You are on page 1of 1

Soalan Latihan [ Masa dicadangkan : 15 minit]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di


Tingkatan 3

Novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.

Novel yang saya kaji ialah Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini
Yahya. Salah satu persoalan di dalam novel ini ialah kasih sayang ibu bapa
terhadap anak-anak. Terdapat banyak peristiwa yang berkaitan dengan
persoalan ini. Antaranya, Puan Lee, iaitu ibu kepada Kim Yong amat
bersedih akan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu
mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya. Selain itu,
peristiwa yang berkait dengan tema ialah Puan Asmah, iaitu ibu Farhani juga
amat bersedih dengan kehilangan anaknya sewaktu pergi mencari kumbang
berdekatan dengan dusun datuknya. Akhir sekali, Puan Asmah menangis
teresak-esak ketika menyambut kepulangan Farhani .

(10 Markah)

You might also like