You are on page 1of 2

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, huraikan empat pengajaran

yang kamu memperolehi dengan mengemukakan empat contoh peristiwa


yang sesuai .

Novel yang saya belajar ialah novel Tawanan Komander Caucasus.


Antara pengajaran yang diperolehi daripada novel tersebut ialah
pertamanya ialah kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan
rintangan. Contohnya, Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai
cabaran seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada
menjadi orang tawanan tentera Caucasus. Peristiwa ini, dia dan empat
orang sahabatnya yang gigih berikhtiar untuk pulang ke pangkuan
keluarga masing-masing dengan selamat. Seterusnya, pengajaran yang
kedua ialah kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya,
Puan Lee iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak
tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di
hutan. Selain itu, pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah rajin
membuat rujukan sebagai persediaan awal menghadapi satu-satu tugasan.
Contohnya, Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesis kumbang
melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan
tugasnya mengenal pasti kepelbagaian sepesis kumbang. Akhirnya,
pengajaran yang keempat ialah kita perlulah mengamalkan sikap baik
dengan semua orang. Contohnya, Farhani menghulurkan air minuman
yang diisi dalam tempurung kelapa kepada Kim Yong yang begitu dahaga
dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri
daripada serangan kumbang Caucasus.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, buktikan pernyataan tersebut


dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan latar
tempat yang telah di tetapkan.

Novel yang saya belajar ialah novel Tawanan Komander Caucasus.


Antara latar tempat yang diperolehi daripada novel tersebut ialah pertama
latar tempat di dusun datuk Farhani. Contohnya, Farhani datang lebih
awal ke dusun datuknya. Di situ, Farhani mencari kumbang yang itu
membawa dia ke dalam jauh di dusun datuknya. Farhani menemukan
sebuah rumah lama. Selain itu, latar tempat kedua ialah di makmal sains.
Contohnya, Cikgu Salimah iaitu guru sains Tingkatan 1 Arif di Sekolah
Menengah Sri Kencana telah memberi satu tugasan kepada murid-murid
untuk mencari serangga bagi memastikan membina zoon mini serangga.
Akhirnya, latar tempat di rumah Farhani. Contohnya Keluarga Mira dan
keluarga Che Mei datang ke rumah Farhani pada waktu malam. Mereka
berbincang dengan keluarga Farhani tentang kehilangan Farhani yang
tidak dapat dikesan.

You might also like