You are on page 1of 23

KAJIAN NOVEL DI

SEBALIK DINARA
Nama Ahli Kumpulan

 1.Jeremy Voller
 2.Lister Juali
 3.Chris Charlis
Sinopsis
 Farisha dan Rosman menerima tawaran kerja dalam
projek Dinara yang terletak di Soft Lab,yang berpusat
di Cyberjaya.Kawan serumah Farisha,iaitu Shida pula
ditawarkan kerja untuk menulis dokumentasi berkaitan
dengan projek tersebut.Namun begitu,Farisha menerima
projek ini dengan berhati-hati kerana dia takut
dipergunakan.Soft Lab yang diketua oleh Dr.Maxi dan
dibantu oleh Aqram,Khairul Anwar dan Alia cuba
mempengaruhi kepintaran Farisha yang mempunyai
kebolehan dalam bidang komputer.
 Farisha diberi masa sebulan untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara yang telah dibangunkan
oleh Karl.Disebabkan Karl sakit,tugas-tugas
membangunkan projek Dinara diketuai oleh
Dr.Maxi.Aqram akan mengawal Farisha manakala
Khairul Anwar akan mengawal Shida.Bagi
Dr.Maxi,Shida merupakan backup plan yang
terakhir.Manakala,Rosman terpaksa menumpukan
kerja-kerjanya di Senawang. Farisha diberi penerangan
oleh Aqram berkaitan dengan teknologi hypervisor
Dinara,iaitu sistem pemayaan komputer.Aqram mahu
Farisha mempertingkatkan keselamatan sistem yang
sedia ada.Penceroboh telah memasukkan virus bom
jangka yang akan memusnahkan Dinara .
 Di pejabat,Dr.Maxi meminta Alia membantu
Farisha.Tanpa disedari,dua jarum mudah lentur
mencucuk di kiri dan kanan tengkuk Farisha ketika
dia terlena di kerusi. Dalam badan Farisha telah
dimasukkan cip telepati supaya dapat berhubung
terus dengan Karl.Pada masa ini,Karl muncul dan
berkomunikasi dengan Farisha.Perhubungan ini
menyebabkan Alia cemburu.Semua perbualan
Farisha dengan Karl dapat dilihat oleh
Dr.Maxi,Aqram dan Khairul Anwar pada skrin tidak
jauh dari bilik Farisha.Sejak dari itu,keadaan Farisha
kurang stabil dan memberi kesan kepada
kesihatannya.Bagi Shida pula,dia dapat mengesan
suatu misteri berlaku pada projek Dinara.Nama
Medina dipadam dari sejarah syarikat Soft Lab.
 Farisha jatuh pengsan di pejabat Soft Lab.Dia
dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya.Dr.Maxi
cuba mendapatkan rahsia Farisha daripada
Shida.Akhirnya,Shida dapat tahu Farisha ialah adik
angkat kepada Azraai.Keadaan kesihatan Farisha
menyebabkan Dr.Maxi mengubah perancangannya
kepada Plan B,iaitu menggantikan Farisha dengan
Shida.Di pejabat,keadaan Shida telah dikawal oleh
Dr.Maxi.Dia mahu meneruskan prosedur yang
disediakan oleh Karl walaupun otak Shida tidak
mampu melawannya.Keadaan Shida mendapat
simpati daripada Aqram dan Khairul Anwar.
 Farisha mengalami mimpi bertemu dengan
ibunya,Medina(Marilyn).Medina berjaya mengatasi
kehebatan Karl.Dia berjaya berkomunikasi dengan
Farisha.Pada hari ketiga di wad,Azraai dengan
cemas membawa keluar Farisha dari hospital.Dia
cuba menyembunyikan Farisha ke selatan tanah air
daripada terus diburu oleh orang-orang Medina.Di
hentian Pagoh,Farisha diculik oleh orang-orang
Medina.Azraai meminta pertolongan Rosman
untuk mengesan Farisha yang telah dibawa
menghala ke utara.
 Keadaan Shida telah dikuasai oleh Karl.Dalam
masa yang sama terbongkar rahsia peribadi
Alia,Medina dan Karl,rahsia Aqram dan Khairul
Anwar.Karl merupakan ayah kandung Farisha.Karl
gagal membangunkan projek Dinara.Dalam
keadaan kelam-kabut,Dr.Haris memaklumkan Karl
semakin nazak.Pada pukul 7.00 malam,Karl
menghembuskan nafasnya yang terakhir.Semua
reda dengan kematian Karl.Mayat Karl dibakar di
laut Port Dickson.
TEMA:
 Tema novel ini ialah persaingan manusia dalam
penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghilangkan sifat kemanusiaan.Karl seorang
saintis telah berjaya membangunkan sistem Dinara
yang digunakan untuk menyimpan maklumat
penyelidikan.Disebabkan Karl terlalu taksub
dengan teknologi,Karl menjalankan uji kaji
terhadap manusia termasuk keluarganya sendiri.
Persoalan
 1.Berusaha dan bersedia menghadapi risiko
 - Farisha dan Rosman ialah pakai komputer.
Mereka saling berganding bahu menjadi rakan
sekerja di syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Mereka
berusaha untuk mendapatkan kontrak dalam bidang
komputer. Farisha dan Rosman bersatu hati untuk
menerima kontrak dan sanggup menaggung risiko
yang bakal mereka hadapi
 2. Kerja berpasukan
 - Farisha dan Rosman bekerja dalam satu syarikat
yang sama, iaitu Secured Shell Sdn. Bhd. Mereka
saling berbincang untuk membuat keputusan
 3.Cemburu dan dendam
 - Alia amat cemburu kepada Karl. Alia merupakan
cyborg ciptaan Karl. Perasaan ini muncul apabila
Karl dapat berada dalam badan Shida. Beberapa
kali dia memberontak sehingga meminta Alia
diberhentikan oleh Dr. Maxi
 4. Hubungan keluarga dan sahabat yang erat.
 - Hubungan rapat antara Farisha dan Azraai dapat
dilihat dengan jelas apabila Azraai menziarahi
Farisha di hospital. Azraai sanggup membawa
adiknya keluar dari hospital.
Watak Dan Perwatakan
 Watak Utama:
 Farisha

- Gadis berusia 26 tahun dan merupakan jurutera


keselamatan sistem teknologi maklumat.Pakar
penggodam sistem pengkomputeran.
 Watak Sampingan:
 Aqram

- Manusia Cyborg ciptaan Karl.Merupakan adik


kandung kepada Karl dan juga merupakan
kakitangan di Soft Lab.

 Azraai
- Merupakan abang angkat Farisha,sudah
bekeluarga dan mempunyai dua anak.
 Karl
- Berumur 60 tahun dan menghidap penyakit
jantung.Merupakan ayah kandung Farisha dan
mempunyai isteri bernama Rusmina(Alia)
 Medina

- Ibu kandung Farisha dan berketurunan


Portugal,cantik dan berambut keriting
 Alia

- Cyborg yang dicipta oleh Karl dan juga


merupakan isterinya.
 Rosman
- Merupakan rakan sekerja Farisha di syarikat
Secured Shell Sdn.Bhd.Seorang yang periang dan
lucu.
 Shida

- Seorang penulis dan mempunyai kelulusan dalam


bidang undang-undang dan juga merupakan rakan
serumah serta teman baik Farisha.
 Dr Maxi

- Seorang penyelidik dan bertanggungjawab


mengurus Dinara.
 Dr Haris
- Merupakan doktor yang bertanggungjawab
memastikan kesihatan Karl di rumah.
 Farid dan Amin

- Orang kepercayaan Medina dan patuh arahan


Medina seperti menculik Farisha semasa di Hentian
Pagoh
 Khairul Anwar

- Orang suruhan dan mematuhi arahan Dr Maxi serta


mempunyai perasaan kemanusiaan terhadap Shida
yang meronta-ronta setelah menggantikan
kedudukan Farisha.
Nilai
 1.Kasih sayang
- Azraai amat menyayangi Farisha walaupun
sekadar anak angkat.
 2. .Bertanggungjawab
- Farisha bertanggungjawab melaksanakan segala
tugas dan kerjanya.
 3.Kegigihan
- Azraai berusaha gigih menyelamatkan Farisha
daripada diculik oleh orang-orang Medina.
 4. .Keberanian
- Azraai menunjukkan keberaniaannya untuk
menyelamatkan Farisha semasa di lebuh raya.
 5. Bekerjasama

- Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bekerjasama


untuk memerangkap Farisha.
Pengajaran
 1.Kita hendaklah menghindari sifat dendam yang
akan merosakkan diri kita.
(Contoh:Farisha tidak berdendam dengan Azraai
kerana sanggup menyimpan rahsia hidupnya)
 2. .kita mestilah menghormati dan menyayangi
kedua-dua ibu bapa
(Contoh:Farisha akhirnya masih menghormati
Medina dan Karl, iaitu ibu bapanya walaupun
dirinya dipergunakan untuk kepentingan soft lab)
 3. .Kita hendaklah berani membongkar kegiatan
jahat yang berlaku dalam masyarakat
(Contoh:Shida sanggup membongkar rahsia untuk
menyatakan kebenaran yang berlaku dalam projek
Dinara)
 4.Kita haruslah insaf dengan kegiatan negatif dan
perlu mengakui kesilapan yang telah dilakukan
(Contoh:Dr. Maxi seharusnya insaf dengan
kegiatannya sehingga mempergunakan Farisha dan
Shida)
 5. Kita mestilah bersikap adil terhadap ibu bapa
yang telah membesarkan kita
(Contoh:Farisha bersikap adil kepada Shida dan
Rosman tanpa menyembunyikan sebarang rahsia
tentang tawaran kerja di soft lab)
Rujukan
 Buku
Dayang Noor,2014,Di Sebalik Dinara,Utusan
Publication & Distributors.
 Internet

https://www.bumigemilang.com/novel-di-sebalik-
dinara-k4-komsas-tingkatan-4/

You might also like