You are on page 1of 13

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

ANTOLOGI HARGA REMAJA


(PROSA MODEN)
TINGKATAN 4
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM
M.A (Bahasa Melayu) UPM

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


SMK LALOH, KUALA KRAI,
KELANTAN.

ULI SAPA LET IT


CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

PROSA MODEN
CERPEN PEMAIN CATUR
(Zaharah Nawawi)
Sinopsis:

Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk,
Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan
Abu Bakar Muhammad Yahya as-Sufi, iaitu salah seorang daripada dua pemain
shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut
mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang
paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradik yang lain. Dia berharap Um
dapat menggantikannya sebagai tonggak keluarga. Um semakin berminat untuk
bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia.
Kempen Uj berhasil.

Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan


alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang
sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka.
Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi
perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik
kemudian, buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur
tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um
penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk
menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid
di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa
amat hiba sehingga diserang angin ahmar.

Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab


meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dan Uj. Ibu meminta
mereka bertenang namun diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua,
iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

Tema

Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya


perpecahan.
Contoh:
Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan
antara Uj dan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur.
Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka.
Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan.

Persoalan

Sikap bangga yang menguasai diri.


Contoh:
Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan
mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik..

Keharmonian dalam keluarga harus diutamakan.


Contoh:
Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anak yang boleh
menyebabkan keharmonian terganggu..

Pengkhianatan sesama ahli keluarga


Contoh:
Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk
menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur..

Nilai

Kasih sayang
Contoh:
Uj menyayangi adiknya Um.

Kegigihan
Contoh:
Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur..

Keberanian
Contoh:
Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

Pengajaran

Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup.


Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang
ditempuh dapat diatasi dengan baik..
Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia
dan harmoni.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

PROSA MODEN
CERPEN MELLISA
(Abdullah Hussain)
Sinopsis

Mellisa seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke
pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu
telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam
iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersamasama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah
menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar
nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam Peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu
sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih Peristiwa 13 Mei sebagai
latihan ilmiah untuk Sarjana Muda dalam bidang sejarah.

Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka
semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa
meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan
tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih
untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak
mahu Peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Tema

Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya


Contoh:
Mellisa seorang gadis berketurunan Cina pernah menyulam kasih semasa zaman
kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian
menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta
dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya
terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai
tentera.

Persoalan

Pengorbanan demi cinta akan negara


Contoh:
Mellisa sanggup mengorbankan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintainya
untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

Persengketaan antara kaum


Contoh:
Hisyam dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan
Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan
Stadium Negara.

Kesedaran terhadap sejarah negara


Contoh:
Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui
tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.

Nilai

Kasih sayang
Contoh:
Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap
terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama
berlalu.

Kegigihan
Contoh:
Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan
daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang
terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.

Keberanian
Contoh:
Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris
yang memegang tangan Mellisa.

Cinta akan tanah air


Contoh:
Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata
kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.

Pengajaran

Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan


menimbulkan masalah.
Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan
yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.
Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan
kesalahan terhadap kita.
Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah
kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

PROSA MODEN
CERPEN ISRAK
(Erda Roslan Khairi)
Sinopsis

Mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama
isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong, Perak.
Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan
menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan
diri dengan kehidupan kampung. Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung
dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah
dibesarkan di luar negara. Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores
perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering
mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah
mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar
bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati
Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di Kampung Sayong telah terputus
menyebabkan Mikraj mencadangkan abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah
terjatuh dan Wah lah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing.
Akhirnya Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan
mencari jering serta tempoyak untuk dimakan.

Tema

Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sesebuah keluarga sehingga mencetuskan


pertentangan pandangan dan nilai
Contoh:
Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza
dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya, Wah.

Persoalan

Jati diri
Contoh:
Israk yang dibesarkan di Perth, Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat
persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj
yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran.

Kasih sayang seorang nenek terhdap cucunya.


Contoh:
Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan
selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar. Hal ini terpancar apabila Wah
menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

Tanggungjawab bapa terhadap keluarga


Contoh:
Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anakanak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak
sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

Nilai

Menghormati ibu bapa


Contoh:
Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama
keluarganya.

Ketabahan
Contoh:
Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.

Keprihatinan
Contoh:
Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan
perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan
kehidupan miskin neneknya.

Kasih sayang
Contoh:
Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga
tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk
selalu menyakiti hatinya.

Pengajaran

Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi
percakapan dan perbuatan kita.
Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak
agama dan masyarakat.
Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar
orang di sekeliling kita tidak berasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.
Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana
ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

PROSA MODEN
CERPEN IBU DAN CEPER
(Shahnon Ahmad)
Sinopsis

Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper.
Sungai Ceperialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang,
panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti
bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada
sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.

Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan
melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk
kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air,
tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk
dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber.
Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna
dan ibu masih muda.

Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud
tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama
iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita
dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung
lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.

Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya
mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam
sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa
ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu
yang telah tiada di dunia ini.

Tema

Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan


Contoh:
Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi
sebagai sumber air kepada tanaman..

Persoalan

Kepentingan air dalam kehidupan


Contoh:
Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

Kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.


Contoh:
Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah
sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada
di dalamnya..

Kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam


Contoh:
Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di
kampungnya.

Nilai

Bertanggungjawab
Contoh:
Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu
yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.

Kegigihan
Contoh:
Walaupun ter[paksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja
menyara keluarga.

Kesabaran
Contoh:
Ibu terpaksa bersabar melayani karenah suaminya yang kurang memberikan
perhatian terhadap kebajikan keluarga.

Pengajaran

Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak


hidup dalam kesusahan.
Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan
faham antara suami dan isteri.
Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.
Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa
keburukan kepada masyarakat.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

10

PROSA MODEN
CERPEN BIARKAN SAMUDERA
(Raihanah Salleh)
Sinopsis

Mir atau Aminah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak
berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan
serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah
disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya
yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat
peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia
sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta
pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh
ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang
menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke
kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami
konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang
sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu
Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya Mir mula beransur
pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan
telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila
melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.

Tema

Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.


Contoh:
Konflik dalaman yang dihadapi oleh Amirah atau Mir disebabkan oleh rumah ayahnya
akan diroboh untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan
kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama
ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyensiri sehingga ada kalanya
bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai
penyakit skizofrenia.

Persoalan

Kemiskinan para nelayan.


Contoh:
Ayah Amirah digambarkan terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa
ayahnya berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

11

Keikhlasan dalam persahabatan


Contoh:
Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan
perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang
ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan
telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.

Keinsafan untuk mendekati ajaran agama.


Contoh:
Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat
mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha ini berkesan apabila Amirah mula berubah
tingkah laku.

Kepentingan menjaga alam sekitar.


Contoh:
Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang
mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu Amirah sering
membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.

Nilai

Kasih sayang
Contoh:
Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.

Prihatin
Contoh:
Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan
kepadanya.

Kesabaran
Contohnya:
Amirah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah
mereka akan dirobohkan.
Rasional
Contoh:
Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk
pembangunan.

Patuh kepada agama


Contoh:
Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan
menghadiahkan tudung kepada Amirah.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

12

Pengajaran

Kita hendaklah tolong menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang
sedang dalam kesusahan.
Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan
tenang untuk melalui kehidupan seharian.
Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan
agar kita tidak bertindak di luar batasan.
Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang
keseorangan di kampung.
Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan
memberi pendidikan kepada kita.

CSL2012
Antologi Harga Remaja
Prosa Moden

13

You might also like