You are on page 1of 1

Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai

dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai cinta akan bahasa kebangsaan .Azlina cinta akan
bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa
papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Seterusnya, nilai kedua ialah
nilaibertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan
pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini ialah nilai semangat
setia kawan . Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut
Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Berdasarkan novel, Destinasiuy Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran
dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina
seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang
tinggi dan penyabar. Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.Firdaus
akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari
kesalahannya. Pengajaran terakhir dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati
terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau
cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak sampingan/watak
kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang atlek sukan, Azlina merupakan
olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Dia
seorang yang suka mengejek Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk
berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang
yang sememangnya seorang lelaki.Bukan itu shaja, dia juga seorang yang kuat semangat.Azlina yang
kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam
setengah.Akhirnya dia seorang yang suka akan cabaran.Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk
mereka untuk berbasikal ke Morib.

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini
ialah Firdaus. Dia merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia seorang yang
agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya. Dia juga
seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia
mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan,Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu
bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan
sebelum memiliki Firdaus. Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam,Firdaus mendendami
adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

You might also like