You are on page 1of 2

Teks ucapan YDP PIBG sempena Hari Guru

Selamat pagi dan salam Main 3 Inspire.

Yang Berusaha, Puan Azliza binti Mat Lazim, Pengetua Cemerlang SMK
Bandar Utama Damansara 3
Puan Aklima binti Abdul Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Roziha binti Razli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Wong Chong Way, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan guru kanan mata pelajaran
Guru-guru dan murid-murid yang disayangi sekalian.

Sidang hadirin yang berbahagia

Sebelum saya meneruskan ucapan ini saya terlebih dahulu mengambil


peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” dan “Terima Kasih
Cikgu”.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya ialah


satu pengiktirafan dan penghargaan kepada guru yang diberi
kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Jadi, amat wajar sekali jika
Sambutan Hari Guru ini diraikan oleh murid, ibu bapa dan masyarakat
sebagai pengiktirafan kepada guru. Inilah cara yang terbaik untuk
menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan
terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Kepada semua murid yang dikasihi sekalian. Hargailah jasa guru-guru


kamu! Kalau seorang doktor dikagumi kerana boleh menyelamatkan
nyawa, jika polis dan tentera disanjung kerana boleh mempertahankan
negara, jika tokoh korporat dibanggakan kerana menjana ekonomi
negara, jangan lupa bimbingan seorang guru biasa sahaja boleh
menjadikan seseorang yang biasa kepada insan luar biasa.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan
pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah
ini amat dihargai dan disanjung tinggi.
Pada kesempatan ini saya menyeru semua warga guru supaya
berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, dan mampu mencipta kelainan
yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid. Sesungguhnya,
mendidik adalah tugas yang amat mulia dan tidak ternilai harganya.
Jalankanlah tugas dengan lebih gigih, jujur dan terus bekerja sebagai
satu pasukan.

Harapan kami sebagai AJK PIBG SMK Bandar Utama Damansara 3


agar guru-guru diberi kesihatan dan kebahagiaan dalam menjalani
kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih

You might also like