You are on page 1of 36

FARANI AZNI BT JAAFAR

761110035666001

HBML3103

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


HBML3103
Januari 2014

Name

: FARANI AZNI BT JAAFAR

Matric number

: 761110035666001

NRIC

: 761110035666

Telephone number

: 019-6806818

E-mail address

: faraniazni76@yahoo.com
: faraniazni91@gmail.com

Learning Centre

: MENTAKAB LEARNING CENTRE

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

ISI KANDUNGAN

1.0

MUKA SURAT

PENGENALAN
1.1 Biodata Pengarang
1.2 Sinopsis

2.0

4
5

ANALISIS
2.1 Tema dan Persoalan
2.2 Plot
2.2.1 Binaan Plot
2.2.2 Teknik Penceritaan / Plot
2.3 Watak
2.4 Latar
2.5 Gaya Bahasa
2.6 Nilai dan Pengajaran
2.6.1 Nilai
2.6.2 Pengajaran

3.0

PRINSIP-PRINSIP KESESUAIAN BAHAN


CERPEN DALAM PENGAJARAN
3.1 Kesesuaian bahan dengan matlamat dan objektif pengajaran
Dan pembelajaran
3.2 Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan
Dengan Falsafah Pendidikan
3.3 Kesedaran guru akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan
Pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk
Menggunakan bahasa itu secara efektif
3.4 Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan
Belajar para pelajar
3.5 Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek
Bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.
3.6 Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar
Untuk memudahkan pembelajaran mereka.

5-6
7-8
8-9
9-11
11-12
12-14
14-15
15-16

16
16-17
17
18
18-19
19

4.0

RUMUSAN/PENUTUP

19-21

5.0

RUJUKAN

22

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

6.0

HBML3103

LAMPIRAN

23-39

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

1.0 Pengenalan
1.1 Biodata Pengarang
Cerpen Ramadhan Terakhir ini telah ditulis oleh seorang penulis muda
berketurunan Melayu yang bernama Miqael Arshad dan nama pena yang digunakan juga
adalah Miqael Arshad. Beliau dilahirkan pada 7 April 1979, di Dungun, Terengganu
Darul Iman. Miqael Arshad telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Paka.
Kemudian beliau meneruskan persekolahannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sura.
Beliau juga dipanggil dengan nama Chad oleh orang-orang yang mengenalinya dengan
lebih dekat.
Setelah menghabiskan zaman persekolahannya di sekolah menengah, beliau
seterusnya telah melanjutkan pelajaran ke IKM iaitu Institut Kemahiran Mara dalam
bidang Sains Komputer. Selepas itu, beliau telah berkhidmat dan bertugas sebagai
seorang juruteknik komputer di sekolah sekitar Kuala Lumpur.
Seterusnya, beliau mula berjinak dalam bidang penulisan sejak tahun 2010. Pada
mulanya, beliau menulis puisi semasa sedang bekerja dan aktif menulis cerpen dan novel
sebagai mengisi masa lapang. Pada mulanya beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi
penulis. Namun bagi Miqael, apa yang berlaku padanya adalah atas izin Allah. Baginya
perancangan Allah yang maha hebat. Beliau hanya berusaha untuk berkongsi dan
selebihnya Allah yang tentukan.
Beliau banyak menulis karya novel, cerpen, puisi dan lain-lain di blog beliau.
Terdapat juga novelnya yang diterbitkan dalam bentuk buku seperti Buka Mata Hati, Hati
Jadi Rindu dan Setia Berdarah. Buku-buku beliau dikeluarkan oleh Jemari Seni. Ramai
yang mengikuti hasil penulisan beliau. Hasil penulisan beliau boleh dilihat pada Miqael
Arshad Online Blog ataupun Penulisan2u.

1.2 Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Asyura. Asyura
tinggal bersama keluarga angkatnya setelah ibu bapa kandungnya meninggal dalam

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

kebakaran. Ibu angkat Asyura yang bernama Hajah Salmah mempunyai dua orang anak
kandung. Kedua-dua orang anak kandungnya jarang balik ke kampung menyebabkan
Hajah Salmah selalu merindui mereka berdua. Walaupun anak angkat beliau yang
bernama Asyura selalu menemani beliau namun ia tidak dapat menghilangkan rasa
kerinduan terhadap kedua orang anak kandungnya iaitu Shida dan Shukri. Dia
merindukan kepulangan anak-anaknya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamasama. Hajah Salmah telah menyuarakan hasratnya kepada anak-anaknya supaya mereka
pulang beraya dikampung. Tambahan lagi anak-anaknya telah dua tahun tidak pulang
beraya bersama-sama. Namun hasrat itu tidak dapat dipenuhi oleh anak-anaknya kerana
masing-masing telah berjanji untuk beraya di rumah keluarga mentua. Namun begitu,
anak-anak Hajah Salmah tetap cuba memujuk pasangan masing-masing agar dapat beraya
di rumah ibu mereka pula. Namun demikian, Hajah Salmah tidak berkesempatan untuk
melihat dan beraya bersama-sama anak-anak mereka kerana dia telah meninggal dunia
pada malam Hari Raya.
2.0 Analisis
2.1 Tema dan Persoalan
Tema
Tema bagi cerpen Ramadhan Terakhir ini ialah bertemakan tentang perasaan rindu
dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Dari permulaan cerita hingga
berakhirnya cerita ini terbukti bahawa tema kasih sayang seorang ibu yang ditunjukkan
oleh Puan Salmah sangat menyentuh perasaan. Kesabaran dan kerinduan seorang ibu
yang menunggu kepulangan anaknya. Buktinya apabila anaknya sudah dua tahun tidak
beraya bersama akhirnya Puan Salmah terpaksa untuk menelefon anak-anaknya dan
meminta mereka pulang untuk beraya.
Tema kasih sayang ini dapat dibuktikan lagi apabila Hajah Salmah sanggup
memasak pelbagai jenis juadah kegemaran anak-anaknya walaupun dia belum pasti
dengan kepulangan anaknya ke kampung.
Selain itu, tema ini dapat dibuktikan lagi apabila disaat pemergiannya, dia sempat
memesan kepada Asyura supaya menyampaikan pesannya bahawa dia telah
menghalalkan susu badan dan segalanya walaupun hatinya terluka dengan sikap anakanaknya yang tidak mengendahkannya selama ini.
5

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Tema ini selaras dengan senario sekarang di mana manusia sekarang terlalu
mementingkan kehidupan mereka sehingga sanggup mengabaikan ibu bapa mereka yang
selama ini membesarkan dan mendidik mereka sehingga dewasa. Oleh itu, sebagai
seorang anak, kita harus sedar bahawa pentingnya menjaga hati serta mengambil berat
tentang ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini. Jangan kita menyesal di kemudian
hari.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan yang cuba ditimbulkan oleh penulis dalam cerpen
Ramadhan Terakhir. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah tanggungjawab anak
terhadap ibu bapa. Melalui penceritaan dalam cerpen ini, penulis mengutarakan isu
tanggungjawab anak-anak dalam menggembirakan hati ibu bapa bagi menghadapi sisasisa hidup yang tinggal. Cerita ini menonjolkan anak-anak Hajah Salmah yang
mengabaikan perasaan ibu bapa mereka. Mereka hanya menuruti kehendak pasangan
masing-masing.
Seterusnya persoalan kepercayaan kepada alamat atau gerak hati. Masyarakat Melayu
amat kuat mempercayai adanya tanda-tanda atau sesuatu alamat bahawa sesuatu perkara
akan berlaku. Ini berlaku pada Haji Fuad yang merasa tidak sedap hati semasa berada
disurau. Haji Fuad merasakan ada sesuatu yang akan berlaku.
Kemudian, persoalan yang seterusnya adalah takdir dan nasib yang ditentukan oleh
Allah. Cerpen ini turut mengemukakan persoalan berhubung dengan takdir dan nasib itu
adalah ketentuan Allah. Tidak seorang pun yang dapat menentukannya. Kematian Haji
Fuad dan Hajah Salmah pada malam raya adalah kehendak takdir yang tidak mampu
dihalang.
2.2 Plot
2.2.1 Binaan Plot
Penulis memulakan cerita dengan watak Asyura yang sedang membuat persiapan
raya sambil mengenangkan abang dan kakaknya yang masih belum pulang. Mereka
berdua sudah dua tahun tidak pulang beraya. Asyura merasa menyesal dengan sikap
abang dan kakanya yang lebih mementingkan kerja daripada perasaan ibu bapa mereka.
Keadaan ini menyebabkan ibu mereka merasa teramat rindu untuk bertemu dengan anak
cucunya.

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Kemudian, pembinaan plot yang seterusnya beralih kepada perkembangan.


Perjalanan cerita ini berkembang dengan menggunakan teknik plot imbas kembali
dimana Asyura teringat kembali semasa ibu mereka menelefon abang dan kakaknya
untuk bertanyakan kepulangan mereka pada Hari Raya nanti. Ibunya mengharapkan agar
anak-anaknya dapat pulang beraya dikampung pada tahun ini. Ini kerana anak-anaknya
sudah dua tahun tidak pulang beraya. Tambahan lagi, pada tahun lepas anaknya Shukri
hanya balik beraya pada penghujung Syawal sahaja.
Pembinaan cerita ini juga diselitkan dengan konflik. Konflik dalam cerpen ini
muncul apabila Shukri dan Shida cuba memujuk pasangan masing-masing untuk beraya
di kampung mereka. Mereka berdua mendapat tentangan kerana pasangan masing-masing
jenis yang sukar dibawa berunding. Masing-masing telah bergaduh dengan pasangan
apabila disuarakan untuk pulang beraya di kampung bersama Hajah Salmah.
Seterusnya, pembinaan plot ini berada pada klimaksnya iaitu pada puncak cerita.
Puncak cerita dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini ialah apabila Asyura dan Hajah
Salmah sedang menyiapkan persiapan untuk menyambut Hari Raya. Pada masa ini
pembaca akan berasa suspens sama ada anak-anak Hajah Salmah akan pulang atau pun
tidak. Ini kerana penulis mencoretkan isi hati Hajah Salmah yang mengatakan anaknya
akan pulang. Manakala Haji Fuad pula pergi ke surau. Namun, puncak cerita ini berlaku
apabila Asyura mendapati Hajah Salmah yang tiba-tiba terbaring di dapur. Hajah Salmah
sempat meningalkan pesanan untuk anak-anaknya sebelum beliau menghembuskan nafas
yang terakhir. Manakala Haji Fuad pula yang rasa tidak sedap hati mula bergerak dari
surau untuk pulang ke rumah. Namun, beliau telah dilanggar oleh motosikal yang
menyebabkan beliau maut ditempat kejadian.
Cerpen ini berakhir pada pembinaan plot yang terakhir iaitu pada peleraian
cerita. Cerita dalam cerpen ini mula berakhir apabila penulis telah mempamerkan
kepulangan anak-anak Hajah Salmah pada malam raya. Peleraian cerita ini juga telah
melakarkan tentang pertemuan anak dengan ibu bapa mereka yang telah menjadi arwah.
Kedua-dua mereka bertemu dan berlaku satu babak yang begitu menyentuh hati apabila
anak-anak mereka berasa sangat sedih kerana tidak sempat berjumpa dengan ibu bapa
mereka.
2.2.2 Teknik Penceritaan/Plot

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Penulis telah menggunakan beberapa teknik plot dalam pembinaan plot dalam
cerpen ini. Antara teknik plot yang terdapat dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini ialah
teknik imbas kembali. Teknik imbas kembali telah di gunakan dari permulaan cerita dan
perkembangan cerita. Teknik penceritaan ini telah di tunjukkan apabila cerita ini telah
diimbas kembali melalui watak dan kaca mata seorang perempuan bernama Asyura yang
mengimbas dan mengenang kembali peristiwa yang berlaku seminggu yang lepas apabila
ibunya memujuk abang dan kakaknya untuk pulang beraya dikampung.
Teknik yang seterusnya ialah teknik pemerian. Teknik plot iaitu pemerian juga
telah digunakan dalam plot cerpen ini. Pemerian telah digunakan pada bahagian puncak
cerita. Penulis telah menggunakan teknik pemerian bagi menjelaskan tentang keadaan
rumah yang telah dihiasi serba baru oleh Asyura.
Cerpen ini juga turut memuatkan teknik penceritaan menggunakan dialog. Teknik
dialog telah digunakan penulis dari permulaan cerita hingga peleraian cerita. Teknik
dialog turut digunakan semasa perbualan antara Hajah Salmah dengan anak-anaknya dan
juga dialog antara anak-anaknya dengan pasangan masing-masing. Contoh dialog yang
terdapat dalam cerpen ini ialah:
Jadi Syida tak balik jugalah raya tahun ni? Baliklah raya kedua ke, atau ketiga
ke, janganlah tak balik langsung, mak rindu juga kat cucu-cucu mak tu..
Kamu sihat ke Shukri?
Alhamdulillah, saya sihat aje seadaanya, kenapa, mak?
Teknik penceritaan atau plot yang lain ialah teknik monolog dalaman. Teknik
monolog dalaman iaitu bermonolog atau bercakap dalam hati telah digunakan dalam
cerpen ini. Monolog dalaman telah digunakan semasa Haji Fuad memujuk Hajah Salmah
supaya tidak bersedih apabila anak-anaknya mengatakan tidak dapat pulang beraya
bersama mereka. Contoh penggunaan teknik monolog dalaman dalam pembinaan plot
cerpen ini ialah:
Hati ayahnya berputis syahdu, bersyair di dalam hati, berlagu rindu tatkala
ruang itu kian sempit, mudah sekali terguris apatah lagi ia dicalar-calarkan dengan
sikap dan perangai anak-anaknya itu.
Anakku, tidak pernah terlintas difikiran ayah untuk melupakanmu dan tidak pernah
sekali rasa itu ditinggal mati, apatah lagi untuk ayah cuba membunuh perasaan ini bila
8

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

rindu bertamu. Dahulu pernah sekali ayah cuba mengusir rasa itu tapi begitu mudah ia
datang kembali, apabila potret anak-anak ayah ditatapi. Pulanglahpulanglah nak
ayah tetap berbangga kerana anak ayah berjaya dalam hidup, pulanglah nak kerana
ayah tetap berbesar hati melihat anak ayah menjadi anak yang soleh dan solehah,
pulanglah nak.. ibumu di sini selalu pedih mengalirkan air mata mengenangmu yang
tidak pernah mahu pulang di aidilfitri..
2.3 Watak dan Perwatakan
Penulis telah memperkenalkan dan menonjolkan beberapa watak dan perwatakan
setiap watak dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini dengan baik. Penulis tidak
menonjolkan terlalu banyak watak dalam cerpen ini. Ini menunjukkan penulis hanya
ingin pembaca terus memberi perhatian terhadap watak dan perwatakan watak utama di
samping watak-watak sampingan yang lain dalam memberi lebih rasa dan hidupnya
cerpen yang telah dikarangnya ini.
Watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerpen ini bermula dengan watak
utama iaitu Asyura. Asyura merupakan seorang anak angkat yang tinggal di kampung
bersama dengan keluarga angkatnya. Dia telah kehilangan keluarga kandungnya yang
mana telah meninggal dalam satu kebakaran. Bapa angkatnya merupakan sahabat kepada
ayah kandungnya.
Perwatakan Asyura dalam cerpen ini ialah seorang anak yang baik. Selain itu,
Asyura juga mempunyai perwatakan sebagai seorang yang mempunyai jiwa yang halus
dan sensitif. Asyura mempunyai jiwa dan hati yang begitu sensitif walaupun pada
zahirnya kelihatan dia begitu tabah. Ini dibuktikan apabila dia mengenangkan sikap
abang dan kakak angkatnya yang tidak mengambil berat tentang ibu bapa angkatnya
hatinya menjadi sayu dan sedih akan perkara tersebut namun ia tidak menunjukkan reaksi
yang seumpama itu.
Asyura juga merupakan seorang anak muda yang bertanggungjawab. Watak
Asyura merupakan seorang yang penuh dengan tanggungjawab walaupun dia merupakan
anak bongsu dalam keluarga tersebut tetapi sikap matangnya begitu menyerlah. Hal yang
demikian dapat dibuktikan apabila Asyura merasa dirinya sangat bertanggungjawab
untuk menjaga dan memelihara ibu bapanya yang mula dimamah usia.
Cerpen ini juga turut memuatkan watak sampingan sebagai penguat jalan cerita
dan berperanan penting dalam perkembangan plot sesebuah cerpen. Antara watak
9

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

sampingan cerpen Ramadhan Terakhir ini ialah Hajah Salmah. Watak Hajah Salmah
adalah sebagai seorang isteri dan ibu tua yang mempunyai sebuah keluarga.
Hajah Salmah mempunyai perwatakan seperti mengambil berat

dan

bertanggungjawab terhadap anak-anaknya. Hajah Salmah sangat mengambil berat


terhadap anak-anaknya dan sangat mementingkan pendidikan dan merasa satu kerugian
pada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan pendidikan dalam hidup. Hal
yang demikian dapat dibuktikan apabila anak-anaknya berjaya dengan pekerjaan yang
baik di kota dan mempunyai keluarga yang bahagia.
Hajah Salmah juga merupakan seorang yang penyayang. Ini dibuktikan apabila
dia menjaga dan mendidik anak angkatnya dengan penuh kasih sayang. Anak angkatnya
iaitu Asyura tidak rasa tersisih berada dalam keluarga tersebut kerana dia dilimpahi
dengan kasih sayang yang secukupnya. Dia dijaga oleh Hajah Salmah seperti anak
kandungnya sendiri.
Watak sampingan yang seterusnya ialah Haji Fuad. Watak Haji Fuad sebagai
suami kepada Hajah Salmah dan bapa kepada anak-anaknya. Perwatakan Haji Fuad
adalah seorang yang sabar dan redha dengan apa yang sedang berlaku. Ini dapat dilihat
apabila dia menyabarkan hati Hajah Salmah dengan sikap anak-anak mereka walaupun
dia sendiri sebenarnya berasa amat rindu untuk bertemu dengan anak-anaknya.
Watak Haji Fuad juga adalah seorang yang bertanggungjawab. Ini dapat
dibuktikan dengan kejayaan yang diperolehi oleh anak-anaknya dan mempunyai keluarga
yang baik. Dia dapat mendidik dan membesarkan anak-anaknya sehingga mereka dapat
pekerjaan di ibu kota. Dia juga bertanggungjawab menjaga anak angkatnya dengan baik.
Haji Fuad juga seorang yang penyayang dimana dia dapat mencurahkan kasih sayang
sepenuhnya kepada anak-anaknya. Dia memberi kasih sayang yang sama rata terhadap
anak kandungnya dan anak angkatnya. Ini terbukti apabila Asyura merasa kasih sayang
yang sepenuhnya apabila berada di dalam keluarga tersebut.
Watak sampingan yang seterusnya adalah anak-anak Haji Fuad dan Hajah Salmah
iaitu Syida dan Shukri. Perwatakan mereka dalam cepen ini ialah seorang yang tidak
bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka. Ini dapat dibuktikan apabila Hajah
Salmah yang terpaksa menelefon anak-anak mereka untuk bertanya khabar dan
bertanyakan tentang kepulangan mereka untuk menyambut Hari Raya. Mereka juga tidak
bertanya khabar ibu bapa mereka sama ada sihat atau sebaliknya.
2.4 Latar
10

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Latar yang terdapat dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini terbahagi kepada 3 latar
iaitu latar masa, tempat dan masyarakat. Berikut adalah latar-latar yang terdapat dalam
cerpen ini iaitu latar masa, tempat dan masyarakat.
Latar masa yang terdapat dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini ada banyak latar
masa. Antara latar masa yang terdapat dalam cerpen ini ialah cerpen ini berlangsung
dalam jangka masa satu malam sahaja iaitu semasa Syida cuba memujuk suaminya
semasa dia sedang menggosok baju. Selain itu, latar masa ialah pada seminggu yang
lepas, iaitu semasa Hajah Salmah menelefon anak-anaknya untuk bertanya khabar dan
kepulangan pada Hari Raya. Latar masa berikutnya ialah pada malam raya dimana
menunjukkan Syida membuat persiapan Hari Raya dan Haji Fuad yang berada disurau.
Seterusnya ialah latar tempat. Cerpen ini berlatarkan hanya pada beberapa tempat
sahaja. Latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini ialah di rumah Asyura iaitu rumah
Haji Fuad dan Hajah Salmah. Latar tempat yang berikutnya ialah rumah Shida dan Shukri
dimana menunjukkan Shida dan Shukri berbincang dengan pasangan mereka untuk
pulang ke kampung menyambut Hari Raya. Latar tempat yang seterusnya adalah di surau
tempat Haji Fuad sembahyang berjemaah.
Latar yang terakhir ialah latar masyarakat. Latar masyarakat yang terdapat
dalam cerpen ini ialah masyarakat kampung. Masyarakat orang kampung telah
digambarkan melalui watak Haji Fuad dan Hajah Salmah. Kehidupan masyarakat
kampung yang seronok menyambut hari lembaran dimana kanak-kanak riang bermain
mercun. Mereka juga akan menziarahi sahabat handai semasa hari lebaran dimana penulis
mengatakan Asyura telah menyediakan duit raya kepada kanak-kanak yang akan beraya
di rumah mereka. Mereka masih mengekalkan adat dan tradisi sejak berzaman dimana
masyarakat saling kunjung mengunjungi semasa menyambut Hari Raya.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang mengambil berat tentang
jiran tetangga. Ia ditunjukkan semasa orang kampung membawa jasad Haji Fuad untuk
pulang ke rumah. Masyarakat yang mementingkan sikap tolong-menolong di antara satu
sama lain dimana orang kampung berkumpul di rumah Haji Fuad untuk membacakan
Yassin dan mententeramkan Asyura yang terkejut denga kepemerrgian ibu bapa
angkatnya dalam waktu yang sama.
2.5 Gaya Bahasa

11

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Melalui cerpen Ramadhan Terakhir ini, kita dapat teliti dan lihat bahawa bahasabahasa yang digunakan dalam cerpen ini amat mudah dan senang difahami. Dialog
banyak digunakan oleh pengarang terutama dalam melahirkan ketegangan yang berlaku.
Contohnya:
Abang.. sebut Syida lembut.
Awak jangan bercakap dengan saya! tengking Marzan.
Jangan macam ni bang...
Saya kata jangan cakap apa-apa dengan saya! tengking Marzan lagi.
Gaya bahasa yang seterusnya ialah metafora. Metafora merupakan perbandingan
yang tidak jelas tidak melibatkan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat dan
sebagainya.Contoh bagi gaya bahasa ini yang terdapat dalam cerpen ialah:
Tapi abang janji jangan marah.. ulang Syida lagi dengan mempamerkan
wajah yang diselubungi awan kerisauan. Marzan pula berkerut dahi
memerhatikan

Syida.

Belum apa-apa lagi abang dah berkerut dahi,ujar Syida sambil mengelap
manik-manik peluhnya itu.
Cerpen ini juga turut memuatkan gaya bahasa simile. Gaya bahasa ini merupakan
unsur perbandingan terhadap sesuatu keadaan dan lazimnya menggunakan kata-kata
seperti laksana, umpama, ibarat, macam, seperti dan sebagainya. Contoh penggunaan
gaya bahasa ini dalam cerpen ialah :
Sungguh bagai dikata
Melalui cerpen Ramadhan Terakhir ini juga, terdapat penggunaan peribahasa
dalam cerpen ini. Contoh penggunaan peribahasa ialah :
seperti kacang lupakan kulit
bagaikan mencurah air di daun keladi.

12

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Gaya bahasa lain yang terdapat dalam cerpen ini juga termasuklah gaya bahasa
pengulangan (anafora). Gaya bahasa ini bermaksud pengulangan pada permulaan
ayat ungkapan, baris dan rangkap. Contoh penggunaan gaya bahasa ini dalam cerpen
ialah :

. Pulanglah nak..pulanglah nak..ayah tetap berbangga kerana anak ayah berjaya


dalam hidup
Pengarang juga turut memuatkan puisi untuk mengindahkan lagi bahasa cerpen
ini. Contohnya:
Hari ini kami pergi..
kami telah tinggalkan semua ini,
Hari ini kami telah pergi,
Semua ini tidak akan bermakna lagi,
Esok hari di aidilfitri,
Hanya sekadar impian hati yang tidak akan kesampaian,
Kerana kami telah pergi untuk menghadap ILAHI
Hari ini kami pergi,
di Ramadhan terakhir kali,
Sedekahkanlah bacaan yasin agar terubat rindu ini.

2.6

Nilai dan Pengajaran


Melalui pembacaan cerpen Ramadhan Terakhir ini, kita telah mendapat banyak

pengajaran dan nilai-nilai murni. Buka bertujuan sekadar untuk mengisi masa lapang dan
peneman di kala kesunyian, cerpen ini juga telah menyelitkan beberapa unsur-unsur
tentang nilai dan pengajaran yang dapat kita jadikan tauladan dan pembimbing dalam
menjalani kehidupan di dunia dan mendapat berkat di akhirat kelak.
2.6.1

Nilai
Antara nilai yang terdapat dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini ialah nilai kasih

sayang. Nilai ini dapat dilihat pada Haji Fuad dan Hajah Salmah yang menyayangi anak
angkat mereka seperti anak-anak mereka yang lain.
Disamping itu juga, nilai yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai
kemasyarakatan. Antara nilai kemasyarakatan yang ditonjolkan ialah sikap tolong
13

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

menolong. Dalam hidup bermasyarakat, sikap saling tolong menolong sesama insan dan
masyarakat amatlah perlu bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan hidup berjiran.
Contoh yang dapat diambil ialah apabila masyarakat bersama-sama menolong
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Asyura apabila kedua-dua ibu bapa angkatnya
meninggal secara tiba-tiba. Selain itu, terdapat juga nilai kebudayaan dalam cerpen
ini. Antara

nilai

kebudayaan

yang

ditonjolkan

oleh

pengarang

ialah

tentang kegigihan. Kegigihan amat perlu dalam setiap individu dalam mencapai sesuatu
yang dikehendaki kerana kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Kita perlu
mencontohi sikap anak-anak Hajah Salmah yang berusaha dengan gigih dalam menuntut
ilmu sehingga beliau berjaya dalam hidup dan mendapat pekerjaan yang baik dibandar.
Nilai kebudayaan yang seterusnya ialah tentang jasa dan pengorbanan. Hal yang
demikian bermaksud sedang kita ingin mencapai sesuatu, kita juga telah membuat jasa
dan pengorbanan dalam mengharapkan hasil yang lebih baik bukan sahaja untuk diri kita,
tetapi pada orang lain. Tetapi jangan lupa untuk terus menghargai jasa dan pengorbanan
ini. Ini ditunjukkan oleh Haji Fuad dan Hajah Salmah yang sanggup berkorban mendidik
dan membesarkan anak-anak mereka dan juga anak angkat mereka dengan baik hingga
menjadi orang yang berjaya.
2.6.2

Pengajaran
Pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini melalui hasil pembacaan

cerpen tersebut ialah kita perlu menghargai dan menyayangi kedua ibu bapa kita
selagi mereka masih ada. Sebagai seorang anak, kita sepatutnya tahu mengenai
kepentingan untuk menjaga hati dan perasaan ibu bapa kita. Mereka telah banyak
berkorban dan berjasa kepada kita dengan menjaga dan mendidik kita hingga menjadi
orang yang berguna. Oleh itu kita haruslah membalas jasa mereka dengan menunjukkan
rasa hormat, kasih sayang, menghargai dan mengambil berat tentang mereka.
Selain itu, pengajaran bagi cerpen ini ialah kita mestilah berusaha bersungguhsungguh dalam pelajaran agar dapat menjadi orang yang berjaya dan berguna
dalam hidup. Dalam mencapai sesuatu kejayaan, resepinya ialah kesungguhan dan
keazaman dan hasilnya kejayaan yang dapat kita manfaatkan bukan sahaja kepada diri,
malahan kepada masyarakat, bangsa dan negara. Ini dapat dilihat pada anak-anak Haji
Fuad yang berjaya dalam kehidupan mereka.
14

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Melalui cerpen ini juga, pengajaran lain yang dapat kita teladani ialah kita
hendaklah tahu menghargai jasa seseorang. Apabila seseorang berjasa kepada kita,
tiada wang ringgit dan harta yang dapat membalas jasa mereka. Cukup sekadar kita
menghargai jasa mereka. Janganlah kita bertindak seperti kacang lupakan kulit. Seperti
Asyura yang tidak melupakan jasa ibu bapa angkatnya.
Begitu juga dengan pertolongan dan bantuan hendaklah diberi dengan jujur
dan ikhlas terhadap mereka yang memerlukan bantuan. Orang kampung yang ikhlas
membantu menguruskan jenazah Haji Fuad dan Hajah Salmah dengan baik. Ini kerana
keadaan Asyura yang tidak keruan serta anak-anaknya yang lain tidak ada disisi mereka.
3.0 Prinsip-prinsip
Prinsip-Prinsip Kesesuaian Bahan Cerpen Untuk Pengajaran
3.1
Kesesuaian bahan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran.Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif
pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan
keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya
ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran
haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.
3.2 Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan. Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

adalah

bertujuan

untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi


mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
melahirkan

rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh
membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahanbahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni
yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara
dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan
pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.
15

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

3.3

HBML3103

Kesedaran guru akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran

yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif.
Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang
pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah
tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan
aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya
amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah
sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah
perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi
satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar
Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian
sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik
simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan
mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.
Pada akhir pembelajaran, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana cerpen boleh
berfungsi sebagai bahasa ilmu dan bahan kesedaran. Oleh itu, pelajar-pelajar harus
diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan
mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan,
aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan
yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam
latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.
d)

Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar.

Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari


sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya
disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari
semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para
pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini
walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unitunit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh

16

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan
pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.
Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap
bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi.
Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan
pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahanbahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang
dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah
bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan
dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan
sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang
mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang
diperuntukkan kepadanya.
e)

Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses

pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan
pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan
penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun
begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para
pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari
semasa ke semasa.
Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung
berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan
tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran.
Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar
melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktivitiaktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira,
tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa.
Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu
menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi
potensi pengajaran bahasa mereka.

17

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

f)

HBML3103

Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan

pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajarai sesuatu


akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari
sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan
yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi
keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat
ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya.
Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang
telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang
lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.
4.0 Penutup
Cerpen Ramadhan Terakhir sangat menarik dan amat sesuai untuk dijadikan
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kerana cerpen ini memberi pengajaran yang
berguna kepada masyarakat. Cerpen ini memberi kesedaran kepada masyarakat betapa
perlunya kita menghargai ibu bapa kita semasa mereka masih ada di dunia ini. Ini
memberi pengajaran kepada para pelajar supaya menjadi orang yang berguna dan dapat
membalas jasa ibu bapa apabila mereka berjaya nanti. Para pelajar juga akan sedar betapa
besar pengorbanan seorang ayah dan ibu dan sangat luas kasih sayang yang mereka
curahkan kepada anak-anak. Oleh itu, para pelajar juga akan sedar betapa pentingnya
menjaga hati mereka dan mencurahkan kasih sayang dengan sebaiknya kepada ibu bapa
mereka.
Cerpen merupakan satu pengajaran yang menarik untuk dipelajari walaupun ia
sedikit sukar untuk difahami oleh murid-murid. Namun begitu sekiranya guru
memainkan peranannya, ia akan dapat menarik minat murid-murid agar memberi
perhatian yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sekaligus murid
akan dapat memahami tajuk cerpen dengan lebih jelas. Guru perlulah mempelbagaikan
kaedah, teknik dan cara mengikut prinsip-prinsip kesesuaian cerpen yang ada agar
objektif pengajaran itu tercapai. Dengan penerangan yang jelas serta teknik yang sesuai,
murid-murid akan dapat memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek yang
dipelajari.

18

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Selain tujuan kita ingin memupuk minat murid terhadap karya-karya


sastera terutamanya karya sastera tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya sendiri
agar lebih kerap menggunakan dan mengenal karya-karya sastera yang pelbagai ini. Guru
perlu rajin dalam mencari sumber lain selain daripada hanya bergantung kepada
penggunaan buku teks sahaja.
Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera aktiviti berterusan
juga perlu diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan aktiviti susulan di luar darjah
seperti, pihak sekolah mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak, berbalas
pantun, berpidato, peraduan berbahas dan menulis cerpen. Dengan yang demikian
khazanah kesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan menjadi kebanggaan oleh
generasi masa kini.
Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa kesedaran antara pendidik khasnya
para guru tentang kepentingan dunia sastera dalam pendidikan semakin menyerlah
disamping adanya unsur Komsas dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keupayaan guruguru dalam membuat pertimbangan yang betul dalam pemilihan kaedah mengajar
terhadap bahan kesusasteraan dalam Komsas merupakan salah satu aspek yang penting
yang menjamin pencapaian matlamat dan objektif pendidikan dan keberkesanan
pengajaran Komsas dalam bilik darjah.

19

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

5.0 Rujukan
1. Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
2. Arazmi Seman. (1994). Ulasan Dan Kajian Kesusasteraan Melayu SPM. Pulau
Pinang:Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.
3. Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmod, Faziah Sulaiman, Mohd Fauzi Abdullah,
Abdul Hamid Mukri & Jamilah Ahmad et. Al. (2004). Modul Pengajaran &
Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa &
Pustaka.
4. Dr. Nadzeri Isa. (2013). Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan: Open Universiti Malaysia.
5. Institut Bahasa. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka
6. Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
7. Zainon Omar et.al. (2004). Modul Pengajaran Dan Pembelajaran KOMSAS
Tingkatan 4 dan %. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. http://cikgu-ghafar.blogspot.com/
9. http://fadzilpunyablog.blogspot.com/2011/01/analisis-cerpen-lambaian-malarhijau.html
10. http://miqaelarshad.blogspot.com/2012/03/koleksi-cerpen-miqael-arshad.html

6.0 LAMPIRAN CERPEN

20

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

SERUAN takbir bergema tika malam raya tiba. Kelihatan Asyura sedang menghias rumah,
hanya dia sendiri tiada abang tiada kakak yang membantu. Asyura seorang sahaja anak Hajah
Salmah yang tinggal di rumah ini. Haji Fuad berada di surau bersama-sama dengan jemaah yang
lain sedang melaungkan khalimah suci itu.
Abang dan kakaknya iaitu Syukri dan Syida belum pulang ke kampung halaman. Kali ini sudah
masuk dua tahun mereka tidak balik beraya. Dia yang sedang memasang langsir itu mengeluh
panjang mengenangkan sikap kedua-dua saudaranya itu. Biarpun dia hanya anak angkat namun
dia sungguh terasa hati apabila Syukri dan Syida hanya mementingkan kesibukan kerja masingmasing.
Buat apa Asyura hendak pening kepala, lantak mereka dengan cara mereka yang begitu. Sungguh
bagai dikata seperti kacang lupakan kulit. Kalau dia bercakap banyak juga tiada gunanya,
bagaikan mencurah air di daun keladi. Mana ada abang dan kakaknya itu mahu mendengar cakap
dia. Siapa dia? Hanya anak angkat sahaja.
Tapi hati dia berasa kesal. Begitu kesal sekali dengan sikap yang tidak bertanggungjawab Syukri
dan Syida. Khabar Hajah Salmah dan Haji Fuad jarang sekali mereka hendak ambil tahu. Hajah
Salmah pula yang sibuk-sibuk menghubungi anak-anaknya itu.
Seminggu sebelum itu Hajah Salmah telah menelefon anaknya Si Syida untuk bertanyakan
khabar berita.
Syida sihat ke? Raya tahun ni Syida balik tak? tanya Hajah Salmah.
Mak.. Syida tengah sibuk ni, lagipun raya tahun ni kena balik rumah Abang Marzan. Mak
tahulah perangai Abang Marzan tu macam mana, tahun lepas pun balik rumah dia, tahun ni pun
kena balik rumah mak dia juga, kalau tak ikut cakap suami kan nanti cakap kita derhaka pula..
balas Syida.
Jadi Syida tak balik jugalah raya tahun ni? Baliklah raya kedua ke, atau ketiga ke, janganlah tak
balik langsung, mak rindu juga kat cucu-cucu mak tu.. ujar Hajah Salmah hampa yang begitu
mengharapkan kepulangan anaknya.
Selepas mendapat jawapan yang tidak begitu baik, Hajah Salmah terus mendail nombor telefon
Syukri pula.
Assalamualaikum Syukri, ini mak ni, lirih sahaja kedengangan nada Hajah Salmah
Walaikumussalam... Oh mak. Ada apa mak telefon saya malam-malam ni? boleh pula Syukri
tanya macam itu, ibu dia telefon mestilah hendak tanya khabar. Harapkan dia yang telefon?
21

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Sampai berjanggut pun mana ada mahu telefon ibunya di kampung. Kalau ada pun kadangkadang sahaja, itu kalau ada urusan.
Kamu sihat ke Syukri?
Alhamdulillah, saya sihat aje seadaanya, kenapa, mak? soal Syukri. Dia langsung tidak
bertanya semula pada Hajah Salmah itu entah sihat ke tidak.
Raya nanti kamu balik sini tak?
Tak, mak. Saya balik rumah keluarga Farisya, tahun lepas kan saya dah balik...
Memang kamu balik tapi dah hujung Syawal, mana sama Syukri dengan raya pertama, mak
teringin nak tengok cucu-cucu mak tu, mak pun nak kamu ada bersama di hari raya nanti, mak
nak buatkan rendang kegemaran kamu Syukri.. Dahlah Syida tak dapat balik, kamu pun cakap
macam tu.. Mencurah-curah air mata si ibu yang begitu mengharap.
Tangisan si ibu tidak didengari oleh anak-anaknya. Apatah lagi untuk dimengertikan perasaan
kasihnya seorang ibu.
Sal, sudahlah, jangan menangis, mereka tak nak balik biarkanlah, lagipun mereka dah
berkeluarga pujuk Haji Fuad sedari tadi mendengar rintihan isterinya.
Sal sedih bang, sedih dengan sikap anak-anak kita sekarang, Sal rindukan mereka bang, sal
lebih senang tengok mereka masih kecil, makan pun bersuap, lenguh kaki kita ni mereka
urutkan. Mereka dengar cakap kita bang, tapi sekarang bila dah besar kata-kata Hajah Salmah
terhenti di situ. Dia menangis tersedu-sedu.
Sudahlah tu Sal, jangan dipaksa mereka tu, anak kita itu dah besar panjang, tahulah mereka
berfikir, Haji Fuad cuba meredakan sendu di hati Hajah Salmah.
Wajah isterinya kendur, muram sahaja. Namun jauh di sudut hati Haji Fuad itu amat merindui
anak-anaknya juga. Tetapi rasa itu dibenamkan. Ia tidak dizahirkan. Mungkin juga rasa itu telah
pergi jauh atau juga dia cuba menyekatnya. Naluri seorang ayah memang berkehendakkan
kebahagiaan di dalam sisa-sisa hidupnya yang masih berbaki entah berapa lama lagi.
Hati ayahnya berputis syahdu, bersyair di dalam hati, berlagu rindu tatkala ruang itu kian sempit,
mudah sekali terguris apatah lagi ia dicalar-calarkan dengan sikap dan perangai anak-anaknya
itu.
Anakku, tidak pernah terlintas difikiran ayah untuk melupakanmu dan tidak pernah sekali rasa
22

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

itu ditinggal mati, apatah lagi untuk ayah cuba membunuh perasaan ini bila rindu bertamu.
Dahulu pernah sekali ayah cuba mengusir rasa itu tapi begitu mudah ia datang kembali, apabila
potret anak-anak ayah ditatapi. Pulanglah nak..pulanglah nak..ayah tetap berbangga kerana anak
ayah berjaya dalam hidup, pulanglah nak kerana ayah tetap berbesar hati melihat anak ayah
menjadi anak yang soleh dan solehah, pulanglah nak.. ibumu di sini selalu pedih mengalirkan air
mata mengenangmu yang tidak pernah mahu pulang di aidilfitri..

2
ABANG kalau Syida cakap sesuatu abang jangan marah ya? Syida ingin menyoal sesuatu.
Saat ini dia sedang menggosok baju kerja suaminya itu untuk dipakai esok hari.
Marzan yang bersandar di kepala katil sedang membelek sebuah majalah keluarga sambil
terbujur kaki terus menoleh ke arah isterinya.
Apa dia cakaplah, balas Marzan.
Tapi abang janji jangan marah.. ulang Syida lagi dengan mempamerkan wajah yang
diselubungi awan kerisauan. Marzan pula berkerut dahi memerhatikan Syida.
Cakaplah..apa dia..kalau awak tak cakap abang marahlah..
Belum apa-apa lagi abang dah berkerut dahi,ujar Syida sambil mengelap manik-manik
peluhnya itu.
Yelah abang tengah tunggu ni apa yang awak nak cakapkan. Balas Marzan dengan berwajah
serius.
Syida sebenarnya takut kerana suaminya mudah naik angin. Dia cuba berlembut seboleh yang
mungkin.
Tadi mak saya telefon..
ha`ah mak awak nak apa? soal Marzan deras.
Mak saya nak kita sekeluarga balik beraya kat kampung..
Apa??! Mana boleh! Raya tahun ni awak kena ikut saya balik kampung saya..
Tapi bang dah dua tahun saya ikut abang balik beraya rumah keluarga abang, bagilah saya
23

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

peluang untuk beraya di kampung mak ayah saya pulak..


Tak boleh! awak tu isteri saya! Awak kena ikut cakap saya! tegas Marzan dengan menghempas
majalah itu ke birai katil lalu dia memberontak keluar dari bilik menuju ke sofa.
Tangan Syida berhenti menggosok dengan tiba-tiba. Dia menghela nafas kemudian dihembus
perlahan-lahan. Wajahnya sedikit kendur kerana pertanyaan tadi telah membuatkan suaminya
jadi marah. Jantungnya pula berdetak kencang.
Sejurus itu dia melangkah keluar dari bilik setelah suis seterika dimatikan.
Abang.. sebut Syida lembut.
Awak jangan bercakap dengan saya! tengking Marzan.
Jangan macam ni bang...
Saya kata jangan cakap apa-apa dengan saya! tengking Marzan lagi.
Marzan berpeluk tubuh dan memandang tepat ke arah kaca televisyen yang tidak terpasang itu.
Suara Marzan telah membuatkan Umairah terjaga dari lena. Lantas dia keluar dari bilik untuk
melihat apa yang sedang berlaku. Dia mengintai dari tepi pintu biliknya.
Punggung Marzan diangkat deras lalu dia tersera-sera menuruni anak tangga untuk ke tingkat
bawah tanpa menoleh Syida. Umairah yang memerhatikan ayahnya laju berlalu dari situ segera
dia mendapatkan umminya.
Setibanya di situ dia berdiri di sisi umminya yang turut berdiri di belakang sofa itu sementara
tangan umminya meramas kuat kepala sofa itu. Mungkin dia melepaskan geram.
Syida yang terkejut dengan kehadiran Umairah secara tiba-tiba itu terus menoleh wajah anak
kesayangannya dengan pandangan hambar.
Apa yang ummi dan ayah bincangkan sampai ayah tarik muka macam tu? Irah dengar kecoh
semacam aje... soal Umairah gadis remaja yang berusia lima belas tahun itu.
Kelopak mata Syida berkaca, bakal mengalirkan air mata sedetik lagi. Dia tidak menjawab
pertanyaan itu. Syida terus tunduk membisu sambil mata terpejam rapat, maka air matanya
berhemburan.
Ummi menangis? cepat-cepat Syida menyeka sendiri air mata itu setelah disoal Umairah.
24

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Syida menggeleng.
Irah... pergi masuk tidur, jangan risaukan ummi dan ayah, esok Irah nak bersekolah... cepat
masuk tidur ujar Syida lembut.
Tapi ummi jangan sedih-sedih, Irah tak nak lah tengok ummi bersedih lagi, setiap kali ummi
gaduh dengan ayah, ummi pasti menangis... balas Umairah.
Umairah tidak sanggup lagi melihat umminya menangis gara-gara bertengkar dengan ayahnya.
Otak ummi ligat mencari punca. Dia menelaah apa yang sedang berlaku. Ayahnya marah
mungkin bersebab tapi apa pula yang umminya cakapkan?
Syida hanya mencebik. Dia kemudiannya mengukir senyuman kejal. Nampak terpaksa kerana
mahu menafikan.
Umar dah tidur ke? soal Syida yang tiba-tiba bertanyakan tentang Si Umar anak bongsunya.
Dah ummi, awal-awal lagi dia dah tidur, selepas mengaji Al-Quran tadi dia terus tidur.. balas
Umairah.
Kepala Syida diangguk perlahan.
Umairah yang tadi terfikir sendiri tentang sebab mereka berkelahi lama-kelamaan dia jenuh pula.
Selalu benar dia melihat ummi dan ayahnya berkeadaan begitu. Jadi dia mengambil keputusan
untuk terus masuk tidur.

3
SAYANG... raya kali ni kita balik rumah mak dan ayah abang ya? pujuk Syukri selepas
menyisip secawan teh.
Mana boleh! Abang kan dah setuju nak balik rumah keluarga saya! tegas Farisya.
Tapi, dah dua tahun kita balik raya rumah keluarga awak je, apa salahnya kita balik beraya
rumah mak ayah abang pula kat kampung tu, ujar Syukri lalu melangkah dari meja dan
menghampiri Farisya yang duduk di sofa.
Apa abang ni, anak-anak kita pun dah suka kita balik raya kat rumah mak ayah saya, mana
boleh main tukar-tukar perancangan macam tu aje, saya pun dah bagitahu dah kat mak saya yang
kita akan balik beraya di sana.. balas Farisya yang sememangnya beralasan tidak mahu pulang
25

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

ke kampung suaminya di Aidilfitri ini.


Tapi
Tak ada tapi-tapi lagi bang, tahun lepas pun kita dah balik kampung abang tu, apa ada kat
kampung abang tu? Tak ada apa-apa pun bang, anak-anak kita tu bukan suka sangat beraya kat
situ, Farisya terus memotong kata-kata Syukri.
Tahun lepas kita balik dah hujung Syawal Sya..itu pun abang yang pujuk awak balik, kalau tak
awak sikit pun tak nak ikut, terang Syukri sambil menggosok bahu isterinya.
Memang saya tak ikut, sebab saya tak suka balik kat rumah mak ayah abang itu, ayah abang tu
pula bukan suka saya ni, dari awal lagi kita kahwin, ayah awak tu macam tak restui saya
sahaja balas Farisya pula dengan menarik muka.
Syukri mengeluh panjang. Dia menggelengkan kepalanya. Mungkin kesal dengan sikap isterinya
yang keras kepala. Tidak mahu menurut kata.
Awak tak habis-habis ungkit fasal itu, dah lima belas tahun kita mendirikan rumah tangga, Sya.
kita dikurniahkan dua cahaya mata. Fida tu dah sekolah di tingkatan dua, Zuan pulak dah darjah
enam..takkan ayah saya masih tak restu lagi, Setelah Syukri berkata sedemikian, Farisya mula
menepis tangan Syukri yang berada di bahunya sedang menggosok lembut.
Memanglah bang tapi itu tak bermakna ayah awak dapat menerima saya, Fasrisya
mempersoalkan perkara yang sudah lama. Lantas dia bangun dari sofa menuju ke balkoni.
Sudahlah Sya! Abang nak kita balik beraya rumah mak ayah abang jugak! bentak Syukri yang
berang dengan cara Farisya itu. Lantas Farisya menoleh dan berkata,
Baik!! Abang balik rumah mak ayah abang! Saya balik rumah mak ayah saya! Fida dan Zuan
akan ikut saya! kemudian dia terus menarik muka dan terus jalan menghentak-hentak kakinya
menuju ke tempat kotak kunci yang melekat di dinding untuk mengambil anak kunci kereta.
Syukri terjegil mata melihat rajuk Farisya dan melihat isterinya itu melangkah keluar dengan
ekor matanya.
Selepas itu segera dia keluar dari rumah tanpa izin suami. Mungkin dia merajuk atau
sememangnya dia buat perangai. Fida dan Zuan dari tadi hanya memerhatikan sahaja pergaduhan
mulut di antara papa dan mamanya dari muka pintu bilik mereka tanpa di sedari oleh Syukri dan
Farisya.
Zuan kemudiannya menghampiri Syukri diekori oleh Fida.
26

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Papa... papa gaduh dengan mama fasal nak balik kampung rumah siapa ya? ujar Zuan yang
berbaju tidur.
Syukri mengangguk lalu dia menggosok ubun kepala anak lelakinya.
Ah! papa ni, benda kecik macam tu pun papa nak marah-marah mama, Fida mencelah dengan
menyilang tangan.
Adik nak balik rumah Atuk Fuad, Adik nak ikut papa, kalau kakak nak balik rumah Nek Su,
kakak ikutlah mama.. balas Zuan sebab dia tahu kakaknya itu suka balik rumah Nenek Suraya
sebab dapat duit raya banyak tapi Zuan pula lebih suka balik rumah keluarga papanya. Dia suka
dengan keadaan kampung itu, boleh mandi sungai.
Otak Syukri bertambah kusut. Anak-anak mereka juga turut berlainan pendapat seperti dia dan
Farisya. Fida menyokong mamanya, Zuan pula menyokong papanya. Keadaan menjadi
bertambah celaru.
Sudah! Jangan bertengkar, lagi.. pergi masuk tidur, esok kan hari terakhir sekolah. Nanti lambat
bangun...
Lusa kita bersiap balik rumah Nek Su kan papa? soal Fida.
Tak nak! Papa kita balik rumah Atuk Fuad ya! Zuan menyampuk lalu menoleh ke wajah
ayahnya.
Fida mencebik. Lantas dia menyilang rapat tangan ke tubuhnya. Kemudian mulutnya
dimuncungkan.
Bertambah kacau hati Syukri sekarang ini. Apa yang dia perlu lakukan? Perasaan berbelah
bahagi. Rumah mertuanya ke atau rumah ibunya? Bagaimana pula dengan Fida dan Zuan?
Seorang hendak balik rumah mertuanya, seorang lagi nak ikut dia balik ke kampungnya. Sykuri
menghela nafas. Dia bingung sendiri.
Begitulah keadaan yang berlaku seminggu sebelum itu. Masing-masing tidak mahu beralah.
Maka pertengkaran sering berlaku. Untuk mendapat keputusan yang terbaik adalah terlalu sukar
kerana keluarga Syukri begini, keluarga Syida pula begitu.

4
DI MALAM aidilfitri ini sungguh indah, Rahmat TUHAN turun ke semesta alam. Hajah Salmah
27

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

saat ini berada di dapur menyiapkan rendang daging kesukaaan kedua-kedua anaknya. Dia begitu
mengharapkan kepulangan anak-anak untuk beraya bersamanya pada tahun ini.
Syuraaaaa mari tolong mak kat dapur ni kejap... pekik Hajah Salmah.
Asyura yang sedang berjongkit kaki berusaha untuk memasang langsir baru. Serba serbi ditukar
baru. Alas meja yang baru, bekas kuih muih juga baru. Dia juga telah siapkan sampul-sampul
yang telah diisi dengan duit raya untuk budak-budak yang akan datang beraya di rumahnya.
Zaman kanak-kanaknya sudah lama berlalu, kini tiba giliran dia pula untuk memberikan duit
raya.
Ye makkkk kejap mak... Syura tengah pasang langsir ni... tunggu siap yang ini nanti Syura
datang mak... balas Asyura melerat nadanya.
Cepat-cepat Asyura memasang langsir itu. Selepas ini dia hendak pasang lampu kelip-kelip pula,
bertambah serilah malam raya ini. Tapi sebelum itu dia harus pergi menjengah Hajah Salmah di
dapur.
Setibanya di dapur dia melihat kelibat wanita tua separuh abad yang bertelekung itu sedang
bersungguh menyiapkan rendang.
Wah mak! Tahun ni banyak pula rendang mak masak, ada tetamu istimewa ke mak? sapa
Asyura sebaik menjejakan kaki ke bahagian dapur.
Hajah Salmah menoleh ke arah Asyura lalu dia tersenyum.
Haaa abang dan kakak jadi balik ya mak, bestlah raya ni kalau betul abang dan kakak nak
balik, bertambah riuh lah nanti, lama Syura tak usik-usik Umairah,Umar,Fida dan Zuan tu,
Mungkin dah besar panjang agaknya anak-anak saudara Syura tu kan mak... ujar Asyura yang
mempamerkan wajah gembira kerana dia juga menduga keluarga abang dan kakaknya itu akan
pulang beraya.
Walaupun dia hanya anak angkat, namun baginya mereka ini adalah keluarganya, sejak kecil lagi
mereka dibesarkan bersama-sama. Asyura sudah tidak punya siapa-siapa lagi di dunia ini. Ibu
dan ayahnya telah meninggal dunia dalam sebuah kebakaran termasuk Abang Long, Kak long,
Abang Ngahnya semua telah menjadi korban. Hanya dia yang terselamat pada waktu itu lantas
dia dibela oleh keluarga Haji Fuad kerana ayahnya itu berkawan berkawan baik dengan Haji
Fuad.
Kasih sayang yang dicurahkan oleh Hajah Salmah dan Haji Fuad tidak berbelah bahagi, dia
ditatang bagai minyak yang penuh. Keluarga Haji Fuad ini tidak pernah menganggap dirinya
28

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

orang asing malah dianggap Asyura ini sebagai anak sendiri.


Kata-kata Asyura tadi telah membuatkan Hajah Salmah terkedu. Dia takut anak-anaknya tidak
pulang. Tapi naluri seorang ibu mengatasi segala-galanya. Gerak geri hatinya mengatakan
bahawa anak-anak akan pulang. Pulang beraya bersama-sama.
Syura..kamu kecilkan sikit api tu, nanti kering pula rendang tu. Hajah Salmah berpesan pada
Asyura yang tercegat sahaja dari tadi.
Ya mak... ermm mak... nasi himpit dah siap ke mak?
Dah...
Lemang?
Ni mak tengah isilah ni...
He he he... kejap lagi kita pergi bakar lemang sama-sama ya mak... tak sabar rasanya Syura nak
makan lemang yang mak buat.. ujar Asyura tersenyum kagum kerana Hajah Salmah mampu
menyediakan semuanya sepantas yang boleh untuk menyambut kepulangan Syukri dan Syida
yang sudah lama tidak bertemu.
Mereka bertungkus-lumus menyiapkan juadah hari raya.
Mak mak... Ayah mana, mak?
Eh kamu ni, ayah kamu tu kan ada kat surau Haji Yahya... Balas Hajah Salmah yang sedang
mengisi pulut santan ke dalam buluh.
Lupa pula ujar Asyura sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
Poooommmm dum dum tiba-tiba kedengaran bunyi yang cukup kuat. Mereka berdua
terperanjat.
Opocot anak kucing anak ayammmm anak kucing makan ayam..aihh aihhhishh mujur tidak
diketuknya kepala Asyura dengan buluh lemang akibat melatah setelah bunyi mercun berdetum
di bawah rumahnya tadi.
Pantas kedengaran bunyi gelak tawa kanak-kanak nakal yang telah membaling mercun ke bawah
rumah Hajah Salmah.
29

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Asyura tumpang gelak melihat gelagat Hajah Salmah melatah. Sejurus itu Asyura meluru pantas
ke tingkap untuk melihat budak-budak nakal itu.
Ish kau ni Samad tak ada kerja lain, bahaya main mercun, nanti kalau meletup kat tangan habis
putus jari esok kamu tak boleh raya.. pesan Asyura sambil berkerut dahi.
Ala kak, raya tanpa mercun tak seronoklah, kan Zuki kan..
Ha`ah Kak Syura ni, tak bestlah kalau tak dengar bunyi mercun malam raya ni, nanti sunyi je
balas Zuki.
Betul tu, main mercunlah best.. Eh! mari kita pergi tengok Khalid cucuh meriam.. Ariff
mencelah.
Jom jom! balas Zuki.
Tunggulah kejap, aku nak cakap dengan Kak Syura dulu, suruh Samad.
Ya kami tunggu.. balas Ariff.
Kak, Zuan ada tak?
Tak ada.. balas Asyura.
Dia balik raya tak esok? soal Samad.
Insya-ALLAH, ucap Asyura.
Kalau dia balik raya, esok suruh dia datang beraya kat rumah Samad eh, dah lama tak jumpa
dia, kami semua rindu nak ajak dia mandi sungai..hehe..
Rumah akulah sekali.. sampuk Zuki.
Ha`ah rumah aku juga.. kata Ariff.
Okeylah kak kami gerak dulu, nak main meriam buluh pula.. Selamat Hari Raya kak, cakap kat
Pak Fuad dan Mak Mah maaf zahir batin sorry sebab sengaja cucuh mercun tu, ujar Samad dan
terus berlari.
Sediakan duit raya banyak-banyak ye kak! Esok kami datang beraya rumah akak! jerit Zuki
pula sambil berlari mengekori Samad. Lalu mereka menghilang dalam kegelapan.
30

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Asyura hanya tersenyum sambil menggeleng melihat gelagat budak-budak itu dan kemudiannya
dia terus kembali ke dapur.
Tiba-tiba mata Asyura terbeliak dan tergamam melihat sekujur tubuh sedang terbaring kaku di
lantai dengan buluh lemang itu masih terdapat di tangan.
Makkkkkk!!!!!!!!!!!!!! Asyura menjerit sekuat hati.
Mak bangun mak... kenapa ni mak? Ya ALLAH! mengucap mak mengucap! teriak Asyura
setelah melihat Hajah Salmah tercungap-cungap menahan nafas yang tersekat-sekat.
Syu..syura..ini mungkin ramadhan terakhir mak, es..esok..syawal mak tak sempat Syi...
Syura... kata Hajah Salmah yang sedang nazak.
Jangan cakap macam ni mak bertahan mak..tunggu abang dan kakak balik dulu mak, kita
beraya sama-sama ye mak, tolonglah mak bertahan.. Asyura tersedu-sedu melihat keadaan
Hajah Salmah.
Asyura terus meriba kepala Hajah Salmah. Dicium dahi itu berkali-kali. Tangan Hajah Salmah
pula digenggam erat oleh Asyura.
Syu..syura..kalau abang dan kakak kamu balik, ca..cakap pada mereka mak dah halalkan susu
badan mak. Ma..mak halalkan segala-galanya ter...termasuk kamu Syura...
Mak mengucap mak..jangan cakap lagi mak... mengucap mak! lantas Asyura merapatkan
bibirnya ke telinga Hajah Salmah lalu melafazkan khalimah suci itu, dua khalimah syahadah.
ASY-HADU AL LAA ILAAH ILLALLAH
ASY-HADU AL LAA ILAAH ILLALLAH diikut Hajah Salmah.
WA-ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULLULLAH
WA-ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULLULLAH sempat diikut Hajah Salmah.
Mata Hajah Salmah terpejam rapat. Mata itu tidak akan terbuka lagi. Mata kasihnya ibu
Perginya seorang ibu yang sudah tiada berpengganti lagi di dunia ini, perginya Hajah Salmah
buat selama-lamanya menghadap Tuhan yang Esa. Dia telah dijemput ke Rahmatullah.

5
31

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

SYUKUR Alhamdulillah, kerana Ramadhan terakhir pada tahun ini telah selamat kita
sempurnakan. Diharapkan mudah-mudahan ibadah puasa kita selama sebulan itu diterima oleh
ALLAH SWT, Insya-ALLAH. Dan pada esok hari adalah merupakan hari kemenangan bagi kita
umat Islam..umat Nabi Muhammad SAW, Bulan Syawal akan tiba, dan pada yang belum
menunaikan zakat, hendaklah membayarnya kepada saya sendiri selaku amil di kampung ini
yang telah dilantik oleh Jabatan Agama..Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada semua jemaah yang hadir pada malam yang mulia ini supaya berbanyakbanyaklah ucapan salam dan selawat ke nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta
memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT.. Ceramah Ustaz Adnan di dalam surau Haji
Yahya.
Kenapa Pak Haji? tanya Yusoff setelah melihat badan Haji Fuad bergoyang seperti hendak
pitam.
Tak ada apa-apa cuma rasa tak sedap hati aje, balas Haji Fuad sambil membetulkan serebannya
yang disangkutkan pada bahu.
Masti anak Pak Haji dah balik ini.. Duga Yusoff.
Kalaulah betul, aku bersyukur pada ALLAH.. balas Haji Fuad.
Insya-ALLAH,
Aku pergi dululah,
Cepatnya, hmmm kalau macam itu saya nak minta maaf banyak-banyak Pak Haji, Selamat Hari
Raya, maaf zahir dan batin.. ucap Yusoff.
Aku pun begitu juga Sof, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin... Balas Haji Fuad lalu
mengangkat punggungnya dari lantai surau.
***
LANGKAH kaki Haji Fuad amat kaku. Dia berjalan sungguh perlahan. Langkah demi langkah
diaturkan dengan hatinya yang kian dirundum resah. Apa yang telah berlaku hingga hatinya tidak
tenang sebegitu. Perjalanannya hanya ditemani lampu suluh. Dia melalui jalan yang gelap tanpa
sebarang lampu jalan menerangi keadaan itu. Kendengaran pula bunyi mercun dan meriam buluh
bersahut-sahutan sentiasa menjengah ke cuping telinganya.

32

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Sebaik kakinya melintasi jalan simpang tiga, tidak semena-mena sebuah motosikal sedang
memecut laju terus sahaja melanggar tubuhnya.
ALLAHU AKBAR!!! dia mengaduh kesakitan setelah tubuhnya terpelanting jatuh dan rebah
di bahu simpang tiga itu.
Remaja yang turut rebah bersama motor itu terpinga-pinga setelah melanggar Haji Fuad. Remaja
berkenaan terus bangun lalu mencapai semula motorsikalnya dan memecut laju meninggalkan
Haji Fuad yang meronta-ronta kesakitan. Haji Fuad kemudianya cuba bangun semula, tapi
malangnya sebuah motorsikal lain yang tidak berlampu terus melanggar tubuhnya juga. Jika tadi
dia dilanggar dari arah sipi tapi sekarang ini betul-betul tepat ke sasaran mengena tulang
rusuknya. Tulang itu patah. Kepalanya pula terhantuk pada batu mengakibatkan pendarahan
berlaku.
Kerana ketakutan, lelaki terbabit juga terus meninggalkan Haji Fuad. Jasad itu meronta-ronta dan
meraung-raung meminta pertolongan namun tiada siapa yang dapat mendengarnya.
***
ASSALAMUALAIKUM..Mak Haji! Mak Haji!! Yusoff dan orang kampung serentak
member salam. Mereka sedang mengusung jasad Haji Fuad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Asyura yang lemah longlai tidak dapat berjalan lagi. Dia lemah dipangkuan jasad Hajah Salmah
yang saat ini berada di bahagian dapur.
Panggilan yang tidak dijawab membuatkan Yusoff terus masuk ke rumah mencari kelibat Hajah
Salmah dan Asyura. Terkejut besar Yusoff ketika terlihat jasad Hajah Salmah sedang kaku di sisi
Asyura yang tersedu-sedu menangis.
Pak Yusoff! Mak Syura pejamkan mata barangkali mak letih sebab tu mak tidur dekat sini
Asyura masih tersentak dengan keadaan ini.
Apa? Ya ALLAH Ya Tuhanku, nasib apakah yang telah menimpa mereka...
Yusuff meletakkan jari di bawah lubang hidung Hajah Salmah. Tiada lagi dengus nafas yang
keluar masuk dari rongga itu. Yusoff menguncap panjang.
Syura, mak kamu dah meninggal,

33

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Tidak! mak mana meninggal! Mak tidur aje! Mak letih sebab tunggu abang dan kakak balik,
Asyura seakan tidak menerima kenyataan itu.
Syura... tabah Syura... bersabar banyak-banyak, ayah kamu juga telah meninggal dunia...
Meninggal??!!! tersentak Asyura mendengar berita itu. Dia seakan tidak percaya. Memang
benar-benar tidak masuk akal. Esok hari raya mereka mana boleh pergi macam tu sahaja.
Bagaimana dengan hari raya? Asyura mahu beraya dengan mak dan ayahnya. Asyura tunggu hari
esok. Ayura juga mahu beraya dan abang dan kakaknya juga.
Yusoff tunduk sedih. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Asyura hampir pitam mendengar
khabar itu. Kematian serantak orang tuanya membuatkan dia sudah tidak keruan lagi.
Kau tipu! Ha ha ha! Kau tipu!! Kau jangan tipu aku, mak aku tak mati ayah aku pun tak mati...
dia tidur sekejap aje.. Ha ha ha! tawa Syura disulam dengan tangisan secara tiba-tiba.
Syura mengucap Syura... mengucap! Tabahkan hati kamu,
Orang kampung yang berada diluar terus mengusung mayat Haji Fuad masuk ke dalam rumah.
Dalam masa yang sama mereka terdengar tawa tangis Ayura di ruang dapur. Mereka menggeleng
sedih dengan apa yang menimpa keluarga Asyura.
Asyura tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia terlalu sayangkan mereka. Tuhan telah
mengambil mereka berdua darinya.
***
BACAAN yasin bergema di malam raya di Ramadhan terakhir. Asyura cuba ditenangkan oleh
Mak Piah di sisi.
Sabar Syura sabar... Ingat pada Tuhan Syura...
Mak Piah.. bila mak dan ayah nak bangun ni? Esok dah raya.. kakak dan abang belum balik
lagi kata Asyura.
Dari luar rumah telah tiba sebuah kereta BMW.
Abang.. Ramai pula orang datang beraya rumah mak malam-malam ni. Mak buat kenduri lah
bang... macam tahu-tahu aje kita akan balik beraya kat kampung juga tahun ni.. kata Syida
dengan pasti.
34

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Wah! Tak sabar nak jumpa atuk, Ujar Umairah.


Adik tak suka beraya kat sini! bentak Umar.
Adik..kita dah sampai kampung dah, tak baik bersungut macam tu, tegur Umairah.
Umar terdiam. Dia terpaksa ikut pulang kerana Ayahnya beralah juga untuk mengikut kehendak
ummi untuk pulang beraya ke kampung ini.
Mereka keluar dari perut kereta. Tapi aneh, telinga mereka mendengar yasin sedang dibacakan.
Orang kampung yang berada di beranda rumah sedang memandang ke arah anak beranak itu.
Marzan dan Syida berpandangan sesama sendiri. Tidak lama kemudian sebuah kereta pula
muncul di laman rumah yang diterangi pelita itu. Kereta Honda yang dipandu oleh Syukri. Ahli
keluarganya juga kehairanan dengan apa yang dilihatnya. Syukri juga menduga sebagaimana
Syida sebentar tadi.
Asyura yang menyedari kehadiran mereka terus berlari keluar. Tergesa-gesa dia ke situ dengan
berkaki ayam sambil tersenyum.
Kakkk!! Abang!!! Seronoknya kakak dan abang dah balik..cepatlah kak masuk.. mak dan ayah
dah tunggu tu.. kesian mak dan ayah dah lama tunggu kakak dan abang balik beraya kat
kampung..mak buat rendang tau. Istemewa untuk kakak dan abang..cepatlah Asyura menarik
tangan Syida lalu dia pergi pula menarik tangan Syukri serentak. Lantas mereka dipimpin naik
oleh Asyura.
Orang kampung memandang gelagat mereka. Ada di antara orang kampung itu sedang menangis,
ada pula yang tunduk dan ada juga yang sedang menggelengkan kepala.
Bacaan yasin masih diteruskan. Sebaik mereka tiba dimuka pintu, Asyura memuncung mulutnya
ke arah dua jasad yang ditutupi kemas dengan kain batik terbujur kaku di ruang tamu.
Mak dan ayah sampai tertidur tunggu kakak dan abang balik... ujar Asyura.
Terbeliak biji mata Syukri. Terjegil mata Syida memandang jasad yang sudah tidak bernyawa itu.
Makkkkkkkkkkkkkkk!!! Teriak Syida lantas dia memeluk jasad ibunya yang sudah tidak
bernyawa. Begitu juga dengan Syukri.
Asyura tersengih sendiri, kadangkala dia menangis.
35

FARANI AZNI BT JAAFAR


761110035666001

HBML3103

Ampunkah Ida mak.. ampunkan Ida... Ayah!!!!!! Ampunkan Ida!! Ida berdosa pada mak dan
ayah!! Raung Syida.
Ayah!! Syukri balik ni ayah!!! Jangan tinggalkan Syukri ayah... Teresak-esak Syukri menangis
dengan air mata tidak henti-henti mencurah.
Kedua-dua orang tua mereka tidak akan terjaga lagi. Mereka telah pergi. Pergi buat selamalamanya. Menangis keluar air mata darah sekali pun mereka tidak akan kembali. Ramadhan
Terakhir telah dihadiahkan buat keluarga Syida dan Syukri.
Hari ini kami pergi..
kami telah tinggalkan semua ini,
Hari ini kami telah pergi,
Semua ini tidak akan bermakna lagi,
Esok hari di aidilfitri,
Hanya sekadar impian hati yang tidak akan kesampaian,
Kerana kami telah pergi untuk menghadap ILAHI
Hari ini kami pergi,
di Ramadhan terakhir kali,
Sedekahkanlah bacaan yasin agar terubat rindu ini.
(Wahai anak-anak ayah dan ibu, lihatlah jasad ini yang telah pergi kerana mengharapkan kamu
pulang di aidilfitri yang kini sudah tidak kesampaian. Tidak dapat lagi ayah dan ibu bermain
dengan cucu-cucu, tidak dapat lagi mendengar coleteh tawa mereka. Ayah dan ibu di sini juga
tidak dapat melihat wajah anak-anak lagi.. Amin Ya Robba Alamin, Ya Tuhan.. KAU
tinggalkanlah kami dengan anak-anak yang soleh dan solehah di dunia ini agar mereka dapat
mendoakan kesejahteraan kami yang telah terdampar di sini Ya Fattah Hu Ya Alim.. KAU
bahagiakanlah kami dengan kebahagiaan mereka, KAU hadiahkanlah kami dengan
kegembiraan mereka semoga kami diampunkan oleh MU ALLAH)

-TAMAT-

36

You might also like