You are on page 1of 2

Eng Zi Yi 1G

PERMULAAN

Guru idola saya ialah Cikgu Chong. Beliau mengajar saya Bahasa Melayu .

Beliau guru idola saya kerana beliau:

1. Mengamalkan sikap dan nilai yang perlu saya pelajari.

 Cikgu Chong selalunya bersedia membantu murid-murid yang lebih lemah


dalam Bahasa Melayu dengan penuh kesabaran.
 Cikgu Chong selalu mendisiplinkan murid-murid yang nakal di sekolah.
Selain itu, beliau juga mengambil berat terhadap semua murid sama ada
dalam akademik ataupun kesihatan.

Beliau guru idola saya kerana beliau:

2. Seorang guru yang menarik dan tertarik

 Mengajar saya dengan cara-caranya yang tidak bosan .Beliau guru abad ke-
21. Beliau mahir dalam menggunakan pelbagai alatan elektronik semasa
mengajar untuk menarik perhatian dan minat saya supaya lebih mudah
difahami .
 Beliau seorang periang dan penuh senyum. Beliau pandai membawa suasana
dalam belajar. Saya tidak pernah berasa bosan atau jemu dengan
pelajarannya. Saya yang awalnya tidak suka Bahasa Melayu berubah
menjadi menyukai pelajaran ini.

Beliau guru idola saya kerana beliau:

3.Seorang guru yang berinsprirasi

 Beliau bukan hanya mengajar, malah selalu memberi motivasi kepada saya.
Peperiksaan kali pertama, saya hanya mendapat 50 markah dalam Bahasa
Melayu.Beliau tidak pernah memarahi saya, maka memberi dorongan dan
galakan. Beliau berkongsi pengalamannya pada waktu sekolah menengah.
Beliaulah yang memotivasi saya supaya lebih berusaha dan tekun belajar.
Beliau tidak hanya guru, tapi juga sudah seperti sahabat bahkan ibu kedua
untuk saya.

Beliau guru idola saya kerana beliau:


Eng Zi Yi 1G

4.Seorang guru yang berdedikasi

 Beliau seorang guru yang professional dalam pekerjaannya. Beliau rajin


dan tepat masuk kelas. Beliau akan membuat persiapan pembelajaran
sebelum masuk ke kelas. Contohnya, beliau menyediakan isi-isi penting
dengan menggunakan komputer dan memaparkannya di dalam kelas semasa
mengajar.

PENUTUP

Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai guru yang terbaik di sekolah.
Beliau bukan sahaja seorang guru, malahan saya menganggapnya sebagai ibu.
Segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan kepada saya amat saya hargai
dan dikenang sampai bila-bila.

You might also like