You are on page 1of 1

MOHAMAD AZZIM MIKHAIL BIN MOHAMAD AZLAN

        Setiap orang mempunyai guru. Saya juga tidak terkecuali. Guru merupakan orang yang
mengajar dan mendidik kita supaya menjadi seorang murid yang pandai,cermelang dan
berjaya. 
         
Guru saya bernama Cikgu Azlina binti Othman. Beliau berumur 40 tahun dan
 dilahirkan di negeri Kedah. Beliau mempunyai tiga orang adik-beradik. 
         
Cikgu Azlina mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh. Beliau
mengajar mata pelajaran Sains dan fizik. Cikgu Azlina mengajar anak-anak muridnya dengan
penuh kesabaran agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 

Guru saya sangat rajin dan bertanggungjawab.Selain itu,saya sayang Cikgu Azlina
kerana cara beliau mengajar sangat kreatif dan menarik minat pelajar.Saya mudah faham apa
yang diajar oleh beliau.Saya tidak berasa bosan bila beliau mengajar. 
          Hobi Cikgu Azlina ialah mendengar lagu. Beliau akan mendengar lagu untu menenang
kan diri. Selain itu, beliau juga suka bersenam bersama kawan-kawannya di taman rekreasi
untuk menjaga kesihatan badan. 
         Saya berasa bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang guru yang penyayang dan
baik hati. Saya berharap agar beliau dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan dikurniakan
anak yang soleh dan solehah. 
Terima kasih cikgu❤️❤️❤️❤️ 

You might also like