You are on page 1of 3

Apakah itu Dadah?

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti
ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang
digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!


Menurut Kamus Dewan Melayu Inggeris, makna perkataan Drug bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug, perkataan use,
misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya
drug abuse atau misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah
akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri
mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan anda


sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan
yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak
mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu,
penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana
dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan
sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport,
pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan ecstasy diambil untuk mengubah
perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai dadah yang
disalahguna.

Dadah dan Ciri-cirinya


Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak


dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya
adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan
meningkatkan daya tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan
dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik


Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?


Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah
popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan
heroin.

You might also like