You are on page 1of 3

GURU KESAYANGAN SAYA

Guru merupakan insan yang paling penting dalam mencorakkan


hidup seseorang pelajar. Guru adalah ibarat lilin yang membakar dirinya
demi menerangi kehidupan orang lain. Selain itu, guru-guru juga adalah
ibarat ibu bapa yang mendidik dan menyayangi kita bagai menatang
minyak yang penuh. Maka, adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar
untuk menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan insan yang
mulia ini.

Saya bersekolah di SJK (Tamil) Bukit Darah dalam kelas 6 Tamarai.


Terdapat tujuh orang guru yang mengajar di kelas saya. Guru yang paling
saya kagumi ialah Cikgu Nazrul. Beliau mengajar saya Bahasa Malaysia
sejak dari tahun 5. Cikgu Nazrul mempunyai personaliti dan karismanya
yang tersendiri. Maka, tidak hairanlah beliau sememangnya amat
disenangi oleh murid-murid.

Cikgu Nazrul adalah seorang yang sangat bertanggungjawab dan


berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Beliau mengajar kami dengan
bersungguh-sungguh. Apabila saya dan rakan-rakan mengalami masalah
dalam pelajaran, beliau akan memberi tunjuk ajar kepada kami dengan
sabar. Beliau juga sangat rajin bekerja dan tidak jemu mengajar kami.

Cikgu Nazrul sangat pandai mengajar. Teknik beliau yang tidak


terlalu mengikut buku atau silibus memudahkan saya memahami apa
yang diajar olehnya.  Beliau sering menyelitkan cerita-cerita sewaktu
pembelajaran agar kami tidak mengantuk dan ilmu yang disampaikan
akan lebih cepat untuk difahami. Beliau sentiasa memastikan
pengajarannya menarik. Beliau juga pandai bercerita serta menggunakan
cara ringkas untuk mengajar. Semasa mengajar beliau begitu tegas,
tetapi pandai berjenaka menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain
tidak pernah berasa bosan mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh
beliau.

Cikgu Nazrul merupakan seorang guru yang faham akan perasaan


pelajar-pelajarnya. Beliau juga merupakan seorang yang penyayang dan
pandai mengambil hati murid-murid. Apabila kami melakukan kesalahan,
beliau tidak akan memarahi kami. Sebaliknya, beliau akan membimbing
dan menasihati kami supaya tidak melakukan kesalahan yang
sama. Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Nazrul akan berbual-bual
dengan saya dan rakan-rakan dan akan bertanyakan masalah yang kami
hadapi terutamanya dalam bidang pelajaran. Beliau sememangnya begitu
prihatin terhadap anak-anak muridnya.

Saya sangat suka akan Cikgu Nazrul kerana beliau mengamalkan


sikap dan nilai yang perlu kita pelajari. Contohnya, beliau seorang yang
baik hati walaupun tegas. Cikgu Nazrul selalu membantu murid-murid
yang lebih lemah dalam pelajaran dan juga mendisiplinkan murid-murid
yang nakal di sekolah. Beliau juga sentiasa memberi nasihat kepada saya
dan rakan-rakan di dalam kelas. Selain itu, beliau juga mengambil berat
terhadap semua pelajar sama ada dalam akademik ataupun ko-
kurikulum.

Saya berasa amat bertuah kerana mendapat seorang guru seperti


Cikgu Nazrul. Tanpa bimbingan dan didikan guru pastinya saya dan
rakan-rakan saya tidak akan dapat menikmati kehidupan yang cerah pada
masa depan.   Segala jasa dan pengorbanan Cikgu Nazrul amat dihargai
dan akan dikenang sampai bila-bila masa. Saya berjanji akan membalas
jasa-jasa beliau dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga saya
berjaya menggenggam segulung ijazah.

oleh:-
Laa’ Qyiishaa Shirry Radha Krishna
6 Tamarai

You might also like