You are on page 1of 12

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN

SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
PENGHARGAN
Selama ini saya menjalani Kajian Sejarah Tempatan (KST) ini, beberapa pihak telah
memberi bantuan kepada saya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pengetua saya Puan Afida Helmi kerana telah mengadakan Kajian Sejarah Tempatan
ini di sekolah saya. Selain itu, beliau telah mengusahakan sekolah ini dengan baik kerana
memberikan saya banyak maklumat tentang sekolah ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Abang Rahabidin
iaitu guru Sejarah saya kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam
menjalani Kajian Sejarah Tempatan (KST).
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
sentiasa memberi dorongan dan galakan sepanjang saya menjalankan tugas ini. Selain itu,
mereka juga membenarkan saya untuk menggunakan komputer dan memberikan saya lebih
masa untuk mencari matlumat di sekolah. Justeru, mereka juga telah memberi kerjasama
untuk memberi bantuan kewangan sepanjang masa menjalani Kajian Sejarah Tempatan
(KST) ini.
Tambahan itu, saya ingin mengucap terima kasih kepada rakan-rakan iaitu Wan
Ahmad, Syafiq, Sabirin, Zaher, dan Adzrill kerana ingin membentuk kumpulan dan
menjemput saya untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam menjalankan Kajian
Sejarah Tempatan (KST) ini.

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
OBJEKTIF KAJIAN
Sepanjang tempoh kajian sejarah tempatan dijalankan, pelabagai kajian yang telah
saya lakukan. Kajian-kajian ini memenuhi banyak objektif. Objektif yang pertama ialah asal-
usul nama sekolah. Saya ingin tahu mengetahui nama-nama sekolah, tarikh sekolah dibina
dan tempat sekolah kita sebelum ini.
Selain itu, saya ingin tahu kenapa nama-nama sekolah kita kini dan dulu digunakan
dan saya juga ingin tahu dimana nama sekolah kita dapat di petik.
Seterusnya, saya ingin tahu bila tarikh nama itu digunakan serta bila tarikh sekolah ini
dibina. Saya juga ingin tahu tarikh tersebut supaya senang untuk membuat kajian seterusnya.
Akhir sekali, saya dapat tahu apa makna lambang-lambang tersebut kerana saya tidak
begitu tahu apa maksud lambang-lambang tersebut sebenarnya.

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
KAEDAH KAJIAN
Selama saya menjalankan Kajian Sejarah Tempat ini, saya telah menggunakan
pelbagai jenis kaedah untuk mengumpulkan maklumat bagi menyempurnakan Kajian Sejarah
Tempatan ini.
Kaedah yang pertama yang telah saya guna ialah kaedah lawatan atau pemerhatian.
Dalam lawatan itu saya telah memerhati di papan pernyataan di sekolah saya di SMK (A)
TUN AHMAD ZAIDI. Di papan pernyataan terdapat banyak tentang sejarah sekolah saya.

Kaedah yang kedua yang telah saya guna ialah saya telah membuat
penyelidikan di perpustakaan. Saya serta kawan saya telah menyalin isi-isi yang berkaitan
dengan sekolah. Saya juga telah terjumpa majalah sekolah yang lama. Oleh itu, saya telah
mengambil gambar majalah tersebut.

Kaedah yang terakhir ialah dengan melayari internet. Saya telah mengambil
maklumat di laman web http://smkatunaz.bpi.edu.my/ iaitu laman web sekolah saya SMK (A)
Tun Ahmad Zaidi.

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
HASIL KAJIAN
a) LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi berjaya ditubuhkan atas
perjuangan pemimpin masyarakat Islam di Sarawak khususnya di Kuching yang mempunyai
kesedaran untuk memajukan pendidikan Islam di Sarawak. Masyarakat Islam perlu memiliki
ilmu duniawi serta pendidikan Islam untuk membolehkan mereka maju dalam segala aspek
kehidupan dan seterusnya menjadi ummah yang disegani oleh masyarakat lain dalam negeri
yang berbilang bangsa ini.
Penubuhan sekolah ini juga diharap dapat melahirkan umat Islam yang berkualiti dan
menjadi golongan pemimpin Islam yang akan meneruskan dan mengekalkan kepimpinan
Islam yang sedia ada pada hari ini.
Sebelum sekolah ini ditubuhkan, Sekolah Datuk Abdul Rahman (SEDAR) telah
dibuka untuk memberi peluang kepada kanak-kanak Islam yang gagal melanjutkan pelajaran
mereka di sekolah kerajaan kerana gagal dalam peperiksaan Common Entrance. Namun
apabila Common Entrance dihapuskan pada tahun 1974, SEDAR pun ditutup.
Penutupan SEDAR tidak mematahkan semangat pemimpin masyarakat Islam untuk
meneruskan perjuangan mereka bagi memajukan pendidikan Islam di Sarawak. Penubuhan
Lembaga Darul Falah pada tahun 1981 yang bertujuan antara lainnya mengembangkan
pendidikan di kalangan masyarakat Islam di Sarawak sekali lagi memberi peluang kepada
pemimpin masyarakat Islam untuk merealisasikan hasrat mereka. Datuk Anis bin Haji Abot
yang dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak pada tahun 1985 telah berusaha
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
untuk meneruskan perjuangan pemimpin masyarakat Islam tempatan untuk menubuhkan
sekolah agama di Sarawak. Atas usaha yang gigih itulah tertubuhnya Sekolah Rendah
Agama Majlis Islam pada tahun 1985.
Sekolah Menengah Bantuan Agama Islam Sarawak telah dibuka pada 1 Disember
1990. Penubuhannya menambah lagi peluang kepada anak-anak masayarakat Islam negeri
ini melanjutkan pelajaran mereka di sekolah aliran agama di samping Sekolah Menengah
Kerajaan Agama Syeikh Othman Abdul Wahab, Sekolah Menegah Kerajaan Agama Matang,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Miri.
Proses penubuhannya dipercepatkan apabila pihak ibu bapa murid-murid SK(A)Datuk
Haji Abdul Kadir Hassan semakin mendesak pihak Majlis Islam supaya menubuhkan sebuah
sekolah menengah agama bagi membolehkan anak-anak mereka meneruskan pelajaran
peringkat menengah di sekolah yang sama. Kejayaan Yang Berhormat Datuk Abang Haji
Johari bin Tun Abang Haji Openg dan Yang Berbahagia Datuk Anis bin Haji Abot dalam
meyakinkan pihak kerajaan negeri pada masa itu tentang kepentingan penubuhan sekolah ini
dan cara pentadbirannya amat signifikan. Ekoran daripada kejayaan tersebut, pihak Majlis
Islam Sarawak telah melantik al- marhum Tuan Haji Khalid Kaderi sebagai pegawai yang
akan bertangungjawab untuk mengendalikan urusan pendaftaran dan menjaga kepentingan
dan keperluan sekolah ini. Sekolah ini didaftarkan sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan.
Dengan itu Majlis Islam Sarawak melalui Jabatan Agama Islam Sarawak akan
bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sementara urusan pentadbiran, kurikulum
dan ikhtisas, penempatan murid dan guru adalah dibawah kawalan pihak Jabatan Pelajaran
Sarawak.
Walaupun tujuan utama pembukannya pada ketika itu adalah untuk menempatkan
murid-murid SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, namun sejajar dengan hasratnya untuk
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
melahirkan ummah yang berkualiti, sekolah ini juga telah menerima murid-murid Islam dari
sekolah rendah kerajaan di sekitar Bandar Kuching pada masa itu.
Sekolah yang baru dibuka itu telah menumpang beberapa buah bilik darjah di SK(A)
Datuk Haji Abdul Kadir Hassan sehinggalah premis tetapnya siap dibina pada tahun 1997.
Pada 31 Januari 1997, sekolah ini telah berpindah ke premis baru ini yang terletak
bersebelahan dengan SK(A) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di atas tapak seluas 80
ekar dengan kos binaannya sebanyak RM20 juta. Sekolah ini telah dirasmikan pada 19 Mei
1997.
Selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1991, semua sekolah menengah telah
dijadikan sekolah menengah kebangsaan, sekolah ini telah bertukar nama kepada SEKOLAH
KEBANGSAAN AGAMA MAJLIS ISLAM SARAWAK. Semasa perayaan sambutannya
yang ke-10 tahun pada 6 Jun 2001, sekolah ini dinamakan sebagai SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN AGAMA TUN AHMAD ZAIDI sebagai memperingati ketokohan,
sumbangan dan jasa al-marhum Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammad Nor yang Di-
Pertua Negeri Sarawak yang ke-lima.




KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
b) NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN SEKOLAH
MISI SEKOLAH


Melahirkan generasi intelek Islam yang kamil melalui kesepaduan ilmu, iman dan amal yang
syamil berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.


VISI SEKOLAH
SMK (Agama) Tun Ahmad Zaidi terus menjadi sekolah pilihan utama semua
SMK (Agama) Tun Ahmad Zaidi an takuna ikhtiarul ula lil jami
SMK (Agama) Tun Ahmad Zaidi continues to be ultimate choice for all

MOTO SEKOLAH


Tekun / Bersungguh-sungguh dalam kerja

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
MATLAMAT SEKOLAH
1. Setiap pelajar mendapat peluang pendidikan yang saksama;
2. Setiap warga sekolah memahami dan menghayati visi dan misi sekolah agar dapat
membulatkan tekad dan bermuafakat ke arah pencapaian kecemerlangan;
3. Setiap warga sekolah saling menyayangi, berakhlak mulia, dan berbudi pekerti tinggi;
4. Setiap pelajar yang dilahirkan berilmu dan berketrampilan dari segi lahiriah dan sahsiah;
5. Setiap warga sekolah beraspirasi dan bermatlamatkan kecemerlangan dalam segala tindakan.

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi dengan penuh tekad
dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1. Menyediakan pendidikan agama dan akademik yang berkualiti kepada setiap individu dengan
mengoptimumkan potensi diri selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara berpaksikan
kepada AlQuran dan Assunah
2. Berusaha untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi
sebagai institusi pendidikan Islam yang unggul dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
3. Sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan dan keselamatan warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi
4. Menyediakan prasarana yang lengkap dan persekitaran sekolah dan asrama yang ceria,
kondusif dan harmonis
5. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak pelanggan dengan
memberi layanan perkhidmatan yang terbaik
6. Mempastikan setiap ibu bapa sentiasa dimaklumi mengenai perkembangan anak dari aspek
pendidikan, kesihatan dan kelakuan


KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012

RUMUSAN
Setelah saya mengenali tentang nama-nama dan lambang-lambang kemegahan
sekolah saya, baru saya sedari sekolah pemangkin budaya ilmu. SMK (A) TUN AHMAD
ZAIDI ialah tempat untuk pelajar memperolehi ilmu pengetahuan. Selain itu, dengan nama-
nama dan lambang kemegahan sekolah, saya amat setia dan bangga sengan sekolah kita. Kita
juga harus bersama-sama melindungi lambang-lambang kemegahan sekolah.

Saya amat bangga dengan warisan budaya bangsa yang terkandung dalam
infrastruktur sekolah kita ini. Kita harus bersyukur dan manfaat dengan kemudahan sekolah
kita ini. Pembangunan dan kemajuan menjadi kebangsaan kita bersama.

Terdapat banyak guru yang berkhidmat di sekolah. Setiap cikgu berusaha mendidik
kita untuk menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang dalam pelajaran. Nasihat guru saya
akan saya ikuti dan akhlak guru akan diikuti. Saya akan sentiasa memperingati Hari Guru.

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012

LAMPIRAN


KAJIAN SEJARAH TEMPATAN: NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH
mohammadamirbinjapanie/2f/2012
RUJUKAN
Melawat Tempat Kajian
Kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tun Ahmad Zaidi, Jalan Sultan Tengah,
93050, Petrajaya, Kuching, Sarawak.
Majalah
Majalah Al-Itqan, 2010.
Sumber lain
Diari Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tun Ahmad Zaidi, Jalan Sultan
Tengah, 93050, Kuching, Sarawak.
Internet
www.google.com
http://smkatunaz.bpi.edu.my/

You might also like