You are on page 1of 5

Assalamualaikum dan selamat pagi murid-murid……

Semua boleh duduk….


Apa khabar semua hari ini?
Alhamdulillah…..tahniah semua kerana hadir ke
sekolah hari ini.
Haaaa…cikgu nak tanya, hari ini hari apa?
Betul…hari ini ialah hari…….tarikh pula……ya
betul…….
Terima kasih kepada semua murid kerana
menjawap soalan cikgu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera. Tadi merupakan sesi pengenalan
dari saya. Saya, ……………….akan menerangkan
mengenai kerjaya sebagai seorang guru. Kerjaya
seorang guru merupakan kerjaya pilihan saya bila
saya besar nanti.
Mengapa saya mahu menjadi seorang guru?
Alangkah bahagianya perasaan apabila melihat
anak nusa dan bangsa kita menjadi golongan yang
terpelajar hasil dari ajaran dan didikan kita. Bermula
dari mereka tidak mengenal huruf sehinggalah
mereka mampu berfikiran kreatif dan inovatif hasil
daripada kerja keras seorang insan yang bergelar
guru. Agama juga memandang tinggi kedudukan
seorang guru.

Mengikut Teori RIASEK, kerjaya guru tergolong


dalam kategori sosial. Individu dalam kategori sosial
ini suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia,
berminat dalam memberitahu, menolong, dan
kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir
berkomunikasi dengan orang lain.

Apabila menjadi seorang guru, kita mesti berpakaian


kemas dan sopan. Pemakaian guru merupakan
lambang kepada keperibadian dan sikap seseorang
guru itu sendiri. Ianya amat penting untuk dijaga
supaya imej guru berada pada tahap sepatutnya
dan tidak menjatuhkan profesion perguruan itu
sendiri. Contoh seperti yang saya pakai pada hari
ini. Guru tidak dibenarkan memakai selipar dan
pakaian formal mesti di pakai semasa upacara rasmi
sekolah. Haaa…tahukah semua tanda nama sangat
sinonim dengan guru. Semua guru perlu memakai
tanda nama seperti yang saya pakai ini.

Bidang tugas bagi seorang guru ialah mengajar dan


mendidik. Selain itu, tugas seorang guru ialah
mengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan menjalankan
aktiviti sukan dan olahraga. Bekerja dalam bidang ini
juga bukan mengajar dan mendidik semata-mata
tetapi guru juga perlu memastikan keselamatan,
menjaga kebajikan murid-murid dan menceriakan
bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah
menunjukkan sikap professional dan budaya kerja
yang bermutu tinggi.

Mesti semua tertanya-tanya, siapakah idola saya


sehingga saya sangat berminat menjadi seorang
guru. Idola yang saya maksudkan itu ialah
Cikgu……………………….Saya menjadikan
Cikgu……………………..sebagai idola saya kerana
Cikgu…………………. seorang yang lemah lembut
dan bersifat keibuan. Beliau juga suka memberikan
nasihat kepada saya dan rakan-rakan dalam kelas.
Cikgu……………….mengambil berat hal ehwal
murid-muridnya serta urusan pelajaran dan akan
memantau hasil pembelajaran bersama-sama
dengan murid demi mencapai pencapaian yang
lebih cemerlang.
Semoga cita-cita saya untuk menjadi seorang guru
akan tercapai.

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW


bersabda: “Apabila salah seorang manusia
meninggal dunia, maka terputuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah,
ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solleh yang
selalu mendoakannya.” (HR Muslim).

Sekian, terima kasih.

You might also like