You are on page 1of 2

Soalan 4: Novel

4(a) Tema bagi setiap novel


NOVEL DI SEBALIK DINARA (TING.4)

Tema
Ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan
Watak utama novel iaitu Farisha, pakar penggodam sistem perkomputeran menjadi mangsa
kepada ayah kandungnya sendiri yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu. Ayahnya,
Karl mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai

NOVEL SILIR DAKSINA (TING.5)


Tema
Novel ini membawa tema kekeluargaan.
Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya
menyebabkan dia dipisahkan olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.Bgi
ibunya, bidang sastera tidak menjamin masa deoan yang baik berbanding dengan dirinya yang
mengusahakan perusahaan batik.Mereka terputus hubungan hinggalah ayah kandungnya
meninggal dunia ketika Haiqal Hakimi berusia 12 tahun.

4(b) Perwatakan watak utama bagi setiap novel:


Novel Di Sebalik Dinara – watak utama ialah Farisha

 Peramah – Farisha peramah dan cepat mesra. Dia berbual-bual dengan Aqram di dalam
pesawat ketika dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. ( muka surat 5)
 Rajin – Farisha rajin kerana dia menghadiri The 3rd Malaysia Computer Security
Symposium bersama Rosman untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya berkaitan
keselamatan computer. Dia berminat untuk mendengar ucaptama Phillips Young (muka
surat 21)
 Teliti – Farisha teliti apabila berhati-hati membuat keputusan walaupun ditawarkan harga
kontrak yang lumayan, iaitu RM1.5 juta. Setelah melawat Soft Lab , Farisha mendapati
tugas yang akan dilakukannya berisiko tinggi dan mencabar (muka surat 48)
 Bijak – Farisha ialah jurutera keselamatan sistem komputer yang bijak kerana berjaya
melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba (muka surat 49-50).
 Sensitif- Farisha amat sensitif . Dia menangis dan tidak dapat tidur apabila mengetahui
bahawa abangnya, Azraai menghadapi masalah jantung (muka surat 118-119).
 Tabah – Farisha tabah berhadapan dengan kenyataan bahawa dia ialah anak angkat
keluarga Azraai . Walaupun sedih mendengar berita tersebut daripada Azraai, dia cuba
mengawal perasaan apabila enggan melihat fail yang berisi dokumen peribadinya. (muka
surat 122)
 Pemaaf – Farisha pemaaf kerana dia memafkan kesalahan Karl apabila dia pergi melawat
Karl yang sedang nazak. Dia tetap mengakui Karl sebagai ayahnya apabila meneydari
ada persamaan wajahnya dengan Karl dan Medina walaupun Karl tidak pernah
memberikan kasih sayang kepadanya (muka surat 223)
Novel Silir Daksina – watak utama ialah Haiqal Hakimi / Aiman

 Baik hati – Haiqal telah memujuk Ratna yang menangis kerana mendapat keputusan SPM
yang kurang cemerlang. (muka surat 11-12)
 Taat pada perintah agama – Apabila tiba di Batu Pahat, Haiqal menunaikan solat Subuh
sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Seri Purnama (muka surat 130-136)
 Menghormati orang tua – Haiqal sangat menghormati uminya (muka surat 97)
 Berbakat dalam bidang seni sastera – Haiqal sering memenangi pertandingann
mendeklamasikan puisi dan menulis sajak serta puisi. (muka surat 103)
 Penyayang – Haiqal sayang umi, walid, ayah kandung dan adik tirinya , Nurul Asiyah
(muka surat 103)
 Gigih – Haiqal gigih belajar tarian zapin jincat daripada Pakcik Bakar (muka surat 249-
250)
 Bijak dalam pelajaran – Haiqal berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di
Bumi Kenyalang selepas tamat tingkatan 6. (muka surat 273)
 Amanah – Haiqal mengambil keputusan untuk meneruskan usaha yang tidak sempat
disempurnakan oleh arwah ayahnya (muka surat 275)

You might also like