You are on page 1of 3

Hobi Saya

Guru Yang Paling Saya Kagumi

Hobi saya ialah membaca buku. Sejak kecil lagi, saya memang
suka membaca buku. Oleh itu, ibu selalu membelikan saya banyak
buah buku untuk dibaca.

Guru yang paling saya kagumi ialah Cikgu Lee. Beliau berumur
34 tahun dan sudahpun berumah tangga dan mempunyai dua orang
anak.

Saya sudahpun membaca lebih kurang 100 buah buku cerita


sejak saya berumur 7 tahun. Saya akan membaca buku bersamasama dengan kakak dan adik di rumah. Kami selalu membaca buku di
bilik bacaan.

Beliau berpengalaman mengajar selama 5 tahun. Beliau


mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Cikgu Lee
merupakan
guru
kelas
Tahun
4
Amanah.

Apabila berada di sekolah, saya selalu mengunjungi


perpustakaan sekolah untuk membaca buku cerita. Kadang-kala,
saya akan pergi ke perpustakaan awam yang berdekatan dengan
rumah saya untuk meminjam buku. Terdapat pelbagai jenis bahan
bacaan yang menarik di sana.
Tambahan pula, membaca adalah satu amalan yang baik. Dengan
membaca, saya dapat menambah banyak perbendaharaan kata.
Saya juga menjadi lebih yakin untuk berucap atau menulis.
Membaca mendatangkan banyak faedah. Kita tidak akan rugi
sekiranya tabiat baik ini dipupuk dalam diri kita sejak kecil. Saya
gembira kerana melakukan perkara yang berfaedah sebagai hobi
saya.

Cikgu Lee begitu disenangi oleh guru-guru dan murid-murid


yang lain. Hal ini kerana sikapnya yang penyayang, mudah mesra dan
baik hati. Beliau selalu mengambil berat tentang masalah muridmuridnya.
Selain itu, Cikgu Lee mempunyai hobi yang mendalam terhadap
bidang komputer. Beliau sering menggunakan komputer ribanya
semasa pengajarannya di kelas. Cikgu Lee juga gemar melukis.
Banyak mural di sekolah yang telah dilukis oleh beliau.
Saya berharap Cikgu Lee akan terus mendidik anak bangsanya
tanpa jemu. Saya juga berhasrat untuk mengikut jejak langkah
beliau pada suatu hari nanti.

Jiran Saya

Saya tinggal di sebuah pekan kecil. Jiran-jiran saya


terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Iban. Ibu bapa selalu
menasihati saya supaya berbaik-baik dengan jiran.
Jiran di sebelah rumah saya ialah Encik Tan. Encik Tan
berumur 45 tahun. Dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah.
Jika saya ada masalah dalam pelajaran, saya akan bertanya dengan
Encik Tan. Dia akan mengajar saya dengan penuh sabar.
Isterinya pula ialah seorang suri rumah tangga. Mereka
mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Tan Feng. Saya dan
Tan Feng belajar di sekolah yang sama. Oleh itu, kami selalu
berjalan kaki ke sekolah.
Encik Tan sekeluarga peramah dan bersikap lemah-lembut.
Apabila kami berjumpa, mereka akan bertegur sapa dengan kami.
Isteri Encik Tan juga selalu memberikan kuih-muih yang dibuat
olehnya kepada kami. Pada hari perayaan, kami juga akan kunjungmengunjungi.
Oleh itu, hubungan kami dengan Encik Tan sekeluarga sangat
erat seperti isi dengan kuku. Saya bersyukur kerana mempunyai
jiran yang baik. Saya berharap agar Encik Tan sekeluarga
selalu sihat dan sejahtera.

Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tuliskan catatan


tentang sukan tahunan tersebut.

Jumaat, 2 Julai 2013


7.00 pagi

: Murid-murid berkumpul di padang. Ibu bapa juga


dijemput untuk hadir. Keadaan di padang penuh sesak
seperti ikan dalam belat.

8.30 pagi

: Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Baram. Guru Besar


menyambut kedatangan beliau. Mula-mula, Pegawai
Pendidikan Daerah memberikan ucapan. Beliau menasihati
murid-murid supaya mementingkan sukan dan jangan
menjadi ulat buku. Selepas itu, beliau merasmikan sukan
tahunan.

9.30 pagi

: Acara sukan bermula. Antaranya termasuklah lompat tinggi,


lompat jauh, lontar peluru, lumba lari dan lain-lain. Setiap
peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh. Para
penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan.
Suasana yang meriah vmenyelubungi seluruh padang.

11.30 pagi : Acara sukan tamat dengan lancar. Rumah kuning menjadi
johan keseluruhan pada tahun ini. Saat yang dinanti-nanti
sudah tiba. Guru Besar menyampaikan piala kepada
pemenang. Beliau juga menasihati para peserta supaya yang
menang jangan sombong, yang kalah jangan berputus asa.
2.00 petang : Murid-murid membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu,
kami pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

You might also like