You are on page 1of 3

Maklum Balas Pelajar (Penilaian Kendiri)

Kelas 6PISMP RBT dan PSV telah mengadakan Bina Insan Guru Fasa 6 pada
9 September 2016 iaitu hari Jumaat, guru pelatih 6PISMP RBT telah berjaya
menjalankan Program Lawatan Penanda Aras Elemen Guru Cemerlang. Seramai 34
orang pelajar 6PISMP terlibat dalam lawatan ini. Seawal 8.30 pagi semua pelajar telah
tiba dihadapan pintu masuk Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya. Rombongan kami
telah disambut oleh seorang guru cemerlang Sains di Sekolah Kebangsaan Seberang
Jaya dengan mesra, ramah dan dalam suasana harmoni. Kami sangat merasa
dihargai dalam suasana sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata memandang.
Pihak sekolah turut sedang mengadakan perhimpunan Kemerdekaan pada pagi
tersebut. Rombongan kami telah dibawa ke bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan
Seberang Jaya untuk memulakan sesi interaksi bersama guru cemerlang kami iaitu
Encik Asrof bin Aziz.

Encik Asrof merupakan seorang guru cemerlang yang handal dalam pelbagai
aspek termasuklah kurikulum dan kokurikulum. Beliau pernah mengiring murid-murid
menyertai Pertandingan Saintis Muda, Pertandingan MSSPP Bola Baling Lelaki
Bawah 12 tahun Peringkat Negeri, pertandingan Bowling dan Hoki. Selain itu, beliau
ialah seorang penceramah yang popular dalam negeri Pulau Pinang. Encik Asrof telah
memberikan sebanyak 8 ceramah dalam empat tahun. Bukan semua guru mempunyai
peluang untuk memberikan ceramah sekiranya guru tersebut tidak berkualiti dan tidak
mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam. Tegasnya, Encik Asrof merupakan
seorang guru yang saya amat kagumi dan sanjungi selepas beliau memperkenalkan
diri.

Melalui ceramah yang diberikan oleh Encik Asrof, saya berpeluang belajar
banyak pengetahuan yang mengenai cara pengurusan kelas. Beliau bijak menarik
perhatian guru pelatih ketika ceramah beliau berlangsung. Inilah pertama kali saya
melihat guru pelatih tidak berasa bosan dan melayari internet semasa sesuatu
ceramah sedang dijalankan. Suasana di bilik mesyuarat tersebut hanya penuh
dengan keceriaan dan suara ketawa. Encik Asrof juga berkongsi pengalaman
mengajar di sekolah, beliau menasihati guru pelatih sentiasa meningkatkan kebolehan
diri dalam menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Beliau mengatakan bahawa
empat ciri yang paling penting dalam PdP ialah murid faham, happy, mudah dan
story. Guru haruslah menyediakan suasana yang seronok bagi murid-murid supaya
mereka minat untuk belajar, maka cepatlah mereka memahami apa yang diajarkan
oleh guru. Menurut Encik Asrof, beliau mengatakan bahawa murid-murid gemar
mendengar cerita sama ada cerita yang pendek atau panjang. Kaedah bercerita
amatlah sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga berkongsi cara mengajar yang gerakkan
otak kanan dan kiri murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Otak kanan
merangkumi rentak lagu, angan-angan, ruang dan bentuk manakala otak kiri ialah
bahasa, nombor, lirik lagu. Keseimbangan otak kanan dan kiri adalah sangat penting
dalam perkembangan minda murid-murid sekolah rendah. Interaksi bersama antara
guru dan murid juga amatlah penting untuk mewujudkan suasana yang seronok. Guru
perlulah sentiasa bersedia untuk mendengar apa yang diluahkan oleh murid. Ciri yang
agak penting untuk sebagai seorang guru cemerlang ialah ketegasan. Guru mestilah
sentiasa tegas semasa mengajar. Sekiranya murid-murid berbuat salah, hukuman
yang setimpal mesti diberikan kepada murid tersebut.

Banyak pengetahuan yang saya dapat peroleh dalam ceramah tersebut.


Terdapat juga, Encik Asrof mengatakan bahawa sebagai seorang guru cemerlang
bukan sahaja cemerlang dalam cara mengajar, dan juga mesti cemerlang dalam
peribadi, sikap. Sebagai contohnya, guru haruslah mempunyai nilai kendiri yang positif,
berakhlak mulia, adil, bertimbang rasa, amanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif,
kemas, sikap sedia berkongsi, bersikap terbuka dan pemikiran positif. Terdapat juga,
melalui penglibatan diri dalam ceramah ini, saya telah dapat memahami bahawa guru
haruslah sentiasa mempertingkatkan kompetensi kecerdasan emosi diri mereka dari
semasa ke semasa. Hal ini adalah amat penting kepada seseorang guru itu kerana
kompetensi kecerdasan emosi diri ini dapat membolehkannya mengawal emosinya
dengan baik. Dalam pada itu, seseorang guru itu dapat meningkatkan kompetensi
kecerdasan emosi dirinya melalui pembinaan dan pemupukan sikap bersabar, sikap
bertanggungjawab, sikap berkeyakinan terhadap diri sendiri, sifat kepimpinan, dan
sikap suka berjenaka. Guru hendaklah mencari jalan penyelesaian sekiranya berasa
tekanan di sekolah seperti melancong, menyanyi, dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, bukan senanglah untuk menjadi seorang guru
cemerlang. Seseorang guru itu haruslah berpengetahuan, mempunyai pekerti yang
baik, mempunyai keprofesionalan dalam bidangnya, dan mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak sebelum dapat memohon dan menjadi
seorang guru cemerlang yang betul-betul bertauliah dan berkelayakan. Saya berasa
sangat bersyukur kerana mempunyai peluang mendengar ceramah daripada Cikgu
Asrof. Haraplah bahawa saya juga mempunyai peluang menjadi seorang guru
cemerlang di sekolah pada masa hadapan.

You might also like