You are on page 1of 1

NOVEL MELUNAS RINDU KARYA HARTINI HAMZAH TINGKATAN 4 CONTOH JAWAPAN : TEMA

Novel yang telah saya kaji di tingkatan empat ialah Novel Melunas Rindu. Novel ini adalah hasil karya Hartini Hamzah. Terdapat tema dalam novel ini. Tema dalam novel ini ialah ketabahan menjalani dugaan hidup dan kegigihan mencari susur galur jati diri yang sebenar. Antara contoh peristiwa berkaitan tema ialah ketabahan Fuad mencari ibu kandungnya iaitu Mariana. Pada permulaannya, ibu Fuad dikatakan telah meninggal dunia lalu Fuad berhasrat untuk mencari pusara ibunya. Hal ini kerana Fuad belum menjumpai pusara ibunya yang menyebabkan Fuad bertekad untuk mencari ibunya sehingga ibunya ditemui. Akhirnya, Fuad telah menjumpai ibunya yang merupakan ibu kepada Farhana yang sedang sakit di hospital. Seterusnya, Fuad tabah berdepan dengan Mak Salmah yang menbencinya kerana telah melarikan Sofia. Sofia merupakan anak angkat kepada Mak Salmah dan Pak Ismail. Mak Salmah amat menyayangi sofia sehinggakan Mak Salmah tidak dapat menerima kenyataan bahawa sofia telah meninggal dunia. Akhirnya, Mak Salmah tidak lagi membenci Fuad setelah Fuad tinggal bersama dengan Mak Salmah dan Pak Ismail. Contoh peristiwa yang terakhir ialah tabah mengharungi dugaan percintaan. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas melalui watak Fuad. Fuad mula bercinta dengan Sofia yang merupakan anak angkat kepada Mak Salmah. Namun, Mak Salmah tidak mempersetujui hubungan mereka sehinggan menyebabkan mereka lari dari Mak Salmah. Berlaku kemalangan ketika mereka melarikan diri. Dugaan percintaan yang kedua ialah percintaannya dengan Farhana. Malangnya, percintaan mereka terpaksa dihentikan apabila Fuad mengetahui bahawa Farhana merupakan adik kandungnya sendiri. Oleh itu, kedua-dua percintaannya berkaitan dengan pentalian darah antara mereka. Sofia merupakan adik kandungnya sebapa manakala Farhana adik kandungan seibu.

HASIL KERJA 5 DELIMA 2013 AHLI KUMPULAN :NURUL FARHANA NURUL HASYIMAH BTE PENDATON NUR IZZATI BTE HARIFFIN SITI HALIMAH BTE YAHYA NOR AZMI BIN MOHAMAD TARIKH : 22 OGOS 2013 ( KHAMIS )

You might also like