You are on page 1of 23

Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah

Senarai Sumber

1. Orang Sumber Nama 2. Internet Laman Sesawang 3. Majalah Nama Majalah Muka Surat Tahun Terbit

: http://en.wikipedia.org/wiki/SMK_Ibrahim

: Majalah Aliran 2011 : : 2011

4. Melawat Tapak Kajian Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Alamat Sekolah : Jalan Kolam Air, 08000, Sungai Petani, Kedah

1. Orang Sumber

2. Internet

3. Majalah

4. Melawat Tapak Kajian

Gambar di atas menunjukkan Dewan Tunku Ibrahim. Dewan ini merupakan dewan kedua yang dibina di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Dewan ini digunakan untuk majlis majlis yang rasmi seperti Hari Anugerah Cemerlang.

Gambar di atas pula menunjukkan salah satu infrastruktur yang terawal di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Banggunan ini merupakan bangggunan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Terdapat sebuah muzium yang terdapat di banggunan ini.

Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah

Senarai Kandungan

Bil 1 2 3 4 5 6

7 8 9

Perkara Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 6.1. Latar Belakang Sekolah 6.2. Lambang-lambang kemegahan sekolah 6.3. Infrastruktur dan kemudahan asas 6.4. Alumni Sekolah Rumusan Lampiran Rujukan

Halaman

Penghargaan

Terlebih dahulu saya Izzul Hafiy Bin Rashid dari tingkatan 2A2 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini.

Pertamanya, saya ingin menggucapkan terima kasih kepada bapa saya iaitu Rashid Bin Abdul Razak dan ibu saya iaitu Nor Azlishaliza Binti Ahmad kerana telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu, terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah saya iaitu Pn. Suriati bt Saad yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang sumber saya iaitu sepupu saya iaitu Izyan Syamimi kerana memberi maklumat secukupnya kepada saya.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan saya kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan.

IZZUL HAFIY BIN RASHID 2A2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM

Objektif Kajian
Objektif saya melakukan kerja khusus ini adalah untuk mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah dari mula ianya ditubuhkan sehinggalah sekarang. Saya berharap agar kerja khusus ini diteruskan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang sejarah sekolah.

Dengan menjalani aktiviti kerja khusus ini, saya juga dapat mengenali nama, lambang, logo, lagu, visi, misi, dan sebagainya yang ada kaitan dengan sekolah. Lambang lambang kemegahan sekolah penting kerana ianya merupakan satu tanda untuk mengenali sesebuah sekolah.

Selain itu, saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisis maklumat mengenai sekolah. Dengan mengusai kemahiran tersebut, saya pasti maklumat sekolah akan lebih tepat dan berfaedah.

Melalui kajian ini, dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah. Ini kerana saya boleh mengetahui peristiwa manis dan pahit sejak penubuhan sekolah.

Akhir sekali, melalui kajian ini dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga sekolah yang lain.

Kaedah Kajian

Beberapa kaedah telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat. Antaranya, kaedah lisan, melawat tempat kajian, melayari laman web, membuat rujukan dan menganalisis dokumen.Saya telah menggunakan kaedah lisan di mana saya telah menemu-ramah sepupu saya yang merupakan salah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Saya juga telah menyediakan soalan-soalan temu-ramah terlebih dahulu sebagai panduan.

Selain itu, saya juga telah melawat beberapa tempat kajian. Saya telah melawat kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Saya juga telah mengambil beberapa gambar sebagai bukti saya telah melawat tempat tersebut.

Di samping itu, saya juga melayari laman web untuk mengetahui tentang pentadbiran sekolah dan perkembangan sekolah. Saya telah menyediakan salinan laman web yang saya layari sebagai bukti.

Akhir sekali, saya juga telah membuat rujukan dan menganalisis dokumen. Antara dokumen-dokumen yang dianalisis adalah majalah SMK Ibrahim Aliran 2011 dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Sebagai bukti, saya telah mencetak muka hadapan majalah sekolah dan salinan dokumen- dokumen yang telah dianalisis.

Hasil Kajian
6.1 : Latar belakang sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim pada asalnya ditubuhkan sebagai salah sebuah Government English School pada bulan Ogos 1919 yang terletak di tengah-tengah bandar Sungai Petani, di mana terletaknya Pejabat Telekom Sungai Petani sekarang.Semasa penubuhannya, ia hanya ditadbir dan diurus oleh dua orang guru iaitu Tuan Syed Jan Al-Jafree sebagai guru besar dan En.Mohamed bin Man sebagai guru penolong.

Pada tahun 1935, sekolah ini dipindahkan ke premis baru di Jalan Kolam Air. Bangunan di premis baru ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Kedah ketika itu iaitu En..E.La.M. Stowell dengan nama baru, Sultan Hamid School.

Pada tahun 1936, nama Sultan Hamid School ditukar kepada nama Sekolah MenengahIbrahim ( Ibrahim Secondary School) sempena nama Almarhum Yang Teramat MuliaTengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang menjadi Pemangku Sultan Kedah dari tahun 1913 hingga 1914. Pada ketika itu, tenaga pengajarnya sudah bertambah menjadi lapan orang.

Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup bagi menjadi markas tenteraJepun, tetapi ianya dibuka semula pada Oktober 1945 selepas peperangan dunia kedua tamat. Pada tahun 1950, sekolah ini mendapat bangunan tambahan bagi membolehkan kelas English 1 dan IV dibuka. Bagaimanapun, bangunan ini kemudiannya dipisah untuk diwujudkan dua sekolah rendah yang baru iaitu Father Barres Convent dan SekolahRendah Ibrahim. Pada tahun 1960, sekolah ini telah mendapat bangunan makmal kaji hayat, sebuah bangunan tiga tingkat (bersebelahan padang sekolah) dan sebuah dewan yang telah dirasmikan pada 27 September 1963 .Sekolah ini bukan sahaja telah menunjukkan prestasi cemerlangnya dalam bidang kurikulum tetapi juga dalam bidang kokurikulum sejak di tahun 1950-an. Hingga kini,motto sekolah ini, Finis Coronut Opus yang bermaksud Penamat MenentukanMahkota merupakan motto yang dibanggakan oleh semua warga sekolah ini, yangmemberi semangat dan motivasi ke arah kecermelangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim.

6.2 : Lambang lambang kemegahan sekolah.

Logo Sekolah

Diperkenalkan pada tahun 1946. Ianya berbentuk perisai dan di bahagian kiri terdapat segemal padi melambangkan negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Malaysia.Sebelah kanan terdapat obor yang melambangkan ilmu pengetahuan.Bahagian bawah pula dilingkari oleh dua pelepah kelapa melambangkan aspirasi. Cogan kata Finis Coronat Opus membawa maksud Penamat Menentukan Mahkota. Warna hijau pada lencana melambangkan keagamaan, kuning melambangkan kesetiaan manakala merah melambangkan keberanian.

Lagu Sekolah

Sekolah Menengah Ibrahim Harum semerbak namamu Mendidik membimbing kami Putera-puteri berakhlak berilmu Cekal tabah semangat waja Cita-cita murni tanpa kecewa Demi agama bangsa dan negara Ilmu di dada warisan kita Sekolah Menengah Ibrahim Lahirkan insan sempurna Maju jaya setiap lapangan Usaha tangga kejayaan

Lagu: En. Abdul Rahman bin Zainol Lirik : En. Mohamad bin Abdullah

Visi & Misi Sekolah

VISI SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM MENJADI SEKOLAH MENENGAH HARIAN NOMBOR SATU DI MALAYSIA MENJELANG 2015

MISI SEKOLAH MENJANA SELURUH WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM AKAN BERUSAHA UNTUK : 1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah. 2. Meningkatkan kecemerlangan kurikulum. 3. Melahirkan pelajar yang hebat dalam kokurikulum. 4. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai sahsiah mulia. 5. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria. 6. Menjalin hubungan baik dan mesra dengan ibu bapa dan komuniti.

6.4 : Alumni Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim telah menghasilkan bilangan alumni cemerlang, ramai daripada mereka telah mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam kedua-dua sektor awam dan swasta. Tan Sri Hassan Merican, CEO Petronas (1995-Januari 2010) yang secara meluas dikreditkan dengan pengembangan global yang berjaya Petronas, mendapat pendidikan awal di sekolah ini. Terdapat ramai lagi yang telah berjaya, termasuk;

1. Tan Sri Sanusi bin Junid (bekas Menteri Besar Kedah) 2. Tan Sri Hassan Marican (bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) 3. Datuk A. Kadir Jasin (Kumpulan bekas Editor-in-Chief NST dan Pengerusi BERNAMA) 4. Tan Sri Murad bin Hj.Md.Noor (bekas Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan) 5. Prof.Dr.Samuel John Augustin (Bersara Profesor, Universiti Malaya) 6. Prof.Dr.T.Marimuthu (Bersara Profesor, Universiti Malaya) 7. Dato 'Hussein Ibrahim (artis / pengasas terkenal Ibrahim Hussein Museum & Cultural Foundation) 8. Prof.Dr.Ir. Mohammad Noor bin Haji Salleh (Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan UPSI) 9. Prof. Profesor KS Maniam (Penulis / Novelis dan bekas Profesor Madya, Universiti Malaya) 10. Drs. Haniff Hassan (kini Pengarah Maklumat Negeri Kedah) 11. Dato 'Paul Mony Samuel (kini Pegawai Pembangunan FIFA dari 2000)

Rumusan

Alhamdulillah , akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus sejarah tingkatan 2 dalam tempoh yang ditetapkan. Banyak pengetahuan dan nilai yang dapat saya pelajari sepanjang proses pembikinan kerja kursus ini. Melalui temu bual dengan guru dan tokoh bekas pelajar , banyak maklumat yang saya dapat berkaitan SMK Ibrahim terutamanya mengenai peranan guru dan pelajar dalam meningkatkan prestasi sekolah. Oleh itu, timbul kesedaran dalam diri untuk berusaha bersungguh sunguh bagi meningkat nama sekolah.

Melalui kerja kusus ini, saya juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Ini secara tak langsung telah meningkatkan keyakinan diri saya unutk bersuara di hadapan umum. Melalui proses penyiapan kerja kursus ini, saya dapat menghayati nilai ketabahan dan kesabaran sewaktu pembikinan kerja kursus ini

Lampiran 1. Infrastruktur Sekolah

2. Peta Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim

Rujukan
1. Majalah Majalah Aliran 2011 2. Melawat tapak kajian Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim 3. Internet http://en.wikipedia.org/wiki/SMK_Ibrahim

4. Orang Sumber Izyan Syamimi

Elemen 3 Nilai Patriotisme

Soalan : Salah satu misi SMKI ialah menghasilkan pelajar yang terbilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum . Bagaimanakah misi tersebut dapat dicapai ?

Kurikulum dan kokurikulum adalah satu aspek penting bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Pencapaian kurikulum dan kokurikulum penting untuk memupuk semangat jati diri yang berjaya. Untuk mencapai misi tersebut, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim sentiasa mengcungkil bakat para pelajar dengan program program yang menarik seperti Program Mentor Mentee, Pameran Sains dan Karnival Relay. Ini dapat memupuk pelajar semangat bekerjasama dan saling bantu membantu. Di samping itu, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim turut mengambil berat hal ehwal pelajar. Antaranya, perjumpaan waris secara profesionalisme telah diadakan. Dengan ini pelajar akan lebih berdisiplin dan jujur. Akhir sekali, Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim sentiasa melakukan pemantauan tentang kebersihan dan kerohanian pelajar. Secara tidak lansung, pelajar akan lebih selesa dan akan lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

You might also like