You are on page 1of 4

KARANGAN JENIS ULASAN

Contoh Karangan Ulasan Tajuk : Sempena Minggu Bahasa Melayu di sekolah anda, satu pertandingan menulis ulasan novel akan diadakan. Anda berminat untuk menyertai peradian tersebut. Tuliskan ulasan anda selengkapnya. Tajuk novel : Ranjau Sepanjang Jalan Penulis : Shahnon Ahmad Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Tebal : 255 halaman Harga : RM7.00 Pengulas : Ainaa Badliyana Ahamad Shah Ahmad merupakan salah seorang Sasterawan Negara. Ketokohan beliau terserlah dalam bidang penulisan novel. Antara novel beliau ialah Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini telahpun difilemkan dan diterjemahkan ke bahasa inggeris. Shahnon juga telah menulis Rentung, TunggulTunggul Gerigis dan lain-lain lagi. Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan tentang kehidupan keluarga Lahuma dan Jeha yang hidup dalam kemiskinan. Sebagai keluarga yang miskin dan bergantung hidup kepada penanaman padi, Lahuma dan Jeha mengharung hidup yang penuh cabaran. Apabila Lahuma mati akibat bisa duri nibung yang dipijaknya semasa mengerjakan sawah, Jeha terpaksa meneruskan perjuangan menjaga keluarga bersama anak-anak perempuannya. Kelebihan Shahnon Ahmad ialah penggunaan bahasanya yang ringkas tetapi padat. Walupun beliau menggunakan perkataan-perkataan yang biasanya oleh orang-orang lain, namun perkataan-perkataan itu dapat melangkapkan apa yang mahu disampaikannya. Justeru, kita seolah-olah diberi gambaran yang jelas tentang peristiwa dalam novel tersebut. Shahnon juga gemar menggunakan dialek Kedah dan bahasa daerah tetapi tidak keterlaluan. Teknik penggunaan watak begitu jelas dan berkesan. Pembaca berasa peristiwa itu benar-benar berlaku bukannya daripada cetusan idea

pengarang.Watak seolah-olah memaparkan perwatakan manusia sebenar dalam sesebuah masyarakat. Melalui novelnya Shahnon membawa pengajaran tentang kegigihan hidup kaum petani di daerah pedalaman Sik. Watak Jeha patut dicontohi oleh kaum wanita di kampong. Novel ini juga memberi pengajaran kepada pihak yang berkuasa bahawa kerendahan teknologi pertanian menjadi punca kemiskinan rakyat terutama para petani. Jelaslah bahawa novel Ranjau Sepanjang Jalan karaya Dato Shahnon Ahmad merupakan novel yang bermutu. Novel ini mempunyai kekuatan tersendiri walaupun isu kemiskinan kurang sesuai dengan zaman pembangunan negara. Shahnon boleh dianggap novelis unggul Melayu.
http://cikgudins.blogspot.com/2011/01/karangan-jenis-ulasan-contoh-karangan.html

NOSTALGIA : RANJAU SEPANJANG JALAN


NOVEL RSJ TERNGIANG-NGIANG Dah dekat 50 tahun RSJ di pasaran,dan baru2 ini dicetak semula sebagai novel nostalgia.Dulu beribu2 membacanya kerana ia teks wajib sastera.Banyak juga yang bolos masuk universiti kerana membacanya.Juga depa memahaminya.Dan depa lulus universiti,dan bila jadi pegawai2 besar depa boleh menghayati begitu susahnya orang susah.Begitu miskinnya orang miskin.Depa jadi pegawai yang perihatin.Didikan RSJ menyuburkan bumi yang baru merdeka.Bung2 besar tidaklah sombong.Tidak penting diri.Tak amalkan rasuah.Semuanya kerana RSJ memahatkan rasa rendah diri.Memujuk untuk bertanggungjawab.Membimbing kesejahteraan penduduk.Depa taklah kelamkabut.Mereka tak ego.Mereka nak berkhidmat untuk bangsa,agama dan Negara. Begitulah berkesannya didikan sastera.Memupuk minda dan budaya supaya berperihatin.Watak utama Lahuma dan Jeha mewakili penduduk miskin di Negara yang baru merdeka.Dari titik peluh mereka,terhasil makanan utama pada semua rakyat.Yang sesama miskin makannya.Yang berada dan kaya juga makannya.Dan mereka sedar yang mereka makan bukan nasi,tapi mereka makan peluh Lahuma dan Jeha.Sedarlah semua mereka bahawa jangan besar diri kerana suapan harian mereka ialah hasil dari peluh pak tani yang miskin.Tanpa mereka seluruh massa tak dapat merasai kekenyangan.Justeru mereka boleh berak,kencing dan kentut .Percikan peluh pak tani membikin masyarakat banyak kekenyangan.Berbelahak puas dan perut sendat dengan nasi berlauk serba maknenek.Ada keli,haruan,sepat.Dan yang paling sedap ialah belut .Mereka hargai makanan rakyat.Mereka hargai jasa rakyat.Mereka hargai titik peluh rakyat.Mereka hargai lambang Lahuma .Mereka hargai watak Jeha .Mereka simpati dengan anak2 Lahuma/Jeha. Tiba2 Lahuma sakit busung.Semua pikiaq nak selamatkan Luhama .Tiba2 Lahuma mati.Tak boleh diselamatkan,kerana ajal.Tiba2 Jeha jadi gila.Semua pikiaq nak sembohkan Jeha .Jeha diselamatkan di Tanjung Rambutan .Tiba2 semua anak2 Jeha jadi anak yatim.Tiba2 mereka makin susah.Tiba2 suasana keluarga kucar-kacir.Tiba2 negara yang baru merdeka turut merasa masaalah2 yang akan menimpa mereka.Mereka pikiaq nak menyelamatkan anak2 yatim .Mereka tak pikiaq nak bina banglo besar.Mereka tak pikiaq nak tukar Mercedes baru.Mereka tak pikiaq nak adakan temasya2 yang besar2.Mereka tak goblok.Mereka tak haprak.Perkataan haprak pun mereka tak mau sebut.Perkataan busuk biar jangan keluar kat mulut.Cukup sejahtera.Cukup aman.Cukup segala seri2 hidup.Tidak ada kecelakaan.Semua senang berkentut,berberak dan berkencing. Kini RSJ terngiang2 di celuping telinga.Hingar bingar berpuing2 bergelimpangan kesetiap penjuru ,ke setiap carok,kesetiap becah,ke setiap arah 8 mata-angin.Ke seluruh dunia srengenge.Dengungnya dibawa lari angin ke sana-sini ,ke merata. Desas-desusnya berkecamok pecah berderaiderai.RSJ sini.RSJ sana,kemudian terus ke sini.Alam gelap zulumat .Tiada berbintang,tiada kerdipan.Yang ada cuma busuk dan hanyir.Hanyir taik,busuk taik.Hilang entah segala

kewangian.Rosak habis segala keharuman.Lubang hidung jadi kembung-kempis.Lubang ajaib hilang fungsinya berkemut-kemut.Yang lazat terhalang dan hilang.Yang ada racun di serata-rata penjuru.Berak jadi racun.Kencing jadi racun.Kentut pun jadi racun. Thank you Pak Shahnonyou did itbut now there are more SHIT. Biarkan mereka terjun bersama luncai demo ..let it be. Moga sihat bersama Chu Wan. Banggol Derdap jadi sepi.Sidik dah mati.Jusoh dah mati.Jenab dah mati.Hindon pu dah tiada lagi.Yang lain2 pun semua dah pergi.Yang masih dok tongkat langit cuma Haji Hamad.Aku pun tak berani gerenti.Bila2 jam boleh pi.Srengenge tetap terseregam hudoh macam hantu.Tetap gagah.Tetap perkasa.Sekali-sekala bunyi sahutan gagak di rimba.Rimau kumbang dan rimau akar jarang ku temui.Mereka semua merindui Lahuma.Begitu juga Jeha,janda beranak tujuh.Semuanya dah jadi mullah.Mullah Lahuma.Mullah Jeha.Mullah anak2 mereka. Tinggallah sepi sesepi-sepinya.Angin tidak lagi membawa hembusannya.Bunyi percikan air pun hilang entah ke mana.Hening dan dingin.
Posted by NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE at 3:12 PM

http://nginapsrengenge.blogspot.com/2008/11/nostalgia-ranjau-sepanjang-jalan.html
Lahuma dan Jeha. Watak besar membangun dalam novel SN Shahnon Ahmad. Pelukisan kisah hidup suami isteri ini mempertahankan sumber rezeki mereka sekeluarga. Lahuma kental tidak mahu menyerah kalah walaupun kakinya hampir hancur dimamah duri nibung yang bernanah di dalam tubuhnya. Pemergian Lahuma, memberi tamparan kepada Jeha dan tujuh orang puterinya. Namun, amanah itu digalas. Sedikit pun tidak menyerah kalah. Jiwa kental penulis melukiskan gambaran kehidupan petani kepada suatu kehidupan yang lebih baik masa kini. Semuanya sebagai pedoman dan panduan kepada kita untuk menghargai jasa para petani dan erti kehidupan dengan sesuap nasi.

http://www.goodreads.com/book/show/611814.Ranjau_Sepanjang_Jalan
Naskhah besar tahun 1966 Sasterawan Negara Datuk Prof Emiritus Shahnon Ahmad ini baru sahaja aku usai tekuni minggu lepas. Sungguh sungguh sungguh mengesankan. Bayangan wajah-wajah Lahuma dan Jeha serta anak-anaknya Sanah, Milah, Jenab, Semek, Kiah, Lebar pasti menjelma setiap kali menghadap nasi. Walaupun sudah seminggu yang lepas membacanya tetapi kesannya masih panas seperti baru semalam membacanya. Kata emak aku Ranjau Sepanjang Jalan merupakan novel yang dipelajari sewaktu zaman SPM nya dulu. Novel yang aku tatap adalah novel yang diulang cetak oleh Alaf21 yang aku pinjam dari perpustakaan. Dalam usaha menggagahkan diri yang berjiwa kecil ini membaca karya besar dari sasterawan negara. Dan pada minggu akhir cuti yang baru lepas aku telah memilih novel ini di antara Cinta Fansuri dan Lantai T.Pinkie A. Samad Said yang turut menggamit perhatian di rak. Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) mengajar aku maksud rasa 'membanting tulang' para petani tidak semudah yang diucapkan. Maksud rasa menanam padi tidak semudah memakan nasi. Maksud rasa beratnya kerja yang bergantung pada tulang empat kerat. Maksud rasa kehilangan. Namun pasti maksud rasa ini belum lagi tercapai maksud rasa sang pemikulnya. Seperti rangkai kata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mimpi-mimpi Lahuma saban tahun adalah moga tiada datang beratus-ratus ketam yang

mengganggu padi di awal semaian, musim yang baik tidak kemarau dan banjir, tiada datang burung tiak yang beratus-ratus mencuri padi yang masak. Mimpi-mimpi yang tidak terkeluar dari persoalan bendang sawah padi. Namun 'musuh-musuh' padi itulah yang pasti dihadapi dengan sabar dan tabah setiap musim. RSJ membawa pembacanya menyelami jerih payah kehidupan seorang petani, rasanya, pandangannya, semangatnya justeru meneroka duduk bangun masyarakat jelapang keseluruhannya. Sesudah membaca RSJ menjadikan aku tertanggung merasa perlu menghargai nilai sebutir sebutir nasi yang tidaklah seringan menguisnya.

http://www.goodreads.com/book/show/611814.Ranjau_Sepanjang_Jalan
RSJ benar-benar merupakan karya besar Shahnon malahan salah satu karya besar sastera melayu. Membaca novel ini membuatkan saya terpegun dengan kekuatan bahasanya. Penggunaan bahasa daerah benar-benar mewujudkan impak real terhadap perwatakan watak-wataknya. Walaupun banyak peristiwa dalam novel ini (cth serangan ketam, serangan tiak dsbnya) adalah gambaran kesengsaraan petani yang dihiperbolakan, namun mesej asalnya tentang kemiskinan petani dan takat kekuatan mental perempuan melayu dalam masyarakat petani itu sangat real dan mendalam.

http://www.goodreads.com/book/show/611814.Ranjau_Sepanjang_Jalan

You might also like