You are on page 1of 5

Assalamualaikum wbt.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi, izinkan saya perkenalkan

diri. Nama saya Fatin Liyana binti Muhammad Nukman dan saya berumur 12 tahun.

Saya belajar di Sek. Keb. Haji Hussain yang terletak di daerah Sik, Kedah. Hobi

saya ialah membaca buku manakala cita-cita saya pula ingin menjadi seorang guru .

Hari ini, saya berasa amat teruja untuk berkongsi cerita mengenai sebuah novel

yang telah saya baca iaitu novel yang berjudul Sekolah Kampung?.

Di dalam novel ini terdapat banyak isi menarik. Ayuh, kita dengarkan. Buku ini

hasil karya oleh penulis wanita yang bernama Natasya Effyzal. Buku ini diterbitkan

pada tahun 2012 oleh penerbitan PTS One Sdn. Bhd. dan memenangi Hadiah

Sastera Darul Ta’zim ke-VII (7) pada tahun 2009. Buku yang menarik ini mempunyai

201 halaman bercetak dan terdapat 14 bab yang menceritakan tentang kesungguhan

dan kegigihan seorang pelajar yang ingin berpindah semula ke sekolah lamanya di

bandar. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan serta mampu dimiliki oleh pelajar

seperti saya iaitu RM9.90 bagi semenanjung Malaysia dan RM10.90 bagi Sabah dan

Sarawak.

Tema utama yang terdapat di dalam novel yang menarik perhatian saya ini

ialah semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa, nilai kekeluargaan yang

kuat dalam diri dan ikatan persahabatan yang erat. Jalan cerita mengenai novel ini
sangat menarik kerana ia mengisahkan tentang seorang pelajar yang bernama Alya

Amira iaitu pelajar tahun 2 Sek. Ren. Sultan Abdul Samad yang terletak di bandar

telah bertukar ke sekolah di kawasan kampung iaitu Sek. Sri Kencana kerana

mengikut ayahnya yang dinaikkan pangkat. Alya mempunyai 4 orang adik-beradik

iaitu abang Helmi, kakak Shidah, Alya dan adiknya Eddy.

Berita gembira kenaikan pangkat ayahnya menjadi titik tolak konflik dalam

diri Alya kerana dia perlu berpindah ke sekolah kampung dan berpisah dengan kawan

baiknya Emma. Konflik dalam dirinya menimbulkan pemikiran yang negatif terhadap

suasana di kampung. Antaranya ialah takut tidak dapat menyesuaikan diri dengan

keadaan kampung, tidak mahu pelajarannya terganggu, kantin sekolah kotor serta

pelajar lelaki dan perempuan bercampur. Berlainan pula dengan adiknya Eddy yang

lebih terbuka dan suka dengan suasana yang baru. Oh, ya! Hanya Alya dan Eddy

sahaja yang berpindah sekolah tau. Abang Helmi dan kakak Shidah masih belajar di

sekolah lama kerana masing-masing akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM

pada tahun hadapan. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Alya supaya mereka tidak

berpindah namun segala usaha itu bagaikan dianjak layu, dibubut mati kerana

keputusan telah diambil.

Di Sekolah Sri Kencana Alya agak rapat dengan Aiza yang merupakan pelajar

cemerlang sejak tahun 1 lagi. Hari berganti hari. Tanpa Alya sedar, Aiza menjadi
sahabat baiknya dalam segala hal. Walaupun begitu, kekecewaan Alya masih

berterusan dan secara tidak langsung pelajaran Alya semakin merosot. Ayahnya

Encik Rahmat sangat risau akan hal ini. Oleh itu, ayahnya menawarkan apa sahaja

hadiah jika Alya berjaya meningkatkan prestasi dan mendapat tempat pertama di

dalam peperiksaan. Wah, ini peluang besar untuk Alya! Nekadnya hanya 1 iaitu

berpindah semula ke Sek. Ren. Sultan Abdul Samad. Maka bermulalah episod baru

dalam rutin harian Alya iaitu dia mula berubah menjadi pelajar yang fokus dan

belajar dengan tekun. Waktu terluang tidak ada lagi termenung dan angan-angan,

yang ada hanyalah pensel dan buku pelajaran. Akhirnya, Alya mendapat tempat

pertama dalam peperiksaan akhir tahun. Alya meminta hadiah yang tidak dapat

ditunaikan oleh ayahnya iaitu menukarkannya kembali ke sekolah lamanya atas alasan

adiknya Eddy boleh menyesuaikan diri, mengapa Alya tidak?

Oleh kerana terlalu kecewa, Alya keluar menunggang basikalnya ke kawasan

kampung dalam keadaan lapar dan masih berbaju sekolah. Akibat merajuk dan

terlalu lapar, Alya tertidur di bawah pokok sementara ayah, ibu dan adiknya Eddy

kerisauan mencari Alya. Rentetan peristiwa itu, Alya bertekad untuk terus belajar

dan mengekalkan kedudukannya nombor 1 setiap kali peperiksaan sambil mengharap

hati ayahnya lembut dan terbuka untuk membenarkannya kembali ke sekolah lama.

Masa terus berlalu. Keputusan ayahnya tetap sama. Alya juga semakin aktif dengan
aktiviti sekolah dan menyertai pertandingan bola jaring serta catur. Fokusnya kini

lebih kepada pencapaian Sekolah Sri Kencana. Hatinya semakin hari semakin terpaut

dengan sekolahnya namun akalnya masih tetap menyangkal. Bagaikan semalam baru

berpindah, kini UPSR berkunjung tiba. Alya, Aiza dan rakan-rakannya yang telah

bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran kini menghadapi peperiksaan dengan

tenang. Pada hari keputusan UPSR, Alya berasa sangat gembira kerana dia

mendapat keputusan 5A bersama-sama dengan Aiza dan Hazri. Namun terselit

penyesalan dalam dirinya kerana sikap kurang bersyukurnya setelah mengetahui

kisah Aiza yang telah kehilangan ibu sejak kecil tetapi sentiasa tenang dalam setiap

hal. Alya memasang impian untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah

berasrama di bandar. Hari yang ditunggu telah tiba. Keputusan penempatan sekolah

menengah berada di tangannya. Alya sangat berharap dia bersekolah di bandar.

Agaknya ke sekolah mana ya? Apa pendapat kawan-kawan di luar sana? Alya

membuka sampul surat dengan perasaan berdebar-debar. Alya sangat gembira

kerana berjaya memasuki sekolah berasrama penuh namun dia kecewa kerana

impiannya tidak tercapai seumpama menyikat keruan bagai kerbau kerana sekolah

berasrama penuh itu berada di kawasan kampung juga. Tetapi hatinya mengatakan

kampung atau bandar sama sahaja. Kejayaan tetap diraih jika dia terus kekal

berusaha tanpa putus asa.


Pengajaran daripada cerita ini, menggambarkan Alya ialah seorang pelajar

yang berjiwa kental dan berhati besar. Walaupun telah berpindah di sekolah

kampung, dia tidak mudah berputus asa dan terus mengekalkan prestasi

pelajarannya walaupun dia tahu bahawa dia tidak dibenarkan berpindah semula ke

sekolah lamanya. Sikapnya yang bertolak ansur dan menghormati ibu bapanya dan

guru harus dicontohi. Pada pendapat saya, kawan-kawan perlu membaca buku ini

kerana ia memberi sumber inspirasi dan meningkatkan motivasi diri untuk terus

berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran walau dimana kita berada.

Bak kata pepatah, "permata akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur

yang gelap" yang bermaksud jika seseorang itu pandai, bijak dan kreatif, walau

dimana pun dia berada, kehebatannya tetap terserlah.

Akhir sekali ingin saya katakan bahawa buku ini sangat bagus dari segi jalan

ceritanya dan mudah difahami. Sekian terima kasih.

You might also like