You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 2 TAHUN 2

TUGASAN :
LAPORAN TEMU BUAL

Nama Pelajar : MUHAMMAD RIFQI RUSYAIDI BIN SHAMSUL ANUAR


Angka Giliran : 2019312340076
No. Kad Pengenalan : 000620-13-0675
Kumpulan /Unit : PISMP PI 4619
Kod Kursus : EDUP 3073
Nama Kursus : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Nama Pensyarah : DR. STANLEY ANAK ABANG
Tarikh Hantar : 20 MAC 2021

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Laporan Temu Bual
Pada 15 hingga 19 Mac yang lepas, saya telah melaksanakan program Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjong Apong,
Asajaya. Semasa berada di sekolah, saya berpeluang untuk menemu bual seorang guru
baharu yang berasal dari negeri Kelantan dan baharu sahaja menjawat jawatan sebagai
seorang guru selama dua tahun lebih. Tujuan saya menemubual guru tersebut adalah
kerana tugasan yang diberikan kepada saya bagi subjek EDUP 3073 Budaya dan
Pembelajaran. Dalam tugasan ini kami dikehendaki untuk mengenal pasti cara
mengadaptasi diri dalam menangani kepelbagaian sosiobudaya dan perubahan budaya dari
tempat asal Jadi, saya akan menghuraikan hasil temu bual dengan guru tersebut beserta
perkaitannya dengan teori Bronfenbenner dan teori Vygotsky yang telah saya pelajari.

Bagi soalan yang pertama, saya terlebih dahulu menanyakan kepada guru tersebut
berkaitan maklumat diri berserta dengan latar belakang pendidikannya. Guru tersebut
memaklumkan bahawa nama beliau ialah Rosfazila binti Mohd Zain, berusia 29 tahun dan
mendapat pendidikan di Kolej Universiti Insaniah dalam bidang Usuluddin. Beliau pada
mulanya agak berdebar untuk berkhidmat jauh dari negerinya tetapi memandangkan ini
adalah rezeki beliau, beliau terus berkeyakinan untuk datang ke negeri Sarawak. Hal ini
persis pendapat Shalina et. al. (2015), apabila tiada pengalaman dalam sesuatu perkara
individu akan berasa takut atau risau kerana tidak mempunyai maklumat yang dapat
memberi beliau pengetahuan awal tentang keadaan sesuatu perkara tersebut.

Bagi soalan yang kedua, saya bertanya cara guru tersebut menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah semasa awal perkhidmatan. Beliau memaklumkan bahawa beliau
sentiasa berusaha untuk bertanya dan bergaul dengan guru-guru yang telah lama
berkhidmat di sekolah tersebut. Menurut Alo Liliwei (2003), interaksi merupakan kaedah
yang terbaik untuk memahami sesuatu budaya terutama dengan penduduk setempat. Saya
dapat mengesan bahawa jawapan guru tersebut adalah bertepatan dengan teori Vygotsky
yang menyatakan interaksi dengan individu-individu yang lebih berkebolehan dapat
meningkatkan perkembangan kognitif.

Bagi soalan ketiga, saya bertanya tentang ciri-ciri budaya yang ada di sekolah tersebut
berdasarkan pemerhatiannya. Beliau memaklumkan bahawa sekolah tersebut
mengamalkan bacaan Yassin setiap pagi Jumaat.

Bagi soalan keempat, saya bertanyakan sekiranya terdapat murid yang berlainan bangsa
dan budaya serta cara guru tersebut membiasakan diri untuk bergaul dengan mereka.
Beliau memaklumkan bahawa terdapat murid yang berbangsa Iban. Selain itu, bangsa
Melayu di sekolah ini juga mempunyai bahasa dan budaya berbeza dengan orang Melayu di
negeri asalnya. Beliau menjelaskan bahawa beliau dalam proses untuk memahami dan
bertutur dalam bahasa Sarawak bagi membiasakan diri untuk bergaul dengan mereka.
Perkara tersebut adalah sama dengan Internalization iaitu proses di mana seseorang
beransur-ansur menyebatikan aktiviti-aktiviti sosial yang dilaluinya ke dalam proses
kognitifnya seperti yang dinyatakan oleh Vygotsky.

Bagi soalan kelima, saya bertanyakan sekiranya terdapat cabaran bagi guru tersebut untuk
mengajar murid yang mempunyai sosiobudaya yang berbeza. Beliau memaklumkan bahawa
beliau sukar untuk memahami bahasa Iban. Oleh itu, beliau menggunakan bahasa Melayu
baku untuk berkomunikasi dengan murid yang berbangsa Iban. Selain itu, beliau sentiasa
memberikan fokus yang lebih kepada murid berbangsa Iban ketika subjek bahasa Arab.
Perkara tersebut dapat disokong dengan teori Vygotsky melalui Scaffolding di mana
membawa maksud kerangka yang menyokong pembelajaran individu. Contoh yang dapat
saya cari dalam teori tersebut adalah, kanak-kanak memerlukan orang dewasa yang lebih
fasih untuk berbual dan membimbing mereka menggunakan bahasa yang betul

Bagi soalan keenam, saya bertanyakan cara guru tersebut memupuk sifat hormat dalam
kalangan masyarakat sekolah. Beliau memaklumkan bahawa sekiranya dengan murid,
beliau sentiasa mengingati murid supaya memberi salam kepada guru dan menolong guru.
Bagi memupuk sifat hormat dengan guru pula, beliau sentiasa cuba untuk bergaul dengan
guru dan tidak mengamalkan sifat bersendiri. Hal ini disokong oleh Ahmad (2019)
menyatakan bahawa cara terbaik untuk mengadaptasi diri dengan budaya baru adalah
melalui pergaulan dengan penduduk setempat. Hal ini adalah untuk menyokong proses
pembelajaran individu bertepatan dengan teori Vygotsky di mana melalui bimbingan dari
orang yang lebih bagus, seseorang individu akan dapat belajar perkara yang baru.

Bagi soalan ketujuh, saya bertanya sekiranya terdapat perpaduan dalam kalangan
masyarakat sekolah. Beliau memaklumkan bahawa guru dan staf sekolah saling bergaul
dan mempunyai sifat kesamarataan. Contohnya, mereka berborak dan berbincang bersama,
makan bersama dan sebagainya. Pada pendapat beliau, sekolah tersebut memang jelas
mempunyai sifat perpaduan dalam kalangan masyarakat sekolah. Menurut Vygotsky,
keterampilan dan fungsi mental berkembang melalui interaksi sosial secara langsung. Hal ini
sekaligus membuktikan bahawa perpaduan ini dapat mengembangkan keterampilan dan
fungsi mental masyarakat sekolah terutamanya murid-murid.

Bagi soalan terakhir, saya bertanyakan sekiranya guru tersebut ada membawa budaya dari
tempat asalnya ke sekolah tersebut. Beliau memaklumkan bahawa beliau tidak membawa
budaya baharu ke sekolah mungkin atas faktor beliau baharu sahaja berkhidmat di sekolah
tersebut.
Rujukan

Ahmad, A. L. (2019, October 14). Adaptasi Budaya Pelajar Perempuan Islam Antarabangsa
Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana.

Alo Liliweri (2003). Makna Budaya dalam Komunikasi Antarbudaya. LKiS Pelangi Aksara.

Shaliza Dasuki., Fadzlina Mohd Radzi., Norkhazilah Idris., & Nor Hasliza Abdullah. (2015).
Perkembangan Budaya Popular dan Perubahan Sosio-Budaya Masyarakat Pasca
Moden: Adaptasi Budaya Asing Dalam Perkahwinan Melayu. Paper presented at
International Conference on Malay Heritage and Civilisation 2015 (ICOMHAC 2015),
One Hotel Helang, Langkawi Kedah, Malaysia.
Lampiran

Draf Soalan Temu Bual

1. Boleh cikgu perkenalkan diri dan menceritakan sedikit latar belakang (asal, sejarah
pendidikan dan umur).

2. Bagaimana cikgu menyesuaikan diri di dalam persekitaran sekolah semasa di awal


perkhidmatan di sekolah tersebut.

(Responden boleh menyatakan berdasarkan pengalaman guru dengan penglibatan


golongan yang terlibat seperti murid-murid, warga guru, warga sekolah dan
masyarakat di sekeliling sekolah secara amnya)

3. Berdasarkan pemerhatian cikgu, apakah ciri-ciri budaya sekolah yang jelas diamalkan
sehingga kini.

(Responden boleh menyatakan berdasarkan pemerhatian tersendiri berdasarkan


suasana sekolah)

4. Adakah terdapat pelajar atau guru yang mempunyai berlainan bangsa dan budaya?
Jika ada, bagaimana cikgu membiasakan diri untuk bergaul dengan mereka.

(Responden boleh menyatakan berdasarkan pengalaman tersendiri dari aspek


cara menarik perhatian pelajar dan guru tersebut, cara berkomunikasi dan lain-lain)

5. Berdasarkan pengalaman cikgu, adakah terdapat cabaran ketika cikgu mengajar


terhadap murid yang mempunyai sosiobudaya yang berbeza.

(Responden boleh menyatakan cabaran dalam membina hubungan, membentuk


hubungan komunikasi dua hala dan cara responden memahami murid yang
terbabit)

6. Bagaimana cikgu memupuk sikap saling hormat-menghormati terhadap masyarakat


di sekolah?

(Responden boleh menyatakan berdasarkan pengalaman tersendiri dan usaha


yang dilakukan sejak ditempatkan di sekolah tersebut)

7. Pada pendapat cikgu, adakah terdapat perpaduan di kalangan masyarakat sekolah?


Jika ada, kongsikan.

(Responden boleh menyatakan berdasarkan pemerhatian, analisa, pemahaman


dan penilaian)
8. Berdasarkan pemerhatian cikgu terhadap masyarakat sekolah, adakah terdapat
budaya baru yang cikgu amalkan sepanjang perkhidmatan cikgu di sekolah ini.

(Responden boleh menyatakan berdasarkan pengalaman tersendiri)

You might also like