You are on page 1of 1

Ibu Kesayangan Saya

Setiap orang mempunyai ibu. Ibu ialah orang yang


melahirkan kita ke dunia ini.
Ibu saya bernama Ng Kar Choo. Beliau berumur 40
tahun. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru. Beliau
mengajar di SJK(C) Kim Sen yang terletak di Bukit
Mertajam, Pulau Pinang.
Ibu saya seorang yang bertanggungjawab, baik hati,
rajin dan sentiasa mengambil berat akan pelajaran saya.
Beliau juga selalu menasihati kami supaya tekun belajar
dan menghormati guru-guru serta orang yang lebih tua.
Ibu saya mendidik saya dengan penuh kesabaran. Ibu
saya tidak pernah memukul saya. Apabila saya melakukan
kesalahan, ibu saya akan menegur saya dengan penuh
kasih saying.

Pada waktu pagi, ibu saya akan bangun awal untuk


menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk kami
sekeluarga. Pada waktu malam pula, ibu saya mengajar
saya membuat kerja sekolah.

Walaupun ibu saya sangat sibuk, ibu saya juga akan


meluangkan masa untuk menemani saya. Saya sangat
gembira kerana mempunyai seorang ibu yang baik. Saya
akan membalas budi ibu apabila dewasa nanti. Oleh itu,
saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk
menggembirakan ibu. Saya juga berharap ibu akan sihat
selalu.

You might also like