You are on page 1of 5

KOD KURSUS DAN NAMA KURSUS

GGGB3263 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL

DALAM PENGAJARAN

NAMA PENSYARAH

DR. ALIZA ALIAS


DR. NORHAYATI BINTI MOHD NOOR

TAJUK TUGASAN

ULASAN MOVIE “HOMELESS TO HARVARD”

NAMA PELAJAR

NURUL HIDAYAH BINTI IBRAHIM

NO. MATRIKS

A169735
TAJUK FILEM HOMELESS TO HARVARD

TAHUN 2003

GENRE MELODRAMA

Filem yang telah diberikan bagi memenuhi tugasan kursus GGGB3263 Kemahiran
Intrapersonal dan Interpersonal Dalam Pengajaran ialah filem yang bertajuk Homeless To
Harvard. Filem Homeless to Harvard ini bergenrekan melodrama yang telah ditayangkan pada
tahun 2003. Filem ini dibintangi oleh Thora Birch yang membawa watak sebagai Liz Murray,
Michael Riley sebagai Petter Finnerty (ayah kepada Liz) dan Kelly Lynch sebagai Jean Murray
(ibu kepada Liz). Filem ini diinspirasikan dari kisah sebenar yang mengisahkan seorang
perempuan yang ‘gifted’ yang tidak berminat langsung untuk mengikuti sesi persekolahan.
Namun begitu, setelah ibunya meninggal dunia, Liz seolah-olah diberi tamparan hebat untuk
mengubah taraf hidupya pada masa akan datang. Kisah ini bermula apabila Liz terpaksa hidup
dengan sebuah keluarga yang kucar-kacir apabila ibunya seorang penagih dadah dan mempunyai
latar penyakit skizofernia manakala bapanya seorang yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua
keluarga memberi nafkah kepada isteri dan kedua-dua anaknya. Walaubagaimanapun, Liz amat
menyayangi ibunya dan sering teringat akan kenangan manis sekeluarga sebelum ibunya sakit.
Namun begitu, kehidupan Liz mula berubah apabila ibunya meninggal dunia dan Liz mula
merasakan kepentingan untuk mempunyai pendidikan walaupun sebelum ini sering ponteng
sekolah. Akhirnya, Liz berjaya memasuki salah satu universiti terkemuka iaitu Universiti
Harvard dengan usahanya yang tidak putus asa dan juga berjaya menjadi penerima biasiswa di
salah sebuah syarikat terkenal. Oleh itu, sepanjang menonton filem ini, terdapat pelbagai tekanan
yang diharungi oleh Liz yang telah banyak memberi pengajaran khususnya kepada pelajar yang
mengambil kursus ini.

Salah satu tekanan yang saya dapat lihat melalui filem ini yang dilalui oleh perwatakan
Liz ialah tekanan distress. Kedua-dua ibu bapa Liz mempunyai masalah tersendiri yang
menyebabkan Liz sentiasa tertekan terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya iaitu Jean Murray
mempunyai latar belakang penyakit AIDS, skizofernia dan penagih dadah yang tegar manakala
bapanya iaitu Petter Finnerty pula turut menghidapi penyakit AIDS. Bahkan, tekanan yang
dihadapi oleh Liz apabila terpaksa keluar daripadanya rumah sewanya. Bapa Liz tidak
mempunyai wang mencukupi untuk membayar rumah sewa tersebut dan menyebabkan Liz dan
Lisa berpindah ke rumah datuknya manakala bapanya menjadi gelandangan.
Walaubagaimanapun, Liz mendapat tahu bahawa datuknya adalah bukan datuk yang baik. Hal
ini kerana, datuknya mempunyai kisah silam yang telah melakukan jenayah gangguan seksual
pada ibu dan mak saudaranya. Keadaan ini menyebabkan Liz melarikan diri dan menjadi seorang
gelandangan dalam peringkat usia lebih muda iaitu 15 tahun.

Bahkan, tekanan distress yang saya dapat lihat melalui filem ini semasa rakannya iaitu
Chris meninggalkan Liz. Pada awalnya, Liz dan Chris begitu akrab dan sanggup hidup sebagai
gelandangan bersama. Selama ini Liz yang bertahan dengan karenah dan sikap Chris dan
akhirnya Chris meninggalkannya. Seseorang individu yang mempunyai rakan yang akrab
mengganggap bahawa rakan tersebut akan setia bersama-samanya walaupun dalam keadaan yang
susah. Namun tidak dalam filem tersebut, Chris meninggalkan Liz apabila ibunya telah
meninggal dunia. Liz turut mengajak rakannya iaitu Chris untuk bersama-samanya untuk
melanjutkan pelajaran namun dia kecewa apabila Chris tidak berminat dan malah menghina
dirinya bahawa pendidikan tidak mempunyai masa depan yang cerah.

Di samping itu, salah satu tekanan berbentuk positif yang saya dapat lihat melalui filem
ini ialah tekanan eustress. Tekanan eustress adalah tekanan yang baik dan timbul dalam situasi
atau keadaan di mana seseorang merasakan bahawa dirinya mendapat motivasi atau inspirasi
untuk melakukan sesuatu. Dalam filem ini, Liz menghadapi tekanan eustress apabila gadis ini
telah kehilangan ibunya. Setelah ibunya meninggal, Liz telah kehilangan tempat bergantung serta
tempat untuk meluahkan perasaannya. Hal ini menyebabkan Liz termotivasi untuk menyambung
semula sesi persekolahan demi mengubah taraf hidupnya. Oleh itu, beliau telah menyambung
pelajarannya di Humanities Preparatory Academy, Chelsea dan menjadi pelajar cemerlang
dalam tempoh dua tahun.

Personaliti yang dibawa oleh watak Liz dibentuk berdasarkan pengalaman peribadi.
Apabila ibunya telah meninggal dunia, Liz telah nekad untuk mengubah taraf hidupnya yang
pada asalnya hanya seorang gelandangan dan ingin menjadi seorang yang lebih baik pada masa
akan datang. Oleh itu, dia telah sedaya upaya untuk memasuki salah satu sekolah tinggi iaitu di
Humanities Preparatory Academy, Chelsea dan menjadi pelajar cemerlang dalam tempoh dua
tahun sahaja yang seharusnya setiap pelajar menempuh dalam 4 tahun di sekolah tersebut.
Seterusnya, Liz juga mengikuti satu peraduan esei yang menawarkan biasiswa pelajaran di
Universiti Harvard. Akhirnya, dia berjaya dalam peraduan tersebut dan memasuki universiti
terkemuka tersebut dalam usia 19 tahun.

Malahan, perwatakan Liz juga seorang yang tahan lasak. Walaupun dibesarkan dengan
keadaan ibubapa yang mempunyai masalah kesihatan dan penagih dadah, Liz tidak sesekali
mewarisi tabiat negatif daripada kedua ibubapanya. Bahkan, Liz juga seorang yang suka akan
cabaran. Apabila ibunya meninggal dunia, Liz tekat untuk mengubah nasib dirinya untuk
menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Tambahan, Liz turut komitmen
bersama ibunya sehingga ibunya meninggal dunia. Walaupun, ibunya mempunyakit penyakit
AIDS dan skizofernia, Liz tidak pernah berniat untuk menjauhkan diri dengan ibunya. Rasa
sayang terhadap ibunya tidak pernah pudar walaupun orang sekeliling memandang serong
terhadap ibunya.

Namun begitu, terdapat beberapa simptom tekanan yang dilalui oleh Liz dalam filem
tersebut iaitu tidak pandai untuk menguruskan diri. Semasa kecil lagi, Liz tidak mempunyai
sahabat yang rapat dengan beliau. Hal ini kerana, Liz yang mempunyai personaliti tidak pandai
menguruskan diri yang menyebabkan badannya mengeluarkan bau yang busuk. Oleh itu, dari
kecil lagi agak sukar untuk dirinya memulakan persahabatan akibat dirinya yang tidak terurus
yang menyebabkan rakannya sukar untuk berkomunikasi dengan beliau. Di samping itu, Liz
turut mempunyai simptom perasaan yang rasa diri tersingkir. Apabila masuk dalam salah satu
sekolah, Liz tidak langsung berkomunikasi dengan rakan-rakannya. Bahkan, terdapat seorang
rakannya menumpahkan sup yang panas kepada dirinya.

Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai kaedah yang dilakukan oleh watak utama iaitu
Liz dalam menangani tekanan dalam filem tersebut. Antara kaedah tersebut ialah berkomunikasi
dengan rakan-rakannya. Apabila tekanan menguasai dirinya, Liz akan cuba untuk berkomunikasi
dengan rakannya iaitu Chris semasa belajar di sekolah menengah. Bahkan, Liz turut meluangkan
masa bermain dengan rakan-rakannya untuk mengurangkan rasa tekanan tersebut.

Di samping itu, kaedah menangani tekanan yang dilakukan oleh Liz ialah berfikir positif.
Walaupun, ibunya dalam keadaan tidak sihat iaitu menghadapi penyakit AIDS, Liz sentiasa ucap
perkataan-perkataan yang baik terhadapnya ibunya agar mengurangkan rasa tekanan tersebut.
Malahan di awal filem tersebut, Liz mencari wang yang disorok kakaknya untuk diberi semula
kepada ibunya. Hal ini kerana, Liz mengganggap bahawa memberi senyuman kepada ibunya
adalah perkara yang dia gemari.

Pengajaran yang saya dapat melalui filem ini ialah kejayaan hidup akan hadir sekiranya
seseorang itu mempunyai usaha yang lebih tinggi. Kejayaan itu tidak dipengaruhi dengan latar
keluarga yang bahagia, kewangan yang mencukupi dan sebagainya. Keadaan ini dapat
dibuktikan apabila Liz hanya seorang gelandangan dalam usia yang lebih muda, namun atas
pendidikan dia sanggup untuk berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperbaiki
taraf hidupnya. Pelbagai tekanan yang dilalui Liz sama ada dari persekitaran keluarga, rakan-
rakannya dan sebagainya, tetapi Liz lebih kuat untuk berhadapan dengan tekanan dan cabaran
dalam hidupnya. Oleh itu, pengajaran yang diberikan dalam watak Liz bahawa sesiapa sahaja
boleh berjaya dalam hidup walaupun seorang gelandangan dengan syarat dia mempunyai
keinginan yang kuat dalam mengubah taraf hidupnya.

You might also like