You are on page 1of 2

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN Tema Kabus Di Perbukitan ialah kasih sayang yang mendalam terhadap kaum keluarga,adat, budaya,

agama Islam, serta tanah air. Buktinya, Faridah yang sayang akan keluarganya, iaitu ibunya yang membesarkannya, Rahayu yang sudah lama terpisah, anakanaknya, dan suaminya. Dua persoalan novel ialah usaha memulihara alam sekitar.

Contohnya, zain dan teman-temannya yang menaja penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan telah mengadakan pelbagai program untuk memberikan pendedahan kepada pelajarpelajar tentang alam sekitar. Selain itu, persoalan keruntuhan rumah tangga dan hubungan keluarga. Contohnya, mejar (B) Kamarudin telah terpisah dengan Salmah. Beliau telah membawa Rahayu bersama-sama untuk tinggal dengan isteri baharunya. Hal ini menyebabkan berlakunya perpisahan antara dua saudara kembar tersebut, iaitu Rahayu dengan Faridah dan perpisahan antara ibu dengan anak. Kesimpulannya, novel ini mengetengahkan tema dan persoalan yang menarik. Watak utama yang terlibat ialah Faridah yang berusia awal 20-an. Tempat asalnya ialah Kampung Parit Tiga, Sungai Besar, Selangor. Faridah seorang yang penyayang. Contohnya Faridah sayang akan ibunya. Dia masih tinggal dengan ibunya walaupun sudah berkahwin. Faridah juga tabah menghadapi cabaran. Contohnya, walaupun melalui pelbagai cabaran seperti perpisahan dengan bapanya dan Rahayu, serta kematian adik, ibu, dan suaminya, namun dia tetap tabah. Akhirnya, dia memperoleh kebahagian apabila bekeluarga dan menetap di New Zealand. Nilai kasih sayang terdapat dalam novel kabus di perbukitan. Contohnya, Hamidah sangat sayang akan Rahayu walaupun dia hanya anak tirinya dan sanggup menemaninya menjalani rawatan di hospital. Walaupun baru mengenal Iqbal, Tok Batin senik sayang akan Iqbal dan menganggapnya seperti cucunya. Selain itu, nilai kegigihan terdapat pada watak Azrul yang gigih mengusahakan ternakan kambing hingga akhirnya menjadi usahawan yang berjaya.

NOVEL MELUNAS RINDU Tema novel Melunas Rindu ialah kasih sayang. Buktinya, perasaan kasih mendorong Fuad berusaha menjejaki keluarganya yang telah lama terpisah. Dia gigih berusaha mencari dan mengesan kubur ibunya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia. Hakikatnya, ibunya masih hidup. Dia gigih berusaha mencari dan mengesan kubur ibunya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia. Hakikatnya, ibunya masih hidup. Dia disembunyikan daripada pengetahuan orang kampung untuk mengelakkan fitnah. Dua persoalan dalam novel ini ialah konflik dalam dunia keguruan. Contohnya, Farhana sering menyindir kelakuan Cikgu Zamani sehingga berlaku pertengkaran yang agak serius. Farhana juga menghadapi masalah menangani pelajar yang lemah menguasai Bahasa Inggeris. Selain itu, persoalan cinta terlarang turut dimuatkan dalam novel inil. Contohnya, Fuad tidak mengetahui bahawa Sofia yang dicintainya merupakan adiknya sendiri. Perkara ini diketahui selepas kematian Sofia. Ayahnya berkahwin lain dengan seorang wanita berbangsa cina. Watak utama dalam novel ini ialah Fuad. Dia berusaha 27 tahun. Dia merupakan anak saudara Peter Lim dan Swee Lan yang menjaganya sejak kecil hingga dewasa. Fuad seseorang yang tabah. Contohnya dia tabah menghadapi kenyataan bahawa orang yang dicintainya ialah Sofia dan Farhana ialah adiknya sendiri. Fuad juga seorang yang gigih. Contohnya, dia berusaha mencari saudara mara ibunya di Lembah Klau untuk mengesan kubur arwah ibunya. Apabila mendapat maklumat daripada Pak Samsudin bahawa ibunya masih hidup, dia gigih berusaha mencarinya. Nilai ketaatan terpancar pada watak Pak Ismail yang taat beribadat. Dia mengajak Fuad solat jemaah lima waktu dan mengajar Fuad mengaji al-Quran serta mendalami agama.

You might also like