You are on page 1of 1

SOALAN: Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan

masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Peristiwa
kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah Karl telah memasukkan
implan ke dalam tubuh badan anaknya Farisha. Hal ini merupakan satu kepincangan
masyarakat kerana sebagai seorang ayah, dia sepatutnya bertanggungjawab untuk
melindungi dan menjaga anaknya. Peristiwa kedua ialah Medina berdendam terhadap Karl
kerana Medina disabotaj oleh Karl dengan memasukkan memori orang gila ke dalam otak
Medina. Hal ini merupakan satu kepincangan masyarakat kerana sebagai rakan kongsi,
mereka sepatutnya bekerjasama untuk menjayakan uji kaji dan bukannya mensabotaj
antara satu sama lain.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina, karya Nizar Parman. Peristiwa
kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah Umi dan Abdullah Bin Kayan
bercerai kerana Abdullah Bin Kayan ingin meneruskan impiannya tetapi Umi tidak
bersetuju dengan keputusan Abdullah Bin Kayan. Hal ini merupakan satu kepincangan
masyarakat kerana sebagai suami isteri, mereka sepatutnya berbincang untuk
menyelesaikan masalah keluarga dan tidak mengabaikan anak mereka bukannya
mengambil jalan pintas untuk bercerai. Peristiwa kedua ialah Umi merahsiakan dari
Haiqal tentang ayah kandungnya. Hal ini merupakan satu kepincangan masyarakat kerana
sebagai seorang ibu, dia haruslah memberitahu Haiqal perkara yang sebenar.

You might also like