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 9
(a) Watak utama dalam sesebuah novel digambarkan mempunyai keistimewaan yang tertentu.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak perwatakan Farisha dalam novel
ini.
Perwatakan Farisha yang pertama ialah seorang yang tabah. Farisha tabah apabila
mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat keluarga Azraai. Azraai telah menyerahkan fail
yang mengandungi dokumen yang mengandungi segala maklumat tentang diri Farisha.
Walaupun kecewa, namun Farisha terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan Azraai bukan
lahir dari rahim yang sama.
Perwatakan Farisha yang kedua ialah seorang yang pemaaf. Farisha tetap memaafkan
ayahnya, Karl apabila dia berjanji akan sentiasa mengingati ayahnya itu ketika Farisha bertemu
ayahnya yang sedang nazak di rumah agam milik Karl. Farisha turut menangis apabila
mengucapkan selamat tinggal kepada Karl dan tidak semenamena air mata Karl turut mengalir
di pipinya
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat banyak perwatakan Haiqal Haqimi
dalam novel ini.
Perwatakan Haiqal Haqimi yang pertama ialah seorang yang tabah. Haiqal tabah
apabila umi memberitahunya bahawa walid ialah ayah tirinya manakala Nurul Asiyah ialah
adik tirinya. Pada ketika itu, Haiqal baru berusia 6 tahun. Apabila mengetahui perkara tersebut,
Haiqal Haqimi berazam untuk mencari ayah kandungnya pada suatu hari nanti.
Perwatakan Haiqal Haqimi yang kedua ialag seorang yang gigih. Haiqal Haqimi gigih
berlatih menari tarian zapin daripada Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar yang mahir dalam tarian
zapin meminta Haiqal mengikut langkah kaki dan lenggok badannya. Dia turut belajar menari
dengan Lazim. Atas kegigihan Haiqal ini, dia dapat membuat persembahan dengan baik dan
lancar.

Page 13 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang
keprihatinan bagi setiap novel.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
pengajaran tentang keprihatinan dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita perlulah prihatin akan
keselamatan keluarga agar keselamatan mereka terjamin. Azraai prihatin akan keselamatan
Farisha apabila dia memasang Retinal Scanner di rumah Farisha supaya tidak berlaku sebarang
kejadian yang tidak diingini walaupun Farisha hanyalah adik angkatnya.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Silir Daksina ialah kita mestilah prihatin akan
keperluan anak-anak agar mereka berasa disayangi. Abdul Fatah atau Walid memberikan wang
kepada anak tirinya, Haiqal yang akan ke Batu Pahat. Walaupun hanya ayah tiri, namun Walid
tetap memberikan kata-kata semangat kepada Haiqal. Walid memahami keputusan Haiqal
untuk menjejaki ayahnya, Abdullah Kayan.
SET 10
(a) Latar tempat sangat penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama
dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam
novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke
Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah merungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.

Page 14 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam
novel ini ialah Haiqal. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi
pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana
tidak dapat membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya.
Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah
tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya
lalu dia meminta maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis
pasir pantai di hujung kasutnya.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan masyarakat
yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kepincangan masyarakat
yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Karl tidak mengakui dan mempercayai kewujudan
Tuhan. Dia telah menukarkan isterinya, Rusmina menjadi cyborg bernama Alia kerana
Rusmina tidak mahu meninggalkan agama yang dianutinya. Rusmina juga pernah diseksa
sehingga cacat oleh Karl apabila menolak meninggalkan agama. Alia ialah cyborg canggih
yang mempunyai perasaan kerana tidak semua ingatannya berjaya dipadamkan.
Kepincangan masyarakat dalam novel Silir Daksina pula ialah kepincangan masyarakat
yang bersikap pendendam. Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya
kerana dendam terhadap bekas suaminya itu. Umi juga tidak mahu membiayai perbelanjaan
Haiqal yang ingin ke Batu Pahat. Umi tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya yang
dianggap hidup dalam dunia yang tersendiri. Walid yang bersimpati dengan Haiqal telah
memberikan duit kepadanya. Ketika meninggalkan rumah, hanya walid dan Nurul Asiyah yang
menghantarnya ke muka pintu, manakala uminya hanya terperap di dalam bilik.

Page 15 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 11
a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang telah
diketengahkan oleh pengarang.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara. Terdapat banyak pengajaran dalam novel
ini. Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah menghormati perintah ketua agar kerja
menjadi mudah. Aqram menghormati perintah ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl dengan
menjejaki Farisha. Aqram telah mengambil cawan yang digunakan oleh Farisha untuk
membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha ialah orang yang benar-benar dicari oleh Karl
untuk menyelamatkan Dinara. Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah berani menegakkan
kebenaran agar dapat mengetahui rahsia sebenar. Haiqal berani mempersoalkan tindakan
uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan bahawa darah yang
mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada
keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia tidak
akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah
tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal
dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada
di Johor.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak banyak
pengajaran dalam novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah rajin berusaha agar
dapat mengatasi kesusahan hidup. Tauke Ong rajin bekerja apabila menetap di Kampung Seri
Purnama. Pada sebelah pagi dia akan menoreh getah manakala pada sebelah petang, dia akan
meraih hasil kampung seperti pinang, biji kopi, pisang, getah beku dan getah sekerap. Hasil
kerajinannya itu, dia berjaya membeli setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumah.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah menghormati keputusan orang lain agar tidak
menimbulkan perbalahan. Abdul Fatah iaitu bapa tiri Haiqal Haqimi menghormati keputusan
Haiqal untuk menjejaki sejarah hidup ayahnya. Dia memberikan sokongan kepada Haiqal
Haqimi dan memberikan wang belanja untuk kegunaan anaknya itu sepanjang berada di
Kampung Seri Purnama.

Page 16 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kegigihan watak
utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama
dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Farisha manakala watak utama dalam novel Silir Daksina
ialah Haiqal. Terdapat banyak persoalan kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah persoalan kegigihan untuk
memajukan syarikat. Farisha gigih memajukan syarikat perunding keselamatan sistem
komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang ditubuhkannya bersama Rosman. Mereka
telah menerima tawaran projek yang lumayan di Senawang dan Soft Lab. Mereka menerima
tawaran tersebut demi memajukan syarikat bersama itu. Persoalan kegigihan dalam novel Silir
Daksina ialah kegigihan berlatih untuk memberikan persembahan terbaik. Haiqal Haqimi gigih
berlatih menari tarian zapin daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikit
langkah kaki dan lenggok badan Pak Cik Bakar. Haiqal turut belajar tarian zapin secara teori
dengan Pak Cik Bakar di warung Wak Min.
SET 12
(a) Salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Jelaskan dua
persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini. Persoalan ketabahan yang pertama ialah
persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Farisha tabah apabila mengetahui bahawa dia ialah
anak angkat keluarga Azraai. Azraai telah menyerahkan fail yang mengandungi dokumen
semasa arwah ayah Azraai menjadikan Farisha sebagai anak angkat. Peristiwa ini
menyebabkan Farisha sangat terkejut dan berasa sedih kerana tidak dapat menerima kenyataan
bahawa dia hanyalah anak angkat kepada arwah ibu bapa mereka. Akibat terlalu kecewa,
Farisha telah mencampakkan fail tersebut ke dalam almari kerana tidak sampai hati untuk
membuka dan meneliti dokumen tersebut. Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan
ketabahan seorang ibu apabila terpisah daripada anak. Marilyn/Medina tabah apabila
dipisahkan daripada anaknya, Farisha kira-kira 26 tahun yang lalu. Oleh sebab terlalu rindu,
Marilyn telah mengarahkan Farid dan Amin untuk menculik Farisha. Hal ini berlaku demikian
kerana Marilyn tidak sanggup melihat Karl menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji dengan
menanam pelbaga implan ke dalam tubuh Farisha. Karl telah menuduh Marilyn cuba
membunuh Farisha dan melarikan diri. Farisha kemudiannya telah terpisah dengan ibunya
apabila Dr. Maxi menyerahkannya kepada keluarga angkat Farisha.

Page 17 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
banyak persoalan ketabahan dalam novel ini. Persoalan ketabahan yang pertama ialah
persoalan ketabahan menjalani kehidupan tanpa kasih sayang daripada ayah. Haiqal tabah
menjalani kehidupan tanpa pernah merasai kasih sayang seorang ayah kandung selepas ibu
bapanya bercerai. Abdullah bin Kayan dan uminya berpisah ketika dia berusia tiga tahun.
Haiqal mengikuti uminya tinggal di Kuala Terengganu manakala ayahnya tinggal di Batu
Pahat. Haiqal tidak sempat bersua dengan ayahnya apabila ayahnya meninggal dunia ketika dia
sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya menumpang kasih sayang seorang ayah tiri yang
dipanggil walid. Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menjalani
kehidupan tanpa anak kesayangan di sisi. Abdullah bin Kayan tabah menjalani kehidupan tanpa
kehadiran anak kesayangannya Haiqal. Dia berusaha untuk membawa Haiqal tinggal bersama-
sama dengannya tetapi tidak dibenarkan oleh bekas isterinya. Oleh sebab itu, Abdullah bin
Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa yang sebaya dengan Haiqal.
See Hwa dianggap sebagai anak kandung oleh Abdullah bin Kayan. Abdullah bin Kayan juga
menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap Haiqal

(b) Saspens juga dikenali dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel
yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca
tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
kaji, huraikan satu peristiwa saspens bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel tersebut. Peristiwa
yang mengandungi unsur saspens dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Farisha tiba-
tiba pengsan di makmal Soft Lab. Farisha yang sihat tiba-tiba pengsan di Soft Lab
menimbulkan prasangka buruk pada fikiran Dr. Maxi yang kemungkinan Farisha mengandung.
Akhirnya, teka-teki ini terjawab apabila pembaca mengetahui punca Farisha pengsan adalah
kerana dia telah diserang oleh virus yang digodam oleh musuh mereka dan bukannya
disebabkan oleh mengandung atau sakit. Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam
novel Silir Daksina ialah peristiwa Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman ketika melihat
anak-anak Tauke Lim. Cikgu Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang
perahsia menyebabkan tiada siapa yang mengetahui identiti Aiman. Akhirnya, perasaan ingin
tahu terjawab apabila identiti Aiman didedahkan oleh penulis. Aiman dan Haiqal ialah orang
yang sama iaitu anak yang sangat dirindui oleh Abdullah bin Kayan atau Cikgu Zam.

Page 18 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 13
(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang. Jelaskan
dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini. Peristiwa yang
pertama ialah peristiwa kasih sayang Farisha terhadap abangnya, Azraai. Farisha menangis
teresak-esak selepas mendapat tahu abangnya Azraai disahkan oleh doktor mempunyai
masalah jantung. Farisha memeluk Azraai sekuat-kuat hatinya apabila dia mengetahui berita
tersebut. Pada malam itu, dia tidak dapat melelapkan matanya kerana menangis apabila
memikirkan hal tersebut. Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara Marilyn /
Medina terhadap anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak sanggup
melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taasub terhadap sains. Karl telah menanam
implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk menjadikan dia kanak-kanak
genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia cuba menjejaki Farisha, akhirnya
Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan menyatakan perasaan sayangnya
kepada Farisha.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini. Peristiwa yang
pertama ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap anaknya, Haiqal. Meskipun
telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia
menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya dicurahkan
kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan
wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya
tersebut. Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap See
Hwa. Abdullah Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa dan menulis
manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal. Abdullah Kayan
menumpangkan See Hwa ke sekolah. Apabila melihat See Hwa, dia terbayang-bayang akan
anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan tidak dapat menemui anaknya itu
sehingga dia meninggal dunia.

Page 19 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, kemukakan satu peristiwa pada peleraian
setiap novel dan huraikan pengajaran daripada peleraian tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa
kematian Karl. Kematian Karl pada pukul 7.00 malam menjadikan Farisha orang yang terakhir
bertemu dan bercakap dengan Karl. Farisha tetap menyayangi Karl walaupun dia anak tidak
sah taraf. Pertemuan dengan Karl merupakan pertemuan yang pertama dan terakhir sebelum
Karl menghembuskan nafas yang terakhir. Pengajaran yang diperoleh daripada peleraian
tersebut ialah kita haruslah menyayangi ibu bapa walaupun mereka pernah melakukan
kesalahan terhadap kita.
Peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa semasa
umi menyaksikan persembahan Haiqal. Umi memaafkan Haiqal apabila dia hadir menyaksikan
Haiqal menari tarian zapin jincat. Dengan kehadiran umi maka dendam umi terhadap ayahnya
terhapus apabila dia ke kubur arwah suaminya itu. Akhirnya, umi Haiqal sedar bahawa darah
yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Pengajaran yang diperoleh
daripada peleraian tersebut ialah kita haruslah menyedari kesilapan diri agar perselisihan faham
dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

SET 14
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam
novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama dalam
novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam novel
ini. Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft
Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah merungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai. Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah
tempat pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke
Kuala Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal
terbang pula, Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk
mendekati Farisha. Dia telah mengambil cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.

Page 20 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam
novel ini ialah Haiqal. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi
pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana
tidak dapat membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya.
Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah
tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya
lalu dia meminta maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis
pasir pantai di hujung kasutnya.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan teknik pemerian yang terdapat
dalam setiap novel.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang dalam kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah pengarang menceritakan tentang
suasana dalam simposium yang dihadiri oleh Farisha dan Rosman. Simposium ini dihadiri oleh
ratusan orang. Masing-masing dilengkapi sebuah iPad. Farisha telah mengambil iPad daripada
robot. Farisha menekan butang Home lalu ikon My Desktop muncul di skrin iPad
menggantikan mesej-mesej selamat datang dan arahan-arahan daripada robot tadi. Farisha
kecewa apabila hanya hologram Phillips Young yang menyampaikan ucaptama kerana beliau
berada di Florida.
Teknik pemerian dalam novel Silir Daksina ialah pengarang memerihalkan keadaan
Haiqal ketika dia membelek manuskrip Abdullah Kayan. Haiqal membelek manuskrip
daripada Ai Ling. Haiqal memikirkan sama ada Ai Ling dan Ong See Hwa ialah orang yang
sama seperti yang dilukiskan wataknya oleh ayahnya ataupun Ai Ling hanyalah watak yang
sengaja diciptakan oleh ayahnya.

Page 21 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 15
(a) Berdasarkan sinopsis yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Sinopsis cerita novel ini bermula dengan perkenalan antara Farisha dengan Aqram dalam
penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha ketika
Farisha tidur untuk menguji DNA Farisha.
Pada bahagian perkembangan, Aqram telah menawarkan projek mini kepada mereka
berdua. Setelah Farisha dan Rosman bersetuju untuk menyertai projek mini, Aqram telah
membawa mereka bertemu dengan Dr.Maxi. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha
dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Projek Dinara terpaksa dihentikan apabila Karl terlantar akibat barah. Karl telah
meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Semasa meneliti kontrak yang
diberikan oleh Soft Lab, Farisha berasa sakit kepala secara tiba-tiba. Dua malam kemudian,
Farisha telah mengunjungi Azraai. Dia terkejut apabila Azraai memaklumkan bahawa dia
terkena serangan jantung. Pada malam itu juga, Farisha mengetahui bahawa dia hanyalah anak
angkat keluarga Azraai.
Pada bahagian klimaks, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital apabila
mengetahui bahawa Marilyn berjaya menghubungi Farisha. Farisha kemudiannya telah diculik
oleh Amin dan Farid di Hentian Pagoh atas arahan ibunya, Marilyn/Medina. Azraai meminta
bantuan Rosman untuk mengesan Farisha. Sebelum itu, Marilyn telah berhubung dengan
Farisha semasa Farid dan Amin dalam perjalanan membawa Farisha kepadanya. Farisha
akhirnya bertemu dengan ibunya, Marilyn yang pernah cuba membunuhnya. Marilyn telah
membawa Farisha ke Soft Lab dan di sinilah terungkainya sebab Marilyn terpaksa membunuh
Farisha kerana dia tidak sanggup melihat Farisha diseksa oleh Karl.
Pada bahagian peleraian, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang
semakin merosot. Karl(Shida) cuba menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn
dan Karl merupakan ibu bapa kandung Farisha. Farisha bertemu dengan ayah kandungnya yang
semakin tenat. Karl akhirnya meninggal dunia.

Page 22 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Sinopsis novel bermula apabila pengarang mengisahkan kehidupan Haiqal Haqimi yang
tinggal bersamasama ibunya, ayah tiri dan adik tirinya. Pada usia Haiqal 6 tahun, umi telah
memberitahu Haiqal bahawa walid ialah ayah tirinya. Sejak itu, Haiqal sering tertanya-tanya
tentang bapa kandungnya tetapi jawapan umi masih tidak memuaskan hatinya.
Pada bahagian perkembangan, Haiqal Haqimi mendapat sebuah manuskrip setebal 58
muka surat daripada Ong See Hwa pada suatu pagi. Menerusi, manuskrip tersebut Haiqal mula
menjejaki perjalanan ayah kandungnya yang merupakan seorang pejuang sastera yang
dihormati di Batu Pahat. Abdullah bin Kayan/ Cikgu Zam/Cikgu Amirulnizam telah
memberikan amanat kepada Haiqal agar dia dapat meneruskan penubuhan Akademi Sastera
Rakyat (Aksara). Perasaan Haiqal untuk menjejaki ayah kandungnya begitu membuak-buak
namun dia mendapat tentangan daripada umi. Umi menganggap bahawa dunia sastera tidak
mempunyai masa depan. Umi tidak mahu Haiqal mengikut jejak langkah ayahnya yang terlibat
dalam bidang sastera sebaliknya mengambil alih perniagaan batiknya di Kuala Terengganu.
Namun, dia tetap berkeras untuk pergi ke tempat ayahnya.
Pada bahagian klimaks, Haiqal terpandang keluarga terutama ibunya yang berdiri
sambil tersenyum di bahagian belakang balai tempat duduk penonton ketika dia asyik menari
tarian zapin. Dia terkejut dan terharu apabila adiknya menunjukkan tanda isyarat bagus
kepadanya. Haiqal Haqimi ingin muzik zapin yang mengiringi tarian itu segera tamat kerana
dia ingin memeluk ketiga-tiga orang yang sangat dirinduinnya itu. Pada bahagian peleraian,
Umi telah melawat pusara ayahnya. Umi akhirnya sedar bahawa darah yang mengalir dalam
tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Ratna pula telah bertunang dengan ushawan.
Haiqal bertekad untuk mengenali Ong See Hwa dengan lebih rapat. Haiqal akan melaksanakan
impian ayahnya untuk mewujudkan Aksara apabila dia telah menjadi sehebat ayahnya.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan tanggungjawab bagi
setiap novel.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Peristiwa yang kedua
ialah persoalan tanggungjawab pekerja untuk mematuhi arahan ketua. Sebagai pekerja, Aqram
bertanggungjawab apabila dia mematuhi arahan ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl. Aqram mula
menjejaki Farisha dengan mengekorinya di Lapangan Terbang Senai sehinggalah mereka
menaiki kapal terbang yang sama ke Kuala Lumpur. Aqram telah mengambil cawan yang
digunakan oleh Farisha untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha benar-benar orang
yang dicari oleh Karl. Ujian DNA dilakukan pada kesan air liur Farisha yang melekat di cawan
tersebut. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk membantu mereka menyelamatkan Dinara.

Page 23 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Persoalan tanggungjawab dalam novel Silir Daksina ialah persoalan tanggungjawab


menguruskan dan menjaga aset sahabat. Sebagai jiran dan sahabat, Tauke Ong melaksanakan
tanggungjawab mengurus dan menjaga aset Cikgu Abdullah Kayan sebelum diserahkan
kepada anaknya. Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia telah diamanahkan oleh arwah
ayah Haiqal untuk mengerjakan tanah-tanahnya yang ditanami kelapa sawit. Tauke Ong mahu
menyerahkan hasil kutipan jualan kelapa sawit kepada Haiqal. Wang tersebut telah disimpan
dalam buku simpanan bank yang dibuka atas nama Haiqal Haqimi.
SET 16
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca yang terdapat
dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl
sedang nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika
bertemu, Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji
kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan
selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa menjaga hubungan
kekeluargaan agar sentiasa erat.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azraai bekerjasama dengan ayah dan ibunya
menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip
mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang
maklumat Farisha seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak
angkat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar menjaga sentiasa menjaga
amanah yang diberikan oleh orang tua untuk menjaga adik-beradik.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu
Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah mereka.
Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling. Ai Ling
mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi dia tidak layak
untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung. Haiqal Haqimi
mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya hingga ke
akhir hayat.

Page 24 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa membantu orang
lain yang berada dalam kesusahan. Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kebijaksanaan
mengenal potensi murid. Abdullah bin Kayan bijak mengenal potensi yang ada dalam diri See
Hwa. Abdullah bin Kayan telah mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi yang betul.
Cikgu Zam/ Abdullah bin Kayan meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama
kakaknya untuk belajar cara mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan
mendeklamasi puisi di sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa kerana
persembahannya baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesadaran kepada pembaca
bahawa setiap orang mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran kegigihan bagi setiap
novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita perlulah gigih
memajukan syarikat agar semakin berkembang . Farisha gigih memajukan syarikat perunding
keselamatan sistem komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang ditubuhkannya
bersama Rosman. Mereka telah menerima tawaran projek yang lumayan di Senawang dan Soft
Lab. Mereka menerima tawaran tersebut demi memajukan syarikat bersama itu. Kegigihan
Farisha ini boleh dijadikan panduan oleh pembaca agar gigih berusaha dalam bidang
perniagaan.
Pengajaran kegigihan dalam novel Silir Daksina ialah kita mestilah gigih berlatih agar
dapat memberikan persembahan terbaik. Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin
daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikit langkah kaki dan lenggok badan
Pak Cik Bakar. Haiqal turut belajar tarian zapin secara teori dengan Pak Cik Bakar di warung
Wak Min. Kegigihan Haiqal ini boleh dijadikan panduan agar pembaca sentiasa serius dalam
memberikan persembahan yang terbaik di hadapan khalayak.

Page 25 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 17
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat dan peristiwa yang
berlaku bagi setiap latar tempat tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama
dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam
novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke
Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah merungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam
novel ini ialah Haiqal. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi
pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana
tidak dapat membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya.
Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah
tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya
lalu dia meminta maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis
pasir pantai di hujung kasutnya.

Page 26 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu persoalan kasih sayang
yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, terdapat persoalan kasih sayang antara anak dengan
ibu. Marilyn/ Medina menyayangi anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia
tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taksub terhadap sains. Karl
telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk menjadikan dia
kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia cuba menjejaki
Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan menyatakan
perasaan sayangnya kepada Farisha.
Persoalan kasih sayang dalam novel Silir Daksina ialah persoalan kasih sayang ayah
terhadap anak. Abdullah bin Kayan terlalu menyayangi anaknya, Haiqal. Meskipun telah
berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia menangis
teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong
See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk
Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya tersebut.
SET 18
(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik saspens yang terdapat dalam
novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.
Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah apabila
pembaca tertanyatanya punca penyakit Farisha. Pada pendapat saya, punca penyakit Farisha
menimbulkan unsur saspens kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya punca Farisha
pengsan di Soft Lab. Sebelum ini, Farisha ialah seorang yang sihat. Farisha yang telah disahkan
sihat oleh Dr. Maxi jatuh pengsan secara tiba-tiba di Soft Lab. Keadaan ini menimbulkan
kekalutan kepada mereka kerana perancangan mereka sangat bergantung kepada kesihatan
Farisha. Percubaan untuk menukarkan Farisha dengan Shida juga tidak berjaya kerana sistem
tubuh mereka tidak sama. Akhirnya, pertanyaan yang bermain-main di fikiran pembaca
terjawab apabila Farisha tidak sakit atau mengandung seperti yang disyaki sebaliknya dia telah
diserang oleh virus yang digodam oleh musuh mereka.

Page 27 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Satu lagi unsur saspens yang terdapat dalam novel Di sebalik Dinara adalah apabila
Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan
membanting-banting diri sangat mengejutkan semua yang berada di bilik pejabat Farisha dan
biik Dr. Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian yang lebih buruk
akan berlaku. Walau bagaimanapun, sesi tetap diteruskan sehingga kekerasan digunakan. Kaki
dan tangan Shida diikat. Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan matanya
terbeliak. Situasi ini menyebabkan pembaca ingin tahu apa-apa yang akan terjadi pada Shida.
Akhirnya, pertanyaan pembaca terjawab apabila apabila Dr Maxi terpaksa menghentikan sesi
kerana Dr Maxi tidak mahu memadamkan ingatan Shida dan dia mahu mendengar apa-apa
yang dialami oleh Shida.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens apabila Lazim ditimpa kemalangan jalan raya
sewaktu pulang dari tempat kerja. Hal ini menyebabkan Haiqal terpaksa mencari pengganti
Lazim kerana Lazim tidak dapat membuat persembahan. Haji Salim meminta Haiqal memujuk
Ong See Hwa agar menggantikan tempat Lazim. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya
sama ada Haiqal mampu menari sebaik Lazim semasa persembahan nanti.
Teknik saspens yang kedua adalah apabila Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman
ketika dia melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu
Zam yang perahsia menyebabkan tiada siapa yang mengetahui berkenaan Aiman. Cikgu Zam
menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan
identiti sebenar anak Cikgu Zam yang begitu dirinduinya itu.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran berkaitan kasih
sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita haruslah
menyayangi anak dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk bertemu dengan mereka.
Marilyn/ Medina menyayangi anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak
sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taksub terhadap sains. Karl telah
menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk menjadikan dia
kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia cuba menjejaki
Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan menyatakan
perasaan sayangnya kepada Farisha.

Page 28 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Silir Daksina ialah kita perlulah
menyayangi anak walaupun terpisah daripada mereka. Abdullah bin Kayan terlalu menyayangi
anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak pernah
melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih sayang terhadap
anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan
rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan
harta-hartanya tersebut.
SET 19
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa tentang keberanian watak
utama yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian
Farisha dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Farisha menerima tawaran darpada
Soft Lab. Azraai menasihati Farisha agar berani menerima tawaran daripada Soft Lab. Bagi
Azraai, peluang sebegini bukan datang selalu. Farisha perlu mengambil peluang ini kerana
dalam dunia perniagaan terdapat orang yang berani melabur dengan banyak dan ada juga orang
yang berani melabur sedikit. Atas nasihat Azraai, akhirnya Farisha berani menerima tawaran
Dr.Maxi dan Aqram.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Farisha bertemu dengan Karl yang
pernah menyeksanya semasa kecil. Farisha berasa sedih apabila melihat wajah ayahnya buat
kali pertama dan terakhir. Walaupun Farisha sedar bahawa dirinya ialah anak tidak sah taraf
namun lelaki kurus yang terbaring di atas katil ialah darah dagingnya. Farisha telah
menggenggam tangan Karl dan memanggilnya ayah.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat beberapa peristiwa tentang
keberanian Haiqal dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Haiqal mempersoalkan tindakan
uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan bahawa darah yang
mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada
keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia tidak
akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah
tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal
dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada
di Johor.

Page 29 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Haiqal meneruskan persembahan


walaupun Lazim tiada. Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari tempat
kerja. Hal ini menyebabkan Haiqal terpaksa mencari pengganti Lazim kerana Lazim tidak
dapat membuat persembahan. Haji Salim meminta Haiqal memujuk Ong See Hwa agar
menggantikan tempat Lazim.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang
terdapat dalam novel setiap novel.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
latar tempat dalam kedua-dua buah novel.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah di pejabat Secured
Shell. Farisha, Shida dan Rosman bertemu di pejabat Secured Shell untuk meneliti kandungan
kontrak dari Soft Lab. Mereka bertiga membaca dengan teliti setiap helaian kontrak yang
disediakan oleh bahagian perundangan syarikat Soft Lab. Shida dijemput sama berkongsi buah
fikiran kerana dia memiliki latar belakang undang-undang. Tiba-tiba Farisha terlihat satu
cahaya terang seperti kilat yang memancar dan kepalanya terus berdenyut. Ketika mereka ingin
pulang, mereka telah diberitahu oleh Uncle Seng bahawa dia terlihat dua orang asing yang lari
menuruni tangga dan mereka kelihatan aneh.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Silir Daksina pula adalah di kawasan Pantai
Batu Buruk di Kuala Terengganu. Haiqal Haqimi menikmati segelas teh tarik dan sepiring
keropok lekor di gerai ibu Ratna yang terletak di kawasan Pantai Batu Buruk di Kuala
Terengganu. Ketika berjalan di tepi pantai, Ratna turut bertanyakan punca perpisahan ayah dan
ibu Haiqal Haqimi menyebabkan Haiqal Haqimi diam sambil menguis-nguis pasir pantai di
hujung kasutnya. Haiqal tidak mengetahui punca perpisahan ibu bapanya namun dia yakin
bahawa dia akan memperoleh jawapan apabila selesai membaca manuskrip yang ada dalam
simpanannya.

Page 30 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 20
(a) Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang membawa kepada klimaks
dalam novel tersebut.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Farisha
pengsan di makmal Soft Lab. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul
Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha
sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik
saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk
berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha.
Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Farisha
mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya kepada Azraai. Azraai kelihatan
sangat cemas apabila mendengar berita tersebut dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya
dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap
dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di
Perhentian Ayer Keroh.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Haiqal bertekad
untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan
berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan
dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya
pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun
tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong
keputusannya secara dam-diam.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Haiqal telah pergi
ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak
terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga.
Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak
buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa
buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya.
Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah
album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambargambar tersebut,

Page 31 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya,
ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang
menggambarkan nilai baik hati dalam novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Aqram dan
Khairul Anwar yang baik hati apabila mereka mempersoalkan tindakan Dr.Maxi yang
meneruskan eksperimen terhadap Shida. Shida telah dijadikan bahan ekperimen oleh Dr. Maxi
untuk dihubungkan dengan Karl secara telepati. Tindakan Dr. Maxi ini dipersoalkan oleh
Khairul Anwar dan Aqram kerana risau akan keselamatan diri Shida, seperti kemungkinan
Shida akan menjadi gila sekiranya uji kaji tersebut menghadapi masalah atau kegagalan.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa pemandu teksi, Pak
Cik Salleh yang menghantar Haiqal hingga ke warung Wak Sakimin. Pakcik Salleh seorang
pemandu teksi yang baik hati kerana sudi menghantar Haiqal sehingga bertemu dengan orang
untuk bertanya walaupun Haiqal hanya meminta dia untuk menurunkannya di simpang masuk
kampung. Pakcik Salleh berbuat demikian kerana dia tahu bahawa Haiqal baru kali pertama ke
tempat itu dan tidak mengenali sesiapa di situ. Oleh itu, dia ingin memastikan Haiqal sampai
ke destinasinya dengan betul dan selamat.

SET 20
(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan kebijaksanaan dalam bidang sains. Karl bijak
dalam bidang sains apabila dia berjaya mencipta cyborg seperti Aqram, Alia dan Khairul
Anwar yang kini bekerja untuknya di Soft Lab. Aqram yang nama asalnya Akeem ialah adik
kandung Karl yang terencat akal. Karl telah mengubahnya menjadi manusia cyborg melalui
teknologi yang diciptanya. Karl telah memberikan wajah dan nama baharu kepadanya iaitu
Aqram. Aqram memiliki rupa paras yang menarik sehingga Farisha tidak dapat melupakannya
ketika mereka bertemu di Lapangan Terbang Senai.

Page 32 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Persoalan yang kedua ialah persoalan menunaikan amanah ibu bapa. Azraai
menjalankan amanah ayah dan ibunya yang telah menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2
tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha
mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut menyerahkan fail yang
mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha seperti dokumen
permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan keprihatinan terhadap kesusahan orang lain.
Datuk Haiqal prihatin akan nasib yang menimpa Tauke Lim. Hidup Tauke Lim sangat susah
ketika dia baharu tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Lim terpaksa menanggung kesusahan
akibat sikap abangnya yang gemar berjudi sehingga tanah mendiang bapanya dan tapak rumah
tergadai. Datuk Haiqal telah membantu Tauke Lim dengan memberi kerja kepada Tauke Lim
sebagai penoreh getah di kebunnya.
Persoalan yang kedua ialah persoalan kejujuran tentang identiti diri. Aqram jujur
kepada Farisha apabila dia membocorkan rahsia dirinya yang sebenar kepada Farisha. Aqram
memberitahu Farisha nama sebenarnya ialah Akeem dan dia merupakan adik Karl yang
terencat akal. Umurnya 60 tahun dan bukan 30 tahun. Uji kaji yang dijalankan oleh Karl berjaya
mengubah penampilan dirinya.

(b) Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca. Jelaskan satu
unsur saspens yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
pelbagai unsur saspens dalam keduadua buah novel.
Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah apabila
pembaca tertanyatanya punca penyakit Farisha. Pada pendapat saya, punca penyakit Farisha
menimbulkan unsur saspens kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya punca Farisha
pengsan di Soft Lab. Sebelum ini, Farisha ialah seorang yang sihat. Farisha yang telah disahkan
sihat oleh Dr. Maxi jatuh pengsan secara tiba-tiba di Soft Lab. Keadaan ini menimbulkan
kekalutan kepada mereka kerana perancangan mereka sangat bergantung kepada kesihatan
Farisha. Percubaan untuk menukarkan Farisha dengan Shida juga tidak berjaya kerana sistem
tubuh mereka tidak sama. Akhirnya, pertanyaan yang bermain-main di fikiran pembaca
terjawab apabila Farisha tidak sakit atau mengandung seperti yang disyaki sebaliknya dia telah
diserang oleh virus yang digodam oleh musuh mereka.

Page 33 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

Dalam novel Silir Daksina pula, unsur saspens dapat dilihat apabila pembaca tertanya-
tanya tentang identiti sebenar anak Cikgu Zam. Pada pendapat saya, identiti sebenar anak
Cikgu Zam menimbulkan unsur saspens kerana Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman
ketika dia melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu
Zam yang perahsia menyebabkan tiada siapa yang mengetahui berkenaan Aiman. Cikgu Zam
menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Akhirnya, pertanyaan ini terjawab apabila
anaknya, Aiman didedahkan oleh penulis. Haiqal Haqimi ialah Aiman iaitu anak yang sering
disebut dan dirindui oleh Abdullah bin Kayan.

SET 21
(a) Jelaskan dua peristiwa yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam sebuah
novel yang telah anda kaji dan berikan sebab-sebab anda berpendapat demikian.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl
sedang nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika
bertemu, Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji
kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan
selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa menjaga hubungan
kekeluargaan agar sentiasa erat.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azraai bekerjasama dengan ayah dan ibunya
menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip
mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang
maklumat Farisha seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak
angkat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar menjaga sentiasa menjaga
amanah yang diberikan oleh orang tua untuk menjaga adik-beradik.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu
Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah mereka.
Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling. Ai Ling
mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi dia tidak layak
untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung. Haiqal Haqimi
mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya hingga ke

Page 34 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

akhir hayat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa membantu
orang lain yang berada dalam kesusahan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kebijaksanaan mengenal potensi murid. Abdullah
bin Kayan bijak mengenal potensi yang ada dalam diri See Hwa. Abdullah bin Kayan telah
mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi yang betul. Cikgu Zam/ Abdullah bin Kayan
meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya untuk belajar cara
mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan mendeklamasi puisi di
sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa kerana persembahannya baik dan
mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesadaran kepada pembaca bahawa setiap orang
mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang
memaparkan nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa
kebijaksanaan Nurul Hafsa dalam pelajaran. Nurul Hafsa telah belajar dengan bersungguh-
sungguh sehingga dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Jordan selama lima tahun dalam
bidang fizik dan kaji falak. Setelah menamatkan pelajarannya, Nurul Hafsa telah kembali ke
tanah air dan memanfaatkan biasiswanya dengan bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Selangor.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa kebijaksanaan
Haiqal merancang strategi untuk menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama. Haiqal telah
bekerjasama dengan Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif. Haiqal merasakan dia tidak
mampu melaksanakan impian ayahnya seorang diri kerana dia masih muda dan tidak
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sastera dan kebudayaan. Pak Cik Bakar
berjanji akan berbincang dengan ketua kampung terlebih dahulu untuk meminta
persetujuannya. Dalam pertemuan Haji Salim dengan ahli JKKK, Haiqal Haqimi dan See Hwa,
akhirnya mereka sebulat suara akan menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama.

Page 35 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

SET 22
(a) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah
cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi
oleh watak utamanya.
[ 7 markah ]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Farisha dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara adik dengan abang. Konflik tercetus apabila
Farisha berasa terkilan selepas menyedari dirinya merupakan anak angkat keluarga Azraai dan
merupakan seorang anak yang tidak sah taraf. Hal ini dikatakan demikian kerana pengenalan
bapanya tidak tercatat dalam fail manakala ibunya bernama Marilyn berketurunan Portugis.
Farisha terkilan kerana Azraai menyembunyikan perkara yang sebenar selama ini daripadanya.
Konflik yang kedua ialah konflik antara anak dengan ibu. Farisha berkonflik dengan
ibunya, Medina/Marilyn apabila dia mengetahui bahawa ibunya itu cuba membunuhnya
semasa kecil. Farisha melarang Marilyn mendekatinya atau memeluknya ketika mereka berdua
berada di dalam kereta. Farisha turut memalingkan muka apabila Marilyn mengucupnya pada
bahagian pipi.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Haiqal dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara ibu dengan anak. Umi Haiqal tidak
menyokong tindakannya untuk pulang ke Johor kerana di Johor Haiqal tidak mengenali sesiapa
dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat tinggal untuk bermalam. Uminya juga tidak akan
memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor.
Konflik yang kedua ialah konflik antara sahabat. Haiqal berkonflik dengan Ratna
apabila Ratna menyepikan diri sepanjang Haiqal berada di Batu Pahat. Setelah Haiqal pulang
ke Terengganu, barulah Haiqal mengetahui sebab Ratna menyepikan diri. Rupa-rupanya Ratna
telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dan bakal
suaminya.

(b) Kebijaksanaan pengarang mempersembahkan plot cerita dalam sesebuah novel dapat
menimbulkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan teknik imbas kembali yang
digunakan dalam novel tersebut.
[8 markah]

Page 36 of 37
SKOR 15 MARKAH NOVEL SPM 2019- JUILIS MOKUJAL (GC)

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak teknik imbas kembali dalam kedua-dua buah novel.
Teknik imbas kembali dalam novel Di Sebalik Dinara ialah teringat kembali kisah
ketika kecil. Azraai teringat kembali peristiwa pertama kali dia melihat wajah anak kecil
berusia dua tahun pada ketika itu. Jarak usia Azraai dan Farisha ialah 14 tahun. Walaupun
sudah terbiasa dengan kehidupan anak tunggal, namun Azraai menyambut kehadiran Farisha
ke dalam hidup keluarga mereka dengan hati yang terbuka serta penuh ikhlas. Farisha telah
menjadi adiknya selama 26 tahun. Dia bimbang jika kasih sayang Farisha berubah apabila
Farisha mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat.
Teknik imbas kembali dalam novel Silir Daksina ialah teringat kembali kehadiran lelaki
Cina yang datang ke rumah. Amirulnizam teringat kembali peristiwa seorang lelaki berumur
dalam lingkungan dua puluhan berbangsa Cina memakai seluar labuh separas lutut dan
memakai baju kemeja lusuh berlengan pendek datang ke rumahnya. Lelaki itu bertemu dengan
ayahnya untuk mengambil upah menoreh getah di kebun ayahnya. Hasil keuntungan akan
dibahagi dua. Lelaki tersebut ialah Tauke Ong yang hidup susah kerana tanah mendiang
ayahnya telah habis digadaikan oleh abangnya yang kuat berjudi.

Doa dan harapan cikgu, kalian beroleh kecemerlangan BM SPM 2019.

Cikgu mohon maaf kalau didikan cikgu tidak seperti yang kalian harapkan.

Page 37 of 37

You might also like