You are on page 1of 39

Soalan-soalan percubaan negeri 2014

KEDAH
a)Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa
menarik pada bahagian peleraian novel tersebut.
Novel yang telah saya kaji ialah Melunas Rindu, karya Hartini
Hamzah. Antara peristiwa menarik pada bahagian peleraian ialah
Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka
berdua ialah adik-beradik. Walaupun tidak dapat memperisteri
Farhana, Fuad tidak bertindak di luar daripada batasan kewarasan akal
fikiran. Dia masih mampu menerima suratan takdir daripada yang maha
Esa. Dia masih mampu untuk menerima Farhana walaupun sebagai adik
kandungnya sama seperti mereka mula kenal sejak dahulu.
Farhana mendapat berita gembira apabila rakan sekerjanya iaitu
Cikgu Zamani telah bertukar ke sekolah yang lain. Farhana selama ini
menganggap Cikgu Zamani sebagai "duri dalam daging" kerana sentiasa
mengeji dan memandang rendah bukan sahaja dari segi penampilan
fizikalnya bahkan latar belakang pendidikannya. Akhirnya Farhana akan
berasa lebih tenang di sekolah tersebut walaupun terpaksa melepaskan
Fuad pergi kerana menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan.
Selain itu, peristiwa kedua ialah Fuad telah diterima untuk
mengikuti kursus KPLI di Maktab Perguruan Ilmu Khas untuk
melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih. Semasa Fuad
menjadi guru terlatih dia mengajar Bahasa Inggeris di situlah mulanya
babak Fuad mengenali Farhana.
Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah
mengerjakan umrah. Ayahnya, Robert Lim turut hadir di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengucapkan selamat jalan
kepada mereka. Robert Lim berpesan kepada Fuad agar menjaga
Mariana dengan baik dan dirinya akan menyusul kemudian. Dari sini
kita dapat tahu bahawa Robert Lim sudah insaf dan ingin kembali
kepada ajaran agama Islam yang dianutinya sebelum ini.
Berdasarkan novel tingkatan 5 novel Kabus Di Perbukitan.
Antara peristiwa menarik ialah Melina menetap bersama-sama
Benny di Dubai dan dikurniai seorang cahaya mata lelaki. Benny
hanya boleh bergerak di negaranya sahaja. Anne dan Zain menetap
di New Zealand untuk menguruskan perusahaan dan perniagaan Soleh
Johnsons yang ditinggalkan dan dikurniai sepasang anak kembar
perempuan. Zain kelulusan ijazah dalam pertanian mengetahui selokbelok perniagaan dan pertanian.

Peristiwa yang kedua ialah Faridah dan Soleh Johnsons


mengambil keputusan menetap di Malaysia untuk menghabiskan
sisa-sisa hidup di Malaysia dan Soleh Johnsons telah bekerjasama
dengan Datuk Azrul untuk membangunkan Tanah Tinggi Lojing sebagai
kawasan agropelancongan. Faridah bersyukur kerana dapat kembali dan
dia bertekad untuk membina jati diri di tanah airnya.
b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan
perwatakan watak utama dalam setiap novel.
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Melunas Rindu,
Fuad sebagai watak utama manakala novel Kabus Di Perbukitan ialah
Faridah mempunyai perwatakan yang sama iaitu kedua-dua watak ini
sangat gigih/tabah dalam melakukan sesuatu. Contohnya,
kegigihan Fuad dapat dilihat apabila dia berusaha mencari ibu
kandungnya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi
sebenarnya ibunya masih hidup. Kegigihan Fuad dalam menjejak ibu
kandungnya membuahkan hasil, akhirnya Fuad berjaya bertemu dengan
ibu di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana penyakit lelah. Selain itu,
Fuad juga gigih menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam.
Contohnya, Fuad yang gigih mendalami agama Islam dengan rajin solat
berjemaah dan mengaji dengan Pak Ismail. Manakala dalam novel
Kabus Di Perbukitan pula, kegigihan watak utama iaitu Faridah dapat
dilihat apabila Faridah gigih menghadapi cabaran tinggal di negara asing
yang berbeza budaya dan agama. Faridah tetap gigih mengamalkan
adat dan budaya Melayu serta ajaran agama Islam dalam kehidupan
mereka sekeluarga walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand
dan berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris iaitu Soleh Johnsons.
Seterusnya ialah kedua-dua watak ini taat kepada agama dan
perintah Tuhan. Dalam novel Melunas Rindu , Fuad Sebagai saudara
baharu dalam Islam, dia tekun mengaji al-Quran sementara menunggu
waktu Isyak, dan mendalami ilmu agama daripada Pak Ismail manakala
dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah Faridah taat pada agama dan
sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New
Zealand dengan mementingkan didikan agama kepada kedua-dua
anaknya dengan menghantar anaknya ke kelas agama .
***Selain itu ,kedua-dua watak utama tabah menghadapi cabaran
dalam liku-liku kehidupan. Melalui novel Melunas Rindu ini dapat
dibuktikan bahawa Fuad tabah menghadapi kenyataan bahawa orang
yang dicintai iaitu Sofia dan Farhana ialah adiknya kandungnya sendiri,
Sofia ialah adik kandungnya sebelah ayahnya iaitu Robert Lim manakala
Farhana pula ialah adik kandungnya sebelah ibunya Mariana. Melalui

novel Kabus Di Perbukitan pula dapat dibuktikan Faridah tabah


menghadapi cabaran di rantau orang iaitu New Zealand seorang diri
selepas kematian ibu dan diikuti suaminya iaitu Ghazali.
Akhir sekali ialah kedua-dua watak ini mempunyai sifat
penyayang. Dalam novel Melunas Rindu dapat dibuktikan bahawa Fuad
begitu menyayangi kedua-dua ibu bapa angkatnya sehingga sanggup
membeli motosikal dan tanah untuk Pak Ismail dan membawa mereka
berdua menunaikan umrah di Mekah untuk mengucapkan rasa syukur
dan berterima kasih kerana sanggup menjaganya. Dalam novel Kabus
Di Perbukitan pula dapat dibuktikan bahawa Faridah sayang akan
ibunya Salmah sehingga sanggup menemani ibunya dan tidak mahu
berpindah mengikut suaminya yang bekerja di Kelang.

Fuad
seorang
pendidik
yang
bertanggungjawab
menjalankan tugas.
Fuad seorang pemuda yang suka membantu orang
Faridah seorang yang sangat mencintai tanah air
Faridah seorang ibu yang penyayang

dalam

Kuching Zon B
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, kemukakan dua
peristiwa yang menyayat hati dalam novel tersebut. [7 markah]
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu hasil karya Hartini
Hamzah. Dalam novel ini, terdapat beberapa peristiwa yang menyayat
hati dan menimbulkan kesan yang mendalam dalam hati para pembaca
setelah membaca novel tersebut.
Antara peristiwa yang menyayat
hati para pembaca ialah apabila Mariana ditinggalkan oleh
suaminya, Robert Lim. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama
tiga bulan sahaja. Pada masa itu, Mariana sedang mengandung.
Fikirannya
berkecamuk
apabila
terkenang
akan
sikap
tidak
bertanggungjawab suaminya itu. Lebih menyayat hati lagi apabila anak
Mariana dilarikan orang. Setelah melahirkan Fuad, anaknya itu dipelihara
oleh Pak Seman, bapanya. Mariana hanya sempat bersama-sama Fuad
selama lima hari sahaja. Setelah tiga hari di rumah Pak Seman, Fuad
dilarikan orang pula. Dalam usaha mencari Fuad, Seman pula meninggal
dunia akibat dipatuk ular. Mariana semakin tertekan dan hal ini
menyebabkan dia gila meroyan. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah
nasib Mariana. Anaknya hilang bapanya pula meninggal dunia. Peristiwa
ini amat menyayat hati para pembaca lebih-lebih lagi apabila anak yang
dikandung dilarikan orang. Ibu mana yang tidak sayang akan anak
sendiri sedangkan binatang pun menyayangi anak.

Satu peristiwa lain yang menyayat hati para pembaca ialah


apabila cinta Fuad tidak kesampaian. Peristiwa Fuad kehilangan
adiknya Sofia yang merupakan gadis yang dicintainya telah
meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati para pembaca. Setelah
kematian Sofia, Fuad pulang ke kampung dan menerima ejekan daripada
penduduk kampung kerana kematian Sofia disebabkan oleh
tindakannya. Fuad menerima ejekan dan cacian orang kampung dengan
hati yang tabah sehinggalah orang kampung menerimanya kembali.
Setelah reda dengan kematian Sofia, Fuad sekali lagi bertemu pintu
hatinya untuk becinta kembali. Nama wanita tersebut ialah Farhana yang
merupakan rakan sekerjanya di Sekolah Menengah Seri Setia. Farhana
dan Fuad mulai akrab setelah mereka ditugaskan untuk bekerjasama
dalam menjalankan satu aktiviti berkaitan dengan subjek yang diajar
iaitu, Bahasa Inggeris. Setelah lama berkawan, Fuad mula selesa dengan
Farhana dan mula bercerita tentang latar keluarga masing-masing. Fuad
sangat terkejut apabila nama ibu Farhana sama dengan nama ibu yang
dicarinya selama ini iaitu Mariana. Setelah lama mencari, akhirnya rahsia
terbongkar. Ibu kepada Farhana ialah ibu kepada Fuad juga. Namun,
Farhana dilahirkan setelah Mariana mengahwini lelaki lain iaitu
Fakharudin. Hati Fuad berkecai apabila mengetahui rahsia yang begitu
menyayat hatinya kerana pada awalnya, Fuad ingin meluahkan
perasaannya terhadap Farhana tetapi berlaku di sebaliknya. Peristiwa ini
telah menyayat hati para pembaca kerana pada mulanya pembaca
beranggapan bahawa Farhana akan menjadi teman sehidup semati Fuad
tetapi berlaku di sebaliknya.
Novel yang saya kaji ialah Kabus Di Perbukitan hasil karya
Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang menyayat
hati dan menimbulkan kesan yang mendalam dalam hati saya setelah
membaca novel tersebut.
Antaranya peristiwa yang menyayat hati
saya ialah apabila Faridah terpisah dengan adik kembarnya sejak
berusia tujuh tahun lagi. Setelah ibu dan ayahnya berpisah, Faridah
tinggal bersama-sama dengan ibunya di Kampung Parit Tiga, Sungai
Besar. Manakala Rahayu pula tinggal bersama-sama ayah dan ibu
tirinya, Hamidah yang menetap di Pontianak, Indonesia. Belum sempat
lagi mereka bertemu Rahayu terlebih dahulu meninggalkan Faridah.
Rahayu meninggal dunia setelah Faridah sedar daripada koma. Hasrat
Faridah ingin bertemu dengan adik kandungnya tidak kesampaian,
pertemuan mereka hanyalah di dalam igauan Rahayu sahaja. Kematian
Rahayu memberi tamparan hebat kepada Salmah yang merupakan ibu
kandung kepada Faridah dan Rahayu. Peristiwa tersebut menyebabkan
ibunya meninggal dunia kerana terlalu merindui Rahayu, anaknya yang
telah lama terpisah dengannya.

Satu peristiwa yang menyayat hati saya juga ialah apabila


Rahayu menahan kesakitan dalam melawan penyakit yang
dihidapinya. Penyakit barah paru-paru yang dihidapinya menyebabkan
dia tidak dapat meneruskan kuliahnya seperti sediakala. Dia berasa
sangat sedih dengan keadaan dirinya yang tidak bermaya lagi. Azrul
yang merupakan rakan sekuliahnya sering memberikan semangat
kepada Rahayu agar terus kuat dalam melawan penyakitnya itu.
Meskipun dia tahu bahawa penyakit yang dihadapi oleh Rahayu semakin
serius, namun dia tetap memberikan semangat kepada gadis yang
dicintainya itu untuk meneruskan hidupnya. Lebih menyayat hati saya
apabila Rahayu kehilangan Suhaila yang menjadi rakannya di wad
tersebut telah meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila ada
memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca oleh Rahayu
ketika dia bosan. Meskipun dalam keadaan yang tidak bermaya, Rahayu
tetap mengingati kakaknya Faridah yang masih belum dijumpai.

KL
a)Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa
yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. [7 markah]
Novel yang telah saya kaji ialah Novel Melunas Rindu
karya Hartini Hamzah. Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa
peristiwa
yang
dapat
dikaitkan
dengan
persoalan
maruah.
Dalam novel Melunas Rindu, peristiwa yang dapat dikaitkan dengan
persoalan maruah iaitu ketika Fuad melarikan anak angkat kepada
Mak Salmah dan Pak Ismail iaitu Sofia. Peristiwa ini bukan sahaja
memberikan kesan yang mendalam kepada Mak Salmah dan Pak Ismail
malah turut mencemarkan maruah keluarga Mak Salmah dan Pak Ismail.
Seterusnya, peristiwa lain yang dapat dikaitkan dengan
persoalan maruah ialah ketika Cikgu Zamani dimarahi oleh pengetua
sekolah yang di ajarnya kerana tidak bertanggungjawab sebagai
seorang guru. Cikgu Zamani sering ponteng kelas dan menyebabkan

beliau ditukarkan ke sekolah lain. Peristiwa ini sudah


mencemarkan imej sekolah dan dirinya sebagai seorang guru .

tentu

Novel yang saya kaji ialah Novel Kabus di Perbukitan,


karya Mohamad Kholid Hamzah. Berdasarkan novel tersebut, terdapat
beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
Antara peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah
pertama persoalan menjaga maruah diri dan keluarga. Misalnya,
walaupun Melina semakin akrab dengan Benny dan Benny berkali-kali
mengajaknya ke Malaysia namun Melina keberatan untuk menerima
pelawaan Benny tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah demi
menjaga maruah diri dan keluarganya. Namun, harapan Benny itu
hanya terlaksana apabila Benny melamar Melina dan mereka mendirikan
rumah tangga.
Kedua, persoalan menjaga maruah agama. Misalnya,
tindakan Mohamed Attar yang agak ekstrem dalam perjuangannya untuk
menegakkan syiar Islam kurang disenangi oleh Ustaz Hassan Syukri.
Peristiwa Mohamed Attar ditangkap kerana cuba mengebom sebuah
pusat perjudian di Pulau Sentosa, Singapura telah menjatuhkan maruah
agama Islam kerana telah memberikan tanggapan negatif kepada
masyarakat terutama masyarakat bukan Islam bahawa agama Islam
mengajar umatnya melakukan keganasan.
Hal ini sudah tentu
bertentangan dengan ajaran Islam yang mengutamakan amalan
berhemah dalam menyebarkan syiar Islam.

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari , huraikan pengajaran


dalam setiap novel tersebut .
Daripada novel Melunas Rindu yang telah saya kaji di
tingkatan 4 karya Hartini Hamzah , pengajaran yang boleh saya huraikan
ialah kita harus bertanggunggjawab kepada keluarga . Hal ini
dapat dilihat semasa Fuad tinggal di rumah Pak Mail dan Mak salmah
sebagai anak angkat , Fuad tetap menunaikan tanggungjawabnya
sebagaimana ibu bapa sendiri . Dia telah membeli sebuah motosikal dan
sebidang tanah dan menamakannya atas nama Pak Mail .Fuad juga
menunaikan tanggungjawabnya kepada apaknya iaitu Peter Lim yang
berada di sungai Ruan . Walaupun Peter Lim hanyalah bapa saudaranya
tetapi Fuad mengganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah
membesarkannya . Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan
membantu menjelaskan yuran Ah Soh dan menanggung semua
perbelanjaan persekolahan adik-adik sepupunya .

Pengajaran seterusnya ialah , kita janganlah menyimpan


perasaan marah dan dendam kepada orang lain. Contoh
pengajaran ini dapat dilihat ketika Mak Salmah sukar untuk menerima
Fuad kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilangan Sofia . Namun
setelah setahun Fuad berada dirumah nya , barulah Mak Salmah
memaafkan Fuad .Pak Mail pula tidak pernah berdendam dan menerima
Fuad datang ke rumahnya setelah ketiadaan Sofia . Pak Mail juga tidak
berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agar
Sofia diambil daripada Pak Mail dan Mak Salmah .Ketika Robert Lim
datang kerumahnya untuk mencari Fuad , Pak Mail menerima
kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima permohonan maaf
daripada Robert Lim .
Selain itu, kita janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga
memudaratkan diri . Pengajaran ini dapat dilihat melalui watak
Mariana . Dia rasa tertekan setelah ditinggalkan oleh suaminya Roslan
atau Robert Lim . Setelah melahirkan anak dia terus meratap dan
menangis sehingga dia menjadi gila meroyan . Keadaan dirinya yang
demikian menyebabkan Mariah menyerahkan anak yang dilahirkan
kepada ayah Mariana . Mariah telah membawanya ke Bentung agar
tekanan perasaan Mariana reda . Setelah sembuh daripada gila meroyan
, Mariana menyesal atas perbuatannya sehingga dia terpisah dengan
anaknya . Pengajaran ini mengajar kita agar tidak terlalu mengikut
perasaan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri .

Daripada novel Kabus Di Perbukitan yang telah saya kaji, karya


Mohammed Kholid Hamzah , pengajarannya
ialah kita mesti
berfikiran jauh untuk mencapai kejayaan . Hal ini dapat dilihat
ketika Azrul seorang graduan yang bepandangan jauh tentang pertanian
negara ini .Azrul juga menyatakan hasratnya untuk menternak kambing
selepas menamatkan penggajian kepada ayahnya setelah melihat
pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah , korban ,majlis
menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat hindu . 25 tahun
kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri
pertanian melalui ladang sendiri dan Persatuan Peladang.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita jangan terlalu taksub
dengan
satu-satu
pendapat
atau
pegangan
sehingga
menjejaskan keselamatan dan keamanan orang lain . Contohnya
seperti Mohammed Attar seorang juruterbang helikopter di tempat
Benny bertugas ialah seorang yang tahfiz al-Quran . Dia mahir tentang
rukun islam , tauhid tetapi amat benci akan Amerika yang dianggap
sebagai petualang . Mohammed Attar juga tidak dapat menerima

pendapat ustaz Hassan Syukri yang menekankan unsur lemah lembut


dalam berdakwah dan menegur orang . Dia juga dipercayai oleh polis
republik mahu mengebom sebuah kasino yang baru dibuka di Pulau
Sentosa tetapi berjaya ditangkap oleh berkuasa republik tersebut .
Seterusnya, kita mestilah ingat asal usul kita . Pengajaran ini
dapat dilihat melalui watak Faridah . Faridah sering bercerita tentang
sawah bendang , pokok kelapa di kampung halamannya yang terletak di
Sungai Besar kepada anak-anaknya iaitu Anne dan Melina . Melina ingin
ke Sungai Besar untuk melihat kamung halaman ibunya iaitu Faridah dan
menjejak warisannya yang dirasakan semakin menghilang . Pengajaran
ini mengajar kita untuk terus ingat akan asal usul kita supaya warisan
kita dapat terus dikekalkan .
Kelantan
a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebabsebab novel itu dapat menimbulkan kesedaran kepada
pembaca. [7 markah]
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah terdapat
beberapa sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada
pembaca, pertama kesedaran melalui tema novel berkenaan yang
menunjukkan kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi
cabaran sangat penting untuk memperoleh kejayaan. Misalnya, Fuad/
Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah
terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya
Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan
telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih
hidup amat menggembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia
berjaya menemui ibunya yang seterusnya dapat melunaskan rindunya
terhadap ibu kandungnya itu. Hal ini memberi kesedaran kepada
pembaca bahawa kegigihan dan ketabahan akan menghasilkan
kejayaan.
Kedua, kesedaran melalui perwatakan Farhana yang sangat
komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia
Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah
Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan
baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program
yang telah dirancang. Melalui perwatakan Farhana ini telah memberikan
kesedaran kepada pembaca agar sentiasa komited dan amanah
dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.

Bagi novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin


Hamzah juga terkandung beberapa sebab novel ini boleh menimbulkan
kesedaran kepada pembaca, kesedaran yang pertama dapat diperoleh
melalui tema novel ini iaitu jati yang kental terhadap bangsa
sendiri. Sebagai contoh,Faridah masih mengekalkan identiti bangsa
Melayunya walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand iaitu
masih menggunakan nama Idah. Kesedaran kepada pembaca ialah
walau di mana kita berada, kita perlu kekalkan jati diri kita.
Kesedaran kedua yang kita peroleh
ialah pemeliharaan dan
pemuliharaan alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat
dikurangkan. Misalnya, Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu
mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing,
sebaliknya
mengusahakan
pusat
peranginan
berkonsepkan
agropelancongan. Peristiwa ini menyedarkan kita bahawa
pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi menjadi
tanggungjawab kita bersama.
Bukan itu sahaja, kesedaran yang saya peroleh dalam novel ini
ialah wawasan jauh akan mudah mencapai kejayaan. Seperti
Azrul yang merupakan seorang graduan yang berpandangan jauh
tentang masa depan bidang pertanian di negara ini. Azrul menyatakan
hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada
ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis
akikah, korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat
Hindu.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu
peristiwa yang menarik hati anda daripada setiap novel tersebut. [8
markah]
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah
saya kaji, terdapat banyak peristiwa menarik yang terkandung dalam
novel ini. Antara peristiwa menariknya ialah peristiwa Fuad
mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin
iaitu jiran Mariah yang merupakan kakak angkat ibu Fuad. Pak Samsudin
juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu
kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.
Peristiwa ini
menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca
ingin mengetahui cerita yang seterusnya.
Seterusnya, peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana
ialah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan

Afzan kerana menghidap penyakit asma. Semasa berada di hospital


tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana iaitu Mariana ialah ibu
kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan
bahawa ibunya iaitu Mariana ialah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis
yang dicintai dan ingin dikahwininya ialah adik kandungnya sendiri.
Peristiwa ini
menarik hati saya kerana walaupun Fuad
menghadapi pelbagai masalah dalam perhubungan, dia tetap
tabah menghadapi dan dapat menerima kenyataan yang
Farhana merupakan adik kandungnya.
Peristiwa watak utama mengetahui bahawa nama dirinya
yang sebenar. Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan
ialah Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri
terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias. Peristiwa
ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan
mengetahui identiti sebenar Fuad.
Peristiwa watak utama mengetahui siapa ibu kandungnya
yang sebenar. Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu
kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana
menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut
Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang
dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya
(Mariana) ialah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan
ingin dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri. Peristiwa ini
membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa
simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta.
Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.
Pertemuan watak utama dengan ayah kandungnya di
lapangan terbang. Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert
Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin
membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu
kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya)
menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa
dia akan menyusul mereka kemudian dan dia dan Fuad saling
berpelukan.
Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan
hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.
Novel Kabus Di Perbukitan, karya Mohamad Kholid bin Hamzah
juga mengandungi pelbagai peristiwa yang menarik. Peristiwa yang
pertama ialah ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar.
Faridah berada pada zaman lampau. Faridah berada di suatu tempat

asing, iaitu di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Kubu. Faridah pergi ke pekan
tersebut ditemani oleh Amah Siti.Faridah melihat cara penduduk pada
zaman itu begitu asing baginya. Faridah merasakan dia berada pada
zaman penjajahan Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Peristiwa ini menggambarkan keistimewaan hubungan kembar
antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung
walaupun jasad mereka terpisah jauh.
Operasi mencari mangsa yang hilang dalam kemalangan.
Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan
banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA,
Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. Situasi ini
menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha
mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di
Bukit Fraser.
Selain itu, peristiwa mangsa kemalangan ditemui semula.
Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan
oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak
sedarkan diri.
Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan
Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan
raya di Bukit Fraser.
Akhir sekali ialah Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di
Rosewood, Christchurch, New Zealand. Pertemuan itu menguatkan lagi
keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga berasal
dari Sungai Besar, Selangor. Peristiwa ini menarik minat saya
kerana walaupun Faridah sudah lama menetap di New Zealand,
dia tetap cinta akan tanah airnya.

N9
(a) Pengarang menggunakan beberapa teknik dalam karyanya untuk
membentuk plot dan menyampaikan ceritanya. Huraikan dua
teknik plot daripada sebuah novel yang telah anda pelajari. [7
marl
(b)
Novel yang saya kaji ialah Kabus Di Perbukitan karya Mohamad
Kholid Hamzah beberapa teknik untuk membentuk plot digunakan.
Antara teknik plot yang terdapat dalam novel ialah teknik imbas

kembali. Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap


peristiwa atau kejadiaan yang telah berlaku atau yang telah dialaminya.
Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini
ialah kenangan Faridah ketika dia dan Rahayu masih kecil.
Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di
kawasan pantai Sungai Haji Dorani. Mereka mengutip lala dan kerang di
pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan
itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi
bertahun-tahun lamanya.
Seterusnya teknik pemerian. Pemerian bermaksud penceritaan
tentang sesuatu peristiwa atau keterangan sesuatu watak secara
langsung oleh pengarang. Antara contoh penggunaan teknik ini ialah
suasana di Rosewood, Christchurch, New Zealand Udara awal musim
sejuk berat dan basah. Faridah terbatuk-batuk kecil. Tubuhnya dibalut
dengan baju panas daripada kain bulu halus. Hangat, tetapi masih
belum lagi menyelesakan. Saban tahun dia akan menghadapi masalah
yang sama walaupun telah 25 tahun dia berhijrah ke Negara Baharu ini.
@
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.
Saya telah memperoleh teknik plot pada novel ini. Antaranya ialah
teknik saspens. Sebagai contohnya, peristiwa Fuad memasukkan
kad ATM-nya ke dalam mesin wang itu lalu menekan butang
penyata baki. Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang
lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan ingin
tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak terdapat dalam
akaun bank Fuad. Melalui situasi itu, pembaca ingin tahu dari mana
sumber wang tersebut diperolehnya.
Selain itu, teknik kejutan juga saya telah peroleh melalui novel ini.
Teknik kejutan ialah perubahan mendadak yang berlaku secara tiba-tiba
dalam binaan plot. Secara kebiasaanya, kesan yang timbul daripada
teknik ini berlainan dengan jangkaan pembaca. Contohnya, Fuad
terkejut apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama
Mariana Binti Osman. Peristiwa tersebut mengejutkan para
pembaca kerana tidak menyangka bahawa nama ibu Fuad sama
dengan ibu Farhana. Hal ini bermakna, mereka berdua ialah adik-beradik
kandung.

b)Jelaskan persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam dua


buah novel yang telah anda pelajari.

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 dan 5 ialah Novel Melunas
Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel Kabus Di Perbukitan karya
Mohamad Kholid bin Hamzah. Saya telah memperoleh persamaan dan
perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut.
Persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut ialah
masyarakat penyayang.Dalam novel Melunas Rindu,masyarakat
penyayang dapat dilihat melalui watak Fuad yang sangat menyayangi
ibu kandungnya,Mariana yang disangka sudah meninggal dunia.Fuad
tidak
pernah
berputus
asa
dalam
pencarian
pusara
ibunya.Manakala,persamaan latar masyarakat bagi novel Kabus Di
Perbukitan pula dapat dilihat melalui watak Salmah yang sangat
menyayangi anaknya,Rahayu yang telah meninggal dunia kerana barah
paru-paru.Salmah sentiasa mengenang arwah Rahayu sehingga beliau
meninggal dunia.
Selain itu,persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel
tersebut ialah masyarakat yang kuat dalam pegangan agama.
Dalam novel Melunas Rindu,persamaan tersebut dapat dilihat pada
watak Fuad yang tekun mengaji Al-Quran sementara menunggu waktu
Isyak dan mendalami ilmu agama dengan Pak Ismail.Fuad juga tidak
lupa menunaikan solat walaupun dalam keadaan musafir.Manakala
dalam novel Kabus Di Perbukitan,persamaan tersebut dapat dilihat pada
watak Faridah dan Salmah yang sentiasa berdoa apabila mengalami
tekanan atau masalah kemalangan
Di samping itu,terdapat juga perbezaan latar masyarakat dalam
kedua-dua novel tersebut.Dalam novel Melunas Rindu,perbezaan latar
masyarakat ialah masyarakat guru. Masyarakat guru dapat dilihat
pada watak Farhana yang tidak bersefahaman dengan Cikgu Zamani.
Contohnya,Farhana menyindir kelakuan Cikgu Zamani sehingga
berlakunya pertengkaran yang agak serius. Manakala bagi novel Kabus
Di Perbukitan, perbezaan latar masyarakat adalah masyarakat cinta
akan alam sekitar. Masyarakat tersebut dapat dilihat pada watak Azrul
yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.
Contohnya, Azrul telah menaja penubuhan persatuan Pencinta Alam dan
Hutan.

MP KEDAH
a) Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hatini Hamzah terdapat


beberapa latar masyarakat. Antaranya ialah, masyarakat yang tabah
menghadapi cabaran hidup. Sebagai contohnya, Fuad sungguh tabah
menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya selama beberapa
bulan dia tinggal bersama-sama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak
Salmah itu beranggapan bahawa Fuadlah punca kematian Sofia, iaitu
anaknya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa
bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah.
Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama. Sebagai
contohnya, selepas kembali kepada agama asal keluarganya, Fuad tekun
mengerjakan solat termasuklah bersolat berjemaah di surau dan tekun
mempelajari al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.
Selain itu, terdapat latar masyarakat yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited.
Misalnya, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di
Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai matapelajaran Bahasa
Inggeris dengan
baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk
memantapkan program yang telah dirancang.
Di samping itu, masyarakat yang sayang akan ahli keluarga
sendiri walaupun berlainan agama. Misalnya, Fuad sangat sayang akan
Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil
malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun
kini dia telah kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.
@
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid
Hamzah latar masyakarat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat
yang tabah menerima ketentuan takdir dengan reda misalnya,
Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa dia akan kehilangan
insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang berdekatan antara satu
sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara kembarnya yang
sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit
barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana menderita akibat
kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula meninggal dunia
akibat kemalangan jalanraya.
Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama.
Soleh
Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk
agama Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan
menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa
menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan

haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umat Islam di New


Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.
Selain itu, masyarakat yang mempunyai jati diri yang teguh
walaupun di mana-mana pun berada.
Faridah yang sudah 25 tahun
tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah airnya,
Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di
Malaysia dalam meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh
Johnson.
Seterusnya, masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai
kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak dan
petani setelah menamatkan pengajian di UPM, telah berusaha dengan
gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya
hingga dia berjaya menjadi seorang usahawan tani berjaya.

(b) Teknik kejutan merupakan salah satu teknik yang boleh menarik
perhatian pembaca. Huraikan teknik kejutan yang terdapat dalam
kedua-dua buah novel yang anda pelajari. [ 8 markah ]
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
terdapat teknik kejutan. Antaranya ialah, peristiwa pertemuan antara
Fuad dengan ibu kandungnya di Hospital Tengku Ampuan
Afzan ,Kuantan. Secara kebetulan ketika dia mengunjungi ibu Farhana
sangat mengejutkan Fuad dan Farhana. Hal ini mengejutkan dan menarik
perhatian pembaca kerana Fuad tidak menyangka bahawa ibu Farhana

itu sebenarnya ibu kandungnya juga. Hal ini disahkan oleh bapa Fuad
iaitu Robert Lim yang kebetulan mahu menemui Fuad untuk
menyerahkan sebentuk cincin yang mungkin boleh membantu Fuad
mencari ibunya.
Kedua, peristiwa kehadiran bapa Fuad, Robert Lim di
lapangan terbang ketika Fuad, ibunya Mariana, Pak Ismail dan Mak
Salmah hendak berangkat mengerjakan umrah di Makkah mengejutkan
Fuad dan pembaca. Hal ini mengejutkan
Fuad kerana dia tidak
menyangka bapanya akan datang malah Fuad lebih terkejut apabila
bapanya menyatakan bahawa dia akan menyusul ke Makkah juga
seolah-olah bapanya mahu kembali kepada agama Islam.
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid
Hamzah. Terdapat beberapa teknik. Antaranya ialah, teknik kejutan.
Semasa Rahayu terjatuh dan pengsan di lantai telah mengejutkan
Azrul dan juga pembaca. Azrul panik dan kehilangan punca. Beberapa
orang pelajar dan pembantu perpustakaan menyerbu menghulurkan
bantuan. Rahayu dikejarkan ke pusat kesihatan. Pagi itu, perpustakaan
UPM gempar dan pelajar-pelajar membuat penilaiaan sendiri-UPM
diserang histeria.

PAHANG
a) Teknik plot dalam sesebuah novel memainkan peranan yang penting
dalam menghasilkan karya yang menarik. Jelaskan dua teknik plot
yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 markah]
Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah Melunas Rindu hasil
karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa teknik plot yang telah saya
pelajari dalam novel ini. Antaranya ialah, teknik dialog iaitu pertuturan
antara watak yang terpapar dalam cerita. Penggunaan teknik dialog
dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik. Antara
contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah dialog
Robert Lim dengan Pak Ismail Berdasarkan dialog tersebut,pembaca
mengetahui tujuan kedatangan Robert Lim ke rumah Pak Ismail,iaitu
berjumpa dengan Fuad. Robert Lim turut mengambil kesempatan itu
untuk memohon maaf kepada Pak Ismail.Selain itu,pembaca mendapat
tahu bahawa Robert Lim masih terasa kehilangan Sofia.
Selain itu, teknik imbas kembali .Imbas kembali bermaksud
ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah
berlaku atau telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai
penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui

mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak.Teknik imbas kembali


banyak digunakan dalam novel ini. Antara contoh penggunaan teknik
imbas kembali ,iaitu ketika Mariana terkenang akan arwah
suaminya,Fakhrudin
yang
meninggal
dunia
sebagai
akibat
pembengkakan di ususnya. Mariana terkenang akan sifat baik arwah
suaminya,seorang yang taat setia,dan menerima dia seadanya.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir,arwah suaminya sempat
membeli sebuah rumah untuknya.
Selain itu,
pengarang
menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan
sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Sebagai contohnya, Swee Lan teringat akan kepulangan
Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu.
@
Teknik plot seterusnya ialah, Imbas kembali merupakan salah satu
teknik plot. Imbas kembali merupakan peristiwa lalu yang diceritakan
dalam situasi semasa dan yang ada kaitan dengan peristiwa semasa.
Imbas kembali disampaikan melalui ingatan, penceritaan dan mimpi.
Contohnya, Faridah kembali diulit sunyi, di atas sofa kegemarannya
dengan baju panas dan berbungkus selimut tebal merenung jauh ke luar
jendela. Telah 25 tahun tanah air ditinggalkannya. Sesekali ada juga
perasaan yang menyentuh hati terutama dijeruk rasa kesunyian dan
kedinginan musim sejuk. Rintitan peristiwa 25 tahun yang lalu kembali
menerjah. Tidak lama selepas ibunya pergi, Ghazali pula kembali ke
rahmatullah kerana kemalangan jalan raya. Hidupnya terasa kosong dan
sebatang kara. Satu demi satu kehilangan berlaku dalam hidupnya.
Walaupun ayahnya masih ada, tetapi dia terasa asing, tambahan pula
mereka tinggal berjauhan. Imbas kembali tersebut menggunakan
peristiwa semasa Faridah berada di New Zealand. Dia teringat peristiwa
lalu yang menjadi sebab atau punca dia meninggalkan tanah air.

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan


persamaan pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu hasil karya Hartini
Hamzah dan Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah.
Terdapat beberapa persamaan pengajaran dalam kedua-dua buah novel
ini. Antaranya ialah kita hendaklah tabah dan reda menghadapi
dugaan hidup.
Dalam novel Melunas Rindu, Fuad tabah

mengharungi dugaan hidup terutama dalam menerima hakikat bahawa


gadis yang dicintainya iaitu Sofia dan Farhana ialah adik-adik
kandungnya. Fuad hampir-hampir meluahkan perasaan cintanya itu
kepada Farhana namun terpaksa membatalkan niatnya itu apabila dia
mendapat tahu bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Dalam novel
Kabus Di Perbukitan, Faridah tabah meneruskan kehidupannya
setelah kematian saudara kembarnya, Rahayu, kemudian ibunya pula
meninggal dunia dan diikuti oleh suaminya Ghazali dalam tempoh yang
sangat dekat. Faridah menerima ketentuan takdir itu dengan reda.
Selain itu, , terdapat persamaan pengajaran iaitu, kita juga
hendaklah mentaati perintah agama. Dalam novel Melunas RIndu,
setelah Fuad kembali kepada agama Islam, dia begitu mentaati ajaran
agama Islam. Dia sentiasa mengerjakan solat termasuklah solat
berjemaah dan mengaji al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.
Dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, Soleh Johnsons sangat
mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agama Islam dan
berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usahausaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan
derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di
ladangnya mengikut syariat Islam agar umat Islam di New Zealand
memperoleh bekalan daging yang halal.
Bukan itu sahaja, terdapat persamaan pengajaran iaitu, kita
perlulah melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab. Dalam novel Melunas Rindu, Farhana juga begitu
komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa
Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia
dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia
selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah
dirancang.
Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Salmah sanggup
bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak
kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan
mereka.
Terdapat persamaan pengajaran iaitu, kita hendaklah sayang
akan ahli keluarga sendiri. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad
sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah
memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan
adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah kembali kepada agama
asalnya iaitu Islam.

Dalam Kabus Di Perbukitan, selepas menerima berita tentang


kemalangan Faridah, Kamarudin segera mengambil keputusan untuk
pergi ke tempat kemalangan Faridah. Dia menyayangi anaknya dan
sanggup meredah hutan untuk mencari anaknya yang hilang. Akhir
sekali, kita hendaklah prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di
sekeliling kita. Misalnya, Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di
Hospital UKM.Seterusnya, pasukan polis Raub menjalankan operasi
mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas kemalangan. Ghazali
seorang majikan yang prihatin akan keselamatan Faridah dan Iqbal.
Ghazali bermalam di Rumah Rehat Gap untuk mendapatkan maklumat
terkini tentang Faridah dan Iqbal.

MP PP
a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat persoalan
kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Jelaskan dua peristiwa
yang dapat dikaitkan dengan persoalan tersebut. [7 markah]
Berdasarkan novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah yang
telah saya kaji, saya telah mempelajari banyak persoalan yang terdapat
dalam novel ini. Saya ingin menghuraikan dua peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak.
Antara peristiwa bagi persoalan ini ialah, Mariana sentiasa
mengingati Fuad. Mariana terkena penyakit gila meroyan selepas
bersalin. Mariana sering bersusah hati dan menangis hingga akhirnya dia

hilang pertimbangan. Fikirannya menjadi tidak waras sehingga dia


terfikir hendak membunuh anaknya kerana terlalu marah kepada
suaminya, Robert Lim, yang meninggalkannya tanpa sebarang alasan.
Akibatnya, Mariah, kakak kepada Mariana terpaksa menghantar Fuad
kepada ayahnya untuk dijaga sementara menunggu penyakit Mariana
pulih. Namun, Fuad telah dilarikan oleh orang. Bermulalah kemeranaan
Mariana. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia kehilangan
anaknya yang kemungkinan dilarikan oleh keluarga bekas suaminya.
Selepas beberapa bulan dan dia pulih sepenuhnya, Mariana mengecapi
kebahagiaan dengan keluarga barunya. Namun ingatannya terhadap
Fuad tidak pernah luntur. Ingatan terhadap anaknya itu sentiasa
menjadikannya resah kerana tidak mungkin baginya menafikan
kewujudan Fuad yang dilahirkan oleh dia sendiri.
Selain itu, Mak Salmah sangat sayang akan Sofia sehingga
kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital. Mak Salmah
juga sangat marah terhadap Fuad sehingga tidak mengambil peduli
tentang hal-hal yang dilakukan oleh Fuad kerana Fuad yang telah
melarikan Sofia dari rumah kerana ingin menghantar Sofia ke pangkuan
keluarga kandungnya. Hampir setahun lamanya dia mencuba
memulihkan keadaan di Danau Seberang dan menghadapi kebencian
Mak Salmah. Mak Salmah tidak dapat memaafkannya atas kehilangan
anak perempuan kesayangannya, Sofia.
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan hasil karya Mohamad
Kholid Hamzah yang telah saya kaji, kami telah mempelajari banyak
persoalan yang terdapat dalam novel ini. Saya ingin menghuraikan dua
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kasih sayang seorang
ibu terhadap anak. Peristiwa yang pertama iaitu, Salmah, ibu Faridah
terkejut dan berasa sedih ketika menerima berita bahawa
Faridah kemalangan dan hilang dari tempat kejadian. Doa Salmah
tidak putus-putus dari mulutnya. Salmah berharap benar Faridah yang
sudah lama tinggal bersama-samanya itu selamat kerana dia
bergantung hidup penuh dengan anaknya itu. Salmah juga meminta Pak
Imam Sohod membuat solat hajat untuk memohon kepada Allah agar
Faridah selamat walau dimana pun dia berada. Salmah juga seorang ibu
yang baik kerana itu dia disayangi anaknya Faridah yang menjaganya.
Salmah membantu menjaga Rahayu sewaktu anaknya sakit walaupun
terpaksa bertandang ke rumah Kamarudin. Pengorbanan ini adalah
pengorbanan untuk anaknya. Salmah seorang ibu yang sanggup
berkorban demi anak-anaknya.
Peristiwa yang seterusnya ialah, Hamidah sangat menyayangi
Rahayu walaupun Rahayu ialah anak tirinya. Hamidah mendidik

Rahayu seperti anaknya sendiri. Ketika dia menerima panggilan telefon


dari UPM yang memberitahu bahawa Rahayu dimasukkan ke Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Dia bergegas bersiap untuk
melawat Rahayu. Kemudian di hospital dia dipanggil oleh doktor untuk
berbincang secara peribadi mengenai penyakit Rahayu, hati Hamidah
menjadi tidak keruan kerana dia risau terjadi apa-apa kepada Rahayu.
Setelah dibagitahu bahawa kemungkinan besar Rahayu menghadapi
ketumbuhan dan perlu menjalankan ujian biopsi, dia memutuskan
supaya
doktor
tersebut melakukan
apa yang
patut untuk
menyembuhkan penyakit Rahayu. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk Rahayu. Sewaktu Rahayu menjalankan rawatan kemoterapi,
Hamidah setia menemani Rahayu.
b)Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu
peristiwa pada peringkat permulaan novel tersebut. (8m)
Berdasarkan novel Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah yang telah
saya kaji, saya mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku pada
peringkat permulaan novel ini. Antaranya ialah Fuad tinggal bersama
dengan ibu bapa angkatnya, Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad
banyak menolong ibu angkatnya dan bapa angkatnya demi
membahagiakan mereka. Fuad membeli sebidang tanah milik Awang
Sojar untuk diberikannya kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad telah
banyak berbuat lebih dari sepatutnya kepada Pak Ismail dan Mak
Salmah. Fuad memberikan sepenuh kasih sayangnya, tulang empat
keratnya dan wang ringgitnya untuk membahagiakan kedua orang tua
itu disamping ingin meminta maaf kepada Mak Salmah. Selain untuk
mengambil hati Mak Salmah yang marah kepadanya kerana melarikan
Sofia, Fuad turut mendalami ilmu agama dengan bimbingan Pak Ismail.
Fuad turut menolong orang-orang kampung agar kehadirannya di
kampung itu diterima oleh mereka. Fuad menanggung segala
perbelanjaan majlis perkahwinan Borhan dan Masnah untuk menabur
bakti kepada pasangan tersebut. Selain itu, Fuad juga menolong Borhan
menghantar anaknya yang sakit ke hospital.
Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan hasil karya Mohamad
Kholid Hamzah yang telah saya kaji, saya dapat mempelajari banyak
peristiwa yang terdapat dalam novel ini. Peristiwa pertama yang berlaku
dalam novel ini iaitu Rahayu dan Azrul bersarapan di kafeteria
yang berdekatan di dalam kampus. Rahayu jatuh pengsan
semasa mereka
berdua berada di perpustakaan semasa Ayu ingin menuju ke sudut
Malaysiana untuk mencari buku rujukan. Rahayu merasakan dirinya
tidak dapat dikawal lagi dan seperti ada skrin besar di hadapannya.

Rahayu merasakan dia sedang menuju ke penghadang jalan yang


berkecai dilanggarnya dan dia terus menjunam ke dalam gaung. Rahayu
telah dibawa ke Pusat Kesihatan dan telah dirawat di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kemudian, Rahayu disahkan menghidap penyakit
kanser paru-paru. Ketika Rahayu jatuh pengsan, dia telah ternampak
akan gambaran bahawa dia terlibat dalam suatu kemalangan.
Sebenarnya, kejadian itu berlaku kepada kakak kembarnya, Faridah.
Pada ketika itu, Faridah ingin menenangkan fikirannya yang
runsing akibat putus tunang dengan Azman. Faridah hanya
mendapat pesanan melalui mesej sahaja bahawa Azman ingin
memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab. Faridah juga takut
dengan penerimaan ibunya. Harapan ibunya yang ingin menimang cucu
secepat mungkin sangat tinggi. Faridah tidak mahu mengecewakan
ibunya. Semasa Faridah sedang memandu van, tiba-tiba Iqbal menepuk
bahunya dan perkara tersebut membuatkan Faridah terkejut lalu
menekan brek secara tidak sengaja. Van itu bergerak ke kanan dan tidak
dapat dikawal lagi. Van melanggar tembok penghadang jalan dan terus
menjunam ke dalam gaung. Usaha untuk mencari Faridah dan Iqbal oleh
pasukan penyelamat menemukan jalan buntu.

Sabah
a)Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, dua peristiwa teknik
saspens yang terdapat dalam novel tersebut.
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan
Kabus Di Perbukitan. Terdapat dua peristiwa teknik saspens yang saya
peroleh dalam setiap novel. Berdasarkan novel Melunas Rindu teknik
saspens ialah peristiwa Fuad mendapati akaun banknya mengandungi
wang lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan
ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak yang terdapat
di dalam akaun bank Fuad. Wang itu sebenarnya telah dimasukkan oleh
ayahnya Robert Lim.
Peristiwa yang kedua ialah Fuad tertanya-tanya sama ada ibu Farhana
itu merupakan ibunya juga. Kedatangan Robert Lim adalah untuk
menyerahkan cincin supaya memudahkan operasi pencarian ibunya
Fuad. Namun,kedatangannya juga telah merungkaikan persoalan selama
ini.
Dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, teknik saspens yang saya dapati
ialah pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal
tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.Hal ini
telah menarik perhatian para pembaca ke mana hilangnya Faridah dan

Iqbal. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk operasi tersebut dan


akhirnya operasi ini telah diberhentikan kerana telah menemui jalan yang
gagal.

Teknik saspens yang seterusnya, ialah kehilangan Benny menimbulkan


tanda tanya. Benny sibuk dengan urusan peniagaannya bersama-sama
dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Muhamed Attar,
Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar
menyertai perjuangan mereka.Semasa Muhammad Attar ditangkap oleh
pihak Interpol, Melina membuat laporan ke balai polis kerana suaminya
tidak pulang ke rumah.Melina yang sarat mengandung tertanya ke mana
perginya Benny.

Selangor
a)Huraikan tema novel yang telah anda pelajari
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.
Novel ini bertemakan kegigihan seorang anak yang berusaha
untuk mencari ibunya. Fuad yang berusaha mencari ibu kandungnya
yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Fuad ingin mengetahui dimana
terletaknya pusara ibu kandungnya jika ibunya sudah meninggal
dunia.Fuad pergi ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan
berjumpa dengan Pak Ngah Lias . Usaha Fuad mencari saudara-mara

ibunya dan pusara ibunya semakin sukar apabila dia mengetahui


bahawa ibunya masih lagi hidup dan tinggal bersama makcik angkatnya
iaitu Makcik Mariah. Fuad mendapat berita gembira bahawa ibunya
masih hidup telah membakar semangat Fuad untuk terus mencari
ibunya. Fuad juga telah meminta bantuan Peter Lim untuk menghubungi
bapanya bagi mendapatkan barang-barang peninggalan ibunya untuk
memudahkan pencarianya. Pada akhir penceritaan novel ini, Fuad
berjaya menemui ibu kandungnya setelah mengetahui nama ibu Farhana
sama seperti nama ibunya semasa melawat ibu Farhana yang sedang
sakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan.
Novel Kabus Di Perbukitan bertemakan jati diri bangsa Melayu.
Jati diri dan kekuatan pegangan agama menjadikan seorang wanita
melayu berupaya menghadapi cabaran hidup dengan tenang tanpa
terkikis nilai wanita melayu dan pegangan agama yang setia. Kekuatan
diri membentuknya menjadi wanita yang masih sedar akan asal usul
dirinya. Contohnya, Faridah yang bermastautin di Rosewood, New
Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya, Malaysia
walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood. Selain itu, Faridah
masih menggemari masakan melayu iaitu kari yang juga merupakan
masakan kegemaran anaknya, Anne. Seterusnya Faridah masih
mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah.
Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi
pegangan kuat. Faridah dan Soleh Johnsons menghantar anak-anak
mereka, Anne dan Melina belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia
enam tahun di Christchurch yang terletak 30 kilometer dari rumah
mereka di Rosewood. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang,
akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih
bermakna di Malaysia.

b)Dalam setiap novel terdapat pelbagai latar masyarakat yang boleh


kita contohi. Buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakakn
tiga contoh yang sesuai berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah. Masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini
merujuk kepada masyarakat yang suka menolong orang yang
memerlukan pertolongan. Contohnya Fuad menolong kawannya Borhan
dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik pada suatu
malam sekali gus membayar kos perubatan anak Borhan. Fuad juga

menumpangkan Farhana balik ke kampung untuk berjumpa dengan ibu


Farhana.
Selain itu, mesyarakat yang taat dan patuh akan agama.
Contohnya, Fuad dan Pak Ismail tidak pernah mengabaikan solat lima
waktu dan mereka kerap pergi ke surau untuk menunaikan solat secara
berjemaah. Pak Ismail juga mengajar Fuad mengaji al- Quran sejak Fuad
memeluk agama Islam. Pada akhir penceritaan novel ini, Robert Lim iaitu
bapa kandung kepada Fuad telah kembali semula kepada ajaran Islam
dan berhajat untuk menyusul Fuad, ibu kandungnya, Mak Salmah dan
Pak Ismail ke Mekah

Akhir sekali, masyarakat guru yang dedikasi terhadap tugas.


Farhana dan Fuad begitu komited dan dedikasi terhadap tugas mereka
sebagai guru dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi anakanak murid mereka secara bekerjasama dalam menyumbang idea. Fuad
juga sering membuat kelas tambahan kepada anak-anak muridnya.
Cikgu Farhana pula menyusun program untuk meningkatkan prestasi
pelajar di sekolahnya.

Novel yang saya kaji ialah Kabus Di Perbukitan karya


Mohamad Kholid Hamzah. Berdasarkan novel tersebut, pengarang
telah menggunakan pelbagai latar masyarakat bagi menjadikan novel
yang ditulis lebih menarik.
Antara latar masyarakat yang terdapat
dalam novel ialah masyarakat yang mempunyai jati diri yang
kukuh. Sebagai contoh Faridah kembali semula ke Malaysia setelah 25
tahun menetap di New Zealand kerana jati dirinya sebagai rakyat
Malaysia yang masih utuh. Faridah juga sering mengingati tanah airnya
Malaysia dari segi adat, makanan dan budaya di Malaysia semasa di
New Zealand.
Selain itu, mayarakat yang mengalami keruntuhan rumah
tangga. Contohnya, Kamaruddin yang sudah berkeluarga telah
mengadakan hubungan dengan Hamidah. Setelah berkahwin dengan
Hamidah, Kamaruddin berpisah dengan Salmah. Penceraian tersebut
menyebabkan Rahayu berpisah dengan ibu dan kakaknya.
Seterusnya, masyarakat yang tabah dan reda dalam menerima
ketentuan Tuhan. Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa dia
kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang berdekatan
antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara kembarnya
yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana

penyakit barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana


menderita akibat kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula
meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Akhir sekali, masyarakat Melayu yang berhijrah dan menetap
di negara asing. Contohnya Faridah yang pada mulanya berkursus
selama enam bulan di New Zealand. Di sana Faridah telah bertemu
dengan jodohnya iaitu Soleh Johnsons lalu menetap di sana dan dikurniai
dua orang puteri kembar, iaitu Anne dan Melina.
YIK
a) Latar masyarakat sangat penting dalam sesebuah novel. Huraikan
tiga latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda
kaji.
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang
telah saya kaji, terdapat beberapa latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut. Antaranya ialah masyarakat yang taat dan
patuh akan perintah agama. Contohnya Fuad dan Pak Ismail tidak
pernah mengabaikan solat 5 waktu dan mereka kerap pergi ke surau
untuk menunaikan solat secara berjemaah. Walaupun Fuad baru belajar
mengenali agama Islam, tetapi beliau sudah patuh dan taat
mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan yang telah ditetapkan
oleh syariat Islam.
Selain itu, masyarakat yang penyayang. Mariana mengambil
berat tentang perkembangan anak gadisnya, Farhana dan cuba menjejak
anak lelakinya yang dilarikan bekas suaminya. Mariana tetap mengingati
anaknya Abdul Halim yang telah lama hilang tanpa khabar berita. Selain
itu, Fuad menunjukkan sikap penyayang dalam novel tersebut iaitu
dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari ibunya yang dia
tidak pernah temui selama ini. Fuad juga menyayangi Sofia dan Farhana
sebagai adiknya dan berjanji untuk menjaga kebajikan Farhana dan
ibunya.
Di samping itu, masyarakat yang suka menolong orang yang
memerlukan pertolongan. Contohnya, Fuad menolong kawannya
Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik
pada suatu malam. Fuad sering menghulurkan bantuan kepada individu
yang menghadapi kesusahan. Fuad sanggup menanggung belanja
persekolahan adik-adik sepupunya iaitu Mei Lin,Ah Soh dan Guan. Pak
Ismail juga turut membantu Fuad dalam usaha dia mencari ibunya.

Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid


Hamzah yang telah saya pelajari terdapat beberapa latar masyarakat
dalam novel tersebut. Antaranya ialah masyarakat yang prihatin. Haji
Awang sentiasa menyuruh Khadijah, anaknya menemani Melina di
rumah Melina semasa ketiadaan Benny demi keselamatan Melina yang
tinggal seorang diri.
Seterusnya, masyarakat Melayu Islam yang cinta akan
keamanan dan kesederhanaan. Contohnya, Ustaz Syukri Hassan
menyampaikan ajaran Islam kepada Benny dan Mohd. Attar dengan cara
lembut. Selain itu, Faridah dan Soleh Johnsons menganjurkan majlis
rumah terbuka untuk semua penduduk dan komuniti di tempat
tinggalnya semasa hari raya secara kesederhanaan.
Di samping itu, masyarakat yang kuat berpegang pada jati
diri bangsa Melayu. Jati diri orang Melayu begitu terserlah pada watak
utama, iaitu Faridah. Meskipun sudah lama berada di perantauan, iaitu
25 tahun di New Zealand, Faridah tidak lupa akan asal usulnya. Dalam
pergaulan dan kehidupan masyarakat setempat di New Zealand, Faridah
tetap mengamalkan budaya dan adat Melayu dalam kehidupannya.
Faridah masih makan masakan melayu dan menyediakan masakan kari
untuk keluarganya di New Zealand. Faridah juga sentiasa bercerita
tentang Sungai Besar dan asal usulnya kepada kedua-dua orang
anaknya.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda telah pelajari, huraikan satu
konflik yang dialami oleh watak utama dalam setiap novel dan
bagaimanakah cara watak utama itu menyelesaikan konflik yang
dialami olehnya.
Dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah,terdapat satu
konflik yang dialami oleh Fuad iaitu watak utama dalam novel tersebut.
Fuad terpaksa menghadapi kebencian ibu angkatnya iaitu, Mak
Salmah. Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya
kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak Peristiwa itu, Mak
Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja
dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Cara Fuad mengatasi konflik

tersebut ialah, dia tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak


Salmah. Selain itu, Fuad juga sentiasa membantu penduduk
kampung serta sentiasa mengikut Pak Ismail ke Masjid untuk mendalami
ilmu agama. Akhirnya, Fuad sentiasa berdoa kepada Tuhan agar Mak
Salmah memaafkannya dan sikap Fuad telah melembutkan hati Mak
Salmah untuk memaafkannya.
Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid
Hamzah yang telah saya kaji, terdapat konflik yang dialami oleh watak
utama dalam novel tersebut. Konflik yang dialami oleh Faridah ialah
cabaran menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Faridah
kehilangan adik kembarnya, Rahayu akibat penyakit kanser. Selang
beberapa tahun, dia kehilangan ibunya akibat terlalu merindui arwah
Rahayu. Bertambah malang lagi, suaminya Ghazali turut meninggal
dunia akibat ditimpa kemalangan. Cara Faridah mengatasi masalah dan
dugaan yang dialaminya adalah dengan sentiasa bersabar dengan
ketentuan Ilahi. Faridah juga sentiasa berdoa agar dikuatkan lagi
hatinya menempuhi cabaran yang akan datang. Akhir sekali, dia
sentiasa berfikiran ke hadapan dan tidak menjadikan masalahnya
sebagai penghalang untuk dia terus hidup.

Johor
a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua kepincangan
masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel yang saya kaji Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan kepincangan
yang berlaku dalam masyarakat. Antaranya ialah masyarakat yang
tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah
diberikan. Hal ini terbukti melalui sikap Cikgu Zamani yang tidak
menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi.
Misalnya, dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah
bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga
kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan
suasana kelas menjadi riuh-rendah.
Seterusnya, masyarakat yang tidak bertanggungjawab
sebagai ketua keluarga. Hal ini terbukti melalui watak Robert Lim
yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru
dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telah
pun mengandung. Perbuatan Robert Lim yang tidak bertanggungjawab
itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila
meroyan malahan, Fuad mahu dibunuhnya.

Berdasarkan novel yang saya


kaji Kabus Di Perbukitan karya
Mohamad Kholid Hamzah terdapat
beberapa peristiwa yang
menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Antaranya
ialah, masyarakat yang mementingkan diri. Hal ini terbukti kerana
tindakan Kamarudin melarikan anaknya Rahayu daripada jagaan
Salmah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di
Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sini mulanya
perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa
Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh
Salmah.
Selain itu , kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah
sikap masyarakat yang tidak kuat pengangan agama. Hal ini
terbukti perbuatan Benny yang gemar minum arak walaupun dia
seorang yang beragama Islam. Benny seorang lelaki yang longgar
pegangan agama walaupun seorang Muslim. Dia masih minum arak dan
sering berfoya-foya.

b)Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dapat memikat hati


pembaca dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah
anda kaji, jelaskan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. Berikan
alasan anda.
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini yang telah saya
kaji, terdapat beberapa peristiwa menarik yang dipaparkan dalam novel
Melunas Rindu. Antaranya ialah, peristiwa apabila Fuad tiba di
Hospital Tengku Afzan Ampuan untuk melawat ibu Farhana yang
dirawat di tingkat 4 di hospital itu. Fuad terkejut apabila melihat
nama ibunya dan nama ibu Farhana yang tertera pada kad rawatan ibu
Farhana adalah sama iaitu Mariana Binti Osman. Ketibaan Robert Lim
dan Pak Ismail mengesahkan bahawa mereka berdua merupakan adikberadik seibu. Saya sebagai pembaca, peristiwa ini dianggap menarik
kerana Fuad mengetahui bahawa ibu Farhana ialah ibu kandung Fuad
juga walaupun mengetahui bahawa mereka saling mencintai antara
satu sama lain.
Selain itu, peristiwa yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu
ialah kenyataan bahawa Fuad dan Farhana adalah adik-beradik.
Sebelum itu, Fuad telah menyimpan perasaan cinta terhadap Farhana
sehingga dia berhasrat untuk menjadikan Fahana sebagai pasangan
hidupnya, tetapi akhirnya Fuad mengetahui bahawa Farhana dan dirinya

adalah adik-beradik walaupun hal ini agak menyedihkan. Fuad harus


menerima kenyataannya dengan reda. Sebagai pembaca, peristiwa ini
dianggap menarik kerana Fuad dapat menerima kenyataan tersebut
dengan reda dan dapat hidup bahagia dengan adiknya, Farhana.
Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohammad
Kholid bin Hamzah yang telah saya kaji, terdapat peristiwa menarik yang
dipaparkan dalam novel Kabus Di Perbukitan. Antaranya ialah peristiwa
apabila Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah
sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir
roboh ditolak arus. Selepas Rahayu diselamatkan, Faridah memeluk
adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun
tidak bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal
dunia. Sebagai pembaca, saya tertarik dengan keistimewaan hubungan
kembar antara Faridah dengan Rahayu yang masih boleh berhubung
walaupun jasad mereka terpisah jauh.
Selain itu, peristiwa lain yang menarik dalam novel Kabus Di
Perbukitan ialah peristiwa pertemuan Azrul dengan Faridah ketika
melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai
Besar. Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul
terhadap kekasihnya, Rahayu. Walaupun Rahayu telah pergi buat
selama-lamanya. Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain
semata-mata ingin dekat dengan Rahayu. Sebagai pembaca, peristiwa
tersebut dianggap menarik kerana peristiwa tersebut menunjukan
kesetiaan seseorang dalam perhubungan.

Terengganu
a)Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua
latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
Novel yang saya kaji ialah Novel Melunas Rindu , karya Hartini
Hamzah. Pelbagai latar masyarakat dalam novel ini. Antaranya ialah,
masyarakat yang menghargai orang lain. Fuad yang merupakan watak
utama dalam novel ini sanggup membantu keluarga angkatnya
menyelesaikan masalah kewangan. Bahkan Fuad dengan rela hati
menjaga Peter Lim dan sanggup mengelap muntah bapa angkatnya
ketika Peter Lim sedang sakit. Selain itu, Fuad juga sanggup membeli
tanah dan motosikal untuk kegunaan Pak Ismail dan isterinya untuk
kemudahan Pak Ismail bagi menghargai jasa mereka dan bagi menebus
segala kesalahannya.

Selain itu, latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini juga ialah
masyarakat yang hidup tolong-menolong dalam kehidupan seharian.
Contohnya Pak Said, Pak Ngah Lias, dan Pak Samsuddin membantu Fuad
dengan memberikan maklumat dan menemaninya dari satu tempat ke
satu tempat dalam usaha Fuad mencari ibu kandungnya di Lembah Klau.
Latar ini juga dapat dilihat dalam diri Farhana iaitu adik tiri Fuad ketika
Fuad baru bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Seri
Setia. Farhana banyak membantu Fuad dalam pekerjaannya sebagai
guru Bahasa Inggeris.
Novel yang saya kaji ialah Novel Kabus Di Perbukitan, karya
Mohamad Kholid Hamzah. Pelbagai latar masyarakat yang terdapat
dalam novel ini. Antaranya ialah, masyarakat yang cinta akan alam
sekitar. Contohnya Azrul sangat akrab dengan alam sekitar sehingga dia
sanggup menjalankan kempen alam sekitar dan usaha menyelamatkan
sungai yang tercemar. Selain itu, Azrul dan rakan-rakannya telah menaja
Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi
pendedahan kepada murid tentang alam sekitar dan Azrul telah
mengadakan pelbagai program pendedahan alam sekitar kepada pelajarpelajar termasuklah Save Our River-S.O.S yang diadakan di KLCC.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang
penyayang. Contohnya Faridah sanggup menjaga ibunya dan tidak mahu
berpindah mengikut suaminya apabila suaminya berugas di Klang
meskipun suaminya hanya balik dua atau tiga kali seminggu. Hal ini
kerana Faridah risau akan keadaan ibunya selepas kematian adik
kembarnya Rahayu. Selain itu, latar masyarakat penyayang juga
terdapat pada watak Azrul di mana dia begitu sayang akan Rahayu
sehingga Azrul sanggup menemani Rahayu ketika kesihatan Rahayu
semakin merosot di hospital.

b)Banyak
peristiwa
yang
dipaparkan
dalam
sebuah
novel
menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu
persoalan pengorbanan yang terdapat dalam setiap novel
Novel yang saya kaji ialah Novel Melunas Rindu , karya Hartini
Hamzah. Terdapat persoalan pengorbanan dalam novel ini dan antara
peristiwa bagi persoalan ini ialah Fuad sanggup meluangkan masa
untuk duduk di kantin selama dua tiga jam untuk mengajar sekumpulan

kecil pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad juga kadang
kala sanggup berdiri, kemudian berjalan dan pada waktu yang lain
menggunakan
mimik
muka
untuk
memastikan
keberkesanan
pengajarannya. Dia sanggup melaksanakan apa sahaja cara dan usaha
agar pelajar-pelajarnya beroleh kejayaan dalam pelajaran.
Novel yang saya kaji ialah Novel Kabus Di Perbukitan, karya
Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat persoalan pengorbanan dalam novel
ini dan antara peristiwa bagi persoalan ini ialah semenjak Mak Salmah
bercerai dengan suaminya Kamaruddin, Salmah menyara anaknya
dengan cara bersawah padi di samping menjual pisang goreng di
Kampung Sungai Haji Dorani. Selain itu, Mejar (B) Kamaruddin juga
telah bertekad untuk meneruskan usaha mencari anaknya, Faridah
yang hilang dalam kemalangan di Bukit Fraser. Setelah operasi mencari
dan menyelamat diberhentikan, Kamaruddin dengan bantuan Buyung
meredah hutan Bukit Kutu sehinggalah ke perkampungan Orang Asli
Suku Temuan di Sungai Dua. Berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh
Rahayu, pencarian Kamaruddin akhirnya berjaya menemui anaknya,
Faridah dan kanak-kanak OKU, Iqbal.
MRSM
a) Huraikan dua latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah
anda pelajari
Novel yang telah saya pelajari ialah novel Melunas Rindu. Dua
latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah
masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup misalnya, Fuad
sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya
selama beberapa bulan dia tinggal bersama-sama Pak Ismail dan Mak
Salmah. Mak Salmah itu beranggapan bahawa Fuadlah punca kematian
Sofia, iaitu anaknya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad
terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah.
Fuad tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia
cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu
Peter Lim dan Swee Lan. Dia juga menumpang kasih sayang daripada
keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.Fuad juga meminta
agar Farhana menerima hakikat bahawa mereka adik beradik .
Selain itu ,masyarakat yang mentaati perintah agama
misalnya, selepas kembali kepada agama asal keluarganya, Fuad tekun
mengerjakan solat termasuklah bersolat berjemaah di surau dan tekun
mempelajari al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail. Fuad juga tidak
pernah meninggalkan solatnya. Pak Ismai banyak membantu dan
mendidik Fuad sejak Fuas kembali kepada agama asalnya.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Kabus di perbukitan.


Dua latar masyakarat yang terdapat dalam novel Kabus Di Perbukitan
ialah masyarakat yang tabah menerima ketentuan takdir dengan
reda. Sebagai contoh, Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa
dia akan kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang
berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan
saudara kembarnya yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang
meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibunya pula
meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Kemudian,
suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Selain itu , masyarakat yang mentaati perintah agama.
Sebagai contoh, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam
setelah dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia
sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar
Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa
memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam
agar umat Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.
Faridah dan Salmah sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan dan
masalah hidup .Faridah juga tetap melaksanakan perintah Allah dengan
tidak meninggalkan solat wajib dan sentiasa melaksanakan solat tahajud
walaupun dia tinggal di New Zealand.

b)Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu


peristiwa yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri
anda daripada novel ini .
Novel yang telah saya kaji novel Melunas rindu, satu peristiwa yang
meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya ialah peristiwa
Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya.
Mariana dirawat di Hospital tengku Ampuan Afzan kerana menghidap
penyakit asma. Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu
Farhana iaitu Mariana ialah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad
tabah menerima kenyataan bahawa ibunya iaitu Mariana ialah ibu
Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya

ialah adik kandungnya sendiri. Peristiwa ini membawa unsur


kejutan dan membawa kesan yang mendalam kepada saya. Saya
berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta.
Novel yang telah saya kaji novel Kabus di Perbukitan, pertemuan
Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan
Parit satu, Sungai Besar. Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan
keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu
telah pergi buat selama-lamanya. Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke
tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu. Kata-kata
perangsang Rahayu agar dia bekerja sendiri tanpa makan gaji terus
membakar semangatnya untuk bekerja sendiri iaitu menternak kambing
di kampungnya. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang mendalam
kepada saya kerana mengajar saya erti kesetiaan dalam
perhubungan.

SOALAN : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan


peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel
tersebut.
(Melunas Rindu) Peristiwa menarik dalam novel ialah :
1. Peristiwa watak utama mengetahui ibu kandungnya masih hidup.
Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin
iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga
meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya,
Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.
Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik
dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.
2. Peristiwa watak utama mengetahui bahawa nama dirinya yang
sebenar. Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah
Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri terkejut
mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias.
Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan
mengetahui identiti sebenar Fuad.
3. Peristiwa watak utama mengetahui siapa ibu kandungnya yang
sebenar. Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya.
Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap
penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut Fuad
mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari
selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana)
adalah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin
dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri.

Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca


berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta.
Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.
4. Pertemuan watak utama dengan ayah kandungnya di lapangan
terbang. Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin
membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu
kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya)
menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa
dia akan menyusul mereka kemudian dan dia dan Fuad saling
berpelukan.
Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan
hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.
5. Peristiwa kegigihan dan kerajinan watak utama mengajar anak murid.
Fuad mengajar murid-murid secara individu di dalam kelas lanjutan
untuk membantu murid-murid di SM Seri Setia menguasai bahasa
Inggeris dengan baik.
Peristiwa tersebut membuktikan kesungguhan dan keikhlasan Fuad
melaksanakan tugas sebagai pendidik.
KABUS DI PERBUKITAN karya Mohamad Kholid bin Hamzah
Peristiwa menarik dalam novel ialah
1. Peristiwa watak utama bertemu dengan adik kembarnya dalam
keadaan bawah sedar. Rahayu dan Faridah bertemu di dalam sebuah
rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan
Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu
setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu
telah pun meninggal dunia. Menggambarkan keistimewaan hubungan
kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung
walaupun jasad mereka terpisah jauh.
2. Peristiwa mangsa kemalangna ditemui semula. Faridah dan Iqbal
ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya,
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama
dua minggu selepas kemalangan jalan raya di Bukit Fraser.
3. Pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di
Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai Besar.
Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul
terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu telah pergi buat selamalamanya. Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata

ingin dekat dengan Rahayu. Kata-kata perangsang Rahayu agar dia


bekerja sendiri tanpa makan gaji juga terus membakar semangatnya
untuk bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya.
4. Operasi mencari mangsa yang hilang dalam kemalangan. Operasi
mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak
pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan
dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. Situasi ini menunjukkan
kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan
menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser

Novel Melunas Rindu


Konflik Watak Utama dan cara menyelesaikannya.
i)konflik memikirkan dia dibenci oleh Mak Salmah dan penduduk
kampung
*Fuad telah dipulau oleh penduduk Kampung Danau Seberang. Ibu
angkatnya, Mak Salmah membencinya dan mereka tidak bertegur sapa
walaupun tinggal sebumbung. Keadaan ini berpunca daripada tindakan
Fuad melarikan Sofia dan kemudian Sofia meninggal dunia. Cara Fuad
menyelesaikan konflik itu adalah dengna bersabar dan membuat
hubungan baik dengan penduduk kampung serta Mak Salmah. Akhirnya
sikap orang kampung dan Mak Salmah berubah.
ii)Konflik memikirkan namanya yang berbeza
*Selepas dilahirkan, Fuad dipelihara oleh Seman di Kuala Lipis. Masa itu
dia dinamakan sebagai Abdul Halim oleh Seman. Sewaktu dia dipelihara
oleh Peter Lim dan Swee Lan, namanya ditukar kepada nama kaum
Cina, iaitu Joshua. Akhir sekali dia menggunakan nama Fuad setelah
memeluk Islam dan tinggal dengan Mak Salmah dan Pak Ismail di Danau
Seberang. Cara Fuad menyelesaikan konflik tersebut ialah dia
mengekalkan panggilan namanya sebagai Fuad dan membetulkan
sebutan apabila ada orang lain memanggilnya dengan nama lain.
iii)Konflik untuk menentukan kebenaran ibu kandungnya telah meninggal
dunia.
*Fuad dimaklumkan oleh Peter Lim bahawa Ah Sok yang menjadi
peneroka di Sungai Ruan memberitahu bahawa ibu kandung Fuad telah
mati semasa melahirkannya. Seman yang memelihara ibu kandungnya
juga banyak merahsiakan hal Mariana. Mariana berkahwin secara rahsia
dan kemudian mengandung. Selepas itu, Mariana tidak tinggal di rumah
Seman. Mungkin dia telah mati dan dikebumikan di tempat lain. Cara

Fuad menyelesaikan konflik tersebut adalah dengan mencari kubur


ibunya untuk mengesahkan kebenaran kata-kata Peter Lim.
iv)Konflik untuk mencari kubur ibu kandungnya dan mencari ibunya
apabila diberitahu bahawa ibunya masih hidup
*Peter Lim memberitahu Fuad bahawa ibu kandungnya, Mariana telah
meninggal dunia semasa melahirkannya. Seman yang memelihara ibu
kandungnya pula banyak merahsiakan hal Mariana. Dengan bantuan
Pak Ngah Lias, Fuad pergi ke Kampung Sedili untuk menemui Mariah,
iaitu kakak angkat Mariana tetapi Mariah tealh berpindah. Akhirnya Fuad
dan Pak Ngah Lias, berjumpa dengan Pak Samsudin yang menjadi jiran
Mariah di Kampung Sedili. Pak Samsudin yakin nahawa ibu Fuad masih
hidup. Cara Fuad menyelesaikan konflik tersebut ialah dia berusaha
untuk mendapatkan beberapa petunjuk bagi menemukannya dengan ibu
kandungnya.
v)Konflik Fuad untuk menolak pelawaan Cikgu Zamani semasa Cikgu
Zamani mengajaknya supaya mengikuti jemaahnya.
*Bagi menyelesaikannya Fuad mengambil pendirian. Dia menyuarakan
isi hatinya dengan mempersoalkan sebab perlu banyak jemaah,
sedangkan Islam itu satu. Dia menegaskan bahawa orang yang
mengaku seagama, tidak harus menubuhkan dua tatu tiga jemaah.

Soalan novel: Huraikan dua konflik yang dialami oleh watak utama
dalam novel yang anda kaji. (7m)
*** Soalan ini tidak meminta calon menyatakan cara penyelesaian.
Berdasarkan novel yang saya kaji, iaitu Melunas Rindu, karya
Hartini Hamzah, watak utamanya ialah Fuad. Fuad mengalami konflik
dalaman kerana mecintai adik kandungnya, Sofia dan Farhana. Pada
mulanya, Fuad mencintai Sofia sebelum mengetahui Sofia adik
kandungnya yang berlainan ibu Selepas kematian Sofia, Fuad pula
berkenalan dengan Farhana, seorang guru mata pelajaran Bahasa
Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan jatuh cinta padanya. Walau
bagaimanapun, Fuad mengalami konflik dalaman sekali lagi apabila
mengetahui Farhana ialah adik kandungnya yang berlainan bapa.
Dengan perasaan yang sedih, dia terpaksa menerima hakikat bahawa
mereka ialah adik-beradik. Oleh yang demikian, dia berkonflik dengan
diri sendiri lantaran tidak sempat meluahkan perasaan sebenarnya
terhadap Farhana dan terpaksa memadamkan cintanya terhadap
Farhana.
Selain itu, Fuad turut mengalami konflik dengan Mak Salmah, ibu
angkatnya akibat kematian Sofia. Fuad telah melarikan Sofia, anak

angkat kesayangna Mak Salmah ke Kuala Lumpur untuk dipulangkan


kepada bapa kandungnya, iaitu Robert Lim semasa Sofia mengikuti
program lawatan sambil belajar anjuran sekolah. Dengan sebab yang
tidak diketahui oleh pembaca, Sofia telah meninggal dunia. Kematian
Sofia menambahkan kemarahan Mak Salmah. Mak Salmah benci akan
Fuad sehingga sentiasa bermuka masam dan tidak menghiraukan Fuad
walaupun mereka tinggal di bawah bumbung yang sama. Mak Salmah
juga enggan makan semeja dengan Fuad. Konflik antara Fuad dengan
Mak Salmah berlangsung dalam jangka masa yang panjang.

Kabus Di Perbukitan
Konflik yang dialami oleh watak
i)Konflik Salmah atas kehilangan Faridah dalam kemalangan jalan raya
*Faridah dan Iqbal ditimpa kemalangan jalan raya tetapi mereka berdua
hilang. Hanya van dan barang-barangnya yang ada di tempat kejadian
ii)Konflik diri Rahayu yang ingin sangat menemui kembarnya, Faridah
*Rahayu teringin sangat berjumpa dengan kakak kembarnya sebelum
dia meninggal dunia
iii)Konflik diri Faridah tentang kedudukannya selepas terlibat dalam
kemalangan jalan raya
*Faridah tertanya-tanya akan tempat dia berada selepas kemalangan.
Dia memandang sekeliling dengna perasaan berbaur takut dan aneh
iv)Konflik dalam Fuad setelah mengetahui bahawa ibu Farhana ialah ibu
kandungnya sendiri selepas melihat nama ibu Farhana ialah Mairana
Osman
v)konflik dalaman Fuad yang memikirkan Farhana yang selalu bertengkar
dengan Cikgu Zamani di sekolah. Fuad juga menghadapi konflik
dalaman apabila memikirkan tindakan dan cara kerja Cikgu Zamani.
vi)Konflik dalaman Farhana yang memikirkan Fuad yang tidak
menelefonnya seperti yang telah dijanjikan

You might also like