You are on page 1of 1

NUR AQILAH BALQIS BINTI MD YUSSOP 6UIA

GURU IDOLA SAYA

Untuk pengetahuan anda idola bermaksud seseorang yg sangat diminati atau kagum.Tajuk
karangan saya pada hari ini ialah guru idola saya.Saya ingin perkenalkan guru idola saya di
sekolah,nama seorang guru yg digelar idola saya ialah teacher hyu-jing [bukan nama sebenar] yang
mengajar mata pelajaran bahasa inggeris.Saya mengenali beliau sejak saya berumur tujuh tahun
semasa tahun satu.Beliau mengajar murid tahap satu.Beliau sudah berumur empat pulu enam
tahun.

Saya mempunyai beberapa sebab tentang menjadikan beliau sebagai idola saya.Antaranya,saya
meminati cara beliau mengajar kami.Beliau menggunakan gurauan dan membuat jenaka supaya
kami tertarik terhadap pelajaran yang diajar beliau.Beliau juga seorang yamg sangat baik terhadap
kami.Beliau tidak mudah marah diatas kesilapan kecil,tetapi beliau akan memarahi kita atas sebab
tertentu.

Guru ini juga berbakat didalam kesemua bidang.Walaupun beliau mengajar didalam subjek bahasa
inggeris,beliau juga mahir didalam pelajaran-pelajaran lain mahupun sukan akademik atau
olahraga sekolah.Beliau seseorang yang sangat berbakat yang saya pernah jumpa.

Beliau juga seorang yang sangat baik dan prihatin terhadap anak-anak murid beliau.Walaupun
kami sudah masuk tahap dua,beliau masih anggap kami seperti anak murid beliau di tahap
satu.Beliau seseorang yang selalu memberi saya motivasi,beliau pernah melatih saya menyanyi
untuk pertandingan diluar sekolah.Saya mempunyai sedikit masalah untuk menyebut sesuatu
perkataan didalam lirik lagu itu,tetapi setelah banyak membuat latihan.Saya mendapat tempat
kedua didalam pertandingan tersebut.

Beliau seorang yang sangat hebat yang pernah saya jumpa.Beliau selalu menegur saya ketika
berjumpa tidak kira dimana atau masa.Walaupun sudah hampir tiga tahun peristiwa itu
berlalu,beliau masih mengingati saya.Beliau juga masih menghantar pesanan kepada saya melalui
aplikasi whatsaap.Kami berhubung seperti ikatan antara sahabat.

Akhir sekali saya boleh berkata bahawa beliau adalah seorang guru yang paling hebat yang saya
pernah temui.Beliau juga seseorang yang telah menjadi orang kegemaran saya disekolah.Saya
berharap beliau akan terus menyebarkan ilmu dan menjadi kekaguman pelajar-pelajar lain.Saya
juga berharap kami akan bertemu semula ketika saya sudah mencapai cita-cita dan berjaya suatu
hari nanti.JJika bukan disebabkan didikan anda semua,siapalah kami.Itu sahaja yang saya dapat
kongsi setakat ini.sekian terima kasih.

Muridmu,
Aqilah

You might also like