You are on page 1of 2

Plot / Binaan Plot (Komsas Tingkatan 5)

Novel Silir Diksina : Plot / Binaan Plot (Komsas Tingkatan 5)

Binaan Plot :

Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Pengenalan atau Eksposisi :

Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan.
Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada See Hwa yang merupakan
hasil tulisan arwah ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah
memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal
dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya
kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan
itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling akhir
kepada ayahnya juga penting.

Perkembangan :

Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau
Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam
bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif
dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin
D’Purnama semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan
latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang
penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu
daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain.
Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian
Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung. Cikgu Zam juga
bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu
Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada
anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling.
Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah
mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir
hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai
Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip
itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

Perumitan :

Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di
Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa uminya
tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan
kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu
Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki
kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal
nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.
Puncak atau Klimaks :

Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat maghrib.
Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat,
Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya.
Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal
bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah
ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haigal. Walid
akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Peleraian :

Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan
Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas ya
kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama
dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis
persembahan tarian zapin telah nya. diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian
zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada n
walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita
bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim
mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan
Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful Azizi
dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal erada mempersembahkan tarian zapin di atas
pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang
menyaksikan ndu persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung
Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai
tanda kesyukuran.

You might also like