You are on page 1of 2

Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis…

Yang diraikan, Pengetua Smk Pandan Jaya, Tuan Dr Mohamad Wira bin Ibrahim,

Yang berusaha, Tuan Raja A/L Chinaya @ Sinniah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor
Pengurusan JPN ,

Yang dihormati, YDP PIBG Smk Pandan Jaya, Tuan Syed Mazawir bin Sayed Mustazar,

Yang berusaha, Pegawai-pegawai dari JPN selangor dan PPD Hulu Langat, Pengetua-

Pengetua, Barisan Guru Penolong Kanan SMK Pandan Jaya, Jawatankuasa Pengelola Majlis

Lambaian Kasih, Sesaat Bersama, Seabad Terasa, Tetamu-Tetamu Jemputan dan Hadirin

Sekalian…

Sidang hadirin yang dihormati,

Saya Tengku Ian Mayudin selaku wakil ketua pelajar SMK Pandan Jaya

mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang berdiri di sini untuk menyampaikan

ucapan sempena persaraan Tuan pengetua kita, Tuan Dr Mohamad Wira bin Ibrahim yang

tercinta.

Hadirin Sekalian,

Dr Mohamad Wira bin Ibrahim telah berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Pandan

Jaya selama lebih kurang 3 tahun. Sebelum menjadi pendidik, beliau pernah berkhidmat

sebagai Doktor Veterinar. Beliau telah memberi sumbangan kepada kita yang tidak ternilai

harganya. Beliau juga sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa dengan kita

untuk meningkatkan prestasi murid-murid SMK Pandan Jaya. Pada hari ini, beliau akan

menamatkan kerjayanya sebagai seorang pengetua. Hari ini juga merupakan hari kelahiran

beliau yang Ke-56 tahun .


Para hadirin, Guru-guru dan rakan rakan sekalian,

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Saya selaku

ketua pelajar, mewakili semua pelajar di SMK Pandan Jaya mengucapkan jutaan terima kasih

kepada Tuan pengetua Dr Mohamad Wira bin Ibrahim atas pengorbanan beliau. Kami akan

sentiasa menghargai pengorbanan beliau dalam memajukan SMK Pandan Jaya. Kami berjanji

akan belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat mencapai cita-cita kami. Kami juga

meminta maaf jika terdapat sebarang kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang Tuan

mendidik kami.

Akhir kata, marilah kita bersama sama mendoakan agar Tuan Pengetua sentiasa

dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan rezeki yang melimpah ruah.

Semoga beliau bahagia menyambut persaraan ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya

pada pagi ini, izinkan saya membaca serangkap pantun.

Salam kemaafan kami hulurkan


Semoga kemesraaan berpanjangan
Ilmu diberi harap dihalalkan
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan

Sekian sahaja ucapan saya pada pagi ini. Terima kasih atas perhatian anda semua.

wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

You might also like