You are on page 1of 2

Guru adalah umpama ibu bapa kedua bagi seorang murid.

Guru juga adalah


insan yang lebih bermulia yang tidak boleh dilupakan. Oleh itu, semua guru perlu
dipuji sepanjang hayat.

Saya dengan bangganya menyatakan bahawa saya adalah anak murid Cikgu
Umma Devi yang mengajar saya semasa saya di darjah 3. Cikgu Umma pada Ketika
itu sangat aktif dan kreatif serta berjiwa pendidik.

Beliau sentiasa memupuk kami sama ada dalam akademik mahupun sukan
sehingga mencungkil bakat yang terpendam dalam diri murid-murid. Pn. Umma
adalah digemari oleh semua murid sekolah saya kerana beliau sentiasa
menunjukkan nilai murni yang patut dicontohi seperti beramah mesra dan berkasih
sayang kepada semua murid. Beliau sentiasa membantu murid-murid lemah dalam
pembelajaran sehingga mereka menjadi lebih pandai. Cikgu Umma juga sentiasa
mengutamakan disiplin di kalangan murid. Saya masih ingat semasa saya di tahun
3, beliau memuji saya kerana berpakaian kemas dan memberi hadiah senuah kotak
pensel.

Selain daripada itu, apa yang membuatkan saya masih mengenang beliau
adalah bakat kreativiti luar biasa. Beliau sangat kreatif sehingga mewujudkan
perpustakaan yang sebelum berada dalam keadaan serba
kekurangan.Perpustakaan sekolah saya kelihatan sangat menarik dan teruja untuk
dilihat. Beliau sentiasa mengusahakan perpustakaan di sekolah saya.

Bahan bantu untuk pengajaran yang dibawa oleh Cikgu Umma adalah sangat
menarik dan berwarna-warni. Pada masa itu penggunaan ICT sangat kurang, namun
beliau juga menggunakan Powerpoint dalam pengajarannya. Saya memang faham
kandungan pembelajaran melalui kaedah yang digunakan oleh Cikgu Umma.

Cikgu Umma juga membantu murid-murid yang kurang berkemampuan


dengan memberi wang kepada murid-murid yang tidak membawa duit untuk
makanan. Cikgu Umma juga merupakan seorang atlet sukan olahraga. Beliau
membuktikannya pada kejohanan olahraga pada tahun tersebut di Sukan MSSD
dengan pasukan sekolah saya.

Saya difahamkan bahawa beliau juga seorang Guru Cemerlang pada umur
26 tahun dan tidak pernah jemu dalam mendidik murid. Sekarang umurnya 39 tahun.
Cikgu Umma masih lagi berusaha untuk menyampaikan ilmu kepada anak muridnya
dengan mengubah satu kelas yang luar biasa. Beliau berusaha untuk mendidik anak
murid yang tinggal di kawasan pedalaman untuk mewujudkan platform bagi
membina keyakinan diri mereka.

Kini saya bertugas sebagai jururawat, di sebuah hospital swasta. Walaupun


sudah lama, saya masih menjalinkan hubungan yang baik dengan Pn. Umma di
media sosial seperti whattsap dan facebook. Apa yang saya kagum adalah, beliau
masih aktif dan lebih maju dalam bidang tugasnya sehingga membuat percubaan
‘Malaysian Book Of Records’. Inilah sebab-sebab yang memberikan inspirasi
kepada saya untuk mencadangkan beliau bagi Anugerah Guru Inspirasi McDonalds.
Semoga beliau sentiasa maju dalam bidang Pendidikan.

You might also like