You are on page 1of 5

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya Ulya Umaira Binti Mohd Yazam dari tingkatan 2 Aktif ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan folio Sejarah ini. Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada bapa saya iaitu Mohd Yazam bin Mohd Said d a n i b u s a y a M a z n a h b i n t i H a r u n k e r a n a t e l a h memberi dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untukmenjalankan kajian ini. Kedua, terima kasih diucapkan kepada guru sejarah saya iaitu Pn. Naaimah Bakar yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan folio ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan saya iaitu Nur I r d i y a n a kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Dapat mengetahui sejarah perkembangan sekolah dari mula ditubuhkan hingga sekarang dengan lebih mendalam. 2. Dapat memupuk perasaan bangga dan cinta akan sekolah. 3. Dapat menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah berusaha menubuhkan sekolah ini. 4. Dapat melahirkan kesyukuran kerana menjadi warga SMK Derma yang terdiri daripada pelbagai bangsa

KAEDAH KAJIAN

Penyelidikan di perpustakaan Saya telah pergi ke Perpustakaan SMK Derma. Saya telah merujuk buku-buku, akhbar dan majalah . Kaedah ini membantu saya dalam mengumpul maklumat berkaitan tajuk kajian dan sebagai bahan lampiran rujukan. Internet Saya juga memperuntukkan masa bagi melayari internet seperti melayari laman web http:// www.ms.wikipedia.org/wiki/sek_men_keb_Derma bagi mengesan maklumat tambahan. Saya telah mencetak maklumat dari laman web tersebut untuk memudahkan saya membuat rujukan.

Temu bual Pada 20.07.2011 saya bersama rakan juga menemu bual Puan Jesma bt. Ariffin iaitu seorang guru yang telah lama berkhidmat di SMK Derma. Beliau banyak menyumbang maklumat berbentuk lisan berkaitan tajuk kajian saya.

HASIL KAJIAN 1. Latar Belakang Sekolah Sekolah Menengah Derma merupakan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris yang pertama di Negeri Perlis. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Derma English School dan ditubuhkan pada tahun 1948. Dari awal-awal lagi sehinggalah masa lepas perang dunia kedua, tahun 1945 tidak ada sebuah sekolah Inggeris pun wujud dalam negeri Perlis ini. Yang ada pada masa itu hanyalah Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Arab iaitu Sekolah Menengah Alawiyah Arau, Perlis. Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mendapat pelajaran Inggeris terpaksalah menghantar anak-anak mereka kesekolah-sekolah Inggeris di Pulau Pinang seperti Penang Free School. Dan pada ketika itu juga ada dua tiga orang murid yang telah dihantar belajar dengan biasiswa kerajaan Negeri Perlis ke Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ketika itu disebut 'Babuddarajat', selepas itu dikenali pula sebagai MCKK (Malay College Kuala Kangsar Perak). Penuntut-penuntut yang tersebut itulah yang kembali menjawat jawatan-jawatan Pentadbir Negeri Perlis ini. Dengan keadaan itu hanya segelintir ibu bapa sahaja yang mampu menghantar anak-anak mereka ke luar negeri. Mereka itu tergolong daripada Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Perlis, manakala anak-anak orang miskin tidak dapat peluang yang tersebut itu. Apabila berakhir peperangan dunia kedua, iaitu selepas Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah pemerintahan tentera Jepun selama tiga tahun lapan bulan maka pemikiran orang-orang Melayu pun berubah terhadap politik, ekonomi dan pelajaran. Sebilangan orang-orang Melayu di negeri Perlis ini telah sedar betapa pentingnya pelajaran Inggeris kepada anak-anak mereka. Pada ketika itu juga Duli Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dengan bersungguh-sungguh mendorongkan dan menyedarkan keseluruhan rakyat negeri Perlis ini supaya berikhtiar dan berusaha bagi mewujudkan sebuah sekolah Inggeris dalam negeri Perlis ini. Dengan dorongan dan kesedaran itulah maka sebuah jawatankuasa induk telah ditubuhkan dalam satu perjumpaan pada tahun 1946. jawatankuasa yang terlantik itulah yang membuat perancangan untuk mendapatkan wang yang secukupnya bagi mewujudkan sekolah Inggeris dalam negeri Perlis ini.

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Derma

3. Guru

You might also like