You are on page 1of 1

Teks Ucapan Pengerusi Kelab Guru & Staf

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari


Yang diraikan En Azmi bin Arshad, Mantan PK1 SMK BUD3
Yang dihormati, Puan Azliza binti Mat Lazim, Pengetua Cemerlang, Puan Aklima binti
Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Puan Roziha binti Razali,
Guru Penolong Hal Ehwal Murid, Encik Wong Chong Way, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
barisan guru-guru kanan, barisan guru dan barisan ahli kumpulan pelaksana (AKP).
Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi ruang kepada saya sebagai
Pengerusi Kelab Guru & Staf untuk memberi ucapan di majlis yang indah ini. Seperti yang
kita sedia maklum, En. Azmi telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai pendidik
setelah cukup lama dalam menabur ilmu dan jasa pada dunia pendidikan pada hari ini.
Sepanjang beliau menerajui sekolah ini, telah banyak sumbangan dan jasa bakti yang telah
beliau curahkan. Kesungguhan beliau jelas terpapar melalui setiap tindakan dan keputusan
bagi memastikan perkhidmatan sekolah ini mencapai sasaran, matlamat dan standard yang
ditetapkan. Oleh sebab itu, beliau amat disenangi oleh warga SMKBUD3
Para hadirin sekalian
Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan selamat bersara dan selamat berbahagia di
samping keluarga tercinta. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik agar terus berbakti
kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.

You might also like