You are on page 1of 3

Latihan ulang kaji novel Di Sebalik Dinara

1.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan faedah-faedah yang dapat anda teladani 效
仿 setelah membaca novel tersebut. [6 markah]

Novel yang saya pelajari ialah novel Di Sebalik Dinara. Dalam novel ini terdapat pelbagai
_________________ yang dapat saya jadikan sebagai teladan dan pengajaran untuk menjalani
kehidupan. Contohnya, peristiwa Azraai yang amat menyayangi Farisha tanpa berbelah bahagi
walaupun dia tahu bahawa Farisha hanyalah _________________dalam keluarganya wajar saya
jadikan teladan, iaitu kepentingan nilai kasih sayang dan kemanusiaan sesama insan walaupun kita
tidak mempunyai _________________ darah dengan insan tersebut.
Dalam novel ini juga terdapat banyak _________________ yang ditunjukkan oleh watak-
wataknya, dan seterusnya dapat saya contohi sebagai pembaca. Contohnya, nilai kerajinan yang
ditunjukkan oleh Karl, ayah Farisha. Karl merupakan _________________yang rajin serta banyak
membuat kajian dan penyelidikan. Karl juga pernah memenangi anugerah movasi peringkat
kebangsaan. Melaluinya, saya menyedari kepentingan sikap rajin untuk mencapai kejayaan dalam
setiap pekerjaan yang kita lakukan.

saintis anak angkat nilai murni pertalian


peristiwa

2. Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik 冲 突 yang dihadapi oleh
watak utamanya.

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Farisha dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara adik dengan abang. Konflik tercetus apabila Farisha
berasa _________________selepas menyedari dirinya merupakan anak angkat keluarga Azraai dan
merupakan seorang anak yang tidak_________________taraf. Hal ini dikatakan demikian kerana
pengenalan bapanya tidak tercatat dalam fail manakala ibunya bernama Marilyn berketurunan
Portugis. Farisha terkilan kerana Azraai _________________ perkara yang sebenar selama ini
daripadanya.
Konflik yang kedua ialah konflik antara anak dengan ibu. Farisha berkonflik dengan ibunya,
Medina/Marilyn apabila dia mengetahui bahawa ibunya itu cuba _________________ semasa kecil.
Farisha melarang Marilyn mendekatinya atau memeluknya ketika mereka berdua berada di dalam
kereta. Farisha turut _________________ muka apabila Marilyn mengucupnya pada bahagian pipi.

sah membunuhnya menyembunyikan memalingkan


terkilan

3. Klimaks 巅 峰 / 高 潮 merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang membawa kepada
klimaks dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut. Peristiwa yang membawa kepada
klimaks yang pertama ialah peristiwa Farisha _________________ di makmal Soft Lab. Doktor
dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut
Aqram dia sudah _________________ latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat
tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi,
Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan
kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha
_________________.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Farisha mendedahkan
bahawa dia dapat _________________ dengan ibunya kepada Azraai. Azraai kelihatan sangat cemas
apabila mendengar berita tersebut dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus
membawa Farisha _________________ dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap
dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian
Ayer Keroh.

mengandung keluar berkomunikasi menyiasat


pengsan

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan
kebijaksanaan.
[6 markah]
Novel yang saya pelajari ialah novel Di Sebalik Dinara. Dalam novel ini terdapat dua
peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan. Contohnya, Farisha bijak dalam bidang keselamatan
_________________. Farisha diminta oleh Dr. Maxi menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl
atas _________________ yang dimilikinya pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank
Sapurba dahulu. Kebijaksanaan Farisha berpunca daripada cip dan implan yang dimasukkan oleh Karl
ke dalam tubuhnya.
Selain itu, Karl bijak dalam bidang sains apabila dia berjaya mencipta _________________
seperti Aqram, Alia dan Khairul Anwar yang kini bekerja untuknya di Soft Lab. Aqram yang nama
asalnya Akeem ialah adik kandung Karl yang _________________. Karl telah mengubahnya menjadi
manusia cyborg melalui teknologi yang diciptanya. Karl telah memberikan wajah dan nama baharu
kepadanya iaitu Aqram. Aqram memiliki rupa paras yang _________________ sehingga Farisha tidak
dapat melupakannya ketika mereka bertemu di Lapangan Terbang Senai.

kepakaran terencat akal menarik cyborg


perkomputeraan

5. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menyedihkan yang
diselitkan 穿插 oleh penulis 作者. [6 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Pelbagai
peristiwa yang menyedihkan yang diselitkan oleh penulis dalam novel ini. Peristiwa seorang bapa,
iaitu Karl yang sanggup menjadikan anaknya, iaitu Farisha sebagai bahan _________________nya.
Buktinya, Karl menanam pelbagai jenis _________________ dalam tubuh Farisha agar Farisha
menjadi anak yang genius dan Karl tidak menggunakan bius ketika menanam implan dalam tubuh
Farisha ketika masih bayi . Peristiwa ini telah menimbulkan rasa sedih terhadap pembaca kerana
tergamaknya seorang bapa kandung menanam implan ke dalam tubuh bayi yang masih kecil
Peristiwa Azraai memberitahu kepada Farisha bahawa dia hanyalah _________________dalam
keluarga Azraai. Peristiwa ini menimbulkan rasa sedih kerana selama ini Farisha menyangka bahawa
umi dan ayahnya ialah keluarga kandungnya kerana telah mendapat kasih sayang yang sepenuhnya
daripada mereka. Hal ini menyebabkan Farisha tertanya-tanya akan siapakah ibu bapanya yang
_________________.Peristiwa Farisha yang telah mengetahui ibu dan bapa kandungnya yang
sebenar kerana selama ini dia telah _________________ oleh keluarga angkat.

implan sebenar anak angkat uji kaji


dibela

You might also like