You are on page 1of 50

JIE2004

Gambaran Kehidupan
Masyarakat Petani Dalam
Ranjau Sepanjang Jalan
(Malaysia) dan A Season of
Grace (Filipina)
N.V.M.Gonzalez
 Beliau lahir pada 8 September 1915 di
Romblon, Philippines.
 González, bagaimana pun dibesarkan di Pulau
Mindoro.
 González merupakan anak kepada penyelia
sekolah dan guru sekolah.
 Sebagai remaja, beliau membantu bapanya
menghantar daging dari pintu ke pintu,
menyeberagi kampong-kampung.
 Beliau juga berminat dalam bidang musik dan
seorang menjadi pemusik.
 Gonzalez boleh bermain violin and membuat empat gitar
secara tangan (hand made).
 Beliau memperolehi pendapatan pertamanya (first peso)
melalui permainan violin semasa perayaan di Romblon.
 González belajar di National University (Manila) pada
1927- 1930, tapi tidak menyelesaikan pengajian ijazah
pertamanya.
Karya
 Novel
 The Winds of April (1941)
 A Season of Grace (1956)
 The Bamboo Dancers (1988)
 Cerpen
 A Grammar of Dreams and Other Stories.
 The Bread of Salt and Other Stories.
 Mindoro and Beyond: Twenty-one Stories.
 Look, Stranger, on this Island Now.
 Children of the Ash-Covered Loam and Other Stories.
 Seven Hills Away.
N.V.M.Gonzalez dan Shahnon Ahmad
SN Shahnon Ahmad
 Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada 13Januari 1933 di Banggol
Derdap, Sik Kedah.
 Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 1957 bersama dengan
Jawaher@ Wab Fatimah bt. Hj. Wan Salleh.
 Hasil daripada perkahwinan tersebut beliau telah dianugerahkan 4
orang anak iaitu Norhayati, Suhaimi, Sanusi, dan Asrulsani.  
 Beliau terkenal dengan novelnya yang berjudul ‘Ranjau Sepanjang
Jalan’  dan ‘Rentong’.
 Beliau mendapat gelaran Sasterrawan Negara pada 1982.
 Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di USM.
Karya
 Mahabbah , 2007.
 Shit @ pukimak, 1999.
 Seluang menodak baung , 1998.
 Ranjau sepanjang jalan , 1997.
 Patriarch , 1995.
 Tivi, 1995.
 Sutan Baginda ,1989.
 Tunggul-tunggul gerigis , 1988.
 Al-syiqaq I , 1985.
 Protes , 1984.
 Rentung , 1983
 Srengenge , 1981.
 Debu Merah , 1980.
 Seluang Menodak Baung, 1979.
 Sampah, 1977.
 Terdedah (1965)
 Perdana, 1969
 Menteri, 1976
Gambaran Kehidupan Masyarakat Petani
Dalam Ranjau Sepanjang Jalan (Malaysia) dan
A Season of Grace (Filipina)
 Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) oleh Shahnon Ahmad dan
A Season of Grace (ASoG) oleh N.V.M.Gonzalez.
 Kedua-dua novel ini memperlihatkan banyak kesamaan
dari segi tema dan persoalan, di samping berlatarkan
masa (zaman) yang hampir sama pula.
 RSJ dihasilkan pada tahun 1966, manakala ASoG pada
tahun 1954.
 Kedua-dua novel besar ini menggarap tema kemiskinan
dan penderitaan hidup kaum petani yang terpaksa
berdepan dengan cabaran alam dan persekitaran
mereka.
 RSJ misalnya, mengisahkan kemiskinan hidup para
petani di kampung Banggul Derdap yg diwakili oleh
keluarga Lahuma-Jeha.
 Mereka berdepan dengan ancaman musuh tanaman dan
juga bencana alam spt banjir dan kemarau, serta
ancaman penyakit yg meletakkan mereka dalam
penderitaan.
 Fenomena sama dilihat dalam ASoG yg memaparkan
kisah hidup pasangan suami isteri Teodoro Agnas (Doro)
dan isteri Sabel yg terpaksa menghadapi ancaman
musuh tanaman dan unsur-unsur alam.
Tema dan persoalan
* Kemiskinan - menjadi dasar penceritaan atau tema dan
persoalan kepada kedua-dua novel ini.
* Dalam RSJ diperlihatkan kemiskinan seperti berikut;
 kebendaan (meterial) – tidak mampu gunakan
teknologi moden (traktor), baja, dan sebagainya.
 Ilmu pengetahuan – sukar untuk maju/merubah nasib
mereka.
 Sikap konservatif – tidak mahu berubat secara moden.
 Penindasan orang tengah – kehilangan tanah bendang.
 Sementara ASoG juga membicarakan soal kemiskinan dan
penderitaan hidup kaum petani yg hidup terumbang
ambing, bergantung pada padi dan tanaman huma.
 Selain menerima ancaman binatang liar, mereka juga
ditindas oleh pekedai dan pegawai kerajaan yg
mengambil kesempatan dari kemiskinan mereka.
 Mereka juga tidak hidup menetap (sebaliknya terpaksa
berhijrah), semata-mata untuk mendapatkan tanah utk
diusahakan bagi sesuap nasi.
 Dlm ASoG kemiskinan dikaitkan dengan aspek-
aspek seperti;
 Kebendaan – tidak ada tanah. Berpindah
randah dari satu tempat ke satu tempat untuk
mencari tapak pertanian.
 Ilmu pengetahuan - mudah ditipu, akur
dengan keadaan, mahupun penindasan.
 Penindasan golongan berada dan golongan
atasan - menjadikan kehidupan mereka
bertambah susah dan menderita.
Selain tema utamanya tentang kemiskinan, kedua-dua karya tersebut
juga membawakan persoalan lain spt:
Tiadanya kesedaran terhadap pendidikan/ tiada kemudahan

pendidikan.
Sikap konservatif/akur dengan tradisi.

Penindasan golongan berada dan pihak atasan/pemerintah.

Sikap orang tengah yang sentiasa mengambil kesempatan

atau menindas.
Kegigihan masyarakat petani dalam usaha mereka untuk survival.

Kemunduran kerana tiadanya pembangunan/kemudahan teknologi.


Watak Perwatakan
 RSJ mengemukakan watak keluarga Lahima-
Jeha anak-anak (Sanah, Milah, Jenab, Semek,
Lebar, Liah & Kiah) sebagai mewakili kaum petani
di Bangggul Derdap.
 Selain itu, terdapat watak Mat Piah, Ali Ketopi dan
watak Tuk penghulu dan Long Kadim yg mewakili
penduduk kampung dari kalangan golongan yg
berada, dan golongan pemimpin atau
pemerintah.
 ASoG menampilkan watak masyarakat petani yg
terdiri dari Teodoro Agnas (Doro) dan isterinya
Sabel, Nay Kare, Nong Thomas, Nong Jose,
Clara.
 Selain itu, terdapat juga watak gol masyarakat
yg berada seperti watak Epe Ruda & Tiaga Ruda
serta Blas Marte, diikuti watak pemimpin atau
gol pemerintah yg dikenali sebagai pegawai
kerajaan.
 Kemiskinan merupakan perkara utama yang
diketengahkan oleh pengarang dalam RSJ.
 Para petani Melayu yang diwujudkan dalam novel ini
hidup dalam kemiskinan dan penderitaan yg
mencengkam.
 Seperti keadaan kampung yg tergambar daripada
ungkapan ini:
“Senja menyelubungi kampung Banggul
Derdap yang kaya dengan kemiskinan.”
 Dalam novel ini, watak-watak petani seperti Lahuma-
Jeha sekeluarga, Mat Piah dan Ali Ketopi adalah mewakili
watak petani yang miskin dan susah kehidupan mereka.
 Meskipun Lahuma mempunyai tanah sejumlah 14 relung,
tetapi sawah seluas itu tidak mampu diusahakan
sepenuhnya untuk menyara keperluan keluarga.
 Kemiskinan juga menyebabkan mereka tidak mampu
untuk menggunakan teknologi moden (traktor) dalam
menusahakan tanah bendang, sebaliknya hanya
menggunakan tulang empat kerat, iaitu secara tradisi.
 Selain miskin dari segi kebendaan atau meterial, mereka
juga miskin ilmu pengetahuan.
 Kejahilan mereka ini menyebabkan mereka sukar untuk
maju, ditambah dengan sikap konservatif yang diwarisi
sejak turun temurun.
 Sikap tidak mementingkan pendidikan menyebabkan
Lahuma dan Jeha tidak mengambil berat terhadap
persekolahan anak-anak mereka.
 Gambaran sikap ini jelas dalam petikan berbunyi;
“ Kalau Sanah diambil orang, Jenab kenalah ditarik keluar
dari sekolah. Boleh juga dia tolong Milah angkat air dan
hembus api di dapur,” Jeha berkata lagi. “Dia dok darjah
berapa sekarang?. Soal Lahuma tanpa mengambil berat
langsung tentang anak di sekolah.. Sejak membawa
budak itu jumpa guru besar di sekolah dahulu Lahuma
tidak pernah tanya darjah berapa sekarang”.
 Sikap kejahilan mereka dalam novel ini juga
menyebabkan penderitaan kepada mereka sendiri,
misalnya, penderitaan Lahuma kerana tertusuk duri
nibung mengakibatkan kakinya membusung dan
bernanah.
 Beliau tidak berusaha untuk ke hospital, hinggalah sakit
itu membawa kepada kematiannya.
 Dua bentuk kemiskinan ini menyukarkan pembangunan
para petani di Banggul Derdap untuk mereformasi cara
hidup tradisional mereka.
 Mereka terus mengusahakan sawah bendang tanpa
pertolongan alat-alat dan teknik-teknik moden.
 Akibatnya tanaman mereka dimusnahkan oleh musuh
tanaman menyebabkan lingkaran kemiskinan yang
melingkungi mereka terus berlanjutan tanpa
kesudahannya.
 Kemiskinan yang kemudian diwarisi kepada generasi
terkemudian, iaitu anak-anak mereka, spt anak-anak
Lahuma dan Jeha.
 Tema kemiskinan juga dapat dilihat dalam ASoG, dengan
menampilkan watak-watak seperti Teodoro Agnas dan
isterinya Sabel, Nay Kare, Nong Thomas, Nong Jose,
Clara dll.
 Kemiskinan memaksa mereka hidup tidak menetap
semata-mata untuk mencari sesuap nasi.
 Hidup mereka terumbang-ambing dan jauh dari
kesempurnaan.
 Misalnya, watak utama novel ini Teodoro Agnas yng
datang dari pulau Tara Poro ke Alag semata-mata untuk
mencari pekerjaan yg dapat menjamin hidupnya.
 Mereka bekerja dengan orang kaya Epe Ruda, kemudian
Doro dan isterinya Sabel mengambil upah menuai padi
milik orang kaya Blas Marte di daerah Sipolog bersama
petani yg lain.
 Di situ, kemiskinan menjadi penyakit yg begitu
mencengkam para petani.
 Mereka hidup dengan “kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang”.
 Malah seringkali mereka tidak dapat makan nasi,
sebaliknya hanya makan keledek dan pisang sebagai alas
perut. Seperti tergambar dalam petikan ini:
 “Dua bulan selepas menuai apabila semua orang kembali
semula memakan pisang dan keledek kerana padi mereka
habis ditolak hutang kepada saudagar dan peniaga di
Palaon dan di Dias kerana mengambil barang dan
bekalan pada awal musim berhuma..”
 Mereka bekerja dengan orang kaya Epe Ruda, kemudian
Doro dan isterinya Sabel mengambil upah mneuai padi
milik orang kaya Blas Marte di daerah Sipolong bersama-
sama petani yang lain.
 Kerana kemiskinan juga menyebabkan mereka berhutang
sebagai satu jalan penyelesaian.
 Akibatnya mereka terpaksa menanggung hutang yang
banyak dan sukar untuk dijelaskan.
 Justeru segala hasil padi mereka yang tidak seberapa
habis digunakan untuk membayar hutang, sehingga
mereka terpaksa makan keledek, pisang dan sagu.
 Seperti dalam RSJ, kemiskinan ilmu pengetahuan atau
kejahilan mereka juga menjadi punca utama kemiskinan
para petani dalam novel ASoG ini.
 Mereka tidak pernah mengenal persekolahan. Misalnya,
apabila Doro ditunjukkan gambar isteri Epe Ruda semasa
memakai pakaian sekolah, beliau tidak dapat mengenal
pakaian apa yang dipakai itu kerana tidak pernah
bersekolah.
 Kejahilan juga menyebabkan mereka mudah ditipu oleh
golongan berada seperti Epe Ruda, yang sentiasa
mengeksploitasi kebodohan para tani.
 Beliau mengambil kesempatan mengenakan kadar bayaran
balik yang tinggi bagi padi yang dihutang oleh mereka.
 Beliau juga melakukan tipu muslihat semasa menyukat
beras dengan meletakkan ibu jari ke dalam pot
penyukat.
 Selain itu, kemiskinan dan kejahilan juga menyebabkan
mereka tidak dapat menikmati kemudahan teknologi
dalam proses penanaman padi huma.
 Mereka melakukannya secara tradisional.
 Contohnya, apabila Sabel membuang air kecil untuk
menghalang babi hutang daripada menceroboh padi
humanya.
 Tetapi tanaman mereka tetap menerima
ancaman demi ancaman dari pelbagai musuh
tanaman.
 Semua ini menyebabkan mereka tidak berjaya
mendapatkan hasil tanaman yang lumayan,
seterusnya gagal dalam merubah kehidupan
mereka ke arah kesempurnaan.
 Mereka terus hidup dalam kemiskinan dan
kesusahan.
Sifat Keakuan Golongan Berada
 Sifat keakuan di kalangan golongan berada terdapat
dalam kedua-dua novel yang diperkatakan.
 Sifat tidak suka membantu golongan miskin, malah
mengambil kesempatan ke atas mereka jelas dalam RSJ,
terutama pada watak Penghulu kampung Banggul
Derdap.
 Beliau hanya mementingkan dirinya, tanpa
mempedulikan anak buahnya. Buktinya, sewaktu Lahuma
jatuh sakit, Penghulu tidak pernah datang bertanya
khabar.
 Meskipun Lahuma sendiri pernah membantu
Penghulu dalam menangkap kerbaunya yang
terlepas.
 Tapi bagi beliau budi itu terlalui kecil dan tidak
perlu dikenang.
 Sepatutnya seorang penghulu yang
bertanggungjawab akan mengambil tahu akan
perkara yang berlaku ke atas anak buahnya.
 Sewaktu sakitnya, Lahuma pernah menyimpan angan-
angan agar Tuk Penghulu sudi menolongnya bagi
mengggala sawahnya, seperti terlihat dalam petikan ini:
 “Dia teringat kembali kepda bendang penghulu yang
dikuak dengan traktor itu. Tok Penghulu tentu tahu
tentang kesakitannya. Lahuma rasa Tok Penghulu akan
memberi hutang dulu untuk menyewa traktornya itu.”
 Malangnya harapan Lahuma hanya tinggal harapan.
Malah Tok Penghulu hanya menjenguk Lahuma sewaktu
Lahuma sedang tenat dan seterusnya meninggal dunia.
 Waktu itu pun Tok Penghulu terus bercerita tentang
traktornya walaupun Lahuma sedang bergelut dengan
maut.
 Kalaupun selepas itu Penghulu ada menawarkan khidmat
traktornya secara percuma, tetapi kerana mengharapkan
pujian orang ramai yang mengunjungi Lahuma pada
masa itu.
 Dalam ASoG juga, para petani berdepan dengan gol
peindas seperti Epe Ruda, Tiaga Ruda dan para pegawai
kerajaan yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan
para petani tersebut.
 Peranan mereka itu ibarat pisau cukur yg ingin mengikis
setiap inci hasil perjuangan para petani.
 Misalnya Epe Ruda, merupakan manusia tidak
bertanggungjawab kerana sering menpergunakan petani
miskin untuk mengaut kekayaan dengan cara mudah.
 Beliau menjalankan perniagaan dengan cara membekali
para petani dengan beras dan keperluan lain.
 Para petani dikendaki membayar balik setiap satu cavan
yang dipinjam dengan 2 cavan.
 Sebarang penangguhan pembayaran akan menyebabkan bayarannya
berganda.
 Beliau juga bersikap tidak jujur dalam menyukat beras yang hendak
dijual dengan memasukkan jarinya ke dalam sukatan.
 Selain itu, terdapat juga peranan para pegawai kerajaan yang
mengeksploit para petani miskin untuk kepentingan mereka sendiri.
 Mereka telah mengambil barang-barang kepunyaan petani sebagai
syarat penerokaan sesuatu kawasan untuk ditanam padi huma.
 Sikap golongan ini menjadi satu punca menyebabkan para petani
miskin tidak mampu merubah kehidupan mereka.
Kegigihan Masyarakat Petani
 Para petani di kedua-dua daerah, dalam dua novel yg
berbeza, walaupun hidup dalam kemiskinan dan
kemunduran, mereka tetap gigih berusaha untuk menyara
kehidupan sekeluarga.
 Kegigihan mereka jelas kelihatan pada watak Lahuma dan
Jeha sekeluarga dalam RSJ.
 Mereka berusaha mengerjakan bendang dari awal2 lagi,
untuk memastikan padi yang ditanam selamat masuk
jelapang.
 Selagi padi belum masuk jelapang, selagi itulah perjuangan
mereka belum selesai.
 Keluarga Lahuma dan para petani di Banggul Derdap
menghadapi ancaman musuh tanaman seperti babi,
burung tiak, tikus, ketam, kemarau, banjir yang bila-bila
masa saja boleh memusnahkan tanaman mereka.
 Kegigihan dan semangat juang mereka begitu kental,
meskipun peristiwa demi peristiwa malang menimpa
keluarga itu. Misalnya, peristiwa Lahuma sakit tercucuk
duri nibung, lalu mati.
 Kemudian Jeha mengalami tekanan jiwa tika
berdepan dengan kehilangan Lahuma dan
asakan ancaman alam yg berterusan.
 Semua itu menyebabkan Jeha hilang ingatan.
Seterusnya semangat juang Lahuma dan Jeha
diperturunkan pula kepada anak-anak meraka
seramai 7 orang, terutama Sanah dan Milah.
 Mereka adik beradik terus berjuang menjaga bendang
sehinggalah ia mengeluarkan hasil, untuk menampung
keperluan hidup mereka sekeluarga.
 Keadaan yang sama boleh dilihat juga dalam novel ASoG,
di mana petaninya tidak jemu-jemu berjuang demi
mendapatkan keperluan hidup walaupun sering
menghadapi kesukaran.
 Para petani miskin seperti Doro, Sabel, Nay Pas, Nay Kare
menghadapi cabaran dan dugaan dengan sabar dan
tabah.
 Mereka menghadapi ancaman ke atas tanaman mereka
daripada tikus, babi dll.
 Ditambah dengan ancaman daripada golongan penindas
yg mengambil kesempatan ke atas kelemahan mereka.
Bagaimana pun mereka tetap gigih berjuang.
 Doro dan Sabel misalnya, tidak patah semangat walaupun
padi mereka dimusnahkan oleh tikus, sebaliknya mereka
membuka huma baru.
 Nong Jose pula, walaupun sudah tua tetapi berusaha
keras untuk mendapatkan sesuap nasi.
 Beliau mengambil upah mengerjakan huma Blas Martee,
walaupun sakit batuknya sering menyerang.
 Begitu juga Clara, seorang budak cacat, walaupun hidup
dalam kecacatan tetapi tetap berusaha untuk hidup
dengan mengambil upah mengasuh anak-anak petani yg
bekerja di huma Blas Marte.
 Gambaran kegigihan dan semangat juang yang tinggi
dapat dihayati dalam kedua-dua karya ini. Namun nasib
tetap tidak menyebelahi mereka.
 Secara umum, kemiskinan menjadi intipati kepada
perkembangan cerita kedua-dua novel ini.
 Namun, kemiskinan dan kemunduran yang digambarkan
dalam masyarakat petani dalam TS di Filipina adalah
lebih ketara berbanding dengan masyarakat petani di
Malaysia dalam RSJ.
 Dalam TS masyarakat petaninya ada yang langsung
tidak pernah mengenal alam persekolahan, berbanding
dengan anak-anak Lahuma dalam RSJ, yang sempat
juga menjejakkan kaki ke sekolah, walaupun tak sampai
ke mana
 Mereka, iaitu petani miskin di Filipina malah tidak
mempunyai tanah sendiri, dan terpaksa menerokai tanah
tanpa pemilikan yg sah, atau mengambil upah
mengerjakan tanaman orang lain.
 Masyarakat tani dalam ASoG juga begitu terikat kepada
hutang, seolah-olah hidup kesinambungan hidup mereka
adalah bergantung kepada hutang.
 Malah hutang itulah yang mengikat kehidupan dan sukar
untuk dilepasi.
 Mereka seolah-olah bekerja hanya untuk membayar
hutang, dan adakalanya mereka kekurangan makanan
hingga terpaksa makan keledek dan pisang sahaja.
 Malah sekiranya mereka tidak dapat menjelaskan
hutang, mereka akan menjadi orang suruhan kepada si
pemiutang.
 Contohnya, Epe Ruda yang menjadikan petani msikin
yang tidak mampu membayar hutang sebagai orang
suruhannya.
 Selain itu, gambaran masyarakat petani yang berpindah
randah juga terdapat dalam ASoG.
 Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat
tinggal yang tetap, hidup dalam pengembaraan dan sering
pula terdedah kepada penyakit.
 Keadaan sedemikian tidak terdapat dalam masyarakat tani
di Banggul Derdap.
 Para petani di Malaysia, khususnya di Kampung Banggul
Derdap, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah
dengan pemilikan yang sah.
 Mereka juga sempat mengenal alam persekolahan,
walaupun seringkali tidak sempat menamatkan alam
persekolahan seperti yang berlaku kepada anak-anak
Lahuma dan Jeha.
 Mereka masih mempunyai makanan untuk dimakan
walaupun berkurangan, malah selalunya hasil tanaman
mereka akan disimpan untuk tempoh satu musim,
sehingga musim menuai baru kembali tiba.
 Mereka tidak menghadapi golongan penindas yang
begitu melampau seperti yang terjadi kepada
masyarakat petani di kawasan pedalaman di Filipina,
sehingga para petani terpaksa menyerahkan barang-
barang mereka kepada pengawai kerajaan, semata-mata
bagi mendapat keizinan untuk membuka kawasan
pertanian baru.
 Dari keadaan tersebut jelaslah bahawa terdapat sebahagian
besar ciri-ciri persamaan dalam kehidupan masyarakat
petani yang digambarkan dalam novel RSJ dengan ASoG.
 Di samping itu, terdapat juga beberapa perbezaan, yang
menggambarkan bahawa kehidupan masyarakat petani di
Malaysia walaupun miskin tetapi adalah lebih baik dari
rakan-rakan meraka di Filipina.
 Perbezaan tersebut adalah berkaitrapat dengan perbezaan
suasana politik, ekonomi dan sosial di kedua-dua buah
negara tersebut.
Penutup
 Malaysia dan Filipina merupakan duan buah negara
serantau yang mempunyai latar budaya yang sedikit
berbeza, walaupun mempunyai latar sejarah yang
hampir sama.
 Filipina misalnya, pernah dijajah oleh Sepanyol,
Amerika dan Jepun, sementara Malaysia pernah dijajah
oleh Inggeris, Belanda dan Jepun.
 Perbezaan yang terhasil daripada proses pemisahan
politik, ekonomi dan geografi telah dilakukan oleh
penjajah.
 Filipina kemudiannya telah mencapai kemerdekaan pada tahun
1945.
 Setelah Jepun berundur, Filipina telah terputus dari tradisi
dengan pengkristianan yang dipaksakan ke atas bangsa Filipina.
 Manakala Malaysia telah mencapai merdeka lebih terkemudian,
iaitu pada 1957, tetapi tiada paksaan dalam perubahan
sosiobudaya bangsanya.
 Keadaan ini membezakan antara kedua negara tersebut.
 Latar tersebut sedikit sebanyak dilihat sebagai faktor yang
menyusun corak kehidupan masyarakatnya, baik dari segi politik,
sosial mahu pun ekonomi.

You might also like