You are on page 1of 6

Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.

Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk


membaca buku ilmiah, buku cerita, majalah dan
sebagainya. Perpustakaan juga dikenali sebagai pusat
sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah mempunyai
perpustakaan sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan
bacaan di perpustakaan sekolah. Banyak kebaikan jika
kita menggunakan perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca.


Perpustakaan akan memupuk semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan
seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar.
Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti
ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa


lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh
membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan. Masa
kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini juga boleh
mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak
sihat sperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di


perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu
dibayar untuk membacanya. Kita tidak perlu membeli
buku rujukan atau buku cerita. Kita juga tidak perlu
membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry
Potter' kerana ia terdapat di perpustakaan.
Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
Kita membuat kerja sekolah yang belum siap di
perpustakaan. Kita booleh membuat perbincangan
berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di
perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar
kita.

Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan


pelbagai keperluan pembelajaran. Gunakanlah
perpustakaan dengan sebaik mungkin

jumlah Pelawat4,403,613

Peranan dan kepentingan Pusat Sumber Sekolah


Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau
pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia
merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan
menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau
bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan
murid.

Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan
pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat
sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk
proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid.

Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan
dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan
digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan
sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran.
Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai
bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini.

Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan
pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga
memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan
menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru
yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu
akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran
itu di sini.

Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan. berjalan dengan
lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu
seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat
memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan murid-murid di negara ini tidak
pernah melihat salji, sebuah filem yang menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan
menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang
mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan
yang dapat dilihat oleh murid-murid.
Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat,
lebih `detail dan spesialis’ (detail and specialise) serta menjjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu

Saturday, 5 May 2012

perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber
yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara
tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya,
jika kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat
kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber dapat
membantu guru. Ini akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang
berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh menyeronokkan murid-murid kerana
persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya pelbagai media
perangsang.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang penting
dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran
mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.
Advertisements

Saturday, 5 May 2012


karangan jenis autobiografi-SAYA SEPOHON POKOK RAMBUTAN

Saya sepohon pokok rambutan yang rendang. Saya berasal


daripada biji benih yang baik. Tuan saya menanam saya di
dusunnya yang luas.
Setiap enam bulan, tuan akan membubuh baja di sekeliling
badan saya supaya saya dapat hidup subur. Tuan saya juga
memagar saya supaya tidak ada haiwan yang merosakkan saya.
Tuan saya sentiasa menjaga saya dengan baik dan teratur.
Selepas beberapa tahun, saya pun mula mengeluarkan bunga.
Bunga-bunga mekar dan menjadi buah rambutan. Kini, buah yang
lebat menyebabkan ranting saya melurut ke tanah.
Apabila sudah masak, kulit buah saya akan menjadi merah.
Tuan saya akan mengait buah-buah sya untuk dijual. Dia menjual
buah-buah saya di pasar malam yang terletak tidak jauh dari
rumahnya.
Tuan saya sentiasa mendapat keuntungan yang banyak. Saya
berasa gembira kerana dapat berbakti kepada tuan saya. Saya
berharap agar tuan saya akan terus mendapat hasil yang banyak
daripada saya.

Karangan Biografi: Tunku Abdul


Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan
Februari 1903 di Alor Setar,
pada 8
Kedah.B a p a n y a b e r n a m a S u l t a n A b d u l H a
mid Shah, manakala ibunya ialah Mak C
i k M a n j a l a r a berketurunan Siam. Tunku Abdul
Rahman menerima pendidikan pertama di Maktab
Sultan Abdul Hamid dandi Penang Free School
ketika berumur 8 tahun. Pada tahun 1920,
beliau telah melanjutkanpelajaran dalam
jurusan undang-undang di Universiti Cambrudge,
England.Beliau pernah bekerja sebagai Penolong
Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah SungaiPetani.
Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai
Pengarah pelajaran negeri
Kedah.Pada tahun 1951, Tunku dilantik me
megang jawatan Presiden UMNO. Tunku ju
gaBerjaya mengabungkan MCA dan MIC dengan
UMNO sehingga wujud Parti Perikatan. Parti
inilahyang telah menyatupadukan rakyat Tanah
Melayu. Tunku telah berjaya meminta Kerajaan
Inggeris member kemerdekaan kepada
TanahMelayu pada tahun 1957. Beliau diberi
gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’. Beliau dilantik
menjadiPerdana Menteri pertama untuk m
rafi-Dato'Seri Dr Mahathir Mohamad
Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada
20 Disember 1925. Beliau ialah anak bonus
daripada sembilan orang adik-beradik. Bapanya
bernama Mohamad Iskandar dan ibunya bernama
Wan Tempawan.

Zaman persekolahannya bermula di Sekolah


Melayu Seberang Perak dan Maktab Sultan Abdul
Hamid. Beliau kemudiannya pelajarannya dalam
bidang perubatan di Universiti Malaya pada tahun
1947.

Penglibatan beliau dalam bidang politik bermula


pada tahun 1964. Beliau pernah menjadi wakil
Malaysia ke Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa
Bersatu, menjadi Menteri Pendidikan, Menteri
Perdagangan dan Perindustrian Malaysia, serta
Timbalan Perdana Menteri.

Pada 18 Julai 1981, Doktor Mahathir dilantik


menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Banyak pembaharuan yang diwujudkannya seperti
penerapan nilai-nilai Islam dan hubungan dua hala
dengan negara-negara maju.

Wawasan 2020 ialah matlamat utama beliau untuk


melihat bangsa Malaysia maju dan berkualiti.
Cita-cita beliau ini dikagumi oleh negara-negara
luar.
POSTED

You might also like